PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, Ogos 5

Pelancaran Buku MCDS

Buku Melakar Cinta Di Syurga (MCDS), buah tangan pertama penulis yang bercorak motivasi dakwah bakal menemui peminat buku ilmiah pembangunan jiwa tidak lama lagi.

Garapan santai dengan bahasa mudah tapi cukup ilmiah, diselitkan juga fakta, dan sejarah bagi memaksimakan tahap kualiti buku tersebut.

Idea asal hasil cetusan minda para sahabat dalam dunia dakwah dan juga para pembaca setia laman blog penulis. Kalian sudah cukup membuat penulis berbangga dengan perkongsian yang penuh makna ini.

Buku MCDS ini sesuai untuk semua peringkat usia bagi menambahbaik dan fungsi diri bila telah memikul segunung tanggungjawab, bukan sekadar fitrah yang memang perlu disemai tetapi sebuah amanah yang perlu dipikul bersama, antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak.

Pelancaran Buku MCDS ini akan dilangsungkan serentak dengan program mega tahunan PMRAM, EGP pada 8hb Ogos akan datang. Boleh dapatkan juga di Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) masing-masing, baik di Kaherah mahupun juga di seluruh Mesir.

Roadshow juga akan diadakan bagi mengiatkan lagi hasil jualan, yang lainnya adalah untuk membantu pihak PMRAM mengumpul sumbangan bagi dana syaqah PMRAM.

Terima kasih penulis ucapkan kepada pihak PMRAM yang sudi menerbitkan buku ilmiah pertama penulis ini, dan tidak lupa juga kepada Ustaz Mujahid hasil seni beliau yang menarik men-design kulit buku, dan para sahabat seluruhnya.

Moga usaha murni ini, diterima sebagai salah satu saham yang kekal abadi di negeri yang abadi.

ameen.


Draf Muka Depan MCDS



Draf Muka Belakang MCDS


Cinta tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta tidak akan bersemi tanpa ada usaha untuk membangunkan Iman. Namun di sana kesabaran yang utuh, akan meletakkan nilai Iman setinggi darjatnya.



4 komentar:

Tanpa Nama berkata...

salam..buku Melakar Cinta Di Syurga tidak dijual di Malaysia kah??

rezza khanafiah on 5 Ogos 2009 pada 11:01 PG berkata...

To Tanpa Nama:

Saya akan melihat potensi di sini dahulu sebelum dipasarkan di Malaysia, dan sekarang pun sudah ada beberapa penerbit yang berminat untuk terbitkan buku MCDS ini.

Mudah-mudahan tiada halangan untuk semua menikmati karya agung dan ilmu-Nya ini.

ameen.

Muffakiratul Mukminah on 5 Ogos 2009 pada 6:19 PTG berkata...

salam alaik...
haah..tak nak jual di Malaysia ke? ana sangat berminat untuk mengetahui intipati buku ni..tajuk buku ustaz ni sama dengan tajuk lagu Kumpulan Nasyid FarEast...Tahniah sebab berjaya menghasilkan buah tangan pertama.Moga mendapat sambutan dan bermanfaat...

rairachi on 6 Ogos 2009 pada 4:30 PG berkata...

tahniah atas kelahiran buku ni

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal