PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, Ogos 5

Sunnah Allah: Sebagai Khalifah Bumi

MML


Rezza, saya cadangkan awak dilantik sebagai naib ketua darjah, penolong kepada Ahmad Munir sebagai ketua Jelas Cikgu Fauziah meredakan sedikit keresahan hati penulis yang diminta hadir bertemu beliau tanpa sebab, ingatkan dah buat salah.

Kenapa saya pula cikgu lantik, sedangkan ramai lagi yang lebih layak daripada saya. Apa sangat yang saya ada? Perasaan penulis bercampur-campur antara terima dan segan.

Saya dah lihat rekod pencapaian awak, dan sememangnya awak layak. Harap awak jangan kecewakan saya Kata Cikgu Fauziah yang begitu komited terhadap penulis sejak penulis melangkah menimba ilmu di sekolah elit itu dalam aliran sains hayat.

Baiklah, cuma berilah saya sedikit masa untuk berfikir. Nanti saya beri keputusan secepat mungkin Penulis tiba-tiba kaku anggota dan kelu idea untuk putuskan jawapan di situ juga, apa yang susah sangat.

Erm, okay tapi jangan lama sangat. Saya kira awak tidak akan tolak tanggungjawab ini Pesan Cikgu Fauziah dalam satu lafaz yang berbaur sebuah harapan. Harapan kudus agar tidak menolak.

Seorang guru yang begitu dedikasi dengan tugas mengajar, melicinkan kerja-kerja sampingan (sebagai guru pinitia), guru kelas dan sebagai seorang isteri kepada suami, serta ibu kepada anak-anak.

Penulis sejak bertukar ke sekolah Mahaad Muhammadi Lelaki (MML) sangat teruja dengan hasil kerja tangan Cikgu Fauziah.

Beliau menjadi guru kelas penulis semasa tingkatan empat. Mengajar kami dalam matapelajaran Biologi, kajian tentang dalaman hidupan, di antara subjek paling susah di aliran sains hayat.

Di sekolah ini semua pelajar adalah lelaki, tenaga pengajar yang bertungkus lumus memikul amanah suci ini hampir 100 orang, walaupun keluasan kawasan sekolah tidaklah begitu besar, namun proses menampung berbondong-bondong IQ para pelajar yang tinggi memerlukan khidmat kepakaran guru yang ramai agar mudah mencerna dan menghadamkan pelbagai ilmu mengikut tahap penguasaan masing-masing.

Kepakaran ini pelbagailah, antaranya yang paling ditekankan dari sisi kerohanian, bagi mengimbangi daya kepintaran, dan jasmani. Rekod perlu bersih, kena letakkan target dan priority yang setanding. Ini semua perlu dimaksimunkan dan dijaga dari semasa ke semasa.

Kadang-kadang dalam semua sisi ini perlu diberi penekanan khusus, ianya boleh dianggap paling susah dari membentuk kanak-kanak berfikir, jangan ada yang silap kerana kelak entah-entah yang cerah jadi malap, yang bercahaya jadi gelap, akhirnya sukar untuk digilap. Kena hati-hati, apatah lagi produk ini akan digunapakai oleh masyarakat di luar sana pada suatu hari nanti.

Cabaran dari luar terhadap remaja juga tidak kurang hebatnya. Mereka diserang dari semua arah, media elektronik dan cetak. Anak terdedah dengan pelbagai budaya di luar batasan agama umpamanya televisyen memaparkan wanita tidak bertudung dengan fesyen pakaian mengghairahkan serta adegan bergaduh dan hasad dengki.

Paling malang semua pelakon adalah orang Melayu Islam. Jadi bagaimana kita hendak mengharapkan remaja menyemai fikrah Islam sebenar?

Jadi aspek kerohanian bukan kerja yang perlu diperbodohkan atau dipekak-tulikan hingga memandulkan cara mereka menerap idea dari luar dan berfikir secara lestari melalui wadah yang lateral.

SMU (A) Mahaad Muhammadi Lelaki (MML) cuba menjawab semua persoalan ini.

SEMUANYA BERTATIH DARI MULA

Terima kasih kerana awak sudi terima Wajah Cikgu Fauziah berseri-seri dengan kuntuman senyuman sebaik sahaja menerima khabar baik dari penulis.

Insha-Allah saya cuba pikul tugas ini sebaik mungkin, lagipun Munir sukakan saya jadi partner dia. Berilah tunjuk ajar nanti Penulis sedikit lega sebab dapat memuaskan hati seorang guru yang baik dengan pelajar-pelajarnya.

Cuma satu aje, awak kena rajin Kata Cikgu Fauziah bersungguh-sungguh.

Insha-Allah, terima kasih cikgu Balas pendek penulis, sambil mencapai beg untuk pulang ke asrama.

Penulis suka dan tenang melihat, memerhati lanskap kehidupan seorang pelajar sekolah ini, semua faham akan tuntutan yang dipikul sekarang, iaitu cari ilmu dan amanah kepada ibu bapa yang membayar harga tinggi untuk pastikan anak-anak bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan malah ilmu kerohanian manusia. Tidak kisah habiskan duit bagi semua ini, ianya ditangani dengan berkesan.


Asrama

Penulis berpagi-pagian ke sekolah, memandangkan jarak antara asrama luar (tempat penulis tinggal) dengan sekolah hanya mengambil masa lima minit, akan menyelusuri jejantas yang tinggi melanggit, meredahi jalan berturap, dan melangkah tebing jalan sebelum sampai ke sekolah.

Rutin harian penulis bertambah selepas taklif ini digendong. Kehadiran pelajar menjadi keutamaan kerja penulis ketika itu, mecatat dan melaporkan kepada guru bertugas pada minggu tersebut, agar mudah tindakan diambil kelak.

Belajar adalah bab lain, tugas sampingan bab lain pula. Bila belajar, belajarlah bersungguh-sungguh tanpa jemu, bila bertugas, bertugaslah bersungguh-sungguh tanpa ada rasa malas. Perlu pada kebijaksanaan ketika mengendalikan waktu belajar dan kerja, agar kebiasaan terurus mengundang kebahagian.

Istimewa bersekolah di sini, jujurnya proses pembelajaran dan pengajaran akan ditapis mengikut had kemampuan cara berfikir para pelajar, cukup kompleks. Tahu kena memberitahu kepada yang tidak tahu, tidak tahu atau kurang tahu kena ambil tahu dan kena bertanya, lantas tidak akan mengurangkan moral pada minat.

Cuba kita ambil tahu dan ingat:

Remaja adalah satu alam yang terdedah kepada pelbagai emosi. Apabila kurang berfikir maka mereka mudah terikut-ikut. Ini mungkin kerana didikan ketika kecil, kita selalu dilarang oleh orang tua-tua untuk banyak bertanya sedangkan pakar kanak-kanak mengatakan anak sepatutnya digalakkan bertanya. Soalan yang ditimbulkan anak menunjukkan mereka sedang berfikir dan ia suatu feedback yang positif.

Pencarian mutiara ilmu tiada penghujung, ianya sentiasa di bawa pulang sebagai simpanan berharga di lubuk hati. Di sana masak-memasak akan berlangsung dan ianya bergantung kepada chef yang memasaknya, sama ada sedap atau sebaliknya akan diketahui bila ianya disemadikan dalam bentuk makanan rohani. Jika baik hidangannya maka baiklah amal perbuatan, jika tidak elok amal perbuatannya maka tidak baiklah hidangannya. Mungkin bahan dan rencah yang digunakan tiada sukatan tertentu.

Terima kasih Tuhan kerana kurniakan kami murabbi yang mursyid kepada kami. Inilah jua inspirasi kami untuk menongkah arus kejayaan

ameen.

SUNNAH ALLAH MEMBERI ILHAM PADA MAKHLUK

Sunnah Allah adalah pencaturan alam dari-Nya.

Sunnah Allah, antara contoh, mengilhamkan (ayat asalnya mengwahyukan) kepada lebah untuk bersarang di busut atau di pokok. Kalau difikirkan mendalam, apakah Allah memberikan ilham kepada lebah sahaja? Atau hanya mengwahyukan ilmu-Nya kepada Nabi dan Rasul-Nya sahaja?

Pancaran ilham dari Allah Taala itu meliputi semua mahluk-Nya. Bezanya kesedaran kita tentang kehadiran ilham itu yang mendatangkan kesan. Oleh kerana kita mencemari diri dengan mengikut kata nafsu, maka ilham yang baik dari Allah itu menjadi tercemar.

Antara mahluk-Nya, manusia diberikan pilihan sepenuhnya dalam kehidupan, dan kemudian dipertanggungjawabkan dengan pilihan tersebut, setelah kita diberikan cukup akal bagi mengadili dan menilai ilham (tarbiah) yang diberikan.

Kalau Allah Taala memberikan ilham kepada tabuan (sepupu lebah) untuk menyengat manusia, tabuan akan melaksanakannya bila perlu dan tidak dipertanggungjawabkan dengan kerosakan atau kesakitan yang terkena sengatnya. Sebagai mahluk tidak diberikan cukup akal, tabuan dan lebah, sentiasa bertasbih kepada Penciptanya dengan menyengat, di samping memberi ingat.

Maka kita sebagai manusia, yang diberikan cukup akal, dan diarah menjadi khalifah, perlu memikirkan kesan kita berinteraksi dengan Alam, atau tabuan dan lebah tadi. Dah Orang Tua-tua pesan:

Jangan dijolok sarang tabuan

Begitu juga Sunnah Allah telah menentukan tabuan menyengat, maka kita kena hadapai akibat dari pilihan dan tindakan kita menjolok sarang tabuan. Jangan disalahkan tabuan menyengat. Jangan disalahkan babi membawa H1N1. Jangan salahkan Adese membawa denggi. Jangan salahkan doktor tidak pesan bersihkan rumah.

Carilah hikmah, jangan pula cepat lemah.

Ya Allah.. Kami hamba-Mu yang lemah, kami sering melakukan kesalahan yang menggunung. Terimalah kami sebagai hamba-Mu yang akan dimuliakan di hari perhintungan nanti

ameen.



0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal