PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Ahad, Ogos 9

Akhlak Suri Tauladan Baginda

Umat Islam diseluruh dunia mengakui dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah Taala yang diutuskan untuk membawa rahmat kepada seluruh umat di dunia sehingga akhir zaman.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan tidaklah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam el anbia’ (21:107)

Bahkan beriman kepada Baginda adalah termasuk dalam kesempurnaan rukun Iman.

AKHLAK BAGINDA JADI PENYULUH

Mengapa Rasulullah S.A.W dipilh oleh Allah Taala untuk membawa misi dan visi ‘rahmat’ ini kepada semua umat di dunia? Bagaimana pula baginda dianggap berjaya di dalam misi ini? .

Salah satu kunci kejayaan Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan risalah dakwah ialah dengan memiliki ketinggian akhlak dan mengamalkan dalam kehidupan Baginda seperti hubungan dengan keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, bahkan dengan kaum kafir juga Baginda sering menunjukkan akhlak mulia ini .

Ummul Mu’minin Aesyah r.a. pernah ditanya, mengenai akhlak Baginda S.A.W, maka Saidatina Aesyah menjawab dengan berkata:

Akhlak baginda adalah el Quran

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia el Qalam (68:4)

Para ulama’ menyatakan bahawa baginda tercipta di dalam keaslian fitrahnya melalui tarbiah Ilaha-iyat. Dan ini adalah anugerah Allah Taala ke atas kekasihnya Rasul utusan terakhir junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, keistimewaan yang tiada taranya menjadikan baginda dipilih dan dilantik oleh Allah Taala sebagai penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul.

Kita umat Islam turut menumpang keistimewaan baginda kerana Allah Taala menjadikan umat Muhammad sebagai umat terbaik di antara umat Nabi dan Rasul terdahulu .

Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul S.A.W adalah sebagai contoh tauladan yang dapat mendidik diri dan peribadi muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa kepada-Nya. Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku baginda mengandungi hikmah dan sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Quran. Maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat.

AKHLAK ANTARA MEDIUM DAKWAH

Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah S.A.W adalah modal utama yang dapat menarik minat golongan bukan Islam kepada Islam.

Kisah tauladan seorang badawi membuang air kecil di dalam masjid, melihat kejadian ini maka para sahabat yang berada di situ, naik berang dan hendak memukul badawi tadi. Bagaimanapun tindakan mereka dihalang oleh Rasulullah S.A.W, sebaliknya baginda membiarkan badawi itu selesai membuang air kecil . kemudian baginda meminta sebekas air lalu disiramkan ditempat kencing tersebut.

Rasulullah S.A.W bertanya kepada para sahabat, apakah yang akan terjadi jika mereka mengejar dan memukul badawi itu semasa sedang membuang air kecil. Maka jawab sahabat, seluruh kawasan masjid akan terkena najis air kencingnya. Kisah ini menjadikan badawi yang menyaksikan tindakan Rasulullah S.A.W itu, merasa kagum dengan ketinggian akhlak baginda, lalu beliau menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam .

Suasana masyarakat kita pada hari ini berhadapan krisis nilai, begitu banyak budaya luar dan fahaman atau idealogi yang tidak sihat telah mempengaruhi cara kehidupan seperti percakapan, gaya berpakaian dan pergaulan, lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat yang mula terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal, dan lebih dasyat lagi pengaruh Black Metal, dan sebagainya yang mencemarkan nama baik serta identiti umat Islam, dan ini membawa gambaran negatif kepada imej Islam .

Anasir-anasir yang tidak sihat ini dengan mudah menyelinap masuk serta menjajah pemikiran, seterusnya mempengaruhi kehidupan kita, sekiranya benteng Iman kita tipis, cetek pengetahuan tentang agama, meremehkan nasihat para ulama’, mengabaikan suruhan agama dan tidak berpegang dengan tuntutan syariat.

Mereka yang diresapi dengan fahaman atau aliran yang merbahaya ini, akan mudah meminggirkan akhlak dan nilai-nilai murni sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya . Ingatlah, bahawa Islam sentiasa diperhatikan, dan kelemahan-kelemahan serta kecelaruan yang sedang dialami oleh umat Islam akan dijadikan sebagai asas dan modal untuk musuh-musuh Islam membina seribu satu alasan untuk memburuk-burukkan Islam. Tidak mustahil mereka akan memperalatkan saudara-saudara kita sendiri seperti yang pernah berlaku di abad lalu, khususnya ketika negara-negara umat Islam dijajah oleh kuasa penjajah .

Ini semua menandakan Islam sedang diuji . Dan ia merupakan satu peringatan kepada kita. Cara terbaik malah wajib dilakukan oleh kita ialah kembali mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad S.A.W, dan adalah wajar bagi kita memperingati kelahiran baginda s.a.w sebagai tanda rasa kecintaan terhadap perjuangan baginda.

Dengan sentiasa mengingati Rasulullah S.A.W khususnya sejarah kelahiran baginda setiap tahun sekaligus akan memberikan kita kekuatan, pengajaran dan pendidikan yang tidak secara langsung kepada masyarakat kita terutama sekali generasi muda yang bakal memimpin negara, yang kini sedang berhadapan dengan zaman canggih, teknologi cyber dan penuh dengan godaan serta ancaman akidah songsang.

KESIMPULAN

Marilah sama-sama kita mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W dan mengamalkannya, kita juga dituntut melakukan muhasabah diri dan mengambil iktibar untuk dihayati, dalam masa yang sama, tanyalah diri kita, apakah dengan setiap kali meraikan sambutan Maulidurasul, roh kehidupan, akhlak dan perjuangan Rasulullah S.A.W telah kita hayati dan perjuangkan? Apakah sebaliknya kita telah hanyut oleh arus kehidupan duniawi sehingga mengabaikan nilai agama. Maka rugi sekali sekiranya kita mengamalkan cara hidup yang bertentangan dengan amalan dan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah S.A.W.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang ) el Ahzab (33:21)

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal