Susah nak cari ibu bapa yang betul-betul faham akan kepentingan dakwah dan tarbiah kepada anak-anak sekarang ni. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk akhlak anak-anak. Mungkin banyaknya fenomena derhaka sekarang ni disebabkan kurangnya ibu bapa memberi fokus terhadap amalan agama dalam kehidupan seharian anak-anak.
Dunia sekarang terlalu materialistik sehinggakan sesetengah ibu bapa terlupa akan tanggungjawab dan kepentingan dalam penekanan ilmu agama dalam hidup. Ramai yang hanya mengambil tahu skor peperiksaan, tidak kisah habiskan banyak duit untuk menyekolahkan anak-anak. Namun amalan ibadah kerohanian harian, tidak pernah diambil peduli untuk bertanya.
Mungkin inilah antara faktor utama mengapa lelaki yang terlibat dengan gerakan cuba untuk mencari wanita di luar gerakan. Kalau sama-sama terlibat dengan gerakan, risau tidak ada masa nak jaga anak-anak kat rumah. Takut-takut anak sendiri tercicir. Jangan jadi macam peribahasa:
"Kera dihutan disusu, Anak sendiri mati kelaparan"
Inilah juga faktor yang menyebabkan lelaki dan wanita yang aktif berdakwah (sebelum kahwin) menjadi lumpuh untuk meneruskan perjuangan dakwah selepas kahwin, dan tidak semua penulis maksudkan. Siapa makan cili, dia yang terasa pedas, sibuklah katakan. Tapi apa jalan penyelesaiannya? Apakah dengan dibebani tanggungjawab dakwah, hilang tanggungjawab dalam keluarga? Kedua-duanya sama penting.
Usaha dakwah tidak boleh sekali sekala, perlu konsisten. Kalau tidak istiqamah boleh jadi tarbiahnya tidak berjaya untuk merubah corak pemikiran masyarakat. Keluarga, anak, isteri dan suami pun juga sama penting. Apatah lagi kepada seorang wanita solehah yang cuba untuk menjadi isteri, ibu dan pejuang di jalan Allah (dakwah). Moga berjaya sementara hayat masih dikandung badan.
Manakala soal profesyen atau kerjaya, adalah soal kedua. Kalau mak atau ayah buka pejabat sendiri di rumah sekali pun, belum tentu masalah ini terhindar.
Pada penulis kuantiti masa memang penting, tetapi kualiti yang paling penting. Duduk sebumbung tapi seorang mengadap komputer, seorang lagi baca surat khabar, anak-anak pula mengadap televisyen. Maka mereka tetap tidak bersama sebenarnya. Yang penting, setiap lelaki dan perempuan yang berkahwin, kena berperanan dengan sebaik-baiknya terhadap kualiti masa, di samping kuantiti masa yang semakin terjejas oleh desakan hidup.
Kesetian Sapaan Lembut Dalam Tarbiah
Pencerahan penulis ini sekadar muhasabah untuk diri sendiri yang juga bakal berumahtangga kelak dan bakal memiliki keluarga sendiri. Persedian awal sebelum semua itu terjadi, supaya tidak mengabaikan usaha dakwah, usaha mendidik anak-anak dalam kesibukan kerja, belajar dan tugas-tugas yang lain. Anda juga sama. Kepada yang belum kahwin, bersedialah. Jangan fikir setakat nak berbulan madu di mana sahaja. Kena lebih lagi.
Suami isteri yang terlibat dengan gerakan biasanya, perlu ada kesedaran kepada pembentukan sakhsiah dan rumahtangga Islam. Bermakna peringkat kesedaran dan pemahaman, sebetulnya sudah mantap. Apa yang perlu ditekankan ialah kewajipan itu bukan sekadar di luar rumah, sebaliknya di dalam rumah juga adalah medan yang cukup penting untuk kerja-kerja dakwah.
Mudah sebenarnya bagi isteri yang memahami agama dan gerakan untuk bertindak sebagai da'ie kepada anak-anak sendiri jika dibandingkan dengan seorang wanita solehah yang baik, tetapi tiada asas usrah, pentarbiahan dan penglibatan dalam gerakan Islam. Anda sesekali perlu bersyukur.
Penulis fikir, apa yang mungkin berlaku, silibus pentarbiahan yang tidak banyak menekan kepada pembentukan sakhsiah dan keluarga muslim sebagai asas kejayaan Gerakan Islam sebagai salah satu punca.
Seorang isteri sebgai contoh, golongan ini tidak seharusnya memutuskan hubungannya dengan kewajipan sebagai muslimat di luar rumah setelah bersuamikan seorang pendakwah. Alhamdulillah, mereka ini memiliki suami yang bagus, tetapi bagaimana muslimat-muslimat lain yang memerlukan pentarbiahan dan pengisian yang tidak diperolehi daripada suami masing-masing. Ini sebagai pandangan peribadi, mungkin anda mempunyai idea tersendiri.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi pelajaran kepadanya:
1.Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.
2.Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
3.Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" Luqman (31:13-15)
Teringat masa kecil-kecil dulu dengar ceramah di surau pasal kisah Nabi Musa yang menyuruh kaumnya mencari lembu yang hendak dijadikan korban. Terlampau banyak perincian yang diminta oleh kaumnya sampai menyusahkan untuk mencari lembu yang betul-betul kena pada spesifikasinya. Hikayat ini seperti diceritakan dalam surah el Baqarah, pengajaran dan moralnya ialah kalau tanya lebih-lebih akan didetailkan lebih-lebih dan akhirnya akan menyusahkan diri sendiri kemudiannya.
Al Quran Adalah Silibus Modal Insan Terangung
Kalau kita tengok dalam Quran sendiri. Allah Taala minta manusia mengkaji dan berfikir, apatah lagi pada ayat-ayat yang diulang siar secara kerap. Kita sebagai hamba perlu berusaha mencari dan terus mencari ilmu, bukan hanya sekadar duduk dan goyang kaki sahaja? Teringat satu kata-kata;
"Kunci ilmu adalah dengan bertanya"
Bagi yang bergelar pelajar seperti penulis, sama-sama kita menjadi pelajar muslim yang proaktif dan agresif dalam menuntut ilmu. Allah Taala sememangnya menggalakkan umatnya berfikir kenapa dan mengapa, insha-Allah, di sana ilmu baru kita bisa perolehi.
Kalau tengok kita buku, macam-macam jenis buku ada, semua itu salah satu bentuk perincian. Macam-macam idiot’s guide ada. Ceramah pun macam tu juga, macam-macam ceramah ada, macam-macam CD dan VCD yang dicetak. Seingat penulis, dulu mudah untuk dapatkan bahan-bahan bacaan dan video kuliah agama sebaik sahaja selesai Kuliah Mingguan yang di sampaikan Tuan Guru Menteri Besar, terus ke Kedai Jaffaz Rawas di sebelahnya, untuk dapatkan bahan terkini. Bukankah semua tu bentuk-bentuk perincian?
There is too much commercialisation of details and we are all part of it. Kerenah manusia sekarang simply love details especially bila disampaikan dalam bentuk yang menarik pemikiran.
Kalau orang dulu-dulu berkata:
"Kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"
Bukan semua yang kita tulis sampai maksudnya pada apa yang dibaca, kerana tahap pemikiran dan pengalaman yang berbeza. Terimalah semua tu sebagai cabaran dalam memberi mahu dan semoga sentiasa mempunyai kekuatan untuk menulis perkara yang benar walaupun dibenci orang. Insha-Allah, semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah Taala.
Makin terperinci definisi sesuatu isu, makin terserlahlah kerendahan tahap ilmu seseorang. Kalaulah dua ayat ini yang hendak dinilai, atau dijadikan True or False question. The answer is definitely True. Kita perlu menuntut ilmu kalau hendak belajar hukum-hakam, bukan sekadar dari artikel memang tidak boleh. Ada juga yang mencari hukum fiqh dari wawancara, melampau sangat tu. Nampaknya sikap kita terhadap bahan-bahan ilmu yang perlu diperbetulkan.
Kesan kesusahan kepada kehidupan tidak dinafikan banyak baiknya. Jika dihadapi dengan positif, cabarannya sekarang ialah, bagaimana ibu bapa yang senang, mahu mendidik kesusahan kepada anak-anak mereka. Penulis jenuh tengok student kolej sekarang yang straight A’s, tapi nak balik rumah sendiri pun tak reti. Borang UPU pun, ibu bapa kena belikan di Pejabat Pos dan Bank. Tanya bab isu semasa tak tahu apa. A’s yang banyak itu tidak melambangkan apa-apa kualiti hidup.
Mereka ini adalah mangsa cara ibu bapa membesarkan mereka.
Penulis bersyukur kerana diberi peluang belajar di luar negara, kerana antara lain, diri ini dilatih untuk hidup berdikari. Kalau di negara sendiri dahulu, semuanya ibu tolong buatkan. Di perantauan ni mana ada semua tu. Sekarang kalau lepas makan kami satu rumah, sudah ada giliran siapa nak basuh pinggan, kemas meja dan sapu lantai. Pakaian basuh sendiri, sidai baju, lipat baju sendiri. Pergi kuliah jalan kaki (15 minit), tapi kalau kat Malaysia siap ada van ambil kat rumah.
Kalau mengikut teori Dr. David Mc Clelland, beliau ada berkata:
"Behavior is a factor of interaction between a person and the environment"
Semua perkara ni nampak betul. Apabila diubah suasana dari senang ke susah, tingkah laku kita boleh berubah. Cuma kena betulkan persepsi. Penulis pun dah banyak improvement memasak, bukan apa, sebagai persedian awal bimbang bakal isteri esok-esok masuk wad, kerja out station, dan kerja over time, kenalah masak untuk anak-anak.
1 komentar:
subhanallah. satu peranan hidup muslim yang sangat penting telah diketengahkan oleh penulis. perkara tarbiah ni sgt2 memerlukan kesungguhan,pengorbanan,keikhlasan,kefahaman,ke'ingin'an dan keyakinan antara satu sama lain.
Catat Ulasan