Bila tiba waktu 'dia' rasa mahu dan bersedia untuk berumahtangga, 'dia' menerokai dan mencari calon melalui beberapa wadah yang sesuai. Selain kefahaman dalam agama, perlunya juga untuk melihat dahulu calon, demi memastikan ada signal 'getaran' atau tidak, demi memastikan wujud daya tarikan antara dua fitrah yang dicipta atau sebaliknya.
Penulis memikirkan betapa indah dan mudahnya meletakkan keyakinan kepada Allah Taala secara langsung, setelah berusaha mencari dengan cara sebegini. Bahawa rumahtangga yang dibina atas dasar keImanan kepada Allah Taala akan bahagia buat selamanya dan langsung tidak timbul kekesalan di hati.
Tidak perlu ber'dating' dahulu untuk memastikan keserasian dan kesepadanan atau tidak, tidak pula pening memikirkan sama ada kelemahan diri boleh diterima pasangan atau tidak, atau ada kesukaan yang boleh dikongsi dan sebagainya. Keyakinan wujud kerana kayu ukur yang sama dimaklumi, keazamaman dan usaha tinggi untuk menjadikan rumahtangga yang dipilih dan terpilih bersama itu berjaya dan bahagia akhirnya.
Jika disenaraikan pengecualian-pengecualian yang wujud dalam kehidupan. Maka fahamlah kita bahawa jodoh dan segala yang ada di alam ini adalah rahsia Allah Taala yang tersembunyi. Allah merahsiakannya untuk menguji ikhtiar dan usaha kita. ketika kita berputus asa dari usaha, ‘berputus asa’ jugalah Allah daripada memandang kita.
Berkahwin itu ibadah, berusaha untuk berkahwin juga ibadah. yang muktamad di akhir kesimpulan hidup bukanlah kahwin atau membujang, tetapi hidup dalam ibadah. Kerana itu tujuan Dia mencipta kita.
Kelebihan Disyukuri, Kekurangan Diredhai
Sebenarnya banyak penulis perhatikan, kita adakala terlalu kaku dan rigid dalam persoalan mencari jodoh terutamanya kepada generasi yang mempunyai kefahaman Islam yang tinggi.
Kalau yang 'Islamik' adakala semata-mata hendak menjaga terma couple itu haram dan akhirnya tidak bertemu jodoh langsung. Ada segelintir mereka memandang jijik perlakuan couple yang mereka anggap langsung tidak Islamik. Penulis tidak menghalalkan dan bersetuju akan pergaulan bebas sehingga bertepuk tampar, merenggek di bahu kekasih, dan membilang anak bintang semasa bercengkerama di bawah lampu 'minyak tanah'.
Walhal ada yang ber‘couple’ dalam satu tempoh kerana barangkali dengan masalah kewangan dan halangan keluarga yang mahukan mereka tamat pengajian terlebih dahulu. Seolah-olah kelompok yang Islamik ini menghukum diri mereka sendiri kerana terlalu rigid dan keterlaluan akan couple.
Seseorang mahasiswa berilmu yang nampak 'Islamik' mengatakan bahawa haram ber'couple', tetapi akhirnya terjebak dengan gejala maksiat ini dalam keadaan yang 'memalukan', sehingga menyebabkan imej beliau dipandang rendah oleh junior yang lain. Ini boleh memalukan orang-orang yang berminat terhadap Islam, dan menyebabkan persepsi yang buruk terhadap mereka sebegini.
Jadi moralnya di sini, penulis beranggapan tidak salah kita hendak mencari jodoh di kampus dan sebagainya, tetapi haruslah dilakukan secara beradab dan sopan tanpa menimbulkan fitnah pada yang lain. Kita terlalu rigid mengatakan couple itu haram sehingga menyebabkan kita tidak mahu berusaha mencari jodoh. Malahan kerana ingin menjaga keIslamannya itu sanggup menolak lelaki yang dianggap baik untuknya semata-mata menyatakan:
"Saya terlalu baik untuk awak"
Persoalannya, apabila kita melontarkan penolakan sebegitu seolah-olah kita mengharapkan jodoh yang tidak baik pada masa mendatang? Kerana keegoan telah mendarah-daging dalam diri. Sukar untuk diperkatakan, tapi begitulah apa yang dilihat dan diperhati secara rawak pada keadaan tekstual ini.
Penulis melihat dan memerhatikan semua ini berlaku di depan mata, ini semua akan menjadi cermin untuk generasi mendatang, kerana jodoh yang baik akan melahirkan generasi yang matang dan bijaksana untuk memimpin sebuah keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Penulis melihat setiap apa yang dijadikan oleh Allah Taala semua ini, merupakan putaran roda yang sentiasa berulang pada paksinya, yang pasti mengandungi seribu hikmah tersendiri.
Bukanlah memahat 'tentang cinta' semata-mata, sebagai melayan perasaan hati, tetapi ialah tentang cinta, sebagai melayan kehendak akal, mengikut konsep Rukun Ihsan. Empat sub kategori iaitu: hablum min Allah, hablum min an Naas, hablum min el Mahluk (selain An-Naas) dan hablum min an Naf (Jasad). Keempatnya melibatkan hubungan, dan cinta menjadi pengukur keterlibatan hubungan itu. Isu yang menjadi keperluan ialah menganalisa dengan alat apa hubungan itu. Hati (perasaan) atau akal?
Cinta hanya simptom. Dasarnnya adalah kepercayaan, pandangan tentang kehidupan dan sistem nilai. Sangat tepat dan padat. Disebabkan manusia berkembang dari keperluan jasmani yang membekalkan nafsu dan perasaan, pada peringkat awal kehidupannya, maka tidaklah hairan sekiranya simptom pertama yang kelihatan adalah cinta remaja. Timbullah simptom cinta monyet, tapi dalam hal ini kenapa monyet juga yang kena dipersalahkan? Macam teori evolusi! Kemudian, kalau remaja itu layak memasuki universiti, naiklah taraf cinta itu kepada cinta kampus, atau cinta monyet kampus, janggal bunyinya. Apapun itulah simpton pertama, bagi yang dilanda, yang tidak terlanda ada juga.
Baligh syari'e hanya melayakan seseorang mengenal panas dan api, serta yang setara dengannya. Panas dan api, dalam satu bentuk (haba) yang tersendiri, melalui salah satu pembawanya bergelar syaitan, menyusup ke dalam sistem tubuh manusia, melalui pengaliran darah.
Sebenarnya inilah 'hawa', kehadirannya kalau tidak disedari dan dikawal oleh akal, akan menyebabkan bahaya. Kalau tiada kehadirnya pula, kita tidak dapat menjalani kehidupan sebagai manusia. Di peringkat awal manusia, bayi dan kanak-kanak, perkembangan jasmani adalah segalanya, bagi memungkinkan perkembangan seterusnya, iaitu kematangan akal.
Kematangan akal yang selari dengan perkembangan rohani, tidak semudah perkembangan jasmani. Ibu bapa tahu DHA, RA, dan entah bermacam lagi formula-formula terbaik sebagaimana terpampang di media massa untuk perkembangan jasmani anaknya, tetapi terkurang sedikit yang pakar dalam memilih formula terbaik untuk perkembangan rohani. Maka kegairahan ibu bapa melihat perkembangan jasmani, sehingga kedewasaan ini tidak disusuli dengan kegairahan yang sama menyediakan perkembangan rohani. Sistem pendidikan juga tidak membantu sepenuhnya dalam perkara ini. Maka keluarlah simptom cinta pertama.
Simptom cinta seterusnya tidak menarik, secantik simptom pertama, untuk dibincangkan bagi kebanyakan arus perdana. Paling tidak dari segi kesedaran tentangnya, bukan pada keperluannya. Keperluan dan keutmaannya jangan dipertiakai. Fasa kehadirannya sangat bergantung kepada pendedahan semasa perkembangan rohaninya.
Terlalu banyak manhaj dan pendekatan, tidak mengambil kira lagi banyaknya ideologi dan kefahaman tentangnya, menjadikan kepelbagaian cara dan hasilnya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa mencari baligh hakiki, sebagai pengukur tahap kemantapan rohani, terkadang diperolehi selepas terpisahnya roh dan jasad.
Cinta adalah simptom rawatan kepada mindset, paradigma dan world view manusia, supaya sebelum mereka diberitahu Tuhan bahawa diri mereka hanyalah HAMBA, mereka sudah pun tunduk untuk menundukkan diri. Menundukkan perspesi dan ego diri, menundukkan prasangka dan sikap defensif, dengan bawaan sebuah kesedaran, Dia adalah DIA dan kita hanya seorang HAMBA.
'Causative treatment' adalah yang terbaik. Mencari akar permasalahan dan merawatnya. Insha-Allah, peratusan keberhasilan rawatan akan lebih tinggi. Tidak lupa agar Sang Rabbul Izzati terus memberikan kekuatan dan semangat kepada para hamba-Nya, agar terus mekar dalam medan memberi penjelasan dalam maslahat umat ini.
Umat Islam Melayu sekarang dididik melihat dan menilai sesuatu berdasarkan rupa luaran dan kebendaan. Mereka menjadikan manusia suatu komoditi yang boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif luaran. Contohnya: Betapa cantik seseorang itu, berapa gaji, bagaimana prestasi kerja, dan sebagainya.
Sesiapa yang bersyukur Allah Taala akan tambah rezekinya, sesiapa yang kufur akan nikmat-Nya, sesungguhnya balasan siksaan Allah Taala amat pedih (di dunia dan di akhirat). Walaupun Malaysia Boleh dan Suami Boleh namun jika tiada keredhaa-Nya ke mana akhirnya kita akan menuju?
Jawapan sudah ada di tangan kita, kita yang mengarahkan kedudukan hala tuju sebuah bahtera hidup. Jangan salahkan takdir andai diri mencari susah.
Nilai Permata Keluarga
Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih, bergantung kepada ibu bapa yang hendak mencorakkan. Bila ibu bapa sudah dibesarkan dalam keganasan, biasa dengan marah, pukul, maki hamun, sudah pasti anak yang lahir dari kedua-dua mereka akan merasai perkara yang sama kecuali berlaku perubahan ilmu dan mujahadah yang bersungguh-sungguh terhadap sikap ibu bapa tersebut. Namun begitu, dalam keadaan emosi yang amat, selalunya ibu bapa akan gagal mengawal diri, lalu melahirkan warna diri yang sebenar yang dicorakkan oleh orang tua kepada ibu bapa tersebut.
Children learn what they seem.
Ingatlah, cara orang tua kita mendidik anak-anak dari hati yang sarat dengan Iman dan takwa kepada Allah Taala. Walaupun tiada tarbiah secara langsung, tetapi sapaan lembut mereka dalam jagaan seolah-olah Allah Taala telah mentarbiah jiwa, jalan dan cara mereka lantaran sanggup menempuh segala susah dan payah, dan paling penting ikhlas kerana Allah Taala.
Dalam pada itu, ayah yang hebat ialah ayah yang boleh bersabar dengan keadaan anak-anak yang terdedah dengan segala gejala yang merosakkan yang ada dalam rumah sendiri. Masa kecil memang boleh disanggah, tetapi bila anak dah membesar dan menjadi remaja, banyak pula mata-mata yang menunggu untuk merosakkannya.
Tidak semua orang sama rasa kegembiraan, dan tidak semua orang sama rasa penderitaan. Banyak orang dapat pengetahuan dari apa yang dibaca dari dada-dada akhbar, internet, media massa dan sebagainya. Kelebihan yang ada diperhalusi, kekurangan yang ada dipertingkatkan. Had mutu, dan kualiti hidup perlu diperkemaskan dari masa ke semasa, apatah lagi bila sudah bergelar ibu dan bapa, maka bertambahlah kos penambahbaikan hidup, bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi seluruh isi rumah yang tertumpah ruah di atas bahu kita.
Memang orang Melayu menjadi trauma bila ingin berjumpa doktor apatah lagi psikiatri ditambah lagi untuk membincangkan masalah keluarga dan anak-anak. nampak macam parents yang gagal dalam mendidik. Menjadi mangsa adalah anak-anak.
Penulis juga ada perhatikan bila parents sibuk, anak-anak akan lebih ‘berperangai’ untuk menarik perhatian. Pertanyaan ayah pergi mana, bila ayah nak balik, kerja tak habis-habis, asyik mesyuarat aje, dan sebagainya, kadang-kadang mengundang marah si ibu kerana tidak faham masalah dan renggekan anak-anak. Kesempatan yang ada, belajar dari mereka yang pakar dalam membuka ruang komunikasi antara suami, isteri, ayah, ibu, dan anak-anak menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Apa yang diharapkan dari kesungguhan ini, ialah terbitnya keinginan untuk belajar oleh ibu bapa terutama ibu dan bapa dari kalangan muda-mudi dengan tidak menganggap pendidikan anak-anak dan kekeluargaan sebagai sesuatu yang remeh atau mudah secara plug and play.
Pengalaman itu sendiri bukanlah guru. Pengalaman akan hanya menjadi guru, apabila kita memproses pengalaman itu. Dapat dikenal pasti hujung pangkalnya, kelebihannya, kelemahannya dan dirumuskan sebagai panduan. Adapaun panduan itu tidak optimum kecuali apabila ia didokumentasikan.
Dokumentasi pengalaman, yang penulis harapkan ialah tepat dan jelas. Tepat sahaja, tapi kalau tidak jelas, abstrak, tidak praktikal akan menghilangkan nilai tepat itu tadi. Bagi ibu bapa, tidak kira anda tua atau muda usianya, sama-sama menggunakan pendekatan Luqman el Hakim, itulah yang paling tepat dan jelas.
Apa-apa pun each case has its own circumstances dan apa-apa pengalaman sendiri semasa jadi anak, atau sudah jadi bapa, atau melihat ibu bapa lain, atau anak-anak orang lain, pengalaman itu tetap ada pengajarannya. Cuma cara olahan itu ikutlah kepandaian masing-masing. Setiap pengalaman yang silam ada pertimbangannya untuk peristiwa akan datang. Jika bukan sebagai guru yang mengajar, setidaknya membolehkan kita menentukan cara terbaik menghadapi anak-anak yang merupakan generasi MMS, E-mail, blog dan macam-macam lagi teknologi moden.
Itu semua perkara subjektif dan setiap ibu bapa ada acuan masing-masing. Perbezaan cara, pengetahuan dan pengalaman itu perlu dirumuskan dalam satu adunan berkala. Tahu bila dibuat ini, dan itu, mana didahulukan dan dikemudiankan.
Hanya setelah mereka melalui fasa-fasa penting perkembangan diri mereka, then ia membina karektar kekal dan mencari ruang selesa bersama kawan-kawan. Masa itu, sudah agak terlambat. Masa mereka mula berasa selesa dengan sikap mereka sekarang. Namun semuanya anjakan dari perasaan halus seorang anak yang inginkan perhatian. Jesteru itu, anak adalah amanah bukan sekadar sebuah harapan konklusi meramaikan anak sahaja, tapi lebih dari itu.
Kena pandai bezakan di antara nakal dan jahat. Kenakalan masuk dalam kategori benda-benda yang kita ‘abaikan’. Manakala kejahatan, ialah perlakuan kanak-kanak seperti menipu dan mencarut.
Those need correction almost instantly. Even to correct them later would confuse the kids.
Jika dibentuk awal, biasanya kebanyakan tindakan kanak-kanak untuk mendapatkan perhatian parents hanya berlegar pada soal kenakalan. Kalau kita biar-biarkan tanpa guidance, maka masa itulah berkemungkinan besarnya nanti dia akan berjinak-jinak dengan kejahatan.
Kanak-kanak yang diberi penekanan bukan sekadar pertumbuhan jasmani, tetapi keutamaan pada kemantangan rohani mereka, akan membentuk tindak balas spontan yang baik. Ini diakui pakar kaji otak, kenyataan-kenyataan sebegini rupa akan tertanam di dalam sub concious mind kanak-kanak itu dan mereka akan anggap apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka adalah tidak betul dan mereka secara tidak sedar, atau sedar akan avoid perkara itu.
Apabila ibu bapa mengagumi artis-artis dalam realiti show dan sorakan pujian dibuat di depan anak-anak yang kecil, situasi ini juga akan tertanam dan mereka pun akan cuba jadi artis kerana reaksi positif yang diberikan oleh ibu bapa.
Kesian juga, ibu bapa berjiwa pendakwah. Kadang-kadang sampai terlupa insan yang paling dekat yang harus ‘didakwah’. Bak peribahasa Melayu;
"Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan"
Cuma dalam konteks ini, mungkin kita boleh mencuba pendekatan dakwah atau kerja yang lebih bersifat mesra keluarga. Sebagai contoh, nursery kat tempat bekerja. Ibu bapa mungkin mempunyai lebih masa untuk anak-anak dan lebih dekat. Dari segi kaca mata dakwah, seisi keluarga mungkin boleh turut sama diajak turun ke medan. Baru boleh sama-sama merasa asam garam dan rencah kehidupan seorang bapa atau ibu berjiwa da'ie.
"Permata yang berharga lahir dari sebuah kaca yang digilap 'dalaman' bukan hanya 'luaran' sahaja"
Moga kita mampu memilikinya.
ameen
2 komentar:
entri yang menarik
membuka minda yang sekian lama tertutup
terima kasih
alhamdulillah. best article. semoga Allah SWt memberikan ketenangan kepada hati-hati yang inginkan rahmat dan kasih sayang-NYa. hiduplah untuk memberi dan menerima. akan damailah hati kalian meneruskan kehidupan di bumi waqafan ini.
Catat Ulasan