PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, Julai 3

Antara Berkawan Atau Melawan



“Ustaz, anak saya suka tengok cerita-cerita karton hinggakan mereka melengah-lengahkan solat, pudar semangat dalam belajar, dan suka mengikut aksi karton yang ditonton”

“Kakak bimbang kelak akan membantut akal mereka menjadi matang dalam berfikir dan juga membantut tumbesaran mental kerana selalu terdedah kebodohan (merujuk pada karton) tangan manusia ni”

“Boleh ustaz bantu saya, bagaimana kaedah betul untuk membentuk anak-anak agar tidak dungu dengan skrin, dan tidak pula cepat melatah kalau kita melarang?” E-mail penulis terima semalam daripada seorang ibu yang bimbang akan kondisi anak-anaknya sekarang.

Penulis tersenyum sambil menarik nafas panjang-panjang. Bukan apa, inilah kali pertama penulis terima soalan yang nampak biasa tetapi kesannya cukup luar biasa. Mungkin bukan dalam masa terdekat, tetapi apabila sudah selalu dibaja dengan perkara sama tidak mustahil kekal akan menjadi bebal hati.

Saidina Ali ra pernah berpesan:

Hendaklah kamu berrmain dengan anak kamu pada 7 tahun yang pertama, kemudian pada 7 tahun yang kedua hendaklah kamu mendidik anak kamu, kemudian pada 7 tahun yang ketiga hendaklah kamu bersahabat dengan anak kamu, selepas itu barulah kamu biarkan anak kamu

Penulis tidak mengatakan tindakan anak-anak itu salah kerana hanya menonton karton, dan tidak pula penulis menyangah kerana kesilapan ibu bapa memilih acuan untuk anak-anak mereka. Cuma di sana ada timbang tara perlu dipostmortem oleh kedua-dua belah pihak, baik ibu bapa mahupun kanak-kanak.

Bermula daripada pemilihan cerita oleh kanak-kanak itu sendiri hinggalah kesedaran ibu bapa memberi panduan kepada anak-anak mereka akan cerita mereka pilih itu. Perlu ada guideline yang betul, jangan pula menyekat atau mengongkong mereka sampai mengerat wayar televisyen atau menghumban ke dalam longkang, tetapi dengan sebuah NASIHAT.

Dalam kajian ilmiah di Barat, penulis fikir mereka cukup teliti. Kita boleh lihat silibusnya dari keperluan jasmani hingga pada keperluan rohani, mereka cuba mengenengahkan keperluan silibus dengan kesesuaian tahap perkembangan minda, fizikal dan emosi seorang kanak-kanak dan ia dikuatkan dengan budaya yang dominan dalam persekitaran mereka.

Bila penulis terlibat dalam usaha memindahkan teori-teori dalam bidang penulis kepada praktis, penulis dapat merasakan the beauty of learning environment and society dalam masyarakat Mesir yang agak tandus dalam masyarakat kita. Mereka cukup teliti dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil mereka, meskipun apa yang ada sudah dilihat terlalu memadai dalam masyarakat kita.

Dari aspek penyampaian prinsipnya terkandung. Jika dalam bidang penulis dari Interpretasi Persekitaran (isu-isu semasa) dengan ilmu hukum yang telah tersemat di dada, dari situ penulis akan mengerti perihal masalah yang berkaitan dengan dalil-dalil yang berkaitan. Kaedah ini juga disebut oleh Eric Erickson perihal masalah perkembangan otak kanak-kanak ialah sebagai Children Mind, iaitu prinsip yang menekankan keperluan kita atau kanak-kanak memahami audiens yang laras bahasanya harus disesuaikan.

Perbandingan nilai adalah cukup penting. Bukanlah niat penulis untuk meremehkan ibu bapa dengan perbandingan dengan Ultraman, Power Rangers dan Barney. Watak-watak ini dicipta manusia dan boleh memberi kesan baik serta buruk. Melarang anak-anak dari menonton watak-watak ini bukanlah jawapan kepada kemahuan mereka. Mungkin itu adalah tanda yang perlu dilihat.

BerMotivasi Dan BerMuhasabah Yang Betul

Kaedah betul lawan motivasi adalah muhasabah. Motivasi selalunya memandang ke atas.

“Kalau Amalina boleh dapat 17A1 dalam peperiksaan. Mengapa kita tidak BOLEH!” Suara tinggi motivator menaikkan semangat pelajar yang nampak malap dalam pelajaran.

Permulaan kepada seorang pelajar mahupun anak-anak ialah persiapan para guru dan ibu bapa menyediakan mereka tapak untuk mereka menanam benih semangat dan bisa melakar kejayaan kelak. Apa sahaja yang perlu para guru dan ibu bapa katakan, buatlah dan katakanlah untuk membakar semangat juangnya.

Semangat muhasabah lain sikit, selalunya kena pandang bawah. Jangan sahaja cerita pasal pernah jolok langit (yang baik), tetapi sesekali cerita juga dan ingatkan mereka apa-apa yang tidak baik yang telah kita lakukan, bertentangan dengan semangat motivasi, bukan apa kelak mereka tahu ini boleh buat dan ini tidak boleh buat.

Bermula dari situ kita perlu memperbaiki sikap kita, walaupun kita tahu sebenarnya telah banyak juga kebaikan dan pencapaian yang telah kita lalui dalam kehidupan.

Keserasian dan Keseimbangan sangat diperlukan dalam kehidupan.

Kita boleh mula gunakan serampang tiga mata: dengan selalu bermotivasi, tetapi akhirnya kehidupan sepatutnya disemarakkan oleh proses muhasabah. Motivasi cara Barat, sementara muhasabah cara Islam.

Mulakan serampang dengan menggunakan perasaan dalam, contoh perhubungan, tetapi jangan tersangkut pada tahap itu selamanya tanpa mahu menjadikan ianya berhubung dengan akal, sebagai langkah jangka panjang.

Bermula dengan kepercayaan tetapi akhirnya perlu penyelarasan dengan pembuktian. Bermula mengutamakan Syariatullah, tetapi akhirnya perlu memahami keutamaan Sunnattullah, seterusnya dan seterusnya.

Manfaatkan Ilmu Dan BerImaginasi

Mukmin yang baik itu umpama biji benih yang baik: dibuang ke laut menjadi pulau, dibuang ke darat menjadi gunung, dicampak ke langit menjadi bintang.

Kata Albert Einstein lagi:

“Imagination is more important than knowledge”

Maksudnya dengan hanya knowledge dan tiada imaginasi maka tidak memberi apa-apa perubahan kepada diri dan masyarakat.

Kalau kita baca sebahagian biografi beliau, beliau penganut agama Yahudi (walaupun bukan Islam) yang zuhud, cinta ilmu. Jika penemuan matematik atau fizik beliau bertentangan dengan kewujudan Tuhan, maka akan beliau tolak dan memperbaiki kajian beliau. Begitulah imaginasi beliau. semangat saintifik beliau menepati konsep Sikap Mukmin Saintifik di dalam el Quran.

Orang-orang kita banyak yang berilmu tapi kurang imaginasi. Jadi kuranglah idea bagaimana nak mengubah situasi hidup keluarga, masayarakat dan negara.

Analoginya amat mudah. Kalau ada ilmu, tapi tidak beramal. Apakah akan memberi manfaat kepada diri?

Kalau ada kereta canggih seperti BMW, tetapi tidak reti nak pandu. Maka langsung tidak memberi manfaat kepada tuan empunya, bahkan membazir duit sahaja beli kereta, dan membazir ruang untuk membina garaj kereta.

Ibu bapa yang baik ialah ibu bapa yang pandai bermain dengan gelagat anak-anak mereka. Tidak cepat melarang atau melawan tetapi berkawan dengan anak-anak mereka, dekati mereka dari semasa ke semasa agar tidak mereka lalai dihanyut oleh ciptaan tangan-tangan manusia, dan tidak pula ibu bapa mengeluh sikap anak-anak mereka.

Mulakan daripada sekarang. Berkawanlah dengan mereka, jangan cepat Melawan.

Mudahkan…




0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal