Soalan:
assalamualaikum wrh wbth. Usataz apa khabar? Saya ingin bertanya pasal hukum dan status kawan karib saya sekarang.
Macam ini, beliau sebenarnya meminta saya tanyakan ustaz. Malam kelmarin ada berlaku pertengkaran antara beliau dan suami. Entahlah saya juga cukup berang dengan suaminya itu. Patutkah dia perlaku isterinya (kawan karib) seperti ini. Sebenarnya suami dia ni kuat tarikat lantas meminta isterinya menghafal nama-nama ulama’ tarikat dia. Kalau isterinya gagal menghafal nama-nama ulama’ tu, dia minta isterinya tidur di bawah, dan tidak akan bersama lagi.
Boleh ustaz jelaskan, apakah kedudukan atau status mereka sekarang?
Jawapan/Pandangan:
Alhamdulillah, saya telah pun teliti situasi yang diberikan, cuma sebelum menjawab biarlah saya berkongsi terlebih dulu serba sedikit hal yang berkaitan dengan talak sebelum menyatakan apakah jawapan yang secocok pada pertanyaan tersebut, dan di sana ada beberapa keadaan lagi yang perlu diambil kira.
Kebanyakkan masyarakat sekarang pandang ringan tentang masalah rumahtangga tanpa mengambil kira pengajaran disebalik pensyariatan perkahwinan tersebut, terlepas pandang. Pandai buat, tapi tidak pandai tanggung. Menjadi mangsa adalah anak-anak di atas krisis para ibu bapa ini.
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah adalah perceraian” (Hadith riwayat Abu Daud)
Dalam hadith lain Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara jika dilakukan secara tidak sengaja (main), akan jadi betul-betul, iaitu kahwin, talak, dan ruju'” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Para fuqaha' sependapat bahawa sebuah perkahwinan itu berakhir apabila berlaku perceraian tidak kira sama ada cara perceraian itu menggunakan lafaz Bahasa Arab atau bahasa-bahasa selainnya, melalui tulisan atau bahasa isyarat yang boleh difahami oleh pihak si isteri.
Pembahagian talak:
Dalam konteks ini, fuqaha' membahagikan perceraian dalam dua keadaan (merujuk Kitab Fatawa Dr. Sheikh Wahbah Zuhaily) iaitu:
Pertama: perceraian yang soreh (Talak el Soreh)
Kedua: perceraian secara sindiran (el Kinayah)
el Jaziri berpendapat bahawa hanya kedua-dua lafaz ini sahaja boleh menjatuhkan talak. Talak tidak jatuh dengan perbuatan seperti suami yang bertindak menghantar isterinya balik ke rumah kedua ibu bapanya. Tidak dikira sebagai talak jika tiada lafaz walaupun suami berniat demikian.
Pertama: talak soreh (jelas):
Jumhur Ulama’ sepakat berpendapat bahawa talak soreh ialah lafaz yang jelas dari segi maknanya dan kebiasaannya membawa erti talak. Contohnya, seorang suami berkata kepada isterinya:
“Saya ceraikan awak”
lafaz seperti ini memberi kesan jatuh talak walaupun tanpa niat oleh si suami.
Mazhab as Syafie menggunakan tiga konotasi yang berbeza dengan membawa maksud yang sama iaitu perceraian, penghapusan milik atau pembubaran perkahwinan iaitu at Talak seperti yang dijelaskan oleh Allah Taala di dalam:
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Talak (yang dapat dirujuk) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khuatir tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khuatir bahawa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim” el Baqarah (2:229)
Kedua: talak kinayah (samar/kurang jelas/sindiran):
Jumhur ulama’ berpendapat talak kinayah ialah talak yang dinyatakan secara kiasan atau sindiran yang boleh ditafsir dengan dua kemungkinan sama ada memberi maksud cerai atau sebaliknya. Contohnya:
“Pulanglah engkau ke rumah bapamu”
Atau “Keluarlah kamu dari rumah ini”.
Lafaz talak kinayah seperti ini memerlukan kepada niat. Hanya dengan wujudnya niat talak akan jatuh.
Mazhab al-Syafie dan Hanbali berpendapat, lafaz yang dianggap kinayah adalah seperti lafaz:
“Awak haram ke atas saya”.
Sekiranya suami melafazkan kepada isterinya dengan niat menceraikannya maka jatuh talak. Walau bagaimanapun, Mazhab Hanafi dalam menyatakan pandangan mengenai perkataan haram berpendapat bahawa sekiranya suatu masyarakat telah melazimkan perkataan tersebut sebagai talak maka ia dikira sebagai lafaz soreh bukan lagi kinayah dan jatuh talak walaupun tanpa niat.
talak melalui tulisan pula:
Kebanyakan Fuqaha' berpandangan bahawa talak melalui tulisan hanya berlaku sekiranya disertai dengan niat. Ini adalah kerana tulisan adalah sama kedudukannya dengan kata-kata seseorang yang boleh difahami akan maksud. Walaupun Fuqaha’ berpendapat bahawa talak boleh jatuh dengan perantaraan tulisan berdasarkan kriteria tertentu, mereka berbeza pandangan dalam menentukan kriteria tersebut.
sejujurnya jawapan pada pertanyaan tersebut perlu dilihat semula:
-Apakah ada had waktu yang telah diberikan si suami jika tidak mampu menghafal. contohnya dia memberi masa selama satu minggu atau satu bulan untuk hafal dan ingat atau…
-Si siteri memang sudah mengalah dan tidak mampu untuk melakukannya.
jika kedua-dua krateria ini diperhatikan, maka lafaz yang dibuat oleh si suami itu adalah lafaz soreh kerana mengandungi unsur cerai/talak kerana di sana sememangnya mempunyai niat untuk mencerai.
Jadi jawapan pada pertanya tersebut si suami telahpun mencerai isterinya dengan talak satu, jika mereka mahu ruju' hendaklah berlaku semasa isteri masih lagi dalam ‘iddah, jika tidak perlu pada lafaz nikah yang lain (selepas ‘iddah) jika mahu hidup bersama lagi.
wallahu 'alam bis sowab.
3 komentar:
assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanyakan soalan mengenai lafaz talak. suami saya mgucapkan lafaz talak tanpa disedari semasa menonton tv mengenai drama talak. adakah lafaz talak tersebut sah???
assalamualaikum ustaz....seandainya DIPAKSA CERAI OLEH ISTERI TUA KE ATS ISTERI MUDA ..bkn didepan isteri muda bahkan bersaksi dgn 2 anak yg dewasa..krn isteri dan anak2...TIDAK BOLEH MENERIMA QADA DAN QADAR..........apakah hukum nya ustaz?walhal...ianya TANPA KERELAAN DAN TIADA TRNIAT LGSUNG BG PIHAK SUAMI TETAPI DEMI MNYELAMATKAN ISTERI TUA DR NUSYUZ DAN MURTAD(mkan pil tidor brlebihan dan melaku kan prkara yg mmbahayakan diri..............APAKAH JATUH TALAK 3 ITU?
Saya pun ada masalah yg sama mcm puan...skrang tgh buntu...
Puan dah dapat penyelesaiannya tak? Boleh kongsi dgn saya?
Catat Ulasan