PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Jun 27

Raseel Barr: Pengalaman Hari Pertama



Hari Pertama: 23 Jun 2009

Hari pertama dan pengalaman pertama berada di luar Kaherah di atas dasar makan angin sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Penulis semenjak menyambung pengajian dalam bidang perundangan di bumi anbia’ ini tidak pernah mengecapi kemanisan berehlah di luar hiruk-pikuk ibu kota. Kedamaian yang dicari bagi menghilangkan stress dan tanggungjawab sebagai seorang da’ie seolah-olah dapat diredakan di sini. Nama tempat penulis maksudkan ialah Raseel Barr, di Dumyatt kira-kira 5 jam perjalanan kereta api dari Ramsees.

Rencana musim cuti ini dirancang penuh berhati-hati oleh teman-teman sekitar rumah sewa penulis. Mereka semua berasal dari Indonesia. Ketua rombongan, Mohd Samuel Abdul Hamid dari Surabaya telah pun berlepas mencari tempat penginapan kami seminggu sebelum keberangkatan ke sana. Biasanya di sini, kebanyakkan Orang Arab mengamalkan sistem tempah dan akad terlebih dahulu. Persetujuan itu termeterai selepas kedua-dua yang berakad berpuas hati.

Pada asalnya penulis agak berat untuk menerima pelawaan mereka kerana terkesan dengan banyak tugasan selepas imtihan, namun tidak sampai hati pula menolak sebab kami telah lama hidup berjiran semenjak penulis berpindah ke rumah baru kira-kira hampir dua tahun lepas. Kami dilihat cukup akrab, maklumlah kelompok Melayu Malaysia tidak ramai di kawasan kami. Hidup berjirankan Bangsa Arab.

Jam .630 pagi

Kami berangkat ke Dumyatt sebaik sahaja menunaikan solat Subuh. Perancangan asal kami bertolak ke sana menaiki bas pelancong, tempoh masanya hanya 3 jam, tapi pasti dari sisi harganya cukup mahal berbanding kereta api. Kami cuba sedaya upaya berjimat cermat dalam berbelanja. Berehlah selama tiga hari semestinya butuhkan kewangan yang banyak bagi menampung kos-kos wajib seperti kos villa penginapan, tiket kereta api, makan, dan tambang khidmat pengakutan yang bakal membawa kami menjelajah tempat-tempat menarik sepanjang tiga hari.

“Dapat tak tiket kereta api?” Penulis cuba dapatkan kepastian.

“Alhamdulillah, dapat juga akhirnya. Tadi hampir saya putus asa sebab mereka mahukan identiti pengenalan diri” Kata Samuel dengan nada optimis. Dari tadi beliau tidak pernah sirna mengukir senyuman buat kami kepenatan menunggu di gerabak penumpang kereta api.

“Nasib baik bawa kad matrik, kalau tidak sudah pasti kita tidak dapat mengecapi musim percutian indah” Tambah seorang teman sambil menghela nafas lega.

Kami terpaksa menunggu selama satu jam sebelum memulakan perjalanan jauh lagi meletihkan. Orang seperti penulis yang belum pernah mengalami pengalaman menaiki kereta api, telah memikirkan bermacam-macam hal kerana tahu pasti mengundang rasa penat berjam-jam. Kalau diberi pilihan sama ada ingin menaiki bas atau kereta api, sudah pasti penulis pantas memilih bas.

Penulis rasa tidak sia-sia juga, kerana dapat menikmati keindahan tumbuhan menghijau. Jarang sekali boleh ketemu hiasan alam indah seperti ini. Kecantikan panorama menggamit hati penulis untuk membandingkan suasana di tempat penulis tinggal, jauh sekali bezanya. Penumpang bersilih ganti di setiap terminal. Orang ramai terutama warga tempatan sudah tahu jam berapa mereka harus berada di terminal, sudah menjadi rutin harian.

Mata penulis tidak jemu memerhatikan gelagat setiap penumpang. Melalui sistem baru, perkhidmatan kereta api di Mesir berlangsung selama 24 jam sehari kecuali hari minggu secuma 15 jam sahaja. Boleh dikatakan kereta api merupakan antara pengakutan terpenting di Mesir. Sejarah pula mencatatkan kereta api antara pengakutan terawal wujud bagi mengakut hasil tani dari pedalaman ke pelabuhan suatu ketika dahulu. Pelabuhan terkenal ketika itu ialah Ismailiah, hanya warga asing tertumpu di kawasan tersebut, warga tempatan hanya menjadi buruh suruhan (pekerja suruhan).

Jam 1155 tengah hari

Kami sampai ke terminal terakhir di stesen kereta api Dumyatt kira-kira jam 12 petang, satu jam sebelum waktu Zohor. Terminal jauh lebih usang berbanding mana-mana terminal kami berhenti, bilangan penumpang yang turun makin berkurang.

“Alhamdulillah, akhirnya sampai juga” Penulis monolog tenang sebaik sahaja tiba di terminal terakhir.

Kami perlu berusaha melawan rasa penat sebelum dapat berehat sepenuhnya di villa yang telah ditempah, hangga tinggal 15 minit sahaja perjalanan dari stesen kereta api ke Raseel Barr dengan menaiki tremco (sejenis van pengakut). Tremco pertama kami tahan tidak berhasil kerana permintaan harga yang tinggi. Mereka ingat kami ini baru sehari di Mesir tidak tahu pangkal dan hujung. Bila nampak sahaja orang luar pasti mahu menipu, cari keuntungan singkat.

Tremco kedua juga sama. Namun setelah berhempas pulas berunding harga, kami bersetuju membayar LE1.50 seorang. Awan berarak mendung mengiringi kami menuju ke villa. Menyelusuri jalan di tepi sungai telah memulang harga penat kami berada lama di atas kereta api tadi, rasa tidak sabar pun ada kerana villa kami hampir dengan pantai, Raseel Barr Beach Resort.


Villa Raseel Barr




Jazakallahu khairan jaza’” Seorang teman mencelah.

La ba’sa. Lau andaka musykilah awi hagah kallamani ma’aya. Ittisaa li de raqm (Kami bersedia untuk berkhidmat. Kalau ada apa-apa yang diperlukan, hubungi saya di nombor ini” Ahmad (warga tempatan) menghulurkan semacam kad nama yang tertera alamat dan nombor talian selepas berjaya menggantikan lampu baru di sebuah kamar villa kami tempah.

Kanak-kanak rancak bermain di halaman rumah, ada yang berlari-lari kecil mengejar antara satu sama lain, dan ada pula yang mengayuh basikal yang disewakan. Riak wajah mereka cukup ceria menggambarkan kegembiraan mereka menghabiskan musim cuti persekolahan yang panjang. Ibu bapa pula memerhatikan gelagat anak-anak mereka yang sedang bermain-main.

Sebaik sahaja menunaikan solat Zohor, penulis cuba melelapkan mata sekejap. Manakala ada sebilangan teman-teman lain berbelanja membeli lauk basah untuk dimasak. Tugas penulis memasak, jadi peluang tu penulis curi untuk memejamkan mata. Penat kerana berjaga panjang. Biasanya penulis berjaga malam hingga ke Subuh untuk menyiapkan kerja, kalau tidak masa itu juga penulis spend untuk menulis artikel. Masa yang sesuai pada musim panas ini.

Jam 1815 petang

Di sebelah petang pula, penulis mengambil peluang bersama teman-teman berjalan-jalan menghirup udara segar di tepi pantai. Pengunjung makin bertambah setiap saat. Mereka cukup gembira bersama ahli keluarga masing-masing. Kanak-kanak seakan-akan hilang rasa penat mereka tika di sekolah, ruang terhidang musim cuti dimanfaatkan seisi keluarga. Secara tidak langsung dapat memulihkan komunikasi antara anak-anak dengan parents. Maka tidak wujudlah ibu bapa yang pentingkan kerjaya semata-mata.



Sebelum matahari melabuhkan cahayanya, penulis sempat mengambil gambar kenangan di sebalik kejadian ciptaan Allah Taala yang indah sekali itu. Kalau sebelum ini mampu melihat orang lain bergambar berlatarbelakangkan sunset, namun hari ini penulis kecapi sendiri sambil mendonggak kepala ke atas, penulis berbisik:

“Ya Allah, aku kagum dengan ciptaan seni-Mu”

Bagaikan tertusuk duri sembilu. Dalam kekalutan hidup banyak kalanya kita seolah-olah meratapi perubahan zaman, dari sisi prasarana dan teknologi yang disalahgunakan oleh manusia. Penulis sendiri baru terngandah melihat realiti yang berlaku di hadapan mata. Namun penulis jadikan setiap apa yang berlaku sebagai cermin peribadi dalam menilik diri agar tidak jauh tersasar dari matlamat hidup sebagai seorang hamba.

Kita tidak perlu berubah, tapi mindsite sahaja perlu hijrah. Biarpun kritikannya betul, dengan segerabak hujah yang ilmiah lagi bersarjana, kritikan itu tidak disertakan dengan penyelesaian dan harapan, tidak ada guna juga. Orang yang efektif melihat peluang dalam setiap masalah. Perubahan spiritual penulis maksudkan, sebuah perubahan dalaman secara menyeluruh.

Hati yang bebas merdeka ini adalah hati yang murni dengan fitrahnya. Ia adalah hati yang suci bersih dari syirik yang mengelirukan manusia tentang ketuhanan. Ia juga adalah hati yang lepas bebas dari sifat nifaq yang melahirkan prejudis dan karakter dusta dan menipu. Menipu Allah, sedangkan yang sebenar-benarnya ditipu itu adalah dirinya sendiri.

Hati yang sejahtera bagi seorang yang sedang mencari ketuhanan bererti hati yang tiada prasangka atau prejudis terhadap Tuhan. Hati seperti ini adalah kunci utama untuk menemukan pemiliknya kepada kebenaran kerana ia membuka luas-luas pintu kepada segala input untuk dianalisa dengan adil dan saksama. Bagi seorang manusia yang sedang mencari Tuhan, hatinya tidak boleh prejudis.

Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu. Pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih.

Benar hati itu yang menentukan perbuatan dan tingkah laku seseorang. Terkadang manusia terlalu bergantung kepada hatinya dalam membuat keputusan terutama hal yang berkait rapat dengan emosi seperti pencarian sebuah cinta. Benarkah cinta hakiki datang dari hati semata-mata tanpa ada penyerahan hakiki kepada Allah Taala?

Penulis dan anda tentu sedih dan kecewa kepada mereka yang terlalu bergantung dengan kata hati yang tidak terpimpin dalam soal menentukan pilihanraya tingkah laku, dan bukan lagi kebergantungan (doa) terus kepada Allah Taala.

Ambillah pengajaran daripada umat terdahulu.

Hari pertama penulis di sini melabuhkan tirainya. Malam pula ditemani sang pungguk yang merindukan cahaya bulan purnama.

Nantikan sambungan hari berikutnya…



1 komentar:

syamwl on 27 Jun 2009 pada 4:47 PTG berkata...

Subhanallah tulisannya...mantabbb pakai ba'

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal