PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Jun 20

Membangunkan Sistem Nilai


Persedian kita dalam menyediakan medium yang secocok dengan anak-anak di sisi kita, akan memberi sedikit peranan kepada mereka untuk berfikir sesuai dengan proses tumbesaran akal. Kesaksamaan pada sisi kebaikan akan dirasai bersama, baik daripada ibu bapa yang menyediakan, mahupun anak-anak yang disediakan. Mereka mudah dan cepat belajar dari pengalaman disekeliling, malah lebih cepat bilamana penyedian dibuat secara berkala kepada mereka.

Sistem kepercayaan yang meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk belajar dan terus belajar adalah kebergantungan secara langsung pada sistem nilai yang tersedia wujud pada alam. Perkenalan kita dalam memberi tunjuk ajar pada sisi baik akan membuahkan stigma pemikiran secara spontan untuk diimpulskan dalam bentuk kebaikan pada perbuatan mereka.

Jangan terlalu dedahkan mereka pada sisi kebaikan sahaja sehingga memusnahkan sistem nilai pada mereka. Bererti mereka juga perlu dipertontonkan pada sisi buruk namun ada had kawalannya, dengan memberi sedikit kesedaran kepada mereka akan ketidakmoralan pada sisi buruk itu. Contoh paling mudah memanipulasi perasaan takut:

“Jangan panjat tangga tu, nanti jatuh”

“Pergilah jalan sorang-sorang tempat gelap tu, ada hantu”

“Jangan masuk dalan semak tu, ada ular”

Memahami perasaan takut dalam diri ada kala memberi petunjuk bahawa seseorang yang takut itu apabila dia tidak faham situasi yang sebenarnya dan terlalu melayan imaginasinya. Contohnya takutkan gelap kerana takut ada hantu, ular dan sebagainya, namun bila kegelapan dah disinari, hilang takutnya kerana dia dah tahu tiada bahaya.

Aplikasi analogi ini sememangnya perlu difahami agar orang yang merasakan takut itu dapat memberanikan diri. Orang yang takut pada Hudud mempelajari. Kebanyakan kita sudah terpedaya dengan dunia, nikmat melambak-lambak dan pedoman kian pudar. Perjalanan pula banyak cabaran. akhirnya kita tumpas atas kelemahan yang sedikit.

Kita diberikan akal untuk dibezakan dari mahluk lain. Kita akan dipertanggung-jawabkan dengan pemberian nikmat itu dan dipersoal tentang penggunaannya di Akhirat kelak. Kenapa perlu kita menyerahkan nasib kita kepada orang lain, yang diberikan akal yang serupa dengan kita, tetapi mereka tidak menggunakan dengan sepenuhnya? Hanya kerana kita tidak berani membuat pilihan sendiri, maka kita diselubungi oleh sifat ketakutan yang tidak bertempat. Takut untuk menggunakan dengan sepenuhnya nikmat terbesar yang Allah berikan.

Manakala bila sudah besar, sedarilah mereka dengan apa yang bisa mereka terima dan kaji secara lebih spesifik secocok dengan daya berfikir mereka. Paling penting proses pembelajaran itu berterusan kerana sering meletakkan sistem nilai itu berada pada tahap maksimun dengan kebolehan diri. Contoh pencapaian dalam setiap lapangan ilmu diceburi. Sentiasa bermain dengan ilmu, serta mengaplikasikan dalam bentuk praktikal.

Mungkin ilmu-ilmu akademik (atau dikatakan terlalu ilmiah?) sukar nak diadaptasikan dalam masyarakat, tetapi bukankah tujuan ilmu-ilmu (terlalu akademik) tersebut dipelajari untuk digunakan dalam profession masing-masing. Tetapi bagaimana kita berazam, berkemahuan, berfikir, merancang, gerak kerja kita dalam proses mempelajari ilmu-ilmu (terlalu akademik) tersebut, itulah pengalaman yang boleh diguna-pakai dalam kehidupan bermasyarakat kita.

Turun kepada masyarakat dengan pengalaman dan kemahuan? Sudah pasti tetapi bagi yang belum berpengalaman, bagaimana? Bergantung bagaimana kita mendefinasikan pengalaman. Cubalah dahulu berbekalkan pengalaman berfikir yang dipelajari dalam proses belajar. Cubalah dahulu. Proses menzahirkan matlamat yang ingin dicapai menghasilkan pengalaman, bukan hasilnya semata-mata.

Pilihan ada di tangan anda...

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal