PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, April 9

PUNGGUK Rindukan BULAN

Bila tiba waktu 'dia' rasa mahu dan bersedia untuk berumahtangga, 'dia' menerokai dan mencari calon melalui beberapa wadah yang sesuai. Selain kefahaman dalam agama, perlunya juga untuk melihat dahulu calon, demi memastikan ada signal ‘getaran’ atau tidak, demi memastikan wujud daya tarikan antara dua fitrah yang dicipta.

Penulis memikirkan, betapa indah dan mudahnya, meletakkan keyakinan pada Allah Taala secara langsung, setelah berusaha mencari dengan cara sebegini. Bahawa rumahtangga yang dibina atas dasar keimanan kepada Allah Taala akan bahagia buat selamanya dan langsung tidak timbul kekesalan di hati. Tidak perlu ber’dating’ dahulu untuk memastikan keserasian dan kesepadanan atau tidak, tidak pula pening memikirkan sama ada kelemahan diri boleh diterima pasangan atau tidak, atau ada kesukaan yang boleh dikongsi dan sebagainya. Keyakinan wujud kerana kayu ukur yang sama dimaklumi, keazamaman dan usaha tinggi untuk menjadikan rumahtangga yang dipilih dan terpilih bersama itu berjaya dan bahagia akhirnya.

Jika disenaraikan pengecualian-pengecualian yang wujud dalam kehidupan. Maka fahamlah kita bahawa jodoh dan segala yang ada di alam ini adalah rahsia Allah Taala yang tersembunyi. Allah merahsiakannya untuk menguji ikhtiar dan usaha kita. ketika kita berputus asa dari usaha, ‘berputus asa’ jugalah Allah daripada memandang kita.

Berkahwin itu ibadah, berusaha untuk berkahwin juga ibadah. yang muktamad di akhir kesimpulan hidup bukanlah kahwin atau membujang, tetapi hidup dalam ibadah. Kerana itu tujuan Dia mencipta kita

Sebenarnya banyak penulis perhatikan, kita adakala terlalu kaku dan rigid dalam persoalan mencari jodoh terutamanya pada generasi yang mempunyai kefahaman Islam yang tinggi.

Kalau yang 'Islamik' adakala semata-mata hendak menjaga termacouple itu haram’ dan akhirnya tidak bertemu jodoh langsung. Ada segelintir mereka memandang jijik perlakuan couple yang mereka anggap langsung tidak Islamik. Penulis tidak menghalalkan dan bersetuju akan pergaulan bebas sehingga bertepuk tampar, merenggek di bahu kekasih, dan membilang anak bintang semasa bercengkerama di bawah lampu 'minyak tanah', walhal ada yang ber‘couple’ dalam satu tempoh kerana barangkali dengan masalah kewangan dan halangan keluarga yang mahukan mereka tamat pengajian terlebih dahulu. Seolah-olah kelompok yang ‘Islamik’ ini menghukum diri mereka keterlaluan kerana couple.

Seseorang mahasiswa berilmu yang Nampak 'Islamik' mengatakan bahawa haram ber'couple', tetapi akhirnya terjebak dengan gejala maksiat ini dalam keadaan yang 'memalukan', sehingga menyebabkan imej seseorang itu dipandang rendah oleh junior yang lain. Ini boleh memalukan orang-orang yang berminat terhadap Islam dan menyebabkan persepsi yang buruk terhadap mereka sebegini.

Jadi moralnya di sini, penulis beranggapan tidak salah kita hendak mencari jodoh di kampus dan sebagainya, tetapi haruslah dilakukan secara beradab dan sopan tanpa menimbulkan fitnah pada yang lain. Kita terlalu rigid mengatakan ‘couple itu haram’ sehingga menyebabkan kita tidak mahu berusaha mencari jodoh. Malahan kerana ingin menjaga keIslamannya itu sanggup menolak lelaki yang dianggap baik untuknya semata-mata menyatakan ’saya terlalu baik untuk awak’.

Persoalannya, apabila kita melontarkan penolakan sebegitu seolah-olah kita mengharapkan jodoh yang tidak baik pada masa mendatang? Sukar untuk dikatakan tapi begitulah apa yang dilihat dan diperhati secara rawak pada keadaan tekstual ini.

Apabila berada di alam pekerjaan pula, kita akan dihadapkan dengan pelbagai pilihan yang barangkali boleh menggugat ‘pilihan utama’ kita semasa di kampus. Jadi apabila melihat rakan sekerja yang belum bertemu jodoh timbul rasa simpati, mereka tidak mencari 'kah' atau terlalu memilih? Apabila mereka tidak kira lelaki atau perempuan memilih jodoh yang tidak sekufu atau tangkap muat barangkali akan menimbulkan satu pertanyaan terhadap diri sendiri dan masyarakat atas jodoh pilihannya itu.

Penulis melihat dan memerhatikan semua ini berlalu di depan mata, ini semua akan menjadi cermin untuk generasi mendatang, kerana jodoh yang baik akan melahirkan generasi yang matang dan bijaksana untuk memimpin sebuah keluarga, masyarakat, negara dan ummah akan datang. Penulis melihat setiap apa yang dijadikan oleh Allah Taala semua ini, merupakan putaran roda yang sentiasa berulang pada paksinya, yang pasti mengandungi seribu hikmah yang tersendiri.

Bukanlah memahat 'tentang cinta' semata-mata, sebagai melayan perasaan hati, tetapi ialah tentang cinta, sebagai melayan kehendak akal, mengikut konsep Rukun Ihsan. Empat subcategori, hablum min Allah, hablum min an Naas, hablum min el Mahluk (selain An-Naas) dan hablum min an Naf (kerana kita roh). Keempatnya melibatkan hubungan, dan cinta menjadi pengukur keterlibatan hubungan itu. Isu yang menjadi keperluan ialah menganalisa dengan alat apa hubungan itu. Hati (perasaan) atau akal.

Cinta hanya simptom. Dasarnnya adalah kepercayaan, pandangan tentang kehidupan dan sistem nilai. Sangat tepat dan padat. Disebabkan manusia berkembang dari keperluan jasmani yang membekalkan nafsu dan perasaan, pada peringkat awal kehidupannya, maka tidaklah hairan sekiranya simptom pertama yang kelihatan adalah cinta remaja. Timbullah simptom cinta monyet, tapi dalam hal ini kenapa monyet juga yang kena dipersalahkan? Macam teori evolusi! Kemudian, kalau remaja itu layak memasuki universiti, naiklah taraf cinta itu kepada cinta kampus, atau cinta monyet kampus, janggal bunyinya. Apapun itulah simpton pertama, bagi yang dilanda, yang tidak terlanda ada juga.

Baligh syari'e hanya melayakan seseorang mengenal panas dan api, serta yang setara dengannya. Panas dan api, dalam satu bentuk (haba) yang tersendiri, melalui salah satu pembawanya bergelar syaitan, menyusup ke dalam sistem tubuh manusia, melalui pengaliran darah. Sebenarnya inilah 'hawa’, kehadirannya kalau tidak disedari dan dikawal oleh akal, akan menyebabkan bahaya. Kalau tiada kehadirnya pula, kita tidak dapat menjalani kehidupan sebagai manusia. Di peringkat awal manusia, bayi dan kanak-kanak, perkembangan jasmani adalah segalanya, bagi memungkinkan perkembangan seterusnya, iaitu kematangan akal.

Kematangan akal yang selari dengan perkembangan rohani, tidak semudah perkembangan jasmani. Ibubapa, tahu DHA, RA, dan entah bermacam lagi, formula-formula terbaik sebagaimana terpampang di media massa, untuk perkembangan jasmani anaknya, tetapi terkurang sedikit yang pakar dalam memilih formula terbaik untuk perkembangan rohani. Maka kegairahan ibu bapa melihat perkembangan jasmani, sehingga kedewasaan ini tidak disusuli dengan kegairahan yang sama menyediakan perkembangan rohani. Sistem pendidikan juga tidak membantu sepenuhnya dalam perkara ini. Maka keluarlah simptom cinta pertama.

Simptom cinta seterusnya tidak menarik, secantik simptom pertama, untuk dibincangkan bagi kebanyakan arus perdana. Paling tidak dari segi kesedaran tentangnya, bukan pada keperluannya. Keperluan dan keutmaannya jangan dipertiakai. Fasa kehadirannya sangat bergantung kepada pendedahan semasa perkembangan rohaninya. Terlalu banyak manhaj dan pendekatan, tidak mengambil kira lagi banyaknya ideologi dan kefahaman tentangnya, menjadikan kepelbagaian cara dan hasilnya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa mencari baligh hakiki, sebagai pengukur tahap kemantapan rohani, terkadang diperolehi selepas terpisahnya roh dan jasad.

Cinta adalah symptom rawatan kepada mindset, paradigma dan world view manusia, supaya sebelum mereka diberitahu Tuhan bahawa diri mereka hanyalah HAMBA, mereka sudah pun tunduk untuk menundukkan diri. Menundukkan perspesi dan ego diri, menundukkan prasangka dan sikap defensif, dengan bawaan sebuah kesedaran, Dia adalah DIA dan kita hanya seorang HAMBA.

Causative treatment’ adalah yang terbaik. Mencari akar permasalahan dan merawatnya. Insha-Allah, peratusan keberhasilan rawatan akan lebih tinggi. Tidak lupa agar Sang Rabbul Izzati terus memberikan kekuatan dan semangat kepada para hamba-Nya, agar terus mekar dalam medan member penjelasan dalam maslahat umat ini.

Umat Islam Melayu sekarang dididik melihat dan menilai sesuatu berdasarkan rupa luaran dan kebendaan. Mereka menjadikan manusia suatu komoditi yang boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif luaran. Contohnya: Betapa cantik seseorang itu, berapa gaji, apakah prestasi kerja, dan sebagainya.

Sesiapa yang bersyukur Allah Taala akan tambah rezekinya, sesiapa yang kufur akan nikmat-Nya, sesungguhnya balasan siksaan Allah Taala amat pedih (di dunia dan di akhirat). Walaupun Malaysia Boleh dan Suami Boleh namun jika tiada keredhaa-Nya ke mana akhirnya kita akan menuju?



4 komentar:

.:Srikandi :. on 9 April 2009 pada 1:19 PTG berkata...

salam..

jodoh perlu dicari, tapi biarlah dengan cara yang betul

sedikit perkongsian dari pembentangan kertas kerja dari Ust. Ismail Mustari[UTM]

http://www.mediafire.com/download.php?uanu4uegjsz

http://www.mediafire.com/download.php?mmdlbyq1vdb

bonda berkata...

Salam....
Alhamdulillah, entri yang baik untuk dijadikan panduan oleh remaja yang sedang atau akan bercinta diluar sana.Seeloknya biarlah pungguk dan bulan saling merindui.........

Evi LoLyta on 9 April 2009 pada 8:11 PTG berkata...

salam. entri yg ckup berkesan. semoga kita sume dpt manfaatnya. truskan pnulisanmu.

seruling berkata...

Semoga Allah permudahkan penulis bertemu jodoh dengan cara yang diredhai Allah.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal