PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, April 6

Cetuskan Hal Biasa Jadi Luar Biasa

Penulis percaya bahawa basic awal dalam membina masyarakat harus berorientasi kepada mengangkat kemulian insan sebagaimana firman Allah Taala yang telah memuliakan seluruh Bani Adam as dan meletakkan martabat serta kewibawaan ilmu di tempatnya. Seruan ini tidak pernah penulis tinggalkan sejak awal lagi untuk berkecimpung dalam dunia dakwah yang berbentuk garapan ilmu di laman ini.

Islam itu jelas dari mula. Islam itu memberikan penekanan kepada mengenal dan mentauhidkan Allah Taala dari mula. Mengesakan Allah Taala tidak berubah dari awal sehinggalah ke Nabi terakhir, walaupun syariat berubah mengikut zaman, sesuai tahap kepandaian manusia menggunakan akal yang diberikan Allah Taala dari mulanya. Tahap penggunaan akal manusia masih terus berkembang, sesuai penemuan-penemuan ilmu alam semulajadi yang baru oleh manusia. Maka setiap kali pengamal Islam terkeluar dari landasan tauhid, Allah Taala menurunkan Kitab dan persuruh-Nya untuk memperbetulkan keadaan. Yang terkeluar dari landasan inilah yang akhirnya menamakan diri mereka, lain dari Islam.

Sekali lagi umat yang leka dengan penjajahan yang kian kali mengundang musibah yang pasti tidak disangka-sangka. ‘Monopoli idealisme’ sekarang sangat sukar untuk dibendung malahan ia datang bertali arus tanpa henti. Kekangan mana yang dapat menahan ini, sedangkan Iman yang ada semakin rapuh dan kelam untuk digilap lantaran permata hati sudah dilumur dengan duniawi. Semoga idealisme penulis yang tidak seberapa ini, sedikit sebanyak mengilhamkan keinginan untuk terus berjuang demi agama. Apa yang dikatakan oleh Nabi saw sudah sampai kemuncaknya dan pasti kita, saudara, anak-anak atau cucu-cucu kita kelak menghadapinya tidak lama lagi. Tanpa perisai yang secukupnya pasti ‘mati’ Iman lantaran ‘duniawi’ menghambat di setiap cerucuk hati.

Penulis lebih suka penulisan yang terus pada sasaran. Jika kita percaya bahawa kita akan berterusan memperbaiki diri, maka kita boleh mengambil sikap tasamuh dalam hal ini.

Cuma apa yang penulis lihat sebuah organisasi, apatah lagi politik jarang malah hampir tidak pernah mahu menjadi ‘ular menyusur akar’. Kononnya dengan menjadi begitu, kredibiliti hilang dan sokongan akan pudar. Di situlah menurut hemat saya ‘Islam jadi kurang penting berbanding wadah yang digunakan’. Acapkali hal ini dijustifikasikan pada tingkat tertentu sebagai ’strategi’. Matlamat asal penulis ini perlu difahami betul-betul, dan mesti kena pada tempatnya.

Mencerap Ilmuan Mengikut Arus Global

Penulis berpendapat, fenomena menekan tidak boleh jadi sebagai sandaran tetap untuk mengatakan kita dikongkong pemikiran. Persoalan membaca, menulis dan berbincang sekurang-kurangnya dalam kelompok kecil tak pernah ada yang menghalang dan tak perlu mohon permit. Soalnya kesediaan kita mencabar diri untuk ini. Penulis tidak mahu menuding sesiapa, tetapi cukup untuk diri sendiri terutamanya. Bagi penulis dalam proses mencari, tidak timbul soal mencabar Iman dan akidah kerana proses mencari ini bukan proses sengaja mencabar, tetapi lebih kepada menyusun sejumlah faham dalam bentuk yang lebih jelas. Lebih-lebih lagi buku-buku dan kitab hebat di dunia rata-rata ditulis dalam suasana yang cukup menekan dan mencabar baik dalam dunia Islam mahu pun sumber di luarnya.

Sebab itu fenomena blog atau Revolusi Gelombang Ke-3 (memetik istilah Alvin dan Heidi Toffler) adalah cabaran yang tak terelakkan. Sudah tentu internet sebagai medium ini membawa bersamanya kesan baik dan buruk. Tapi apa pilihan kita? Yang membezakan iltizam kita dalam memilih baik dan buruk di internet ini ialah soal ilmu, Iman dan amal. Justeru itu, bagi penulis ini sebagai latihan daya saring.

Dalam kita mengakui AUKU, ISA dan sekian akta yang mengongkong, wajar juga kita tanya apa tindakan kita? Berdiam diri sudah tentu bukan langkah terbaik. Wacana politik memang tidak mengenal jalur kelabu. Mereka mahu kita memilih hitam atau putih. Hitam atau putih itu mungkin ditafsirkan mereka kerajaan atau oposisi. Tapi kita juga berhak mendefiniskannya kebenaran atau sebaliknya tanpa menujukan kepada sesiapa.

Kita harus, untuk penulis sekurang-kurangnya kekal berpendapat bahawa ‘kebenaran adalah milik semua’. Tapi siapa yang berhak mewakili kebenaran? Justeru, proses mencari kebenaran ini harus dibuka. Di situ akan berlaku intellectual engagement, dan kita tahu siapa yang tidak punya stamina akan diam perlahan-lahan.

Penulis cukup percaya bahawa keupayaan fikrah rakyat tidak harus diremehkan. Soalnya adakah mereka punya pilihan jika sebuah restoran hanya menyediakan sejenis makanan sahaja? Kafeteria ilmu sudah tentu akan punya banyak jenis makanan. Sudah tentu kita akan menasihati orang ramai untuk memilih makanan yang berkhasiat.

Tapi ingat, kuasa membeli masih di tangan rakyat. Rakyat yang bijak dan sedar kepentingan makanan berkhasiat dan punya kemampuan untuk itu pasti punya kecenderungan untuk membeli yang lebih tinggi. Sudah tentu makanan tu dihidangkan dengan cara yang membangkit selera. Kalau makanan sedap namun hidangannya pula remeh, di pinggan yang serpih dan nampak tak bersih, dan tukang hidang pulak ‘dok’ gigit kuku yang hitam depan kita, letih juga nak membeli di situ.

Misalnya, apabila isu simple seperti suami orang Kedah, isteri orang Johor, raya nak balik mana. Ketidakmatangan kita akan dengan ‘semberono’ mencadangkan;

“Apa-apa pun, isteri kena ikut suami. Maka dalam hal ini kenalah isteri ikut suami balik ke kedah!”

Penulis tidak tahu di mana asal-usulnya statement simplistik ini boleh disandarkan kepada soal ‘isteri kena taat kepada suami’. Tidak bolehkah kita mengatakan dalam memberi galakan kepada suami isteri untuk berbincang, dan jika boleh diberikan sedikit panduan untuk mengendalikan perbincangan itu.

Maka kebijaksanaan ‘commen sense’ kita teruji di sini. Gunakanlah segala kelebihan yang tersedia ada pada diri anda untuk berubah dan mengubah persekitaran untuk jadi lebih baik dan ‘mantop’.

Mengubah Strategi Dalam Berdakwah

“Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.” Pesanan yang sangat mudah alih untuk dibawa ke mana-mana. Tidak memerlukan modal yang banyak tetapi pulangnya sangat banyak. Islam mengajar kita, untuk senyum walaupun terkorban dalam panahan kehancuran.

Maka, dengan hati yang bersih, terpancar melalui akhlak dan tutur kata yang manis, bersama sinaran imej bersih dan baik, siapakah yang akan menjauhkan diri?

Perbaiki diri bukan sekadar melalui appearance semata-mata, malah memperbaiki akhlak. Akhlak yang semakin cantik, siapa yang tidak suka? Siapa pula yang tidak senang?

Dah lah sopan, akhlak baik, jaga pertuturan, dalam masa yang sama masih lagi ceria, suka bergurau (bertempat), sentiasa senyum, dan sebagainya. Kita masih lagi mengamalkan sifat asal yang baik dan menambah baik sifat diri kita. Siapa yang tidak suka?

Jika ternampak seseorang yang berbuat maksiat di hadapan anda, jangan dibenci dirinya tetapi bencilah perbuatannya. Kerana kita tidak tahu, mungkin dia sempat bertaubat sebelum nyawa berpisah dengan jasad. Kita sendiri tidak pasti adakah kita akan mencapai kesudahan yang baik.

Berpegang kepada kata-kata tersebut, Insha-Allah, kita akan nampak setiap orang di sekeliling kita sebagai aset dan peluang untuk mendapat pahala.
Bukankah dengan sifat ini, kita akan lebih terbuka menghulur dan meraikan silaturrahim? Tidak ada manusia yang akan menolak silaturrahim yang dihulur oleh orang yang cantik akhlaknya, baik pekertinya, dan menyenangkan hati .

Biarlah dengan bertudung litup, berpudah dan berserban, bergelar ustaz atau ustazah sekalipun, kepantasan menggunakan segala hikmah semudah ‘senyuman’ dan ‘ceria’ itu juga, menjadi antara human factor yang penting dalam dakwah.

Kalau dulu, ramai berfikir, untuk masuk ke certain kumpulan perlu dresscode yang berbeza, dan dresscode yang berbeza lagi untuk kumpulan lain, membuatkan kita terfikir. Bukankah kita menipu diri sendiri dengan tindakan sebegitu. Tidak mungkin akan berakhir, kerana manusia ini pelbagai. Dan akan kembali semua kepada persoalan utama, apa yang yang membuatkan orang tertarik dan ingin bermesra dengan kita? Kulit atau Isi?

Golongan akhawat (maaf dengan izin) lebih terasa perubahan-perubahan sebegini berbanding ikhwah. Berdasarkan pengalaman, transition itu sebenarnya memberi lebih banyak advantage, dengan syarat tidak mengabaikan faktor ‘senyum’ dan ‘ceria’ itu sendiri. Ramah mesra, manis senyuman, ceria, pandai bergurau, akhlak baik membuatkan orang sekeliling senang berdampingan dengan kita. Tambahan faktor penampilan yang sopan pula membuatkan timbul perasaan hormat di kalangan orang sekeliling terhadap kita.

Sudah tentu seruan tersebut juga satu cabaran buat penulis dan malah mungkin penulis juga hanyut dalam memperjuangkannya. Semoga Allah Taala memberikan penulis dan anda semua keputusan terbaik kelak. Mungkin juga ada teman-teman yang boleh mengemukakan pendekatan berbeza?

Sebuah Anugerah Yang Perlu Dimanfaatkan

Umat Islam pernah menjadi umat cemerlang, gemilang, terpandang, dikagumi dan digeruni bukan Islam. Umat Islam hidup dalam suasana aman dan maju serta sedikit tiada rasa takut di hati untuk melaksanakan ibadat atau menjalani kehidupan seharian.

Inilah gambaran umat Islam yang hidup di bawah asuhan dan kepemimpinan Rasulullah saw di Madinah. Hari ini kedudukan umat Islam jauh berbeza, sudah begitu lemah, mudah ditindas dan dianiayai musuh Islam tanpa rasa gerun sedikit pun.

Keadaan ini berlaku kerana sesetengah masyarakat Islam menyimpang daripada ajaran sebenar. Kita dapat perhatikan dalam kehidupan sehari-hari cara mereka berpakaian, bergaul dan bermuamalah.

Pelakuan ini menimbulkan pelbagai masalah seperti sumbang mahram, pesta seks, fitnah, minum arak, buang bayi dan pembunuhan. Umat Islam harus insaf dengan keadaan yang memilukan dan memalukan ini. Kita mesti faham tidak ada yang dapat mengubah nasib selain kita sendiri yang berusaha mengubahnya.

Allah Taala berfirman; " Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." ar Ra'd (13:11)

Bagi menjadi umat Islam cemerlang dan gemilang, bersemangat waja, perlu kita hayati ajaran Islam dalam kehidupan.

Allah Taala berfirman: " Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik" Ali Imran (3:110)

Apabila individu Muslim menjalankan konsep amar makruf dan nahi mungkar, akan terbina akhlak dan sahsiah diri mengikut acuan Islam. Sesungguhnya umat yang baik, bermula daripada individu seperti dinyatakan Syeikh Said Hawa bahawa untuk menjadi umat yang baik mesti bermula dengan pembinaan sakhsiah diri, memperteguhkan Iman dan akidah.

Perkara ini yang pernah diterapkan junjungan besar Nabi Muhammad saw pada awal perkembangan dan kemunculan cahaya Islam di tanah arab. Di samping itu, umat Islam akan muncul sebagai umat yang kuat, tahan diuji serta digeruni jika menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Jika diperhatikan, sesungguhnya bangsa yang maju sejak dulu hingga kini adalah bangsa yang memiliki ilmu pengetahuan.

Lantaran pentingnya ilmu, Islam mewajibkan setiap Muslim menuntut ilmu pengetahuan. Memang benar seperti diungkapkan Dr Ali Jumaah (Mufti Kerajaan Mesir), cukup untuk menegaskan Islam ialah agama ilmu dan akal. Islam menghendaki umatnya pandai memegang kalam dan otak dipenuhi beraneka ilmu.

Seseorang insan berilmu akan terjamin kesejahteraan hidup dan diredhai Allah serta mendapat kemuliaan di sisi-Nya;

Allah Taala berfirman: " Wahai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." el Mujadalah (58:11)

Nabi saw bersabda; "Bahawa ilmu pengetahuan itu menambah mulia orang yang mulia dan meninggikan seorang budak (hamba) sampai ke tingkat raja." (Hadith riwayat Abu Naim dan Anas)

1 komentar:

::FaQirah alHawari:: on 9 April 2009 pada 12:43 PTG berkata...

"Jika ternampak seseorang yang berbuat maksiat di hadapan anda, jangan dibenci dirinya tetapi bencilah perbuatannya. Kerana kita tidak tahu, mungkin dia sempat bertaubat sebelum nyawa berpisah dengan jasad. Kita sendiri tidak pasti adakah kita akan mencapai kesudahan yang baik.

Berpegang kepada kata-kata tersebut, Insha-Allah, kita akan nampak setiap orang di sekeliling kita sebagai aset dan peluang untuk mendapat pahala.
Bukankah dengan sifat ini, kita akan lebih terbuka menghulur dan meraikan silaturrahim? Tidak ada manusia yang akan menolak silaturrahim yang dihulur oleh orang yang cantik akhlaknya, baik pekertinya, dan menyenangkan hati .

Biarlah dengan bertudung litup, berpudah dan berserban, bergelar ustaz atau ustazah sekalipun, kepantasan menggunakan segala hikmah semudah ‘senyuman’ dan ‘ceria’ itu juga, menjadi antara human factor yang penting dalam dakwah.

Kalau dulu, ramai berfikir, untuk masuk ke certain kumpulan perlu dresscode yang berbeza, dan dresscode yang berbeza lagi untuk kumpulan lain, membuatkan kita terfikir. Bukankah kita menipu diri sendiri dengan tindakan sebegitu. Tidak mungkin akan berakhir, kerana manusia ini pelbagai. Dan akan kembali semua kepada persoalan utama, apa yang yang membuatkan orang tertarik dan ingin bermesra dengan kita? Kulit atau Isi?"

-setuju dengan pandangan ini..buat para da'e,tak perlulah mengubah personaliti yang 'islamik' semata-mata untuk turun ke medan dakwah. insyaAllah, yakinlah pada usaha kita. buat muslimat, berpurdah atau bertudung labuh tidak akn menghalang kita dari berdakwah. apa yang penting, keikhlasan dan kejujuran untuk berdakwah..insyaAllah, gunakanlah akhlak yang terbaik untuk bergiat di medan ini. wallahua'lam.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal