PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, April 21

Keluar Ikut Pintu, Bukan Tingkap!

"Ustaz perasan tak? Politik tanah air kita tidak menentu sekarang ni" Terhambur soalan cepu emas pada perkiraan penulis oleh seorang teman.

"Nak wat macam mana, mereka suka keadaan tersebut" Penulis balas pendek, sambil tangan menekan papan kekunci.

"Enta rasa di mana silapnya? Hingga ramai yang suka mencari popular singkat" Penulis cuba untuk memancing, lebih mudah untuk jelaskan kemudian.

Telah lama rasanya tidak meninggalkan bekas pada laman ini. Saban hari dihambat dengan tugasan harian sebagai seorang pelajar dan da'ie, insha-Allah. Jari jemari sejak minggu lepas 'lemas', hingga tidak sempat untuk berehat. Namun tegar untuk mencoret laskar ilmuan untuk ingatan diri sendiri dan teman seperjuangan di bumi anbia' ini. Mengejar cinta dalam cita-cita, semoga sempat sampai kegarisan penamat, sebelum bermula episode baru. Alhamdulillah…

Hidupkan Idea Indah

Menjadi seorang da'ie atau mahasiswa yang mempunyai dan menjana idea bernas satu idaman murni. Potensi diri kena dihargai bersama lestari idea bersih. Akal mesti dibentuk oleh sistem 'common sense' dan medium yang menggalak dalam melahirkan idea. Namun sistem ini tidak berguna, jika ibu bapa tidak menyediakan anak-anak mereka dengan potensi generasi beridea. Kanak-kanak yang punyai idea. Ibu bapa pula tidak akan mampu berbuat demikian jika perkahwinan mereka tidak dibina tanpa idea dan wawasan.

Memimpin diri melihat sesuatu 'tidak nampak', mengikut kaca mata hati, dan menjadikannya realiti adalah suatu cabaran sihat. Tetapi adakalanya ia terlalu mahal apabila sumbangan akal tidak nampak idea-idea tersebut.

Mencari potensi diri perlu pada gabung jalin antara mata dan hati. Keserasian mantap kedua-dua 'indera', barulah bisa mewujudkan tamadun diri yang cemerlang. Tetapi yang pastinya kesedian dan kesudian perlulah tidak mengkesampingkan modal insan dengan pengertian yang sebenar. Bukannya semua iklan produk bermodalkan 'insan' untuk melakukan jualan, tetapi menambah baik pemerhatian orang menjadi 'tertarik'.

Hanya dapat direalisasikan oleh mereka yang pandai mengambil peluang dalam setiap ruang terhidang. Klasifikasi juga bagus di dalam mencerna idea, membentuk perancangan yang jitu serta melaksanakan perancangan yang jitu secara sistematik, berkesan dan praktikal.

Idea atau wawasan? Kalau sekadar merancang sesuatu yang belum tentu nampaknya sesuai dengan keadaan persekitaran dan situasi semasa, apalah sangat idea itu. Ia sekadar ingin menampakkan pembangunan material yang secara tidak langsung menaikkan nama seseorang. Kita masih meragui ketelusan dan kepintaran kematangannya. Tengok apa dah jadi dengan Isu Pembelajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)? 'Jangka panjang' mana sangat kalau sekarang dah ada ura-ura nak dikaji semula. Nampak sangat ia tidak melalui proses pematangan idea dan wawasan terlebih dahulu. Jadilah pembaziran duit rakyat dan sebagainya.

Idea itu boleh jadi buruk atau baik, akhirnya tergantung kepada konteksnya. Ada idea-idea baik mungkin tidak dapat dilaksanakan atas kemampuan pelaksana. Ada idea-idea yang buruk pada satu tingkat, tapi pada tingkat yang lain adalah sangat baik. Kerana diolah oleh mereka berkemampuan.

Idea tetap idea, ia boleh dibahaskan. Timbangan ringan dan berat dalam sesuatu konteks, seterusnya strategi pemasaran idea itu yang akan menunjukkan idea itu boleh diterima, dikembangkan atau hanya tersimpan dalam buku, nota, dewan seminar dan sebagainya.

Apa pun jangan meremehkan idea, sentiasa sediakan ruang untuk idea dibahaskan, diterjemahkan dan dianalisa, sebelum, semasa dan selepas. Malek Ben Nabi juga selalu mengingatkan persoalan ‘guiding ideas’ dalam agenda membangun tamadun dalam diri.

Susah nak dapat pemimpin yang yang benar-benar mempunyai idea yang jauh ke hadapan dan selari dengan Quran dan Sunah. Kalau ada pun bukan main susah nak bagi peluang pemimpin-pemimpin ni memerintah negara. Ada sahaja si 'tukang cemburu buta' tak tentu pasal. Sepatutnya rakyat buka mata dan ambil peluang di atas kesilapan pemimpin seperti ini, apa lagi tunggu pilihanraya akan datang. Pakah yang dah terang lagi bersuluh.

Mencipta Kegemilangan Bila Peluang Terhidang

Generasi Ulul Albab satu plan jangka panjang. Namun penulis amat tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan senibina plan itu untuk tujuan membawa masyarakat menjadi 'keliru'. Sedangkan pendidikan yang diterapkan langsung tidak mencerminkan perubahan kepada menjadi 'Ulul Albab's Generation'.

Hendak melihat pewaris, muda mudi menjadi ibnu sina tetapi proses pendidikan tidak mengikut proses 'ibnu sina' untuk menjadi cemerlang. Ibnu sina mendalami ilmu agama pada awal umurnya sebelum mempelajari ilmu fardu kifayah. Begitu juga dengan para sarjana muslim yang lain.

Mahu mencontohi zaman keemasan Islam tapi tidak mencontohi proses masyarakat Islam pada masa itu, menjadikan zaman itu gemilang. Pemimpin masa itu tidaklah menyuruh rakyat marhaen mempelajari bahasa Greek dalam ilmu-ilmu fardu kifayah disebabkan ilmu tersebut berasal dari bahasa Greek, tetapi ilmu-ilmu itu dialih bahasakan pada bahasa ibunda.

Lihat sahaja negara-negara Barat. Mereka tidak membina bangunan Rome dahulu kala, ketika mereka cemerlang dengan ilmu pada zaman Socrates dan Plato. Apakah harapan mereka ingin melihat bangunan-bangunan tersebut dapat menaikkan semangat untuk berjaya?

Mereka tidak bermaksud begitu. Apa yang ingin mereka terjemahkan, adalah untuk mendidik rakyat untuk berfikir sendiri. Malah secara tidak langsung dapat menerapkan konsep adil, telus di dalam pemerintahan, 'skill of act'.

Tidak malukah kita menganggap negara sebagai 'negara Islam'. Tapi konsep Islam ditinggalkan dengan sewenang-sewenangnya. Sedangkan negara bukan 'Islam' lebih demokrasi, adalah adil dan telus dalam memastikan nasib rakyat terpelihara.

Untuk tidak termakan ‘ubat racun’ eloklah diandaikan Pakatan rakyat tidak menang kerana sebelum bertanding lagi jawapan kepada kegagalan memerintah telah diberikan, 'termakun racun'. Penulis lebih khuatir rarun-racun PRU mahupun PRK semasa kempen yang samar, selalunya berdasarkan andaian dan jangkaan yang dibuat tanpa pengalaman.

Memanglah kalau tidak diberi peluang pertama, masakan boleh ada pengalaman. Tetapi itulah kekhuatiran yang ada di sudut benak. Belum berjaya mengendali skala mini dan memasang semangat mengejar skala mega. Belum pasti boleh berjalan dah berkempen mengajak berlari. Kita perlu menghayati realiti, kerana fantasi senang diperolehi di alam maya (cyber) sekarang ini. Belum belajar membuktikan percaya sudah mahu membuat andaian.

Jangan asyik menukar wadah kerana kita akan terlupa kepentingan isinya. Kalau rasa isinya kurang masin, kenapa tak cari garam? Kenapa tidak sama-sama membetulkan 'cita rasa' dan 'citra rasa', dari sibuk mencari wadah baru? Kita selalu alpa, tidak menyusun keutamaan akibat selalu mengikut selera dan hati.

Setelah mengalami sendiri penghiduan itu, penulis setuju betul dengan isu 'shut up' dan 'speak up' berdasarkan kemantangan akal. Isunya adalah keterbukaan minda, yang mengundang pemilik akal yang sama berubah dari tidak mengunakannya kepada menggunakannya secara kritikal.

Mengeluh dengan keadaan masakini di mana sekolah dan universiti dipenuhi dengan kaum wanita. Keadaan ini pada penulis adalah bukti kepada pemerhatian yang menyimpulkan bahawa pembelajaran di Malaysia menghasilkan ‘loyalist’ (bagus mengikut procedure), bukan ‘activist’ (bagus membuat procedure).

Kita memerlukan 'cerdik pandai' yang creative bukan pak dan mak turut. Kita memerlukan masyarakat yang berkebajikan, bukan sahaja negara kebajikan. Memang membuka minda mengundang masalah sampingan kerana naluri nafsu yang jauh lebih kuat. Tetapi itulah gunanya guru yang tidak robotik yang kemudian hanya menghasilkan pelajar yang robotik dan hasilnya masyarakat yang robotik memilih Islam Polular.

Jadikan Iktibar Setiap Berlaku

Pengajaran yang boleh diambil ialah, pilihlah situasi menang-menang. Dakwah menang dan inzar juga menang, biarpun tidak setajam mana.

Apa yang boleh dipersoalkan ialah, kita lebih memfokuskan kepada inzar yang syadid, cabaran yang hebat, 'tembakan' yang tepat, tetapi dakwah kita tewas selepas itu. Malah bukan setakat dakwah menjadi mangsa, sebaliknya pendidikan juga turut diheret sama.

Bagi pihak berkuasa, mereka tahu mereka lebih gagah, mereka lebih kuat mereka lebih segalanya. Jika penentang mereka juga sama kuat sama gagah, maka ambillah sikap seperti Nabi dan para sahabat di awal perang Badar. Berani menghalang ketumbukan berniaga musuh. Jika tidak, jangan lagi 'membina rumah ditepi pantai'. Biar kukuh dahulu tiang-tiangnya. Biar sempurna benteng batunya. Biar berbondong-bonndong pengganti mereka menanti di belakang saf.

Apa yang telah dilakukan oleh pejuang Ikhwan di Syria seharusnya menjadi pengajaran. Berjaya menawan Halab, tetapi akhirnya tumpas teruk selepas berhadapan tentera udara Syria. Kesannya sehingga sekarang. Anda dapat perhatikan.

Keganasan dan jihad yang berlaku di Algeria seharusnya menjadi pengingat kepada kita di Malaysia. Kerajaan tidak tumpas, tenaga pejuang habis di kaki-kaki gunung. Bukan hanya Indonesia menjadi perhatian kita, lihat sama di Maghribi, Syria dan Mesir. Di Algeria, akhirnya, keamanan juga yang dicari. Keampunan ditawarkan. Demokrasi menjadi pilihan. Bagi kita di Malaysia, penulis tidak bermaksud jangan berhadapan musuh gerakan Islam. Penulis tidak kata jangan berani dengan mereka.

Apa yang perlu difikir lebih mendalam ialah, apakah kesan daripada cabaran demi cabaran yang dibuat. Apakah dakwah kita telah lumpuh sehingga memerlukan cabaran keras? Apakah mereka akan tunduk dan patuh kepada tekanan lawan mereka. Di manalah kekuatan kita. sekadar menyatakan bantahan kecilan, demotrasi sana dan sini, bimbang mudharat lebih besar muncul.

Sudah berapa ramai pejuang yang gugur? Ramai. Yang cedera ramai. Tetapi kita belum mahu mencabar dengan kekuatan kerana kita bimbang kesannya lebih besar. Dalam situasi sekarang, betul, kita bukan mencabar dengan kekuatan, sebaliknya sekadar membantah dan membantah termasuk menghantar memorandum.

Namun, jangan lupa, tarikh 16 September tahun lepas meletakkan kerajaan tertekan. Kesannya sama ada mereka akan lebih 'mengganas' atau 'mengalah'. Ini yang perlu dikaji. Jika mengalah, maka ada strateginya. Jika lebih mengganas, lebih ingin meng’isa’kan lawan mereka, sewajarnya kita ambillah jalan yang terus memenangkan dakwah kita, jemaah kita, politik kita dan 'muntahkan' mungkar kita.

Nah pilihanraya Penanti pula menunggu anda. Pilihlah calon yang ada 'potensi', bukan 'korupsi'. Pilihlah yang terbaik untuk jemaah dan ummah.

Moga kita sentiasa berlari, menuju akhirat yang pasti, mengejar syurga yang suci. Konsisten di jalan-NYA dengan izin-Nya. Selaku pemimpin, at least untuk diri sendiri, banyak hak-hak yang perlu ditunaikan. Semoga tidak dituntut kemudian nanti, setelah perhatian pada yang hak itu dijaga.

ameen

1 komentar:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah. idea yang sangat memberi manfaat di page ini. ana minta izin buat pautan catatan ini ke laman ana. jzkllh-alonyushi_along

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal