PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, April 22

Bersahabat Dengan Perasaan Sendiri

"Ana nampak cara ustaz mendekati maudu'e lain pada yang lain. Semuanya seolah-olah bersetuju apa ustaz cuba terangkan" Kata seorang teman, sebaik sahaja penulis usai mengendalikan slot bersama mahasiswa baru.

"Lain macam mana tu?" Penulis ingin mendapat kepastian yang jelas.

"Yela, ustaz tidak secara direct menarik mereka dalam kancah spiritual dan kerohanian secara total. Ana sendiri dari aliran sains (perubatan), merasakan ustaz lebih dekat dengan kami, apa yang kami belajar. Itulah yang ana nampak" Penulis melihat kesungguhannya untuk memahamkan penulis, bagi memenuhi krateria soalan yang ditanya.

"Kalau macam tu, enta betul-betul berminat dengan ilmu spiritual (kerohanian) itu sendiri" Penulis memberi kredit pada teman itu, kerana memang seorang yang perhati.

Secara peribadi penulis dari sekolah menengah dulu, lebih suka membaca bahan psikologi dan seumpamanya untuk sebuah aplikasi dakwah dan pencerahan akal yang sihat. Hasil yang bakal dinikmati apabila kedua-dua medium berlainan ini, antara bahan sains dan bahan 'spritual' seperti ilmu ad Din, akan menghasilkan wacana idea lebih 'mantop'. Walaupun penulis bukan dari aliran ‘hard science, tapi dulu pernah mengecapi seketika. Kerana untuk ber’main’ dengan manusia.

Mencari Identiti Sekufu Pada Diri

Menuntut ilmu untuk berhadapan dengan manusia lebih berkesan. Namun jangan tinggal hampas sahaja, kena beramal dengan ilmu tersebut. Insha-Allah ada manfaat di dalam lapangan dakwah dan perjuangan ini. Anda, dan kita perlu lebih proaktif dalam soal pengurusan masa. Sibuk bukanlah alasan terbaik.

Kalau nak diikutkan, Prof Dr. Syed Mohammad Naquib al-Attas, pernah melontarkan kerisauan beliau dalam trend menempatkan pelajar-pelajar bijak ke dalam jurusan sains dan teknologi dalam jumlah yang begitu banyak, boleh dikatakan overall pelajar bijak dan cemerlang. Manakala pelajar-pelajar yang ‘kurang cemerlang’ dilonggokkan di dalam aliran sastera di peringkat sekolah, begitu juga peringkat universiti.

Kesannya dapat dilihat dengan jelas dan ketara pada hari ini, di mana ketidakseimbangan dalam dua aliran ini, iaitu sains (sains fizikal) dan sastera (sains sosial), telah sedikit sebanyak menimbulkan polemik dalam masyarakat. Segala bentuk pembangunan yang dibina tidak mengambil kira faktor ‘kemanusiaan’ dan ‘keTuhanan’. Golongan profesional yang ada pada hari ini, gagal memahami falsafah kemajuan dan pembangunan menurut Islam, malah meniru bulat-bulat model 'Revolusi Industri' dari Barat.

Bukan untuk pelajar sahaja rasanya yang terkena 'batang hidung' dalam hal ini. Penulis mencabar pembaca untuk lebih bersikap analytic dalam menerima sesuatu idea especially dari golongan yang kita rasakan ‘lebih islam’ dari kita, lebih alim dari kita. Sebagaimana cabaran untuk memahami sesuatu konsep yang kritikal, seperti tentang teori evolusi yang ada basic untuk mempercayai dari sudut sejarah dan dikaitkan dengan ayat-ayat Quran.

Seseorang pelajar 'hard science', anda kena lebih banyak memberi masa untuk 'soft science'. Barulah sangat menepati dan seimbang dengan realiti semasa, di mana pada fikiran penulis, ramai kita yang terkepung antara fikiran hitam-putih tidak selesa dan tiada kesudahan dalam mencari keputusan tepat. Nampak macam susah.

Meskipun kita akui, serta percaya kepada adanya liberalism. Kena hati-hati dalam memahaminya. Mungkin kerana latar keluarga dan pergaulan yang luas dengan kelompok marhaen, semestinya menjadikan kita perlu make more carefully, terutama dalam memahami sistem ekonomi liberal yang percaya kepada pasaran terbuka.

Sepanjang ingatan penulis, Ustaz Zulkifli orang yang banyak mengingatkan penulis 'dinamika manusia'. Masih penulis ingat saat mula bertemu beliau selepas usai ceramah, secara sinis dia meragui kesungguhan mahasiswa untuk membawa perubahan kerana kualiti pembacaan dan kesediaan yang cetek untuk memahami. Tidak kurang para pensyarah di sini, seperti terngandah dari lamunan, bahawa mereka pada akhirnya cukup sayang dengan golongan muda tanpa mahu memanjakan.

Bertatih dan tidak pernah rasa jemu. Dari seorang mahasiswa yang ‘kononnya’ lantang di kampus, perlu ada sikap mahu memilih jalan yang anda setuju, wajar anda tekuni.

Sebetulnya penulis sangat berminat dengan 'hard science' apatah lagi 'soft science' ni kerana terlibat dalam bidang kaunseling suatu ketika dahulu. Tengok sahaja, koleksi buku-buku sains di rak meja, tidak 'loket' penulis untuk berbelanja. Tahu dan sedar bukan dalam bidang ini, tapi tak salahkan untuk belajar dan menambah baik dalam system 'berfikir'? Anda juga pun sama, dalam bidang berlainan dengan penulis.

Memahami Sains Sosial Lebih Dekatkan Diri

'Sains Sosial' dari sudut sejarahnya adalah bidang keilmuan yang dibangunkan oleh golongan sekular selepas barat menolak panduan gereja. Dalam mencari panduan yang boleh membahagiakan manusia selepas gereja ditolak, satu demi satu disiplin sains sosial dibentuk. Sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi, dan psikologi. Semuanya dibangunkan bagi menggantikan ’syariat’ Kristian, yang sememangnya tidak diturunkan untuk membina sebuah negara. Berbeza dengan kita syariat Islam.

Dari sudut yang lain, sains sosial dibangunkan daripada epistemologi dan metodologi sekular. Sejauh mana kajian empirikal yang didakwa berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif terhadap ’sample’ itu mampu menafsir gelagat dan tingkah laku sosial dan meletakkan hasil kajian itu dalam satu jadual yang seragam serta men’generalisasi’kannya untuk memahami sikap dan tingkah laku manusia yang sememangnya kompleks dan rencam?

Mungkin jawapannya Ya, jika kajiannya dalam Sains Tulen. Tetapi tidak dalam alam manusia. Kesimpulan yang dibuat dalam bidang sains sosial menghasilkan keputusan yang bersifat nisbi, relative, dan spekulatif ataupun dalam bahasa Quran, 'sangkaan kamu semata-mata’.

Jadi, perlukah kita tercari-cari satu paradigma baru untuk meninggalkan petunjuk wahyu yang bersifat mutlak dan menggantikannya dengan satu paradigma yang bersifat spekulatif dan relative. Bagi penulis tidak salah, namun sebagai seorang yang percaya pada adanya satu kuasa mentadbir seluruh alam, hendaklah paradigma tersebut selari dengan Quran dan Sunnah. Mudahkan?

Metodologi Sains Sosial yang diambil dari metode sains tulen, hanya boleh mengesan fenomena sosial yang membabitkan sunnahtullah. Mereka mengabaikan bahawa di sana terdapat iradah el syar’iyyah. Konsep kausaliti Islam, iaitu cause and effect telah meletakkan bahawa dalam setiap sebab dan akibat ada faktor 'penengah'nya iaitu Allah. Bahawa, sejauh mana kita melayan kehendak Allah dalam syariat-Nya, sejauh itulah Allah Taala akan melayan dan menunaikan serta membahagiakan manusia.

Inilah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Konsep 'kausaliti' sekular yang diletakkan asasnya oleh Ibnu Rusyd yang kemudiannya menjadi konsep asas dalam metode Sains Sosial Barat, di mana menjalankan fungsi sebagai metodologi kepada sekularisme dalam membebaskan diri daripada panduan agama, dan menafikan faktor 'penengah' ini, iaitu Allah Taala.

Penulis bersetuju, untuk tidak menolak peranan sains sosial secara total. Syed Qutb dalam kitab 'Maalim fi el Thoriq', pada bab ‘Konsep Islam Terhadap Kebudayaan’ menjelaskan:

Sesungguhnya haluan seluruh 'falsafah', dan haluan seluruh 'pentafsiran sejarah manusia' serta haluan seluruh 'ilmu jiwa' selain daripada beberapa detail tertentu, begitu juga haluan seluruh 'perbandingan agama' dan seluruh 'pandangan dan isme-isme kemasyarakatan' kecuali hasil yang berdasarkan research dan statistic, di dalam fikiran ala jahiliah, baik dulu mahupun sekarang, adalah terpengaruh secara langsung dan konsep jahiliah yang hampir seluruhnya bertentangan dengan konsep agama, terutama dengan konsep Islam"

Mungkin tidak dalam interpretasi sekular yang nampak jelas menolak Islam, tetapi mungkin akan terperangkap dalam persoalan epistemologi dan metodologi yang bahayanya lebih besar. Jika begitu, akan berlakulah kekacauan epistemologi dan semakin berpecah-pecahlah kesatuan umat. Bercampur-campur antara sekular dan Islam.

Kita masih ada di minda pemikiran dua kuasa, walaupun tidak meng'iya'kan secara jelas. Maka sedar atau tidak, kita sebenarnya telah membawa dua kayu ukur yang berbeza, dan sudah pasti akan terdapat perbezaan bacaan ukuran. Sampai bila pun kalau bacaan ini hendak disamakan ia tidak mungkin, kerana bertentangan dengan Sunnah Allah. Hanya apabila kita bersetuju ada kesilapan cara mengukur atau apa yang ukur, dan bersetuju mencari perbezaan untuk disamakan, barulah bermakna pertukaran yang diusahakan.

Allah sentiasa bercakap dengan mahluk. “’Alamal bil Qalam” Dzat yang mengajar manusia dengan Kalam apa-apa yang kita tidak tahu. Kalam Allah Taala itu adalah segala kejadian ciptaannya. Segala Sunnah Allah yang dapat kita rasai sepanjang hidup kita. Gerak kerja Allah Taala yang tidak pernah mengantuk dan tidak tidur. Qodha' dan Qadar-Nya yang memastikan segalanya berjalan mengikut kadar yang telah ditentukan termasuklah mukjizat (yang baik) atau sihir {yang tidak baik). Kefaham kepada Quantum sains akan memberikan gambaran jelas kepada berlakunya mukjizat.

Maka sekularnya pemikiran Muslim yang memisahkan kuasa baik dan kuasa jahat itu yang sebenarnya menjadikan mereka mendefinasikan sains sosial dibangunkan daripada epistemologi dan metodologi sekular. Pendekatan ilmu sains sangat telus, dan ikhlas. Maka sesiap sahaja yang cuba menjalankan penipuan, akan dengan sendirinya dihukum oleh Sunnah Allah. Di dalam bentuk tidak berjayanya mereka memperolehi keputusan yang baik, seperti diharapkan, di dalam menjalankan eksperiment yang dijalankan.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal