PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, April 11

Cabaran Dunia Ahli Genius

Penulis tidak fikir alasan ‘lemah spiritual’ sebagai sesuatu yang bodoh, walaupun mungkin mereka yang berkarya sendiri entah tahu atau tidak apa yang dimaksudkan dengan peranan ‘kuat spiritual’ itu.

Memang dalam banyak teori kaunseling turut memfokuskan sistem keluarga dan bagaimana pengaruh zaman kanak-kanak kepada bentuk hidup dewasa.

Pendapat Eric Erikson dalam mengemukakan Theory of Play;

Children do not become neurotic from frustrations, but from the lack or loss of societal meaning in these frustrations

Jika dilihat pendapat Erikson tentang perkembangan manusia, iaitu Adolescence (12-18 tahun), pertembungan antara peranan dan identiti berlaku di mana peer relationship menjadi medan utama tingkah laku seharian. Penyelesaian yang ’sihat’ pada zaman kanak-kanak akan menjadi asas pencarian identiti. Penulis bukan mengagumi Erikson, apatah lagi beliau cenderung memanjangkan fahaman Freud (dan faham Freud tidak semuanya salah).

Cuma ada hal yang menarik, sekurang-kurangnya untuk penulis percaya bahawa elemen spiritual juga punya peranan. Walau bagaimanapun, sudah tentu dalam penyelesaian perihal kemanusiaan, teori apa pun hampir mustahil berdiri sendiri tanpa pernah diuji.

Genius Bukan Penghalang Hidup?

Teringat penulis semasa dalam penerbangan pesawat Gulf Air ketika mula berangkat ke Mesir dua tahun lepas, penulis menonton rancangan Ilmuwan Islam, Ibnu Haitam atau dikenali sebagai el Hazen.

Ibnu Haitam terpaksa berpura-pura gila selama 3 tahun supaya tidak dibunuh oleh Khalifah Fatimiah ke-6 ketika itu, diperintah oleh el Hakim bi Amr-Allah. Apa yang ingin penulis kemukakan ialah, keunikan penyelesaian yang beliau (Ibnu Haitam) ambil dalam mendepani masalah ketika itu (Khalifah el Hakim).

Mungkin jawapan penulis juga simplistik, tetapi, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- el Bqarah (2:286) - dan juga “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya sendiri”- ar Ra'd (13:11)

Dari sudut psikologi, yang banyak menghuraikan hubungan aspek seksual dengan personaliti adalah Sigmund Freud, mungkin di sana ada jawapan kenapa itu jalan yang dipilihnya. Inilah yang terjadi kepada Sufiah, pelajar genius. Penulis tidak mahu bersangka buruk. Tapi penangkapan ayahnya atas kes salah laku seksual seolah-olah memberi gambaran kepada penulis ‘neraka’ yang Sufiah maksudkan.

Sufiah sekadar satu simbolik. Kebetulan dia genius dan dikenal dunia. Menakutkan amat apabila baca berita di laman berita The Star. Lebih menggerunkan bila baca the actual interview. Dia bermula di jalan ini dalam terkapai mencari arah kemudian Sufiah mula berasa seronok bermandikan wang dan nafsu. Satu indikator bukan sahaja Sufiah malah ramai lagi Muslim yang merasakan bahawa diri mereka adalah diri sendiri. Justeru mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap hidup mereka.

Pilu mengingatkan komen rakan-rakan muslim di tanah air dahulu, semuanya menyalahkan Sufiah secara total;

"pandai pun tak guna, teruk betul, memalukan kita aje

Sedangkan kita langsung tidak mengetahui, apalagi sama merasai pengalaman hidupnya sepanjang menjadi tumpuan dunia sejak sedekad lalu. Memanglah dia sudah cukup matang untuk disalahkan, tapi kalau beliau memang mempunyai masalah mental, kepada Siapa harus kita persalahkan?

Sufiah telah memilih hidup dia. Kita? Berdoa moga Allah Taala membukakan pintu hatinya. Benar! Dunia dan nafsu itu adalah ujian terhebat bagi setiap muslim dan mukmin. Segala pasca tekanannya bergelar anak dan pelajar telah berlalu. Dengan akal dan peluang yang ada, dia tidak tersepit, Dia boleh berfikir dan membuat keputusan wajar.

Genius anugerah Tuhan, tapi kita harus faham as a Islam brotherhood need help and support our Islam humanity. Pelik dunia akhir zaman jadi genius susah jadi tolol lagi susah. Ingatlah semua itu adalah ujian. Kita memang rasa kesian apa yang menimpa pada Sufiah. Tapi kita harus alert that banyak remaja kita terbabas macam Sufiah juga. Adakah itu maniac, scizo. bipolar? Tepuk dada tanya Iman. Kita perlu kuatkan azam perbetul yang ada di hadapan mata. Berapa ramai lagi pelajar universiti pergi clubbing, minum arak then jadi pelacur. Think properly. Sufiah dan anda, malah kita semua harus ambil perhatian ke mana hala yang kita hendak layarkan?

Mungkin anda sependapat dan sebulu dengan penulis, supaya stesen televisyen kita bukan sekadar highlight pada kegeniusan para ilmuwan Islam terdahulu, tetapi cuba perhatikan juga, bagaimana mereka menggabungkan keupayaan mental, hubungan dengan Pencipta dan hubungan sosial dengan masyarakat yang menjadikan mereka berjaya. Ini, agar menjadi iktibar untuk kita semua.

Malah jauh benar dari genius. Hanya satu jalan yang dirintis yang diberi oleh Tuhan;

"Genius is not merely in academic field yet it is also including emotionally, sporitually and intelectually well balance together"

Menyelami Islam Yang Syumul

Sepertimana bintang bersinar paling terang pada malam yang paling gelap, maka begitulah juga halnya dengan Islam. Cahaya Islam itu memancar-mancar dengan terang apabila ayat-ayat Tuhan diperdengarkan kepada manusia, Manusia dapat berbicara tentangnya dengan jujur dan kritis untuk mencari kebenaran dan kebaikan.

Pada zaman ini, perdebatan, perbincangan, dialog, kajian ilmiah yang kritis dan persoalan-persoalan keTuhanan yang jujur dan berani adalah umpama suasana `malam yang sangat gelap’, yang sangat ditakuti oleh pemuka-pemuka agama dan kaum Muslimin. Padahal ia adalah suasana paling baik di mana Islam itu dapat bersinar. Cahanyanya dapat dilihat dan (mudah-mudahan) meresap hangat ke dalam jiwa-jiwa manusia.

Umat Islam dahulu tidak pernah takutkan suasana `malam yang gelap’ ini. Selain kisah Isabella, kisah Imam Ahmad ibn Hanbal dan seorang Yahudi Atheist yang -datang merosakkan taman-taman (Islam) yang indah dan memakan buah-buahan yang ranum (alim ulama)- mengajar kita bahawa cendekiawan dan pemerintah Islam tidak gusar membiarkan Islam dibedah dan diautopsi, dibincangkan dan dicabar, dibahas dan didebat. Umat yang hebat ini tidak pernah ragu-ragu bahawa Islam itu cahaya kebenaran, dan kebenaran pasti menumpaskan kebatilan.

Manusia harus punya kebebasan untuk menyuarakan idea dan pendapat, berdebat dan berwacana, berselisih dan berkonfrontasi, selagi mana hujah dibalas dengan hujah, dalil dengan dalil, pena dengan pena. Tindakan memaksa manusia berfikir serupa dan seragam, mengharamkan buku dan kitab, serta membantai idea dan tafsiran yang jamak, adalah sama seperti menghalang cahaya Islam bersinar pada malam yang gelap. Akibatnya manusia kehilangan arah, meraba-raba dalam kegelapan dengan mata mereka ditutup.

Hanya mereka yang berani membuka mata untuk melihat, dan menghadapi malam yang gelap untuk menggapai cahaya yang bersinar paling terang, dan mengajak manusia lain bersama mereka, layak digelar kaum Muslimin yang Mukmin. Insha-ALlah.

Semoga semangat anak-anak muda Palestin tersemat dalam diri setiap pemuda-pemuda Islam untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap lapangan kerja kita. Islam akan kembali menjadi bintang yang akan menerangi kegelapan dan kesuraman malam. Insha-Allah.

ameen

1 komentar:

muallimah on 11 April 2009 pada 3:14 PTG berkata...

Syurga dan neraka, kedua-dua projek raksasa ini pun sudah ada. Apabila syurga ini sudah ada, apa lagi yang hendak dikaji. Kewujudannya sudah disahkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu peristiwa Israk mikraj. Dalam kesempatan diberi hidup menumpang di bumi Allah inilah kita semua sedang diuji sama ada mahu melaksanakan Islam ataupun tidak. Individu diuji secara individu dan pemimpin kerajaan serta pemeritah, juga diuji dalam bentuk amanah kekuasaan. 'Ujiannya ialah sejauh mana kamu berusaha melaksanakan Islam' dan BUKANNYA sejauh mana kamu mengkaji dan berusaha menyesuaikan dengan teori ekonomi Adam Smith ataupun teori sosialis Karl Marx dan menghalang pelaksaan Islam. Back to basic, jadikan Islam sebagai fasilitator.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal