PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Ahad, April 12

Aku Dambakan Keringat Kasihmu

Susah nak cari ibu bapa yang betul-betul faham akan kepentingan dakwah dan tarbiah kepada anak-anak sekarang ni. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk akhlak anak-anak. Mungkin banyaknya fenomena derhaka sekarang ni disebabkan kurangnya ibu bapa memberi fokus terhadap amalan agama dalam kehidupan seharian anak-anak. Dunia sekarang terlalu materialistik sehinggakan sesetengah ibu bapa terlupa akan tanggungjawab dan kepentingan dalam penekanan ilmu agama dalam hidup. Ramai yang hanya mengambil tahu skor exam. Amalan ibadah kerohanian harian, tidak pernah diambil peduli untuk bertanya.

Mungkin inilah antara faktor utama mengapa lelaki yang terlibat dengan gerakan cuba untuk mencari wanita di luar gerakan. Kalau sama-sama terlibat dengan gerakan, risau tidak ada masa nak jaga anak-anak kat rumah. Takut-takut anak sendiri tercicir. Jangan jadi macam peribahasa "Kera dihutan disusu, Anak sendiri ditinggalkan". Inilah juga faktor yang menyebabkan lelaki dan wanita yang aktif berdakwah (sebelum kahwin) menjadi lumpuh untuk meneruskan perjuangan dakwah selepas kahwin, dan tidak semua penulis maksudkan. Siapa makan cili, dia yang terasa pedas. Sibuklah katakan. Tapi apa jalan penyelesaiannya? Kedua-duanya sama penting. Usaha dakwah tidak boleh sekali sekala, perlu Istiqamah. Kalau tidak istiqamah boleh jadi tarbiahnya tidak berjaya untuk merubah corak pemikiran masyarakat. Keluarga, anak, isteri dan suami pun juga sama penting. Apatah lagi kepada seorang wanita solehah yang cuba untuk menjadi isteri, ibu dan pejuang di jalan Allah (dakwah), semoga berjaya sementara hayat masih dikandung badan.

Tetapi soal profesyen atau kerjaya, adalah soal kedua. Kalau mak atau ayah buka office sendiri di rumah sekali pun, Belum tentu masalah ini terhindar. Pada penulis kuantiti masa memang penting, tetapi kualiti yang paling penting. Duduk sebumbung tapi seorang mengadap komputer, seorang lagi baca surat khabar, anak-anak pula mengadap televisyen. Maka mereka tetap tidak bersama sebenarnya. Yang penting, setiap lelaki dan perempuan yang berkahwin, kena berperanan dengan sebaik-baiknya terhadap kualiti masa, di sisi kuantiti masa yang semakin terjejas oleh desakan hidup.

Kesetian Dan Saling Memahami Sapaan Lembut Dalam Tarbiah

Artikel penulis ini sekadar muhasabah diri untuk diri sendiri yang akan berumahtangga kelak dan bakal memiliki keluarga sendiri. Persedian awal sebelum semua itu terjadi, supaya tidak mengabaikan anak-anak dalam kesibukan kerja, belajar dan tugas-tugas yang lain. Anda juga sama. Kepada yang belum kahwin, bersedialah. Jangan fikir setakat nak honey moon di mana sahaja. Kena lebih lagi.

Suami isteri yang terlibat dengan gerakan biasanya, perlu ada kesedaran kepada pembentukan sakhsiah dan rumahtangga Islam. Bermakna peringkat kesedaran dan pemahaman, sebetulnya sudah mantap. Apa yang perlu ditekankan ialah kewajipan itu bukan sekadar di luar rumah. Sebaliknya di dalam rumah juga adalah medan yang terpenting untuk kerja-kerja dakwah.

Mudah sebenarnya bagi isteri yang memahami agama dan gerakan untuk bertindak sebagai da'ie kepada anak-anak sendiri. Jika dibandingkan dengan seorang wanita 'solehah' yang baik, tetapi tiada asas usrah, pentarbiahan dan penglibatan dalam gerakan Islam. Anda sesekali perlu bersyukur.

Penulis fikir, apa yang mungkin berlaku, silibus pentarbiahan yang tidak banyak menekan kepada pembentukan sakhsiah dan keluarga muslim sebagai asas kejayaan Gerakan Islam, sebagai satu punca.

Juga, isteri tidak seharusnya memutuskan hubungkaitnya dengan kewajipan sebagai muslimat di luar rumah, setelah bersuamikan seorang pendakwah. Alhamdulillah, mereka ini memiliki suami yang bagus, tetapi bagaimana muslimat-muslimat lain yang memerlukan pentarbiahan dan pengisian yang tidak diperolehi daripada suami masing-masing. Ini sebagai pandangan peribadi, mungkin anda mempunyai idea tersendiri.

Allah Taala berfirman; “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi pelajaran kepadanya;

1.Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.


2.Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.


3.Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” Luqman (31:13-15)

Teringat masa kecil-kecil dulu dengar ceramah di surau pasal kisah Nabi Musa yang menyuruh kaumnya mencari lembu yang hendak dijadikan korban. Terlampau banyak pen’detail’an yang diminta oleh kaumnya sampai menyusahkan untuk mencari lembu yang betul-betul kena pada spesifikasinya. The whole story seperti diceritakan dalam surah el Baqarah, pengajarannya ialah kalau tanya lebih-lebih akan didetailkan lebih-lebih dan akan menyusahkan diri sendiri later on.

el Quran Adalah Silibus Modal Insan Terangung

Kalau kita tengok dalam Quran sendiri. Allah Taala minta manusia mengkaji dan berfikir, apatah lagi pada ayat-ayat yang diulang siar secara kerap. So, kita sebagai hamba perlu berusaha mencari dan terus mencari ilmu. Bukan hanya duduk je, betulkan? Teringat satu kata-kata;

Kunci ilmu adalah dengan bertanya

Bagi yang bergelar pelajar seperti penulis, sama-sama kita menjadi pelajar muslim yang proaktif dan agresif dalam menuntut ilmu. Allah sememagnya suruh umatnya berfikir kenapa dan mengapa. Alhamdulillah,di situ ilmu baru kita bisa perolehi.

Kalau tengok buku-buku. Macam-macam jenis buku ada, semua itu salah satu bentuk perincian. Macam-macam idiot’s guide ada. Ceramah pun macam tu juga. Macam-macam ceramah ada, macam-macam CD dan VCD yang dicetak. Seingat penulis dulu mudah untuk dapatkan, sebaik sahaja selesai Kuliah Mingguan yang di sampaikan Tuan Guru Menteri Besar, terus ke Kedai Jaffaz Rawas di sebelahnya, untuk dapatkan bahan terkini. Bukankah semua tu bentuk-bentuk perincian? There is too much commercialisation of details and we are all part of it. Kerenah manusia sekarang simply love details especially bila disampaikan dalam bentuk yang menarik pemikiran.

Kalau orang dulu-dulu berkata;

" Kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai"

Bukan semua yang kita tulis sampai maksudnya pada apa yang dibaca kerana tahap pemikiran dan experience yang berbeza. Terimalah semua tu sebagai cabaran dalam memberi mahu dan semoga sentiasa mempunyai kekuatan untuk menulis perkara yang benar walaupun dibenci orang. Insha-Allah semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah Taala.

Makin terpeinci definisi sesuatu isu, makin terserlahlah kerendahan tahap ilmu seseorang. Kalaulah dua ayat ini yang hendak dinilai, atau dijadikan True or False question. The answer is definitely True. Kita perlu menuntut ilmu kalau hendak belajar hukum-hakam, bukan sekadar dari artikel memang tidak boleh. Ada juga yang mencari hukum fiqh dari wawancara, melampau sangat tu. Nampaknya sikap kita terhadap bahan-bahan ilmu yang perlu diperbetulkan.

Kesan kesusahan kepada kehidupan tidak dinafikan banyak baiknya. Jika dihadapi dengan positif, cabarannya sekarang ialah, bagaimana ibu bapa yang senang, mahu mendidik kesusahan kepada anak-anak mereka. Penulis frust tengok student kolej sekarang yang straight A’s, tapi nak balik rumah sendiri pun tak reti. Borang UPU pun, parents kena belikan di Pejabat Pos dan Bank. Tanya bab isu semasa tak tahu apa. A’s yang banyak itu tidak melambangkan apa-apa kualiti hidup.

Unfortunately, mereka ini adalah mangsa cara ibu bapa membesarkan mereka.

Penulis bersyukur kerana diberi peluang belajar di luar negara, kerana antara lain, diri ini dilatih untuk hidup berdikari. Kalau di negara sendiri dahulu, semuanya ibu tolong buatkan. Di perantauan ni mana ada semua tu. Sekarang kalau lepas makan kami satu rumah, sudah ada giliran siapa nak basuh pinggan, kemas meja dan sapu lantai. Pakaian basuh sendiri, sidai baju, lipat baju sendiri. Pergi kuliah jalan kaki (15 minit), tapi kalau kat Malaysia siap ada van ambil kat rumah. Actually kalau ikut Dr. David Mc Clelland punya teori 'Behavior is a factor of interaction between a person and the environment', semua perkara ni nampak betul. Apabila diubah suasana dari senang ke susah, tingkah laku kita boleh berubah. Cuma kena betulkan persepsi. Penulis pun dah banyak improvement memasak. Buat persedian awal, bimbang bakal isteri esok-esok masuk wad, kenalah masak untuk anak-anak.

3 komentar:

bonda berkata...

salam....
sesungguhnya tugas mentarbiah keluarga menjadi tanggungjawab utama kedua ibu bapa..Ketepikan EGO masing-masing...........

bonda berkata...

salam...
sesungguhnya generasi muda Islam hari ini bakal merubah segala percaturan hidup yang telah lapuk dek ketinggalan zaman......

Liyana on 12 April 2009 pada 10:45 PTG berkata...

salam!

terima kasih dengan perkongsian ini.
dilahirkan dalam keluarga yang tidak biasa tentang taribiyah dan dakwah, menyukarkan si anak bergerak ketika bersama keluarga.

perkara ini di anggap asing.

apa yang lebih penting dan utama adalah kejayaan dalm kerjaya dan cita.

apa pun, ini adalah satu cabaran yang sangat besar.

ingin sekali sebagai anak, tahu, apakah cara yang paling baik untuk membuka hati ibu bapa supaya membenarkan si anak mengikut aktiviti dakwah.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal