PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Mac 17

Aku Perlu Berubah


“Seorang yang berpelajaran tinggi, mungkin seorang doktor atau ustaz. Mahukah dia mendengar pendapat medical atau hukum daripada seorang yang lebih junior atau low level daripadanya?”

“Seorang yang berumur. Mahukah dia mendengar pendapat seorang yang muda?”

“ Seorang yang alim. Mahukah dia mendengar pendapat seorang yang jahil?”

Dalam tidak sedar, keegoan kita menjadi satu bentuk macam penghalang atau tabir untuk kita seek first to understand. Tambah pula dengan sikap kebanyakan kita yang suka melabel judge, justify something, someone awal-awal. Hakikatnya, pendapat seorang yang lebih junior tidak semestinya salah. Pendapat seorang yang muda tak semestinya tidak relevan. Begitu juga pendapat seorang yang jahil, tidak semestinya boleh ditolak bulat-bulat.

Sejujurnya, penulis rasa itulah kebanyakan masalah para da’ie kita sekarang ni. Kebanyakannya tenggelam dalam keegoan masing-masing dengan bersikap keras kepala - aku saja yang betul, serta sikap skeptic terhadap madue’ dengan berpendapat madue’ adalah low level, tak sampai tarafnya lagi dan sebagainya.

Apakah kita masih belum perasan, Allah Taala memberi dua telinga satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap. Dua kaki satu mulut supaya lebih banyak berjalan dari makan. Dua tangan satu mulut supaya lebih banyak menolong dari mengkritik. Dua mata satu mulut supaya lebih banyak perhatikan kebesaran Allah Taala, bukan ‘cakap tidak serupa bikin’.

So in order to seek first to understand, then to be understood, penulis menyeru kepada anda termasuk diri sendiri, kikislah sikap keras kepala kita. Kurangkanlah sikap ego kita, serta jauhilah dari sikap judging hanya atas kerana kita telah lama berada di bidang ini atau apa jua sebab sekalipun. Hakikatnya di sisi Allah Taala manusia itu sama sahaja, yang membezakannya hanyalah ketakwaan. Itu pun hanya Dia sahaja yang tahu.

Penyakit Ghurur Mengundang Bahana

Kecelaruan belantara dunia menyesatkan ramai manusia. Potensi akal dan hati kurniaan Allah Taala serta turunnya syariat dibawa Rasul, bagi sebahagian manusia masih belum cukup mengalahkan kebuasan hawa nafsu diri mereka. Ditambah lagi dengan peranan hebat syaitan laknatullah yang tidak akan berganjak seinci dari lubuk hati manusia yang alpa. Hanya satu yang dapat melindungi manusia daripada kejahatan syaitan dan hawa nafsu, iaitu perlindungan Allah Taala. Mantapkan Iman anda.

Ramai orang beriman, apabila lemah Imannya diserang pula dengan penyakit rasa hebat diri sehingga dia melupakan campur tangan Allah Taala dalam melindung dirinya daripada kesilapan. Lalu, mula meremehkan orang lain dan semakin gelap matanya melihat hatinya sendiri, dia tidak nampak sebarang noktah hitam pun dalam hatinya.

Terlalu suci dia melihat diri sendiri dan betapa hinanya orang lain pada pandangannya. Penyakit sebegini dinamakan sebagai ghurur iaitu terpesona atau takjub dengan diri hingga pada tahap menghina dan memandang rendah apa saja daripada orang lain.

Tidak sedikit pun tergerak hati mahu memandang daripada sudut pandangan orang lain dan merasai perasaan pihak berlawanan dengan dirinya. Ditutup pula pintu perbincangan, muzakarah dan musyawarah demi mendapat persefahaman baik.

Apabila semangat keegoan, asabiyah dan ghurur merasuk dalam hati seseorang, dia akan berfikir dan bertindak mengikut hawa nafsu. Agama tidak lagi dijadikan rujukan, bahkan tiada sesuatu pun yang dapat menghalang daripada menzalimi orang lain. Kerana mereka yang berpenyakit ghurur ini menganggap apa saja mereka lakukan adalah benar dan tidak sedikit pun perbuatan mereka itu menyalahi agama dan syariat. el Quran menceritakan perangai manusia tertipu dengan kehebatan dirinya sendiri.

Firman Allah Taala: "Katakanlah, mahukah Kami beritahukan kepadamu mengenai orang yang paling merugi perbuatannya? el Kahfi (18:103)

Allah Taala berfirman; “Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya." el Kahfi (18:104).

Jika penyakit ghurur ini berjangkit kepada pemimpin, dia akan bertindak secara autoritarian, zalim dan kuku besi ke atas orang dipimpinnya. Jika rakyat menghidap penyakit ghurur tentu akan terheret ke dalam gerakan pemberontakan, penderhakaan dan fitnah yang akan membawa huru-hara dalam masyarakat dan sesama mereka.

Akhlak Islam sejati yang menggesa ke arah ukhuwah dan persefahaman dengan semangat musyawarah iaitu perundingan secara telus dan adil terus diketepi. Akhirnya umat Islam terus menerus dilanda konflik sesama sendiri. Antara punca seorang mukmin diserang penyakit ghurur ialah:

1)Mengabaikan muhasabah diri

Setiap insan mengalami perubahan dalam kehidupannya. Dulu dia pernah lalai kepada Allah Taala, kemudian bertaubat kembali ke jalan-Nya dan tidak mustahil dia akan mengulangi lagi kejahatan yang ditinggalkannya itu. Tidak ada insan yang bersih dari dosa kecuali Nabi saw. Maka sebagai insan biasa, dia perlu sentiasa menilai dirinya. Bayangkanlah jika setiap manusia memandang baik apa saja yang dilakukannya tanpa melihat perspektif orang lain, sudah tentu kezaliman yang akan berkuasa.

Sedangkan orang beriman sentiasa menganggap dirinya sebagai orang yang bersalah, banyak kelemahan dan takut tertipu dengan kelebihan Allah Taala kurniakan kepadanya. Seperti mana orang takut ketika Allah Taala menganugerahkan kebesaran dan kekayaan kepadanya, dia takut keselesaan diberikan di dunia ini akan menghalangnya merasai keselesaan di akhirat nanti.
Hatinya terlalu sensitif menghayati;

Firman Allah yang bermaksud: "Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikanHud (11:15)

Allah Taala berfirman; “Itulah orang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyap di akhirat itu apa yang mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang mereka kerjakan Hud (11:16)

Orang beriman menimbang segala sesuatu dengan neraca el Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Apa-apa saja tindakan yang dilakukannya sentiasa dirujuk kepada dua kekuatan ini. Kejahilan menguasai petunjuk el Quran dan Sunnah menyebabkan manusia menghalalkan dirinya untuk memutarbelit ayat Allah Taala dan Sunnah Rasul-Nya. Mereka mahu mempergunakan Islam untuk mendapatkan habuan. Mereka inilah yang menyebarkan fitnah besar.

firman-Nya yang bermaksud: "Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian mereka menolak untuk datang an Nur (24:48)

Allah Taala berfirman; Tetapi jika keputusan itu untuk memberi hak (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh an Nur (24:49)

Apabila pendedahan ilmu amat kurang dan mereka hanya hidup di dalam suasana dan lingkungan sama tanpa pendedahan terhadap dunia luar bertaburan fahaman dengan mereka menyebabkan mereka terus menerus berada dalam laluan sama. Kesilapan berulang berlaku kerana tidak mahu mengakui aib diri dan menolak pandangan orang lain. Semua yang dilakukannya seolah-olah nampak betul belaka, seolah-olah sesuai dengan el Quran dan Sunnah, tetapi pada hakikatnya dia tertipu kerana kesilapannya memahami ayat-ayat Allah Taala, bahkan sebenarnya dia mempergunakan el Quran dan Sunnah untuk menuruti nafsunya. Muhasabah mesti dilakukan dengan sandaran ilmu dan bimbingan orang lebih alim lagi dipercayai semasa hayat di dunia.

Sesiapa mengabaikan muhasabah diri, maka dia seolah-olah tidak takut dengan hari penghisaban Allah Taala. Berat timbangan amalnya sekali-kali tidak merunsingkan fikirannya. Sebagai mana disebutkan dalam el Quran;

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya mereka tidak berharap (takut) kepada hisab. Dan mereka mendustakan ayat-ayat kami dengan sesungguh- sungguhnya. Dan segala sesuatu kami catat dalam suatu kitab. Kerana itu rasakan dan Kami sekali-kali tidak akan menambah kepada kamu selain daripada azab." an Naba’ (78:27-30)

2) Sikap melampau melaksana ajaran Islam

Sikap melampau ini sebenarnya bukan ajaran Islam. Islam bersifat wasatiah yang berpaksikan keadilan dalam memberi hak kemanusiaan sesuai dengan fitrahnya sebagai manusia yang banyak kelemahan. Di dalam mensyariatkan jihad, ada peruntukan damai dan perundingan, dalam qisas ada diyah yang boleh dibayar jika ahli warisnya bersetuju. Dalam perkahwinan ada perceraian jika tidak dapat menyelamatkan Iman kedua-dua pasangan.

Dalam jual beli dibolehkan berhutang atas dasar kejujuran. Islam menolak fahaman sufi melampau yang menolak perkahwinan, berlapar sepanjang masa sehingga meninggalkan kerja membina umat, bahkan ada pula orang Islam yang seolah-olah mengharamkan perceraian, mengelaskan wanita di bawah lelaki padahal Islam nyata mengakui wanita sebagai saudara kandung lelaki. Mengharamkan makanan dan minuman halal. Dalam beribadah pula dicipta cara baru tidak pernah diamalkan Rasulullah saw, sahabat serta tabi' tabi’in.

Muncul fahaman direka-reka, padahal syariat dibawa Baginda saw sudah sempurna. Apabila seseorang melampau dalam melaksanakan ajaran Islam sehingga terkeluar dari ajaran sebenar berteraskan el Quran dan Sunnah, boleh jadi sikap melampaunya ini menyebabkan dia membenci orang lain yang tidak sefahaman dan bersikap fanatik buta tanpa ilmu.

3) Tunduk kepada dunia.

Disebabkan terlalu bercita-cita menggenggam dunia, seseorang terpaksa melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap orang lain. Semua orang sedaya upaya mahu memanfaatkan segala untuk kepentingan diri dan keluarga. Pencinta dunia ini seolah-olah lupa, hakikat kesenangan itu baginya hanyalah satu permulaan dari episod azab yang akan dilaluinya sepanjang masa hingga berhadapan dengan Allah Taala.


Nabi bersabda: "Apabila kamu melihat Alah memberikan harta benda yang disenangi oleh seorang penderhaka maka ketahuilah oleh itu adalah istidraj" (Riwayat Imam Ahmad)


Beliau kemudian membaca firman Allah Taala;


Allah Taala berfirman; "Maka tatkala mereka melupakan apa yang diberikan kepada mereka, Kami pun kemudian membukakan pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan tidak disangka-sangka, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa" el An'am (6:44)

Semua bentuk kejahatan dan dosa yang dilakukan manusia berpunca daripada perhiasan dan kesenangan dunia haram lagi melampau. Dunia menipu itu akan semakin ganas memporak-porandakan Iman di jiwa insan, jika ia tidak dikawal oleh Iman.


Nabi bersabda: "Kesenangan dunia jika dibandingkan dengan kesenangan akhirat tiada lain kecuali bagaikan seseorang yang memasukkan jari-jemariya ke dalam lautan, kemudian lihatlah berapa banyak ia dapat mengambil air?"(Riwayat Imam Ahmad dan el Terdmizi).


Tiga punca manusia terpesona dengan diri sendiri dan cenderung menghina orang lain sememangnya mesti dihayati setiap saat dalam kehidupan orang beriman, supaya mereka dapat menjaga diri dari penyelewengan yang tidak dijangkakan pada zaman fitnah ini.

Menjana Sinergi Dalam Dakwah

“Biarlah orang yang menolak dakwah itu, menolaknya kerana kedegilannya menolak kebenaran. Tetapi amat cela ke atas pendakwah, andai seruannya ditolak bukan kerana permusuhan madu’e terhadap kebenaran, tetapi kerana tidak dapat menerima pendekatan yang digunapakai oleh pendakwah berkenaan di dalam dakwahnya.”

Maka, penulis ingin mengingatkan diri sendiri dan anda sekalian. Apa yang ditulis ini hanyalah apa yang penulis rasa dan alami apabila menjadi seorang manusia yang didakwah. Maka, tulisan ini adalah nasihat kepada diri sendiri sebelum menasihati orang lain. Dengan menasihati orang lain, kita sebenarnya menasihati diri sendiri.

Apabila kita mengajak manusia bersolat jemaah sedangkan diri kita sendiri selalu solat seorang diri di dalam bilik, lama kelamaan nasihat kita akan memberi kesan kepada diri kita. Kita akan asyik teringat apa yang kita ajari dan lama-kelamaan kita akan memegang apa yang kita ajari walaupun mungkin sebelum ini kita ialah manusia yang ‘cakap tak serupa bikin’.

Kupasan tajuk menarik yang memberi banyak pengajaran jika difikirkan. Seumpamanya, penulis tertarik dengan ulasan berkenaan caj yang dikenakan untuk caramah agama atau training. Sekiranya yang menganjurkan ceramah adalah daripada syarikat-syarikat untuk memberi motivasi atau anjakan sikap pada pekerja-pekerjanya, pastilah sesuai kerana mereka mempunyai budget ke arah itu.

Namun apabila caj yang sama (atau mungkin lebih kurang) dikenakan atas masyarakat umum atau penulis khususkan kepada masyarakat kelas ekonomi ketiga di luar sana yang anda sendiri percaya golongan inilah yang menjadi majoriti, mereka kurang diberi perhatian dan tetapi mereka memberi lebih perhatian pada keadaan agama dan masyarakat, keadaan ini tidak adil. Penulis tidak setuju atas apa alasan pun yang diberi penceramah atau trainer untuk menjustifikasikan caj yang mereka kenakan terhadap golongan itu. Pastinya ramai akan berpendapat penceramah memerlukan dana untuk menjalankan tugas mereka, tetapi penulis tidak fikir itu yang berlaku pada sejarah Rasul sawdan khalifah-khalifah selepasnya.

Penulis faham perasaan pihak yang proaktif, walaupun setelah kita melihat dari pelbagai sudut, untuk merasionalkan keadaan. Malangnya itulah teka-teki yang susah nak jawab ‘kenapa aku tidak mereka?’ Semakin kuat kita berpegang kepada perkahwinan itu seumur hidup, ujiannya akan menjadi semakin banyak. Yang dikuhatiri dari tekanan menjadi tertekan. Hanya duit menjadi teman, seperti Shiha (di tanah arab khususnya) dikatakan menjadi penawar mujarab. Dugaan lagi bertambah, bila hasil sinergi dikreditkan samarata di atas modal sinergi yang tidak sama. Kita hanya boleh mengharapkan balasan adil di hari kemudian nanti. Bersabar dan senyum selalu.

Pada penulis, masalah untuk meningkatkan kualiti mendengar untuk menarik minat berdakwah ini, berkait dengan masalah hati. Hati yang sentiasa berbolak-balik, mungkin banyak faktor mempengaruhinya. Kalau nak senarai memang banyak. Tapi lain pula halnya, kalau kita dah sayang kat kawan kita tu, kita mesti akan mendengar dengan bersungguh-sungguh apa yang cuba diluahkan oleh kawan kita dan berusaha untuk membantunya, sebab kita dah sayang dan cinta kat dia.

Hal ini telah mengingatkan penulis tentang subjek effective comunication yang diambil masa kursus bahasa dahulu. Listen dan mencerap bukan sekadar mendengar sahaja, tapi menggunakan hampir semua pancaindera untuk membuat penilaian dan kemudian diikuti dengan luahan serta pendapat hasil dari cerapan tersebut.

kita akan beransur-ansur membuang persepsi, prasangka yang sebahagiannya adalah dosa dan perosak komunikasi, rumahtangga, pekerjaan, dakwah dan keseluruhan ‘hablun minannaas’ semasa insan. Berubah sikap dalaman diri demi sebuah perubahan besar. Jadilah aku adalah aku yang sekarang.


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal