PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, Mac 4

Bahtera Jurnal Hamba


Allah Taala berfirman;“dan sesungguhnyanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis”an Najm (53:43)

Lukisan Hidup Pada Tangan Manusia

Penulis ingin membawa ‘ingat’ dan ‘fikir’ yang boleh dikatakan sangat remeh untuk dikongsikan, namun dari persepsi minda yang sihat, masih lagi boleh dianggap sesuatu yang penting, bahkan mungkin menjadi saham jika dijaga dengan baik atau bahana andai terlalu kronik dan over tanpa kawalan pada sistem hati.Corak hidup yang telah diciptakan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri, telah meletakkan mereka berada pada situasi yang berbeda-beda mengikut kemampuan mereka menggunakan pencerah ilmu dan akal yang sihat, di samping senantiasa mencari peluang untuk bersaing dengan arus hidup yang kian bergelora.Kejayaan melawan arus tersebut boleh dilihat dengan kehadiran rasa ketenangan, keharmonian, dan pencapaian maksimun dalam hidup, serta jauh sekali mengalami konflik walaupun kesenangan bukan sesuatu yang dikejar, kerana mereka ini percaya kesenangan harta boleh sahaja dicari di mana-mana corok, asalkan halal.Berbeza pula mereka yang ‘senang harta’ tetapi sengsara dan ‘miskin jiwa’, diri sentiasa bergelumang dengan maksiat.Mereka mampu membina atau membeli sebuah rumah besar, memiliki kereta mencecah jutaan ringgit, saham-saham yang sentiasa naik melambung tinggi, dan sebagainya.Tetapi mereka belum tentu bisa membeli sekeping ‘hati’, yang mana sentiasa rasa tidak puas untuk berbuat amal, tidak jenuh untuk melakukan ibadat, menjaga pantang larang dan sebagainya.Inilah kegagalan manusia menilai, dan mudah sahaja terikut kehendak tuntutan hawa nafsu yang buas serta merasakan masih tidak puas dengan apa yang ada.

“Ustaz, saya mahu enjoy dahulu, kan masih muda”

“Harta banyak nak buat apa lagi, kalau tidak dilaburkan di bursa saham”

“Ini duit pendahuluan, bakinya lagi setelah kamu berjaya dapatkan saya tender dari syarikat hartanah besar luar negara”

Belajar Melalui Kembara Mata

Pengembaraan penulis keseluruh pelusuk negara, ketika di tanah air dahulu mengajar penulis erti sebuah kehidupan yang lebih bererti, kerana dapat mengenal dunia luar.Sangat berbeza dengan negeri, tempat tumpah darah penulis ketika dilahirkan sehinggalah tamat sekolah menengah.Tepat sekali pepatah Melayu yang mengatakan;

“Jauh berjalan luas pemandangan”

luas pemandangan, dalam konteks mempelajari tentang baik buruk lakaran hidup, baik diambil sebagai tauladan diri, buruk dijadikan sempadan.Kadang-kadang bila fikir tentang mehnah manusia ini, teramat sukar untuk diterima, ada semacam ingin marah tapi tak terdaya, sesekali rasa lucu pun ada, entahlah.Mungkin ini dikatakan satu ibrah bagi mereka yang benar-benar mengambil pengajaran dalam setiap, pemerhatian pada sebuah eksperimen tidak formal ini, dan diterjemahkan dalam kehidupan.Penulis mudah je, setiap apa berlaku baik atau buruk yang sempat ditangkap oleh ilusi mata, cepat sahaja penulis proses dalam bentuk lakonan semula.Watak utama dan penonton adalah penulis sendiri.Jadi di sana penulis, dapat memberi kefahaman yang teramat dekat dan jelas dengan jiwa penulis.Maka apa yang dikatakan tadi, baik diambil sebagai tauladan diri, dan buruk dijadikan sempadan, akan cepat meresap terus ke hati, dan pengajaran dari sketsa pendek itu dapat ditampilkan.Mulai sekarang anda juga boleh mencuba, serta rasakan perubahan pada sekeping hati.

Jika anda susah berbuat sedemikian, atau ada dikalangan anda yang tidak suka atau pernah bersosial secara sihat di luar kawasan, mudah sahaja, cuba anda memberi sepenuh penghayatan pada sesebuah drama atau carekarama di layar televisyen anda, especially yang mempunyai kesedaran untuk diambil pengajaran.Boleh jugalah, tapi tidak semua seperti kebanyakan penonton yang suka menikmati telenovela latin yang sarat dengan konflik percintaan untuk dijadikan bahan eksperimen anda, bimbang lain pula jadinya, tidak bagus terutama untuk kesihatan mata.Jadikan diri anda pelakon utama dalam siri drama atau carekarema sukaan anda itu, selepas itu anda merasai sendiri klimaks cerita tersebut, yang mana mungkin sesuatu yang menyedihkan, memilukan, mengembirakan dan sebagainya, sebagai suri tauladan.Begitu juga seterusnya watak hitam (jahat), dan sebagainya, dijadikan pula sebagai sempadan.Mudahkan?

Kalau dulu penulis, cepat belajar melalui pembacaan, sebelum kenal selembar cerita dalam televisyen, maklumlah hidup bukan senang, tetapi ianya sudah cukup mengajar penulis untuk mengawal perasaan (emosi), diri dan akal.Kisah ini, untuk cetus fikir sahaja sebagai mesej pada topic perbincangan yang penulis bawakan.Teori seleksi alam dari Charles Darwin di pertengahan abad ke-19, banyak mempengaruhi banyak hal dalam sisi kehidupan manusia dan ilmu pengetahuan.Baik dalam bidang agama, ekonomi dan psikologi.Kenyataan ini menurut para ahli, bahkan masih dirasakan sampai 200 tahun sejak teori itu dicetuskan.Hal ini seolah-olah sudah menjadi ketentuan alam, siapa yang kuat dia yang menang.Suatu kenyataan yang tak terbantah lagi.Dunia moden yang kita kecapi sekarang ini tidak terjadi seketika, tapi melalui satu proses seleksi alam yang memakan masa berjuta-juta tahun.Menjadi kuat, saat ini tidak lagi dianalogikan dengan otot dan sasa badan seseorang semata-mata.Pencapaiannya sudah berubah, iaitu melalui penguasaan teknologi multimedia, media massa, dan hal-hal lain yang boleh merubah pasca pemikiran seseorang.Tapi penulis masih merasakan ada kekurangannya jika hanya pergantungan hanya pada cerdik sahaja, kerana kekuatan juga perlu.Maka gabungan antara dua aspek ini, iaitu pintar dan kuat juga penting bagi membentuk kemantapan dalam diri seseorang.Inilah corak dan cara penulis cerapkan dalam proses pembelajaran erti hidup, dan sentiasa bersyukur dengan kurnian akal untuk menterbalikan dalam diari kehidupan penulis.

Penulis teringat kata-kata el Imam Hujjatul Islam Abu Hamid el Ghazali di dalam jurnal agung karya beliau ketika mengembara merentasi benua demi benua untuk mencari penghayatan sebuah pelayaran menuju Tuhan;

“Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya, nescaya diperlihatkanNya kekurangan-kekurangan, kecelaan diri hamba itu. Sesiapa yang penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu. Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu, nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya. Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri”

Penyakit Pada Mati Hati

Perkara tersebut penulis maksudkan ialah KETAWA, salah satu penyebab pada lahirnya penyakit hati yang mula-mula mungkin biasa tetapi jika ianya terus menerus membengkak hingga membukit, pasti menjadi penyakit hati yang amat kronik.Gelagat manusia seperti ini, senang sahaja kita dapat lihat, di mana, sesiapa dan kenapa terjadi begitu, persoalan yang tidak perlu lagi ditanya.Kebuntuan mencari destinasi persinggahan kelas menarik untuk sekeping hati, adalah kegagalan manusia mengadaptasikan kebebasan sebuah pemerhatian, dalam memahmudahkan kesimpulan di hujungnya, sehingga mencapai kemuncak ketenangan dan kesenangan seketul daging yang bernama hati.Kejayaan inilah, semestinya menjadi kebanggaan muslim yang tertinggi, kerana mereka tahu dan sedar tatkala diri diuji dan diserang bertali arus dugaan yang tiba, tetapi tetap bersahaja, dan tidak pula cepat menggelabah.

Hebat juga kesan dari banyak ketawa, kerananya hati-hati akan menjadi malap dan tidak berseri.Lampu hati tidak bersinar, dan akhirnya tidak terus menyala, dan hati tidak lagi berfungsi dengan baik.Nabi melarang keras umatnya bergelak, dan ketawa hingga melampaui batas norma-norma hidup seorang muslim.Memang betul hidup ini, perlu ceria tetapi ada garis panduan, kerana di sana ada maksud tersirat disebalik perkataan ‘ceria’ itu sendiri.Terlampau banyak ketawa akan menghilangkan kemampuan seseorang berfikiran secara waras, walaupun tidak seteruk mereka yang mabuk, tapi kesannya tetap sama ada, anda akan terasa sesuatu yang bermain kasar pada hulu hati.Ketika itulah, akal menjadi bingung, dan susah membuat penilaian yang baik, berbanding mereka yang berada dalam keadaan tenang.Banyak ketawa menghilangkan (kewarasan) akal dan ilmu.

Nabi bersabda;“Banyak ketawa dan gelak itu mematikan hati

Nabi bersabda;“Barang siapa ketawa terbahak-bahak, akan hilang satu pintu daripada pintu-pintu ilmu

Pernah tidak kita terfikir kenapa kita dilarang ketawa berdekah-dekah?

Baik, sebenarnya dalam keadaan suka, dan ketawa keterlaluan, hati kita akan lalai dan lupa suasana ketika di alam barzakh dan alam akhirat, dan melupakan mereka yang mengalami kesengsaraan dalam menempuh rona-rona kehidupan.Sedangkan keadaan mereka itu, mencerminkan di mana kita dalam mengenali dan bertindak untuk menyelesaikannya atau sekurang-kurang merasai bilamana berada di tempat mereka, suda pasti berlainan rasanya. Sedangkan jua kita mengetahui betapa hebatnya dan dahsyatnya kedua-dua alam tersebut jika tiada bekalan ke sana.Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagian abadi.Justeru sepatutnya kita merenung kembali, bagaimana kedudukan diri di sana nanti, baik atau celaka.Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.Penderitaan di dunia hanya seketika, tetapi azab di akhirat adalah berterusan lamanya.Merenung dan memikirkan keadaan ini sudah cukup memeritkan, untuk menghisab serta menyedarkan diri tentang bahaya yang bakal ditempuh.

Jadilah seperti ikan yang hidup di laut masin.Diri tetap sahaja elok dan tidak terkesan dengan kemasinan air.Hidup bertunjangkan Iman, pasti mahmudah menghiasi peribadi.

2 komentar:

haykalis hamka on 4 Mac 2009 pada 7:12 PG berkata...

semoga peringatan sebegini terus dicerna sebagai pengingat hati nurani yang sering alpa

Tanpa Nama berkata...

Jazakallahu khairan jaza' kepada saudara haykalis hamka di atas sokongan moral tu, buat saudara salam perjuangan.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal