PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, Mac 5

Hikayat, Kisah dan Cerita

“Wah, hebatnya abang bercerita tadi” Adinda penulis berseloroh di tengah-tengah kecerian keluarga yang sedang menjamu selera, malam itu.

“Adik nampak mata-mata jemaah tertumpu asyik dengan penyampaian abang tadi. Abang ni mesti sudah biasa masuk competition kat sekolah. Nanti boleh la lepas ini, abang sambung lagi cerita tadi.Eem, sebelum tidur…” Tambah adinda lagi.

“Tanyalah ibu, abang pernah tak masuk competition dulu” Penulis balas pendek pertanyaan adinda yang bersungguh-sungguh tadi, sambil menghirup secawan kopi, hasil air tangan ibu.

Selang beberapa saat, selepas meneguk titisan terakhir air kopi, penulis bersuara kembali, teringat pertanyaan yang masih tersisa;

“Boleh, tapi larat ke orang tu nak dengar abang bercerita. Kata penat tadi, lagipun esok adik sekolah” Penulis cuba mematikan cakap minatnya pada sebuah ‘cerita’, sekadar ingin tahu reaksinya sahaja.

“Adik tak kisah. Kan baru sebentar tadi dalam kuliah, abang mengatakan cerita ini bagus untuk menarik minat dan mencipta rasa ingin tahu pada sesuatu, walaupun hakikat kita tidak minat pada apa yang dinyatakan dalam bentuk ilmiah” Adinda penulis, begitu perhati pada kotak ucapan penulis dalam kuliah mingguan di Masjid Mukim Tok Belian.

“Terserah, kita tengok siapa yang disimbah air subuh esok” Seluruh isi rumah tergelak dengan gelagat adinda yang tiba-tiba pura-pura tidur ‘merenggek’ di bahu ibu.

Di pertengahan bulan November-06, dalam perjalanan menuju ke Bandar Muar, Johor. Penulis menghadiri jemputan ceramah di sebuah Masjid Besar Bandar Muar, Masjid Jame’ Sultan Ibrahim. Majlis jemputan ceramah pertama di luar kawasan, negeri kelahiran penulis. Pada masa tu seingat penulis, ditemani seorang Pegawai Majlis Agama Islam Muar (MAIM), Ustaz Shukri Mat Yaccob yang telah diperintahkan untuk menjadi body guard penulis sepanjang berada di Bandar yang majoriti penduduknya orang Cina. Boleh dikatakan, bermula pada hari pertama lagi penulis sampai di sana, kami begitu rapat sehinggakan, pernah satu hari penulis menginap rehat di rumah bujang beliau


Masjid Jame’ Sultan Ibrahim


Kata Ustaz Shukri, perjalanan kami ini, mungkin memakan masa setengah jam dari rumah beliau, sebelum sampai kawasan bandar. Bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke sini, pasti berasa hairan, kagum dan cemas seketika. Lajur deretan bangunan ke bangunan yang lain begitu rapat dan padat, sehinggakan mudah sahaja jalan-jalan raya di sekitarnya penuh sesak dengan kenderaan, dari yang motosikal hinggalah kenderaan berat bersegi empat tepat panjang, bas. Kalau time-time dekat asar, tak payah cakaplah, kadang-kadang lima minit tak bergerak kereta. Tapi yang menarik minat bebola mata penulis, ialah pada deretan bangunan-bangunan yang tersusun rapat itu juga, masih mengekalkan keaslian binaan klasik. Kebanyakkan bangunan itu, adalah milik saudagar-saudagar Cina, yang sibuk mengira duit bertimbun-timbun, melayan pelanggan yang datang tidak putus-putus. Mungkin inilah, realiti yang menjadi cakap-cakap mulut orang Melayu yang mengaku kekaguman mereka, akan konsisten orang-orang Cina mencipta prospek diri untuk menyambung hidup, bahkan menjadi modal putaran perniagaan mereka.

“Bilalah aku boleh lihat tempat itu, orang Melayu yang kuasai” Bisik hati kecil penulis.

Kami bersembang panjang malam tu. Entah apa-apa, banyak juga koleksi cerita yang diselitkan Ustaz Shukri. Kiranya ada juga beberapa cerita beliau, menjadi modal penulis pada ceramah tersebut. Bermula hikayat orang-orang lama, memukau jauh hingga sejarah Masjid Jame’ Sultan Ibrahim.

“Wah, ustaz dah banyak cerita ni, entah ke mana”

“Nanti bolehlah Ustaz Shukri terbitkan cerita tu. Paling kurang buat anak-anak kecil” Penulis berseloroh.

Kukuh berdiri Masjid Jame’ Sultan Ibrahim di tengah-tengah Bandar Muar, memperlihatkan masih ada lagi orang-orang Melayu yang tersisa, biarpun menjadi golongan minoriti. Budi bahasa dan keramahan orang Melayu di kawasan ini pun boleh tahan, tidak tumpah seperti negeri kelahiran penulis, Negeri Cik Siti Wan Kembang. Mungkin sahaja, mereka tidak berapa ramai, jadi perkara-perkara macam ni kenalah jaga. Cakap pasal ‘ramah’ ni, ada la satu hari tika penulis memandu sendirian, menikmati suasana pagi cuti minggu, iaitu sehari selepas usai mengisi slot penulis di sini. Terkejut juga kawasan perumahan golongan elit seperti ini, ada juga warung makan yang dipelopori oleh orang Melayu. Penulis singgah sekejap, sahaja nak tahu apa masakan Melayu kat sini, tidak pasal-pasal penulis dijemput oleh seorang mak cik untuk merasa hidangan yang telah siap tersusun di atas meja. Rupa-rupa mak cik ni, salah seorang jemaah masjid yang sempat mendengar ceramah penulis. Bukan main lagi kami bersembang panjang pagi tu.



Kuasai Manusia Dengan Cerita

Sengaja pada entry kali ini, penulis cuba bawakan para pembaca budiman sekalian konvoi kembara maya, dengan cerita-cerita penulis masa kat tanah air. Sebenarnya banyak lagi yang nak penulis coretkan, bimbang pula tidak ada perenggan yang berbentuk ilmiah. Jadi penulis merasakan berdasarkan pemerhatian yang cukup mendalam, sebenarnya orang kita suka ‘bebeno’ dengan hikayat ni, maka tidak rugi jika kita betul-betul bijak, dapat menguasai golongan bawahan dan pertengahan ini dengan membawa mesej dakwah yang diselitkan kisah pujangga, atau paling kurang cerita orang-orang lama yang mempunyai unsur nilai-nilai murni dan moral yang bisa memberi pengajaran. Cuba anda ubah cara dekati para madue' dengan pukauan cerita-cerita seperti ini. Anda pasti diingat sebagai da’ie yang mempunyai versatile.

Allah Taala berfirman;“(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa:"Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)el Kahfi (18:10)

Pernah suatu ketika dahulu, penulis ketemu seorang korporat yang bersungguh dalam kerjayanya, sempat diberi penulis dan orang ramai di situ business card .Penulis lihat terdapat semacam nota kaki di bawahnya; Story Teller, sambil petah berkata-kata kepada kami yang berkerumu melihat gelagatnya:

“I need to tell potential customers about my company, my product. This is my story”

Itu sahaja yang sempat penulis tangkap kemas. Kreatif dalam dunia korporat.

“Apa lagi, ianya amat perlu dalam dakwah” Penulis bermonolog sendirian.

Terbaca dalam satu artikel penghujung tahun lepas, bagaimana Obama dalam strategi kempen calon Presiden Demokrat di United State (US) merekrut barber dan saloon workers. Siap diberi kursus lagi. Tugasan mereka cukup senang, membawa ‘cerita’ tentang perihal kehebatan Obama pada pelanggan yang melanggani kedai gunting rambut mereka. Yang menarik dan mencuit hati penulis pada artikel tersebut, channel klasik juga tak ketinggalan, berbulan-bulan lamanya team Obama ini, merekrut dan memberi latihan kepada ratusan (kalau tak ribuan) tukang gunting rambut yang akan bertindak sebagai story tellers. Kata seorang sahabat, apa pernah kita terfikir kenapa terdapat parti politik tertentu sanggup membuang duit semata-mata untuk menguasai golongan seperti pekerja teksi, bas dan sebagainya untuk membantu meraih undi mereka daripada ahli ‘miskin jiwa’, kalau anda perasan!

Bercerita adalah salah satu method penyampaian yang wujud di dalam el Quran untuk menarik minat golongan kafir Quraisy supaya menyembah Allah Taala. Lihatlah sahaja kisah Ashabul Kahfi, kisah firaun, kisah para ‘anbia, kisah binatang-bintang tertentu dan sebagainya. Kalau mahu disenaraikan cerita-cerita yang wujud di dalam el Quran terlalu banyak. Sememangnya teknik bercerita adalah salah satu dari method untuk berdakwah. Jadi, mengapa kita mahu tinggalkannya? Tambahan pula, dalam konsep dakwah fardhiah sekalipun, kita mestilah mengenali madue' kita serapat mungkin supaya mudah untuk kita membentuknya menjadi seorang yang faham dan ingin bekerja sepenuh masa untuk Islam. Apabila kita bercerita tentang diri kita, mesti dia juga ingin bercerita tentang diri dia. Jadi tahap ukhuwwah pun semakin meningkat, bahkan menjadi rapat, dan lagi dekat.

Berdasarkan modus oprendi penceritaan di dalam el Quran, penulis mengkategorikan pembukaan kunci-kunci ghaib di Kitab Alam merupakan siri cerita yang terpanjang dan paling kompleks untuk difahami dan dikaji suatu ketika dahulu. Tetapi dengan adanya sokongan daripada Hadith baginda saw, ianya menjadi semakin mudah untuk difahami dan seterusnya mengembleng akal supaya terus matang dalam berfikir.

Tidak dinafikan model penceritaan adalah terbaik mentarbiah minda, tetapi hendaklah di sana ada kawalan dan bertapis agar substance cerita tidak mempengaruhi keterbukaan halwa pendengar, khususnya golongan kanak-kanak. Hal ini menjadikan pendengar terlatih dengan cerita yang sedap di hati berbanding cerita yang membenak akal kritikal. Hasilnya adalah Muslim hari ini yang minat mendengar cerita untuk dipercayai dan bukan cerita untuk difahami dan ‘fikir’. Hati-hati!

Kalau masa tuntut ilmu pun, penulis rasa ramai student yang suka bila pensyarah dan guru mereka bercerita berbanding menyampaikan ilmu secara terus seperti dalam buku, sebab lebih mudah masuk dalam kepala berbanding fakta bulat-bulat, yang mana sering buat student mengantuk. Tapi kalau ‘relate’kan ilmu tu dengan cerita, ianya mampu diingat sampai bila-bila even dalam peperiksaan pun boleh diingat semula dan mudah jawab soalan-soalan yang diberikan.

Dalam el Quran banyak cerita-cerita teladan dan daripada cerita-cerita seumpama itu kita boleh merenung jauh-jauh apa yang tersirat disebaliknya. Masa zaman sekolah rendah dulu, penulis belajar memahami konsep beriman dengan Allah Taala dan akhlak mulia melalui kisah-kisah dari el Quran yang telah diterjemahkan melalui buku cerita yang berwarna-warni. Daripada buku ke lisan, penulis pula yang akan berceloteh dalam kelas tentang apa yang penulis baca sehinggakan ustaz memberi jolokan kepada penulis sebagai ‘Penglipur Lara’.

Ada sesekali bila ustaz kata di zaman silam, pakar bius minta khidmat si tukang cerita untuk lalikan pesakit, penulis boleh bayangkan. Ketika itu ibu saudara, melalui saat pembedahan cesaerean section untuk anak pertama dan keduanya, kedua-dua doktor pakar dan doktor bedah tidak henti-henti berceloteh. Katanya, pasal memancing la, minta cuti tidak lulus la dan macam-macam lagi. Sehingga beliau tidak perasan pisau telah membelah perutnya. Agaknya semua pakar bedah dan pakar bius macam tu kot?

Paradigma kita lebih mudah dibentuk melalui wasilah penceritaan berbanding interaksi akademik. Di Kaherah, tempat pengajian penulis dan mungkin seluruh negara, iklan (terutamanya makanan ringan dan barang elektronik) dirangkaikan selama beberapa hari dalam bentuk cerita pendek, dan ramai penonton tidak sabar-sabar menanti iklan susulannya, walaupun iklan itu sebenarnya mengganggu perjalanan movie yang sedang disiarkan. Dalam proses penceritaan, bahan-bahan kompleks ilmu yang hendak disampaikan hendaklah dihidangkan dalam bentuk yang mudah dicerna oleh akal, emosi dan hati. Golongan ‘pendakyah’ telah lama mengeksploitasikan wasilah ini secara intensif dan proaktif.Kita (pendakwah) bila lagi?

Sebuah Hikayat, Kisah dan Cerita

El-‘Ala bin el-Hadromie termasuk salah seorang sahabat Nabi saw. Beliau juga termasuk orang penting kaum Muhajirin. Pernah ditugaskan oleh baginda Nabi saw ke Bahrain untuk urusan pengembangan ajaran agama Islam. Beliau wafat pada tahun 14 Hijrah.

Pada suatu ke heningan pagi, ‘Ala bin el-Hadromie pergi berperang bersama para sahabat lain. Mereka terpaksa meredah padang pasir yang sangat gersang dan tandus dari kehijauan tumbuh-tumbuhan menghijau. Di tengah perjalanan, mereka ingin menunaikan solat tetapi air untuk berwuduk tidak ada. Bahkan terdapat dikalangan sahabat mereka yang mengeluh kerana kehausan.

Dalam keadaan keadaan sedemikian, ‘Ala bin el-Hadromie segera mengambil keputusan untuk bertayammun dan mengerjakan solat dua rakaat. Setelah selesai menunaikan solat, beliau mendonggakkan kepala ke langit sambil menadah tangan, membacakan doa’:

Ya ALLAH, Yang Maha Mengetahui: Wahai Tuhan Maha Agung, Yang Maha Pelembut, Yang Maha Tinggi, sesungguhnya kami semua ini adalah hamba-Mu dan berjuang pada jalan-Mu.Kami berangkat untuk memerangi musuh-Mu berilah kami air supaya kami dapat minum dan bersuci daripada hadas. Tetapi setelah kami tinggalkan tempat itu, janganlah berikan bahagian kepada orang lain sedikit pun daripada kami.”

Maka tidak berapa jauh kami berjalan dari tempat mereka solat tadi, tiba-tiba mereka telah sampai ke sebatang sungai yang jernih airnya. Maka mereka pun berhenti. Maka ada sahaja diantara kami, yang langsung minum airnya, ada yang memenuhi qirbah (semacam botol air), bahkan ada yang bermandi-manda.

Maka terdapat dikalangan mereka, seorang yang cukup mengambil perhatian dari apa yang berlaku dengan penuh pengamatan, kerana baginya, peristiwa ini cukup ganjil dan aneh, dan mungkin sahaja sesuatu yang tidak masuk akal. Lalu terus dia bermonolog di dalam hati;

“Mungkin ini, berkat doa ‘Ala el-Hadromie atau memang tersedia wujud sungai di sini”

Untuk membuktikan andaiannya itu adalah tepat atau sebaliknya, beliau sengaja meninggalkan qirbahnya di situ, sebagai alasan, membolehkannya kembali semula ke tempat tersebut.

Setelah berjalan hampir satu kilometer dari lembah sungai itu, lantas beliau mengatakan kepada para sahabatnya yang lain, khusunya kepada ‘Ala’ el-Hadromie:

“Minta kalian tunggu saya di tempat ini.Saya terpaksa berpatah balik kerana tertinggal qirbahku di tempat kita mandi tadi”Ujarnya lagi.

“Alahmdulillah, mereka mahu menunggu saya dan mereka tidak ada yang ikut mundur ke belakang, sesuai dengan yang ku inginkan” Bisik hati kecilnya, sambil memect tungganan menuju ke tempat tadi.

Sebaik beliau sampai ke tempat tersebut, beliau melihat qirbah yang tertinggal tadi, masih tetap sama pada tempat tanpa ada sebarang bukti, qirbahnya itu telah diusik. Namun keadaan disekelilingnya sudah berubah sama sekali. Bukan hanya air sungai yang sudah kering, tetapi di tempat itu memang tidak ada tanda-tanda pernah wujud sungai atau sumur. Tempat itu hanyalah pandang pasir yang kering-kontang. Saya mengambil qirbah tersebut sebelum beredar mendapatkan teman-teman yang sedang kepanasan menunggu. Peristiwa ajaib itu, segaja beliau sembunyikan dari pengetahuan teman-teman yang lain, kerana ingin mendapat kepastian pada apa yang dilihat tadi.

Tidak lama kemudian mereka sampai di suatu tempat yang bernama Darin. Usailah perjuangan mereka meredah hangat padang pasir yang membakar. Kini kami terpaksa mengharungi lautan yang terbentang luas. Manakala pihak musuh yang hendak ditentang berada di seberang lautan.

‘Ala’ el-Hadromie lantas berdoa lagi;

Ya ALLAH, Ya ‘Alim, Ya Halim, Ya ‘Ali, Ya ‘Azim. Kami semua ini adalah hamba-Mu, dan berada pada jalan-Mu. Kami berangkat sehingga saat ini untuk memerangi musuh-Mu. Maka jdikanlah kami (Ya ALLAH) jalan menuju tempat musuh-Mu

Kemudian Panglima ‘Ala el-Hadromie mengajak seluruh bala tentera Islam untuk sama-sama mengharungi laut itu tanpa menderai sebuah kapal atau perahu menuju ke sana. Demi Allah Yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu, pelana kuda kami tidak pun walaupun sedikit basah terkena percikan air. Maka kami berjaya sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.

Selepas mereka menempuh peperangan yang berlanjutan sehingga beberapa hari lamanya.Maka kemenangan itu berpihak pada kaum muslimin. Setelah itu, sebagai meringkaskan cerita. Mereka semua selamat sampai ke kampung halaman, tiba-tiba Panglima ‘Ala el-Hadromie mengadu sakit dada. Rupa-rupanya ajalnya telah sampai, dan beliau menghembus nafas terakhir dengan tenang serta mengucapkan dua kalimah syahadah mengakhiri helaan.

Mereka sukar untuk mendapatkan air untuk memandikan jenazah el marhum ‘Ala el-Hadromie. Oleh itu, kami kafankan dengan menggunakan dengan kain yang dipakainya, dan kemudian kami kebumikan jenazah el marhum. Dengan maksud mereka, setelah mendapat air, akan disempurnakan pengurusan jenazah.

“Tidak jauh kemudian mereka berjalan, mereka berhasil menemukan air yang banyak dan cukup untuk menguruskan mandian jenazah el marhum panglima perang masyhur itu. Mereka tuntas dengan segera, menggali tanah (kubur) itu. Namun mereka dapati jenazah el marhum el-Hadromie tidak ada di situ lagi. Dalam keadaan bingung dan bertanya-tanya ke mana pergi jasadnya. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka telah berkata;

“Saya memang ada mendengar el marhum ‘Ala el Hadromie membacakan doa;

Ya ALLAH, Yang Maha Mengetahui, Ya Tuhan Maha Penyayang, Ya Tuhan Maha Tinggi, Ya Tuhan Yang Maha Agung.Sembunyikan jasadku.Jangan tunjukkan auratku kepada sesiapa pun

Mereka pada awalnya terasa sangat bimbang, tanah itu telah dikorek oleh binatang dan sebagainya, tetapi setelah keterangan daripada salah seorang daripada mereka itu, telah merungkaikan kebimbangan hati mereka. Mungkin sahaja Allah Taala sahaja yang tahu, dan menyimpan jenazah el marhum ‘Ala el-Hadromie di tempat yang sesuai dengan amalnya, dan sesuailah dengan doanya yang tiada hijab.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal