JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.
Dulu semasa berada di alam remaja persekolahan menengah penulis sering berdialog mengenai hala tuju sistem pengajian di tanah air, khususnya melahirkan para cendikiawan dari kelompok mahasiswa yang berdaya saing di pasaran antarabangsa, atau lebih menonjol dengan gelaran ‘mahasiswa kelas pertama’.Pasca pembelajaran secara internal yang menjadi teras pada sistem pengajian, lebih tertumpu pada banyak bilangan ‘A’ di dalam setiap lapangan peperiksaan.Apakah kuantiti ‘A’ melambangkan seseorang pelajar atau mahasiswa itu telah betul melepasi piawaian pasaran semasa, atau lebih terkehadapan mengikut kehendak el Quran dan as Sunnah?Maka di sana menuntut seseorang itu, berjaya dalam kedua-dua aspek diari hidup, samada pengajian akademik mahupun pembetukkan akhlak yang luhur.Penulis cuba untuk mengajak para pembaca budiman untuk mengkaji sedikit latar belakang modul pengajian di tanah air, agar kita mampu mencari dan mengikut rentak untuk lebih berdaya saing dalam mencari bidang yang bersesuaian dengan potensi kita.
Kajian bentuk Pengkhususan Ilmu Yang Memahmudahkan
Pada zaman generasi awal, Islam dihayati berdasarkan konsep jawami’ kalim (ungkapan ringkas lagi padat makna) yang terdapat dalam wahyu (el Quran dan Hadith). terdapat di sana cirri-ciri akan prinsip “Kesatuan dan kesepaduan dan amalan” dalam Islam.Inilah asas pencerahan tamadun terbilang.
Islam sebagai agama yang merangkumi ibadat, muamalat, munakahat, dan jinayat yang telah dimantapkan menerusi sumber ilmu (epistemologi).Dasar yang mengotakkan ilmu dengan pengasingan dalam skop yang sempit akan mengundang krisis dalam ilmu-ilmu Islam.Justeru itu, telah menjadi kewajipan kepada para pencinta ilmu mengkaji setiap asas bidang ilmu Islam dan kemudiannya, barulah mengkhususkan bidang-bidang ilmu tertentu secara mendalam.
Pengkhususan ilmu telah dikesan dan disedari oleh sesetengah pemikir barat seperti Ken Wilber dan Nicholas Rescher sebagai punca kelemahan.Hal ini kerana, sesebuah Negara perlu dibangunkan melalui pelbagai bidang.Maka pengabaian sesuatu bidang akan mengundang perkara yang tidak dijangka.Ken Wilber sebagai contoh telah membukukan pelbagai bidang ilmu dan penyusunan secara hiraki dalam bukunya yang berjudul “A Theory of Everything: An intergel Vision for Business, Politic, Science, and Spirituality”.Katanya inilah sedang dilakukan di Amerika Syarikat.
Kesedaran semasa harus diberi perhatian kerana selama ini bidang-bidang ilmu di negara-negara Islam dipengaruhi oleh Barat.Di Malaysia misalnya, masih menerima pakai pendekatan pembahagian kepada kemanusian, sains, sosial, dan sains tulen.Perkara agama hanya merupakan cabang dalam sains social sahaja.Hal ini seakan-akan tidak selari dengan peruntukan agama Islam di dalam Perlembagaan Negara.Pada hemat penulis, sepatutnya Islam dijadikan perkara khusus kerana sesuai dengan Pelembagaan Negara yang melentakkan dalam artikel yang cukup istimewa.Namun begitu, usaha pembaikan sedang dilakukan apabila “Malaysian Research and Development Classification System 4th” telah memasukkan ‘etnosians’ dalam sains tulen.‘Etnosians’ merupakan sains berasaskan lingkungan sesebuah masyarakat yang sering disuarakan oleh Prof. Shahrir Mohammad Zain, iaitu matan Timbalan Naib Canselor UKM.Perkembangan ini telah mempertautkan kembali sains tulen dengan sains sosial.Demikian satu harapan kea rah pembentukkan ilmu-ilmu Malaysia yang mepunyai identity sendiri yang mengikut perspektif Islam.
Dalam tradisi keilmuan Islam dipondok, aspek ilmu-ilmu ‘naqli’ dan ilmu-ilmu ‘aqli’ dikaji secara bersama.Inilah budaya ilmu yang ditanam oleh Hujjatul Islam el Ghazali el Shafie dalam kitab beliau ‘el Mustafa’ dan Ibn Qudamah dalam kitab beliau el Hanbali ‘Raudah el Nazhir’.Penerapan budaya ilmu begini amat relevan denan reality Malaysia yang berbilang bangsa dan sedang menuju wawasan 2020 dengan kecenderungan pengimportan sains dan teknologi.
Konsep Pendidikan Yang Telus
Konsep ilmu dan pendidikan dalam Islam mengandungi pengertian yang menyeluruh dan holistic.Usaha untuk memberi fokus kepada elemen pendidikan agama dan moral merentasi semua kursus dijalankan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) wajar diberi perhatian yang serius dan mendapat sokongan serta dokongan semua pihak.Usaha murni ini bertujuan bagi melahirkan graduan yang sentiasa berpegang kepada budaya bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.Selain itu, ini juga selaras dengan aspirasi dan inspirasi untuk memperkukuhkan dan menggabungkan pendidikan Islam dengan sistem pendidikan kebangsaan bagi memastikan ia benar-benar berkesan dalam melahirkan umat Islam yang berkualiti dan serba boleh.
Lebih daripada itu, elemen berkenaan juga mesti dititikberatkan bagi memastikan pelajar dan mahasiswa diberi pendedahan ilmu pengetahuan serta nilai murni berterusan ke arah penjanaan generasi yang berakhlak dan mempunyai keperibadian tinggi.Inisiatif yang progresif dan intensif ini diperlukan di dalam usaha Kementerian Pengajian Tinggi merealisasikan matlamat menjadikan IPT di negara ini semakin dinamik dan sistematik.Ini sejajar dengan visi untuk melahirkan graduan cemerlang yang holistik, mampu mencapai kejayaan serta berdaya saing dalam pasaran kerjaya di dalam dan luar negara.
Mahasiswa seharusnya sedar dan bangkit menyahut cabaran ini. Mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang amat diperlukan di dalam memacu kemajuan menyeluruh dari segala aspek kehidupan.Mahasiswa berjiwa besar serta berfikiran kreatif dan kritis sangat diharapkan di dalam meneruskan agenda pembangunan serta memacu Malaysia merealisasikan wawasannya untuk menjadi negara maju yang dinamik dan terpimpin menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri.
Setiap insan, tanpa mengira usia, bangsa dan agama menyedari tentang pentingnya pendidikan agama dan moral di dalam kehidupan seseorang.Di dalam Islam, dari segi falsafahnya, pendidikan adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu yang bersumberkan el Quran dan as Sunnah, demi menghasilkan hamba Allah yang bertanggungjawab dalam membangunkan diri serta menjadi kemegahan diri sendiri, masyarakat, bangsa dan negara. Dalam dunia yang penuh dengan pelbagai persaingan, negara kita sangat memerlukan agar masyarakatnya khususnya golongan mahasiswa terus-menerus mempertingkatkan potensi intelektual mereka ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Negara yang merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan kebangsaan, usaha harus ditekankan kepada melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang berteraskan kepada agama.Memang menjadi hasrat kita semua agar warga Malaysia berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi serta berakhlak mulia agar mereka dapat memberikan sumbangan bermakna kepada kemandirian ummah mengikut lunas-lunas agama yang diredhai oleh Allah Taala.
Pendidikan Kita, Dari Mana Hendak ke Mana?
Penulis cukup tertarik dengan buah fikiran (Allahyarham) Tun Hamdan Sheikh Tahir berkenaan Pendidikan di Malaysia: Dari Mana Hendak ke Mana? Beliau menyatakan bahawa pendidikan dalam kehidupan manusia memang telah lama diberikan penekanan dalam masyarakat di negara kita bermula dari seseorang itu belum lahir lagi.Dalam budaya masyarakat Melayu khususnya unsur pendidikan telah disebatikan dalam budaya dan adat resam yang secara langsung memberikan imej tentang pentingnya pendidikan.Sebagai contoh, irama yang pernah satu ketika dulu dinyanyikan oleh para ibu sewaktu mendodoikan anak-anak:
“buai tinggi-tinggi sampai pucuk atap, belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab”.
Malah, masyarakat Islam sering diperingatkan betapa pentingnya pendidikan dan betapa tingginya kedudukan orang yang berusaha gigih dalam mendapatkan ilmu pendidikan sebagaimana ungkapan Saidina Ali ra:
“antara ilmu dan harta, pilihlah ilmu kerana ilmu akan terus kekal menjaga harta sedangkan harta akan habis”
Persoalannya di sini ialah adakah kita telah mencapai hasrat yang kita idam-idamkan?Cuba kita sama-sama menoleh ke belakang.Adakah kita telah dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk generasi yang akan kita tinggalkan?Dan, cuba kita renung ke hadapan.Adakah generasi yang akan datang ini mampu untuk memenuhi impian kita?Jika jawapan kepada dua persoalan di atas ialah YA, maka kita mempunyai harapan yang cerah dalam memastikan bahawa generasi pewaris ini akan terus memperjuangkan usaha kita dalam memartabatkan bangsa Malaysia. Apapun, kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan kerana zaman kita mungkin akan jauh berbeza dengan zaman generasi akan datang.Jika jawapan kita ialah TIDAK, maka belum lagi terlambat.Kita perlu meneliti kembali apa yang perlu kita lakukan seterusnya. Tidak perlu kita tangisi apa yang telah berlaku.Sebaliknya kita perlu bertindak sekarang.Jika jawapan kita ialah TIDAK PASTI, maka kita perlu risau kerana bila kita tidak pasti maka kita was-was dengan apa yang telah kita lakukan selama ini dan masih akan terus was-was untuk melakukannya pada masa akan datang.
Sementara itu, Datuk Dr Ismail Ibrahim pula menyatakan bahawa konsep ilmu dan pendidikan dalam Islam mengandungi pengertian yang menyeluruh, holistik dan luas yang tidak semata-mata terhad kepada ritual agama atau Fardhu Ain.Ilmu dari kaca mata Islam merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia termasuk disiplin ilmu seperti sains, teknologi, ekonomi, sosial dan lain-lain.Secara terus-terang, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini turut menyatakan bahawa sistem dan dasar pendidikan Islam yang merangkumi konsep dan falsafah serta pengisiannya di negara kita masih lagi dalam keadaan gawat.Ia masih lagi tidak bermaya mengeluarkan manusia yang mampu menyumbang kepada pembangunan arus perdana global.
Menurut beliau lagi, di negara ini, pendidikan Islam hanya membanggakan dari segi statistik. Berdasarkan dokumen rasmi yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2000, bilangan sekolah menengah agama swasta adalah 210 buah manakala sekolah menengah agama negeri 112 buah.Sekolah agama rakyat pula mencapai 33 buah.Pada tahun 2001, bilangan kemasukan pelajar ke sekolah menengah agama kerajaan adalah 3.1 peratus berbanding kemasukan ke sekolah berasrama penuh (2.3 peratus).Katanya lagi, bilangan pelajar Malaysia yang mengikuti pendidikan agama di luar negara turut meningkat kepada jumlah belasan ribu, namun perangkaan siswazah yang paling ramai menganggur pada masa sekarang juga adalah di kalangan pelajar lepasan agama.
Antara Kuantiti dan Kualiti
Sistem pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja yang boleh menjadi global player dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti jatidiri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing dan kreatif bagi menangani cabaran negara dan arus dunia tanpa sempadan hari ini.Selain itu, dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan kelemahan di dalam konteks intelektual dan kegagalan di dalam merencana dengan baik sistem pendidikan akan menyebabkan sesuatu bangsa dan Ummah dinyahbelakangkan dan dipandang rendah.Lantaran itu, kita perlu merenung sejenak sambil membuat muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan selama ini. Dalam hal ini kualiti pendidikan perlu diberi perhatian yang bukan sepicing cuma.
Di dalam membincangkan tentang kualiti pendidikan, Tun Hamdan Sheikh Tahir telah memberikan ulasan yang cukup bernas dan wajar kita fikir dan renungkan secara bersama. Menurut beliau, apabila kita menyebut tentang kualiti, maka kita tidak lari dari persoalan sama ada matlamat atau objektif pendidikan kita iaitu dengan melihat para pelajar yang telah dihasilkan.Mampukah generasi kita menangani isu globalisasi di mana akan berlakunya integrasi ekonomi, komunikasi serta maklumat dan menghasilkan satu pasaran dunia yang terbuka luas?Mampukah generasi kita bersaing di peringkat antarabangsa?Mampukah generasi kita secara bersepadu menangani isu dalaman yang sering memerlukan pemikiran yang kreatif dan inovatif?Mampukah generasi kita hidup dalam satu suasana yang penuh dengan kebijaksanaan dari segi etika dan moral?
Maka, usaha untuk memberi fokus kepada elemen pendidikan agama dan moral merentasi semua kursus dijalankan di institusi pengajian tinggi amatlah perlu dijana demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi yang kian mencabar. Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan percambahan dan pemupukan nilai-nilai agama, moral dan etika.Kesemua elemen-elemen tersebut amatlah penting agar segala cita-cita murni yang sering dicanang-canangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah mencapai matlamat membentuk Masyarakat Madani yang Rabbani.
Membina IQ, EQ dan SQ
Lebih daripada itu, kita semua perlu sedar bahawa dunia sekarang dan mendatang tidak hanya bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ) sahaja tetapi perlu diterapkan juga kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).Ketiga-tiga elemen ini sangat penting dalam membangunkan sumber generasi muda sekarang ini bagi menyediakan mereka untuk menghadapi mehnah dan tribulasi akan datang.Dasar meritokrasi yang digunapakai sekarang ini juga mungkin memerlukan penelitian semula bagai memastikan bahawa semua aspek diambil kira. Begitu juga dengan sistem penilaian pendidikan yang perlu diteliti bagi memastikan bahawa bukan setakat pengetahuan yang diuji tetapi lebih dari itu termasuk kepimpinan, daya cipta, daya juang, kesukanan (syarat terbaru kemasukan ke IPTA) dan sebagainya.
Ini bermakna bahawa kurikulum kita perlu dijuruskan untuk memenuhi keperluan semua golongan sebagaimana yang wujud dalam masyarakat kita:
“yang capek menghalau ayam, yang buta meniup tepung, yang kurap menyiang buluh dan yang pekak membakar meriam”.
Biarlah pada akhirnya yang tinggi menjadi bintang dan yang rendah terus menjadi intan.Tetapi kita tahu bahawa layang-layang terbang naik melawan angin.Juga, kita tidak boleh mengubah arah angin tetapi kita boleh mengubah kedudukan layar bagi memastikan perahu terus meluncur ke hadapan.
Justeru, konsep kesarjanaan ilmu wajar menjadi prinsip utama di dalam kehidupan setiap mahasiswa.Apa yang paling penting adalah pembelajaran bukanlah hanya untuk kelulusan peperiksaan, memenuhi keperluan kursus atau sekadar untuk mendapat sekeping ijazah sahaja sebaliknya merupakan momentum ke arah memahami erti hidup yang sebenar.Setiap ilmu yang dipelajari wajarlah ditafsir mengikut kacamata ilmiah yang betul.Ini kerana makna kata belajar itu sendiri bolehlah disignifikasikan sebagai suatu proses pembinaan idea, penghayatan dan aplikasi ilmu.Sebagai hasilnya, hakikat akhir sesuatu proses belajar itu mampu menuntun mahasiswa ke landasan kebenaran.
Lebih daripada itu, adalah amat malang sekiranya suatu sistem pembelajaran itu bukan sahaja gagal, malah ianya melahirkan pelajar yang lemah berfikir, kurang kesedaran, ketandusan ilmu, bankrap idea dan muflis keintelektualan.Berbalik kepada mahasiswa di kampus. Salah satu pelan tindakan yang telah digariskan hasil konvensyen baru-baru ini ialah untuk menyelaraskan PNGK semua pimpinan mahasiswa iaitu 2.5 ke atas.Penulis berpendapat bahawa ini merupakan satu langkah awal yang efektif kerana para pemimpin mahasiswa merupakan role-model yang akan diteladani oleh mahasiswa lain.Semoga ia menjadi titik tolak yang akan mencanai kegemilangan pendidikan dalam usaha bersepadu untuk melahirkan universiti bertaraf dunia atau World Class University.
Mencari Rentak Seiring Kehendak Dunia dan Akhirat
Menurut Islam, perkataan pendidikan atau tarbiah itu antara lain bermaksud suatu pendekatan yang terbaik sekali dalam bertafa’ul (berinteraksi) dengan fitrah insan dan melaksanakan proses pendidikan melalui tunjuk ajar dan teladan.Suatu teori pendidikan tidak akan sampai kepada matlamat yang dihajati jika ianya gagal berfungsi dan tidak berkesan.Keberkesanan itu diukur dengan melihat sejauh mana hasil yang dihajati bertunas dan berkembang dalam diri individu yang dididik.Hasil pendidikan juga dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku, tindakan dan hasil pemikiran mereka.Pendidikan yang tidak berkesan bukan sahaja merugikan tenaga, waktu dan wang, tetapi yang lebih dibimbangi apabila hasilnya bertentangan dengan apa yang dihajati.
Selain kesarjanaan ilmu, konsep ketrampilan saksiah adalah satu lagi elemen penting yang perlu ada pada diri mahasiswa dalam mengurus kejayaan.Perangkaan serta statistik kebejatan sosial yang kian meruncing memperlihatkan bahawa kader-kader intelektual ini juga tidak terlepas daripada terlibat sama.Kepincangan dan keruncingan krisis moral seperti seks bebas, arak, sumbang mahram, hedonisme, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi turut membuktikan bahawa penuntut institusi pengajian tinggi juga tidak begitu ampuh dari segi penghayatan budinya.
Penulis mengamati perkembangan terbaru dalam dunia pemikiran dan aplikasi semasa.Perkembangan-perkembangan yang berlaku memerlukan dan menuntut penyaringan yang berhati-hati.Dalam hal ini, penulis sedang menkaji intisari dan rahsia dalam pemikiran dan pengalaman keIslaman di alam melayu bagi mengisytiharkan satu bentuk rumusan yang tepat.Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia dan mahasiswa itu sendiri harus memiliki pendekatan altenatif yang dibawa oleh sebahagian masyarakat.Pendekatan altenatif ini melibatkan asal usul ilmu (epitemologi), intisari ilmu-ilmu, dan amalan yang baik.Semua ini dapat mengimbangi pendekatan yang konvesional.Rumusan yang telah diperkukuhkan dalam buku “Nafas Baru Hikmah al-Isyraqi”, dan “Dari Estetika Menuju Fizikal” berupaya menangani isu-isu dalam bidang kemanusian, sains sosial, dan sains tulen.Pada tahap tertinggi pula, kaedah pencerahan ini perlu berdasarkan pemikiran dan pembuatan keputusan bermutu tinggi, dan tahan uji.Dalam erti kata lain, sikap pragmatik harus dikesampingkan.Pencerahan harus menggunakan intisari yang terdapat di dalam khazanah Islam, di samping menggunakan kaedah-kaedah ilmu fiqh dengan semaksimum mungkin dalam melahirkan kekreatifan pembinaan tamadun, hadharah, dan umara’ cemerlang yang Islamik.
1 komentar:
hana_hasinah on 15 Februari 2009 pada 12:04 PG
berkata...
perkara spt ini berlaku krn negara kt snd telah d sekularkan dr dahulu lg. walaupun kt d kategorikan sbg ngra isllam tp hakikat nya kt tlh d sekularkan.Namun kt sbg mahasiswa hrus menyedar kan masyarakat akn hal ini dan kepentingan nya utk ms akn dtg.Walau apa pun agama dan kehidupan tak bole d pisahkan termasuklah pendidikan. dan menuntut ilmu amt pntg krn dgn ilmu kt akn bertambah lbh dkt dgn Allah. menuntut ilmu tdk akn pernah memuaskan krn makin kita belajar mkn byk yg kt tak tahu. benarlah sabda Rasulillah "perkara yg tidak pernah memuaskan ialah menuntut ilmu dan menuntut dunia"(Ibnu A'ddi)namun belajarlah berkata cukup dalam menuntut duniawi tp bkn dalam menuntut ilmu
Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah. Bekas pelajar SMU (A) Maahad Muhammadi lil-Banin (MML). Menuntut di Fakulti Syariah dan Perundangan di Universiti al-Azhar, Kaherah. Sebarang undangan (penceramah, panelis forum, dan pembentang seminar), bolehlah hubungi beliau melalui:
: Alamat e-mail atau ID: putra_sufie[at]yahoo[dot]com. : Nombor telefon: +20117894979
Bangkit semua umat Islam. Mereka saudara kita. Jangan biarkan bumi mereka terus di-'perkosa' tanpa had. Hulurkan bantuan kemanusian, jangan berhenti berdoa.
Khaibar-khaibar ya yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!!
Nama Buku; Menjadi Hamba Allah Penulis: Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah Nama Pena: Rezza Khanafiah Genre: Motivasi Ketuhanan Jumlah Bab: 26 Halaman: 192 (tidak termasuk kulit buku) Warna Umum Kulit Buku: Hijau Laut Terbitan: Must Read SDN BHD Harga Pasaran: RM19.90 (Semenanjung) & RM22.90 (Sabah dan Sarawak)
BUKU BERTEDUH DI KEBUN CINTA VERSI MALAYSIA [Maklumat & Pengisian]-Klik Pada Gambar
MELAKAR PELANGI CINTA
"Perkara yang merisaukan seorang perempuan dara yang solehah dan mungkin seorang lelaki teruna yang soleh, apabila menghadiri kursus perkahwinan pasti ada bahagian SEKS yang dilucahkan. Biasanya terjadi kepada golongan yang sudah terbiasa menggunakan kata nama SEKS dalam setiap ucapan, senda gurau, dan maki-hamun. Lebih parah apabila akhbar tempatan turut sama melucahkan SEKS. SEKS sudah menjadi ADAT, bukan lagi suatu IBADAT..."
MPC & BDKC
Nama buku: Melakar Pelangi Cinta (MPC) Penulis: Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah @ Rezza Khanafiah Genre: Motivasi Dakwah (Sinergi Iman) Jumlah bab/artikel: 24 Halaman: 260 Saiz: 14cm x 21cm Terbitan: Janub Saina' Harga: LE27 Terbit: Julai 2010 (telah terbit)
Tempahan boleh dibuat bersama buku Berteduh Di Kebun Cinta; e-mailkan kepada Ustaz Muhammad Zulkifli Ibn Abdul Ghani: shabab9119[at]yahoo[dot]com atau boleh hubungi (sms) ke talian: +20110480695.
Nama buku: Berteduh Di Kebun Cinta Penulis: Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah @ Rezza Khanafiah Genre: Motivasi Cinta, Kekeluargaan, dan Dakwah Jumlah bab/artikel: 37 Halaman: 232 Saiz: 13.5cm x 20cm Terbitan: Janub Saina' Harga: LE25 Terbit: April 2010
Dapatkan Segera!!!
BERTEDUH DI KEBUN CINTA
"Kalau bukan kerana limpahan naluri KASIH SAYANG Allah Taala semai di setiap hati ibu bapa, mungkin tiada ibu mahupun bapa yang sudi menjaga, menyusu, membesar dan mendidik anak-anak mereka. Maka cukuplah sekadar melahirkan dan akhirnya ke tong sampah, ke tangga masjid, ke kaki lima bangunan... seperti dilema yang dihadapi oleh IBU MUDA yang menjadi bidan tidak bertauliah hiba menimang cahaya mata tanpa suami 'sah' di sisi agama..."
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Laman Page Dan FB Saya
-
Salam kepada semua pembaca.
Setelah sekian lama tidak menjenguk sesawang ini, suka untuk saya maklumkan
tentang Facebook yang menjadi medan saya sekarang ...
IKHLAS
-
Orang yang IKHLAS, akan tenang dan senang dalam melaksanakan sesuatu
perkara, kerana dia mempunyai hanya ada satu ‘hati’ untuk dijaga dan diberi
perhatian...
Entry baru, masih belum terlambat
-
bismillahirrahmanirrahim alhamdulilllah. syukur saya masih ingat password
blog guruohguru ini. ini merupakan permulaan. saya mahu mulakan sesuatu
yang baru...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan pun...
Novel Terakhir...
-
*"Novel terbaru yang baru siap setebal 299 muka bertajuk ‘MANDALA DUNIA KE
DUA’ mujur menjadi peneman. Untuk edit kali ke 8 dan terakhir dapat juga
dil...
1 komentar:
perkara spt ini berlaku krn negara kt snd telah d sekularkan dr dahulu lg. walaupun kt d kategorikan sbg ngra isllam tp hakikat nya kt tlh d sekularkan.Namun kt sbg mahasiswa hrus menyedar kan masyarakat akn hal ini dan kepentingan nya utk ms akn dtg.Walau apa pun agama dan kehidupan tak bole d pisahkan termasuklah pendidikan. dan menuntut ilmu amt pntg krn dgn ilmu kt akn bertambah lbh dkt dgn Allah. menuntut ilmu tdk akn pernah memuaskan krn makin kita belajar mkn byk yg kt tak tahu. benarlah sabda Rasulillah "perkara yg tidak pernah memuaskan ialah menuntut ilmu dan menuntut dunia"(Ibnu A'ddi)namun belajarlah berkata cukup dalam menuntut duniawi tp bkn dalam menuntut ilmu
Catat Ulasan