Rasulullah dan para sahabat adalah golongan yang benar-benar komited terhadap ajaran Islam hingga tidak menjual agama dengan kepentingan dunia.Malah dengan kesungguhan mereka beramal dengan Islam dan kandungan isi el Quran dan Hadith baginda saw, ramai dikalangan manusia pada era tersebut tertarik untuk berjinak-jinak dengan ajaran Islam yang dianggap menakutkan pada zaman Jahiliyah.Semua ini didorong oleh komitmen dan kesungguhan mereka untuk menjiwai Islam dan tidak terpesona dengan habuan dan janji-janji dunia yang melalaikan.
Iltizam Dengan Islam Bukan Ekstrim
Sebagai contoh, adakah seorang muslimah bekerjaya yang memakai hijab boleh menggugat keutuhan sosioekonomi, semata-mata kerana untuk mempertahankan haknya untuk menutup aurat dan beramal dengannya.Namun ramai juga, perempuan-perempuan yang tidak berhijab gagal dan kecundang dalam bidang yang diceburi.Sehubungan itu, adalah tidak adil seorang muslim menuduh saudara seIslam yang lain, sebagai penyebab kegagalan hanya kerana ingin melaksanakan tuntutan fardhu ‘ain atau amalan-amalan sunat yang lain.Seperti, seorang ahli perniagaan yang rakan kongsinya menjadi penyebab syarikat mereka gagal kerana tidak mahu menerima dan memberi rasuah.
Perlu diingat dan dikenang, bahawa masyarakat di masa lampau yang disebut oleh Allah Taala di dalam el Quran, golongan yang paling hampir dengan Nabi Muhammad saw dari sudut tindakan dan gerak kerja ialah golongan yang berjaya melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar.Hal ini disebut di dalam el Quran;
Allah Taala berfirman;“Hendaklah ada dikalangan kamu (orang-orang Islam) menyuruh pada perkara kebaikan (makruf), dan mencegah perkara yang mungkar dan keji dilakukan, sesungguhnya mereka itu golongan yang berjaya”Ali Imran (3:104)
Sesungguhnya ayat di atas, menunjukkan bahawa Allah Taala secara responsif menjelaskan kepada manusia khususnya kepada orang-orang beriman, supaya komited dengan kerjaya-kerjaya dakwah (menyeru) kepada Islam atau menyatakan pandangan baik tentang Islam kepada golongan bukan Islam, kerana bukan semua orang Islam yang berani dan sanggup melaksanakan tugas ini sepenuh masa, apatah lagi sebahagian dari rasa tanggunjawab yang perlu dipikul.Apabila usaha dakwah dilakukan sebahagian, maka orang Islam yang enggan melakukan atau tidak mampu melakukannya tidak lagi berdosa, kerana telah digugurkan oleh mereka yang sanggup.
Kesedaran dalam melaksanakan konsep ini, hendaklah berterusan dalam semua aspek dan tindakan seperti rasa sensetiviti terhadap perkara-perkara yang menjatuhkan maruah Islam itu sendiri.Kesucian dalaman Islam perlu dipertahankan daripada didoktrin dan dinodai oleh golongan yang tidak bertanggunjawab, yang hanya mementingkan diri sendiri, dan untuk melagakan umat Islam tentang sesuatu perkara yang pernah berlaku dalam dunia Islam dari persepsi negatif tanpa membuat sebarang kajian sejarah dan asal pada sesuatu kejadian tersebut.Mereka begitu senang untuk melihat kecelaruan tercetus dalam kekuatan peganggan umat Islam, dan mengganggap ianya suatu kejayaan terbesar selepas mereka melihat kegagalan demi kegagalan yang berlaku di puak mereka.Banyak hal kita lihat sekarang, fitnah demi fitnah dilontarkan oleh golongan anti-Islam ini kepada orang Islam seperti mengadakan cerita untuk memburukan Islam, artikel-artikel dalam laman blog dan seumpama dengannya yang mana menyerang keperibadian umat Islam terutama Dzat-dzat agung, melukiskan karikatur dzat suci dan sebagainya.Maka di sini, tahap kesedaran umat Islam diuji, apakah kita perlu berdiam diri? Bak kata pepatah Melayu ‘Hanya berpeluk tubuh’ dan melihat angkara tangan-tangan Iblis ini, berleluasa.
Tepuk dada dan tanya Iman…
Fitna Dajjal Geert Wilders
Fitna, merupakan sebuah filem yang digarap oleh seorang anggota parlimen Belanda, Geert Wilders, menarik perhatian masyarakat dunia khususnya kondisi dan sensitiviti umat Islam. Pelbagai kecaman muncul bukan hanya dari masyarakat Islam yang merasa terhina oleh gambaran Islam dalam paparan filem tersebut, kecaman juga muncul dari masyarakat bukan Islam Eropah dan Amerika.Filem ini dinilai sebagai bentuk provokasi dan penyebaran rasa kebencian.Meskipun pemerintah Belanda menyampaikan permohonan maaf secara bersemuka kepada umat Islam yang merasa tersinggung dengan kejelekan filem
tersebut, tetapi mereka masih beku untuk tidak menggunakan kekuasaan menghentikan peredaran serta penyiaran filem tersebut dengan landasan Konstitusi.
Filem yang ditayangkan selama 17 minit itu berisi pidato seorang ulama’ yang diputarbelitkan dengan pelbagai gambar kekerasan yang dilakukan oleh orang-orang Islam di pelbagai penjuru dunia.Dengan visualisasi seperti itu,Wilders hendak mengungkap wajah Islam yang penuh dengan kekerasan: Islam adalah agama kekerasan.Bukan hanya fakta kekerasan atas nama agama yang terjadi belakangan ini yang dipotret oleh Wilders, tetapi juga fakta teologi yang ada dalam Kitab Suci umat Islam sendiri.Inilah bentuk deskriminasi alaf baru.
Sudah bisa diduga, gelombang protes muncul dari pelbagai belahan dan pelusuk dunia.Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad, bahkan menyeru pemboikotan produk-produk negara Belanda.Gelombang protes ini diprediksi dan akan semakin membesar seperti yang pernah terjadi pada mereka yang mencetuskan lakaran sejumlah karikatur Nabi Muhammad, boleh dikatakan pada seluruh media Denmark diserang habis-habisan.
Tokoh-tokoh Islam dari pelbagai negara mengecam dengan mengatakan bahawa apa yang dikemukakan Wilders dalam filem dan di sejumlah kenyataannya tidak hanya bersifat rasis, melainkan juga tidak dramatis.Sikap ini dikemukakan oleh Syekh Hamza Yusuf Hansona (sarjan Muslim Amerika),Din Syamsuddin (Ketua Umum PP Muhammadiyah), dan Pangeran Hassan bin Talal (Presiden Arab Thought Forum dari Jordan).
Sarjana-sarjana Barat mutakhir bahkan melangkah lebih jauh dengan mencuba menjengguk dunia Islam mengikut perspektif yang tidak lagi biasa.Jika sebelumnya masyarakat Islam difahami secara negatif sebagai masyarakat barbarian yang tidak beradab yang popular dengan penolakan terhadap rasionalitasme dan prinsip demokrasisme,maka di sana kesedaran mula menampakkan kecerahannya, bahawa isu-isu negatife yang diputarkan adalah doktrin semata-mata untuk mengetepikan kebiadaban pada diri sendiri.Spiritualisme yang berkembang pesat di dunia Islam sepasca Revolusi Islam Iran, bagi sarjana-sarjana baru ini, tidak dipandang sebagai sesuatu yang berbahaya bagi demokrasi dan kebebasan berekspresi.Justeru itu, fenomena ini adalah salah satu bentuk perlawanan terhadap para penjahat licik yang mensasarkan keburukan Islam di kaca mata dunia.
Karikatur Tangan-Tangan Iblis
Begitu juga kontroversi yang marak di seluruh dunia baru-baru ini kerana karikatur Nabi Muhammad saw yang termuat dalam akhbar Denmark, Jyllands-Posten, sesungguhnya terdapat perihal yang lebih mendasar dan dalam, iaitu perupaan dzat bentuk rupa yang disucikan oleh Islam.Bagaimana sesungguhnya Islam melihat seni,khususnya seni rupa?
Penulis kira, seni rupa, dalam hal ini lukisan dan patung, akan selalu bermasalah jika ditinjau dari doktrin Islam dan budaya Arab.Perupaan demikian tidak hanya terbatas pada susuk yang dianggap suci seperti para malaikat dan nabi, tetapi juga pada perupaan makhluk sekecil semut atau nyamuk.Ini terlihat dari beberapa hadith yang bersikap tegas melarang gambar dan patung.Hadith merupakan ajaran Islam yang kedua setelah el Quran.
Nabi bersabda;“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya di Hari Kiamat adalah pelukis.” Hadith Riwayat Muslim.
Dalam konteks kelahiran Islam dalam budaya Arab, perupaan dalam bentuk patung erat kaitannya dengan media kemusyrikan zaman utusan.Adapun Islam hendak menegakkan ajaran tauhid dan menghancurkan segala media kemusyrikan itu. Perupaan yang dikenali oleh bangsa Arab ketika Islam lahir tidak bertujuan seni, tapi sebagai satu kuasa ajaib dan sembahan mereka.
Yang lebih ekstrim lagi, pada hemat penulis, bangsa Arab waktu itu tidak memiliki budaya dan seni yang bernilai tinggi.Apalagi bila kita bandingkan dengan beberapa peradaban besar yang lahir ribuan tahun sebelum Islam datang, sebagai contoh peradaban-peradaban Firaun di Mesir, Babilon di Iraq, Yunani, Rome, Parsi, Yaman dan Ethiopia.
Kondisi geografi tidak memungkinkan bangsa Arab mendirikan pusat peradaban.Hidup di tengah gurun padang pasir yang tandus dan dikelilingi oleh bukit-bukit dan lembah yang gersang, mereka hidup untuk mencari oasis, lembah-lembah subur dan padang rumput demi mempertahankan hidup.
Sangatlah berbeza dengan peradaban-peradaban kuno yang lahir dan berkembang di tepian sungai-sungai besar.Peradaban Firaun lahir di tepi Sungai Nil, Babilon di Sungai Eufrat (Furat), India di Sungai Gangga, dan Tiongkok di Sungai Kuning.Jika kita percaya pada teori bahawa seni dan budaya yang berkualiti itu berasal dari taraf kehidupan bangsa yang tinggi, maka bangsa Arab tidak memiliki potensi itu.Kualiti seni yang dikenali oleh bangsa Arab hanyalah seni sastera yang tercatat dalam syair-syair Jahiliyah.
Namun hal itu pun diragukan oleh Thaha Husain dalam bukunya Fi el Syi’ir el Jahili (Puisi Jahiliyah).Menurutnya, syair-syair Jahiliyah itu bukan berasal dari zaman Jahiliyah pra-Islam, tetapi berasal dari praktikal pemalsuan (intihal) yang dilakukan oleh penyair-penyair bangsa Arab kemudiannya.Tujuannya memuji kemulian dan kebesaran bangsa Arab.Syair terindah dan terunggul akan diabadikan dengan digantungkan di Kabbah sebagai penghormatan yang digelarkan el mu’allaqat (syair-syair yang digantungkan).Hakikatnya, syair-syair tersebut adalah propaganda untuk menunjukkan bahwa nenek moyang bangsa Arab memiliki cita rasa seni, sastera dan budaya yang tinggi.Padahal, kenyataannya sungguh tertolak kebelakang.Inilah paradoks pencitraan bangsa Arab yang dalam el Quran disebut berbudaya Badu’i dan songsang, menanam bayi perempuan hidup-hidup, suka berperang, dan memiliki sifat-sifat masyarakat radikal dan kasar.
Bangsa Arab pun sudah mengenal seni patung.Tapi janganlah menyamakan itu dengan, patung-patung zaman Firaun di Mesir.Patung Arab dibina dengan pahatan kasar yang tidak memiliki kualiti seni sama sekali.Bahkan Umar bin el Khattab yang kelak dikenali sebagai Khalifah kedua itu pernah membuat patung dari adunan kuih dan buah kurma sebelum baginda masuk Islam.Setelah disembahnya patung itu, lantas dimakannya.
Ayuh Bangun Dari Lenaan
Dalam hal ini, umat Islam perlu bersatu padu dalam mewujudkan perpaduan antara umat Islam itu sendiri, agar menjadi kuat dan mapan demi membangunkan tamadun umat Islam.Di saat dunia hari ini masih mencari formula bagaimana untuk membentuk perpaduan ummah, maka modul dan silibus yang disediakan oleh baginda saw harus menjadi rujukan.Baginda meletakkan asas kekuatan akidah, menyusun struktur dan haraki masyarakat dengan mengeratkan hubungan silaturrahim, mendidik masyarakat dengan keindahan akhlak dan budi pekerti.Baginda dan juga para sahabat telah mewujudkan keharmonian dan keakraban hubungan pertalian sesama Islam dan sesama bukan Islam, dengan jalinan sosial yang terbaik seperti yang pernah berlaku kepada golongan Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar.Pada masa sama Islam mengajar umat Islam menguasai bidang-bidang profisional yang lain seperti dalam bidang ekonomi secara menyeluruh, memperkasakan sisitem politik, dan memperkemaskan jentera pentadbiran dan pengurusan sesuatu organisasi atau pertubuhan,bahkan Negara.Ciri-ciri masyarakat madani yang telah dicetuskan baginda tersebut merupakan revolusi besar-besaran dalam kecamukan jahiliyah, dalam membentuk satu paradigm baru dalam membentuk masyarakat kuat.Dengan itu mereka Berjaya mengakis segala bentuk cabaran dalam melayari kehidupan yang mencabar ini.
Di tengah situasi seperti ini, keinginan untuk meraih kemandirian Islam dalam bidang intelektual, sosial, politik, dan ekonomi melahirkan gelombang pembaruan dalam dunia Islam diperlukan.Tetapi, kemandirian tidak mesti disalahertikan sebagai suatu sikap tertutup untuk tidak menerima keunggulan peradaban lain.Di sini, pembaruan Islam adalah hasil interaksi prakmatis yang tiada pernah berhenti antara doktrin-doktrin untuk menjatuhkan Islam dengan gejala-gejala kontemporeri disekeliling.
Dengan demikian, pembaharuan sendiri bukan bererti satu sikap yang berhenti.Dengan berjalannya waktu dan semakin kompleksnya perkembangan ilmu-ilmu kemanusiaan beserta gejala-gejala yang mendokongnya, pembaharuan sendiri sememangnya perlu terus diteruskan dan dipratikkankan dalam dunia moden sekarang sejajar dengan kehendak Islam.
0 komentar:
Catat Ulasan