JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.
Dambus perjalanan seorang hamba yang cintakan Ilahi tidak pernah sirna dari dugaan badai yang melanda bak pokok yang tinggi melambai yang ditiup angin bertarian lembut mahupun menderai kencang.Namun insan yang di anugerahkan keimanan dan ketaqwaan dalam merancang hala tuju yang bertepatan dengan el Quran dan as Sunnah Nabawiah perlu memanfaatkan segala kelebihan untuk meraih cinta-Nya yang agung lagi kudus.Nah,tatap sahajalah semangat yang tak pernah luntur ditunjukkan oleh insan yang bakal mengetuai sekalian makhluk semenjak insan pertama Nabi Adam a.s sehingga umat di akhir zaman di Padang Mahsyar kelak,iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang menuntun manusia sejagat supaya mentauhidkan Dzat Yang Maha Kuasa dengan keperibadian yang cukup sempurna dan menyentuh setiap hati yang dahagakan sentuhan serta belaian Iman.
Allah Taala berfirman;
“Sesungguhnya dirimu (wahai Muhammad) mempunyai kelakuan budi pekerti yang sangat tinggi“
el Qalam (68:4)
Akhlak yang ditonjolkan oleh baginda s.a.w sangat cantik lagi sempurna dan amat mudah untuk ditauladani yang pasti membuahkan ganjaran pahala yang banyak serta tidak perlu mengerah keringat untuk mencatat saham dalam papan bursa catitan amalan harian manusia,tetapi sejauh manakah kita sedar pekerjaan yang tidak bergaji ini dilaksanakan berterusan dalam merentasi arus ombak yang tidak kenal sesiapa.Jelas hanya keimanan tulus dan telus sahaja,yang bisa menyuluh perjalanan hamba-hamba-Nya dalam kerabaan menuju ke perhentian terakhir seperti jalan yang dijejaki para nabi,para solihin,para muttaqin dan para syuhada’ berpangkalan di akhirat nun jauh di sana.Doa merupakan salah satu keadah yang diperlihat dan dipertontonkan oleh baginda Nabi s.a.w sebagai suri ikutan kepada umatnya dan sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala ketika mana sahaja berada baik tika keadaan senang mahupun buntu di kegelapan terowong bertemankan pelita usang kerana rintihan hamba-hamba-Nya yang ikhlas pasti mendapat perhatian untuk dipertimbangkan seperti janji-Nya di dalam el Quran.Usah mengeluh seandainya permohonan dan permintaan belum terlaksana kerana mungkin di sana Allah Taala ingin menguji tahap kesabaran kita atau akan digantikan dengan kebajikan yang lain senilai permintaan kita itu dan jika tidak,yang pasti ianya akan dibawa di alam akhirat abadi nanti.
Allah Taala berfirman;
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka senantiasa berada di dalam petunjuk"
el Baqarah (2:186)
Pengisian
Pada catatan kali ini dan seterusnya,penulis akan cuba mengajak para pembaca menggali semula khazanah yang telah ditinggalkan oleh manusia agung dalam kerangka untuk menilai semula perwatakan diri mengikut acuan dan kehendak yang telah diwartakan dalam el Quran dan Sunnah Nabi s.a.w agar bisa dijadikan pegangan hidup yang autentik dan prolifik ke arah menjana kehidupan muslim yang mantap.Senario ini hendaklah dipandang serius dalam kemantangan berpaksi keyakinan kerana peluang dan ruang seumpama ini belum tentu hadir sendainya usaha untuk menghadirkannya hanya indah di bibir dan hanya bena pada pandangan sahaja.
Penulis akan mengimbau kembali sirah perjalanan mereka yang pernah berada pada jalan yang diredhai oleh Allah Taala yang mana doa mereka dimakbulkan tanpa ada penghalang(hijab) terus sampai kepada Allah Taala secara langsung berdasarkan warid hadith yang benar.Semoga sekelumit usaha penulis ini,bisa menjadi pendorong kepada para pembaca dan penulis sendiri agar tidak jenuh untuk berdoa mengharapkan pertolongan daripada-Nya dan menyerahkan segala ketentuan dalam bingkisan takdir-Nya.Dengan izin daripada Allah Taala,penulis akan menerbitkannya secara bersiri dan berperingkat,bersesuaian dengan keadaan semasa yang bisa dijadikan ikutan dan tauladan yang ampuh untuk sama-sama membesarkan Ilahi dalam menjalani pelayaran bahtera yang mencabar ini dengan mendahulukan kisah doa munajat baginda s.a.w dan di ikuti para sahabat,serta para wali Allah Taala.
Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah. Bekas pelajar SMU (A) Maahad Muhammadi lil-Banin (MML). Menuntut di Fakulti Syariah dan Perundangan di Universiti al-Azhar, Kaherah. Sebarang undangan (penceramah, panelis forum, dan pembentang seminar), bolehlah hubungi beliau melalui:
: Alamat e-mail atau ID: putra_sufie[at]yahoo[dot]com. : Nombor telefon: +20117894979
Bangkit semua umat Islam. Mereka saudara kita. Jangan biarkan bumi mereka terus di-'perkosa' tanpa had. Hulurkan bantuan kemanusian, jangan berhenti berdoa.
Khaibar-khaibar ya yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!!
Nama Buku; Menjadi Hamba Allah Penulis: Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah Nama Pena: Rezza Khanafiah Genre: Motivasi Ketuhanan Jumlah Bab: 26 Halaman: 192 (tidak termasuk kulit buku) Warna Umum Kulit Buku: Hijau Laut Terbitan: Must Read SDN BHD Harga Pasaran: RM19.90 (Semenanjung) & RM22.90 (Sabah dan Sarawak)
BUKU BERTEDUH DI KEBUN CINTA VERSI MALAYSIA [Maklumat & Pengisian]-Klik Pada Gambar
MELAKAR PELANGI CINTA
"Perkara yang merisaukan seorang perempuan dara yang solehah dan mungkin seorang lelaki teruna yang soleh, apabila menghadiri kursus perkahwinan pasti ada bahagian SEKS yang dilucahkan. Biasanya terjadi kepada golongan yang sudah terbiasa menggunakan kata nama SEKS dalam setiap ucapan, senda gurau, dan maki-hamun. Lebih parah apabila akhbar tempatan turut sama melucahkan SEKS. SEKS sudah menjadi ADAT, bukan lagi suatu IBADAT..."
MPC & BDKC
Nama buku: Melakar Pelangi Cinta (MPC) Penulis: Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah @ Rezza Khanafiah Genre: Motivasi Dakwah (Sinergi Iman) Jumlah bab/artikel: 24 Halaman: 260 Saiz: 14cm x 21cm Terbitan: Janub Saina' Harga: LE27 Terbit: Julai 2010 (telah terbit)
Tempahan boleh dibuat bersama buku Berteduh Di Kebun Cinta; e-mailkan kepada Ustaz Muhammad Zulkifli Ibn Abdul Ghani: shabab9119[at]yahoo[dot]com atau boleh hubungi (sms) ke talian: +20110480695.
Nama buku: Berteduh Di Kebun Cinta Penulis: Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah @ Rezza Khanafiah Genre: Motivasi Cinta, Kekeluargaan, dan Dakwah Jumlah bab/artikel: 37 Halaman: 232 Saiz: 13.5cm x 20cm Terbitan: Janub Saina' Harga: LE25 Terbit: April 2010
Dapatkan Segera!!!
BERTEDUH DI KEBUN CINTA
"Kalau bukan kerana limpahan naluri KASIH SAYANG Allah Taala semai di setiap hati ibu bapa, mungkin tiada ibu mahupun bapa yang sudi menjaga, menyusu, membesar dan mendidik anak-anak mereka. Maka cukuplah sekadar melahirkan dan akhirnya ke tong sampah, ke tangga masjid, ke kaki lima bangunan... seperti dilema yang dihadapi oleh IBU MUDA yang menjadi bidan tidak bertauliah hiba menimang cahaya mata tanpa suami 'sah' di sisi agama..."
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Laman Page Dan FB Saya
-
Salam kepada semua pembaca.
Setelah sekian lama tidak menjenguk sesawang ini, suka untuk saya maklumkan
tentang Facebook yang menjadi medan saya sekarang ...
IKHLAS
-
Orang yang IKHLAS, akan tenang dan senang dalam melaksanakan sesuatu
perkara, kerana dia mempunyai hanya ada satu ‘hati’ untuk dijaga dan diberi
perhatian...
Entry baru, masih belum terlambat
-
bismillahirrahmanirrahim alhamdulilllah. syukur saya masih ingat password
blog guruohguru ini. ini merupakan permulaan. saya mahu mulakan sesuatu
yang baru...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan pun...
Novel Terakhir...
-
*"Novel terbaru yang baru siap setebal 299 muka bertajuk ‘MANDALA DUNIA KE
DUA’ mujur menjadi peneman. Untuk edit kali ke 8 dan terakhir dapat juga
dil...
0 komentar:
Catat Ulasan