JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.
Abdullah nama diberi,merupakan anak kepada seorang sahabat Nabi s.a.w iaitu Abu Talhah.Abdullah adalah insan pertama yang didoa oleh baginda s.a.w semasa masih dalam proses persenyawaan di dalam rahim ibunya lagi agar hidupnya diberkati Allah Taala dan buktinya,sehingga dikurniakan sembilan orang anak yang mana semua putera dan puterinya menghafal Quran yang tersemat kemas di dada.Beliau adalah insan anugerah tuhan sebagai ganti kepada dzat tubuh abangnya yang meninggal dunia semasa gigih melaksanakan tanggunjawab yang diamanahkan oleh ayahandanya untuk berdagang walaupun beliau tidak langsung menatap apatah lagi bergurau mesra dengan arwah abang kandungnya itu.
Abu Talhah adalah seorang ahli perniagaan yang sangat rajin,dan tidak pernah buntu dari berusaha walaupun terpaksa menongkah perjalanan hidup sebagai seorang perniaga yang adakala dilimpahi keuntungan dan adakala dirundung nasib yang tidak baik bagi menampung ahli keluarganya melalui hasil perniagaannya itu,dan yang paling mulia kekuatan akidahnya yang memungkin beliau melaburkan keuntungannya itu pada jalan Allah demi melihat Islam menjadi suatu cara hidup yang rasional dan relevan untuk dilaksanakan.Pada suatu hari,abang Abdullah menderita jatuh sakit yang teramat sangat.Beliau cuba memaksa dirinya untuk meneruskan tugasan membawa dagangan dari satu tempat ke tempat yang lain.
“Bagaimanakah keadaan anak kita wahai Ummu Sulaim?“Tanya Abu Talhah kepada isterinya ketika mana sampai di pintu rumah setelah pulang dari berdagang.
Tiba-tiba Abu Talhah merasakan isi rumahnya menjadi sepi sahaja,dan terdetik di dalam hatinya kepelikan suasana pada hari tersebut tanpa timbul rasa sangkaan yang tidak baik.Walaupun isterinya tercinta menyambut beliau dengan kuntuman senyuman untuk menghiburkan hati dan perasaannya yang sudah kepenatan tersisa dari mengurus perniagaan sepanjang hari.Namun,seolah-olah senyuman yang menyambutnya itu dilakukan dengan cara terpaksa menguyur bujur kaku pada raut wajah.Manakala sang anak-anak pula mengambil sikap untuk membisu seribu bicara,seperti di sana wujud sesuatu yang disembunyikan.
Isteri Abu Talhah,sejujurnya mempunyai perwatakan seorang isteri dan ibu yang bisa menyelami perasaan anak-anak dan suaminya maka tidak hairanlah anak-anaknya amat patuh dan taat pada setiap susunan percakapan beliau yang mengandungi unsur nasihat dan mendidik jiwa.Beliau sangat pintar dalam mencorak jawapan pada setiap masalah atau persoalan yang timbul secara profesional tanpa menyinggung perasaan dan hati mana-mana pihak malah bijak meletakkan suasana dalam keadaan aman dan tenang.Beliau telah berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak membuka mulut walaupun ditanya bertalu arus dan menyerahkan segalanya pada kebijaksanaan akal fikirannya untuk menjernihkan suasana itu.Tatkala debu padang pasir masih bertebangan manja dari pakaian dek sesekali ditiup angin membelai lembut menempa,isterinya menjawab dengan tenang sambil bibir mengukir senyuman manis dalam paksaan.
“Keadaan semakin baik dibandingkan sebelum abang tinggalkannya“Jawab Ummu Sulaim sambil tangannya yang halus mengusap keringat yang meleleh membasahi pipi dan leher suaminya tercinta.
Sebuah Firasat
Makan malam terus dihidangkan tanpa bercakap panjang,lalu diajak suaminya menjamu selera bersama.Beliau berusaha menjaga dan mentadbir raut wajahnya seperti hari-hari sebelum ini.Kepulangan suaminya disambut dengan hidangan santapan yang paling lazat yang pernah dihidangkan sebagai suatu strategi untuk mengalih pandangan akal fikiran suaminya melayari indah malam tersebut tanpa gambaran sesuatu yang mampu mengundahkan hati kekasih yang dicintainya itu.Malah beliau berusaha menampilkan peragaan yang cukup cantik dan indah untuk melahirkan rasa cinta kepada suaminya seperti semasa di awal perkahwinan dahulu sehingga suaminya terpaksa tunduk mengalah seketika.Malam hampir ke kemuncaknya,selepas sahaja selesai menyatap hidangan dengan rasa syukur mereka terus membasuh tangan dan bersedia untuk beradu di kamar yang dihiasi cantik.Betapa istimewa layanan yang dipersembahkan Ummu Sulaim kepada suaminya pada malam tersebut sehingga tertumpahlah seluruh muatan kasih dan kerinduan Abu Talhah terhadap isterinya serta melenyapkan sama sekali rasa kepenatan dan keraguan yang menghantui sejak ketibaannya di rumah dalam hanyutan asmara dana menyusur indah di atas ranjang.Bila sahaja keadaan kembali sempurna,barulah tirai drama yang sebenarnya disinsing tinggi,maka berkatalah si isteri kepadanya.
“Bagaimanakah pandangan abang,jika seseorang meminjamkan sesuatu barang kepada tetangganya.Tiba-tiba barang tersebut diminta kembali oleh tuannya.Bolehkah tetangganya yang meminjam itu menolak permintaaanya?“Sambil menguntumkan senyuman seperti sang bidadari syurga.
Sudah tentu tidak“Jawab Abu Talhah dengan yakin ditambah rasa kehairanan yang terpampar pada kekerutann wajahnya.Dalam keadaan sedemikian,isterinya cepat-cepat menyelah dengan cermat.
“Relakah dirimu seandainya anakmu dijemput oleh Allah Taala untuk mengadap-Nya,wahai kekandaku“Dengan mata berkaca-berkaca Ummu Sulaim seolah-seolah turut merasai kehilangan anaknya itu yang selama ini menjadi penyeri di dalam keluarga.
Maka terjawablah semua persoalan yang bermain kalut dalam fikirannya.Jelas,anaknya telah kembali ke rahmatullah.Namun begitu tidak tertahan lagi gelojak api amarahnya kepada isterinya sambil linangan air mata kasih bercucuran membasahi pipinya mengenang dalam lamunan pemergian seorang anak kembali ke pangkuan Sang Pencipta.
“Mengapa engkau sembunyikan khabar duka ini dari pengetahuanku sehingga aku terlanjur bermesra denganmu seperti ini dan baru sekarang kamu memberitahu hal yang sebenarnya“Kata Abu Talhah setelah berjaya menahan amarahnya itu dari bertindak liar di luar lingkungan sifat perikemanusian dan itulah yang diajar oleh baginda saw tika berhadapan dengan situasi seumpama ini.
Bingkisan Doa Memancu Keyakinan
Maka keesokan harinya sebaik sahaja menunaikan solat fardhu subuh,beliau bergegas bertemu Rasulullah saw untuk mengadu perihal yang berlaku semalam.Mendengar akan kesabaran dan kebijaksanaan yang diperlihatkan oleh isteri Abu Talhah itu,Rasulullah telah menuturkan bait kata-kata yang berkat dan mengandungi doa.
“Semoga Allah memberkati kamu berdua malam tadi“
Ternyata sungguh menakjubkan doa Nabi itu.Tidak lama sesudah Ummu Sulaim bermesraan dengan suaminya pada malam itu,dia bisa mengandung lagi.Tatkala genap usia kandungannya,ketika itu beliau bersama-sama suaminya dan baginda saw serta para sahabat yang lain menyahut seruan daripada Allah Taala untuk berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah.Dalam perjalanan yang penuh barakah itu,tiba-tiba Ummu Sulaim mula merasakan tanda-tanda akan bersalin sehingga terpaksa ditinggalkan bersama suaminya seketika sedangkan mereka yang lain meneruskan perjalanan menuju ke Madinatul Munawwarah.
“Ya Allah,Tuhanku“Mengadu Abu Talhah dengan penuh pengharapan seolah-olah beliau jua turut merasai penderitaan dan keperitan isterinya menahan rasa sakit teramat sangat.Tambahnya lagi;
“Engkau tahu betapa senangnya hatiku jika aku dapat bersama baginda s.a.w merasai nikmat berhijrah sepersis seruan-Mu yang sangat Agung supaya melaksanakan suruhan tersebut sedangkan sekarang aku tertahan di sini sebagaimana Engkau ketahui“Rintih Abu Talhah.
“Kekanda..!“Panggil isterinya.
“Sesungguhnya rasa sakit perutku ini telah pun hilang.Marilah kita lanjutkan perjalanan dan mengejar kelompok utama di hadapan“Ujar isterinya tanpa wujud kesan menahan penangan rasa sakit sebentar tadi.
Sujud Syukur Mendahului Kasih
Sebaik mereka berjaya menjejakkan kaki di Kota Madinah,hanya beberapa saat sahaja Ummu Sulaim merasa kembali kejerihan sakit tadi dipikulnya semula dan beberapa ketika selepas itu beliau berjaya melahirkan seorang bayi lelaki.Maka bersuka rialah Abu Talhah dalam sujud penuh kesyukuran kepada Ilahi kerana secara tidak langsung ianya bisa menghilangkan duka hatinya semenjak kehilangan anaknya dahulu.Namun,kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Maka berkata Ummu Sulaim kepada seorang anaknya yang lain dalam kegembiraan,iaitu Anas.
“Adikmu ini kurnian daripada-Nya.Maka jangan disusukan oleh sesiapa pun sebelum engkau membawanya mengadap baginda s.a.w“Kata Ummu Sulaim dalam alunan zikir yang tidak putus-putus.
Berpagi-pagian si Anas membawa adiknya yang baru tujuh hari kelahirannya bertemu Rasulullah saw dengan membawa beberapa biji kurma.Rasulullah s.a.w berkenan menerima kunjungan yang mulia ini,lalu diambil oleh Rasulullah saw biji kurma tersebut maka dikunyahnya sebelum disuapkan ke dalam mulut bayi itu.Kemudian baginda s.a.w memperkenan untuk menamakan bayi tersebut dengan nama Abdullah.Nama insan yang pernah wujud dalam keluarga Abu Talhah.
Sekarang Abdullah sudah menjadi bapa kepada sembilan orang anak yang berjaya meninta lantunan ayat-ayat suci el Quran di dada berkat limpahan doa Rasulullah s.a.w kepadanya yang menjalar jauh menusuk setiap urat nadi anak-anaknya dan mereka adalah cucu kepada Abu Talhah dan Ummu Sulaim.Semoga Allah merahmati mereka sekalian.
Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah. Bekas pelajar SMU (A) Maahad Muhammadi lil-Banin (MML). Menuntut di Fakulti Syariah dan Perundangan di Universiti al-Azhar, Kaherah. Sebarang undangan (penceramah, panelis forum, dan pembentang seminar), bolehlah hubungi beliau melalui:
: Alamat e-mail atau ID: putra_sufie[at]yahoo[dot]com. : Nombor telefon: +20117894979
Bangkit semua umat Islam. Mereka saudara kita. Jangan biarkan bumi mereka terus di-'perkosa' tanpa had. Hulurkan bantuan kemanusian, jangan berhenti berdoa.
Khaibar-khaibar ya yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!!
Nama Buku; Menjadi Hamba Allah Penulis: Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah Nama Pena: Rezza Khanafiah Genre: Motivasi Ketuhanan Jumlah Bab: 26 Halaman: 192 (tidak termasuk kulit buku) Warna Umum Kulit Buku: Hijau Laut Terbitan: Must Read SDN BHD Harga Pasaran: RM19.90 (Semenanjung) & RM22.90 (Sabah dan Sarawak)
BUKU BERTEDUH DI KEBUN CINTA VERSI MALAYSIA [Maklumat & Pengisian]-Klik Pada Gambar
MELAKAR PELANGI CINTA
"Perkara yang merisaukan seorang perempuan dara yang solehah dan mungkin seorang lelaki teruna yang soleh, apabila menghadiri kursus perkahwinan pasti ada bahagian SEKS yang dilucahkan. Biasanya terjadi kepada golongan yang sudah terbiasa menggunakan kata nama SEKS dalam setiap ucapan, senda gurau, dan maki-hamun. Lebih parah apabila akhbar tempatan turut sama melucahkan SEKS. SEKS sudah menjadi ADAT, bukan lagi suatu IBADAT..."
MPC & BDKC
Nama buku: Melakar Pelangi Cinta (MPC) Penulis: Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah @ Rezza Khanafiah Genre: Motivasi Dakwah (Sinergi Iman) Jumlah bab/artikel: 24 Halaman: 260 Saiz: 14cm x 21cm Terbitan: Janub Saina' Harga: LE27 Terbit: Julai 2010 (telah terbit)
Tempahan boleh dibuat bersama buku Berteduh Di Kebun Cinta; e-mailkan kepada Ustaz Muhammad Zulkifli Ibn Abdul Ghani: shabab9119[at]yahoo[dot]com atau boleh hubungi (sms) ke talian: +20110480695.
Nama buku: Berteduh Di Kebun Cinta Penulis: Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah @ Rezza Khanafiah Genre: Motivasi Cinta, Kekeluargaan, dan Dakwah Jumlah bab/artikel: 37 Halaman: 232 Saiz: 13.5cm x 20cm Terbitan: Janub Saina' Harga: LE25 Terbit: April 2010
Dapatkan Segera!!!
BERTEDUH DI KEBUN CINTA
"Kalau bukan kerana limpahan naluri KASIH SAYANG Allah Taala semai di setiap hati ibu bapa, mungkin tiada ibu mahupun bapa yang sudi menjaga, menyusu, membesar dan mendidik anak-anak mereka. Maka cukuplah sekadar melahirkan dan akhirnya ke tong sampah, ke tangga masjid, ke kaki lima bangunan... seperti dilema yang dihadapi oleh IBU MUDA yang menjadi bidan tidak bertauliah hiba menimang cahaya mata tanpa suami 'sah' di sisi agama..."
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Laman Page Dan FB Saya
-
Salam kepada semua pembaca.
Setelah sekian lama tidak menjenguk sesawang ini, suka untuk saya maklumkan
tentang Facebook yang menjadi medan saya sekarang ...
IKHLAS
-
Orang yang IKHLAS, akan tenang dan senang dalam melaksanakan sesuatu
perkara, kerana dia mempunyai hanya ada satu ‘hati’ untuk dijaga dan diberi
perhatian...
Entry baru, masih belum terlambat
-
bismillahirrahmanirrahim alhamdulilllah. syukur saya masih ingat password
blog guruohguru ini. ini merupakan permulaan. saya mahu mulakan sesuatu
yang baru...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan pun...
Novel Terakhir...
-
*"Novel terbaru yang baru siap setebal 299 muka bertajuk ‘MANDALA DUNIA KE
DUA’ mujur menjadi peneman. Untuk edit kali ke 8 dan terakhir dapat juga
dil...
0 komentar:
Catat Ulasan