PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Disember 1

Seusai Bicara


Pendahuluan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Segala pujian dipanjatkan kepada Dzat tuhan sekalian alam.Selawat dan Salam ke atas Nabi Junjungan Mulia Muhammad saw serta para ahli keluarga baginda saw dan para sahabat yang diredhai oleh Allah Taala semuanya.Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu,hamba dan rasul-Nya.

Allah Taala berfirman;
Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat ke atas Nabi(Muhammad).Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dengan sebenar-benar selawat dan salam
el Ahzab(33:56)

Utaian pujian terlebih dahulu dihamburkan kepada Dzat Yang Maha Esa yang menguasai tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta salam dan selawat kepada abid yang sempurna dari segala sifat terkutuk dan tekeji,baginda Muhammad saw yang membawa risalah tauhid cukup agung sebagai pendokong dan pembawa risalah para rasul yang tedahulu.Ucapan syukur meniti dibibir dalam basahan yang menguyu kerana limpahan rahmat dan nikmat yang menggunung tinggi sepersis sifat-Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi yang mengandungi pengkhabaran tersurat mahupun tersirat untuk mendengar hamba-hamba-Nya melafazkan bait ucapan syukur di atas kurnian-Nya ini.Namun,kadang-kadang makhluk yang bernama manusia ini sering alpa dengan pelayaran yang tidak beradar dan berkompas sehingga mereka sering menyisih dari tujuan asal pengembaraan mereka di lautan yang bergelora ini.Ucapan terima kasih juga dibuntuhkan kepada Allah Taala kerana tidak pernah sirna mengurniakan dua nikmat tertinggi iaitu nikmat Iman dan Islam.Iman diumpamakan sebagai nadi dalam roh abid seseorang muslim,dan ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan terhadap perkara-perkara ghabiat yang telah dijelaskan di dalam el-Quran dan as-Sunnah Nabawiah seperti kewujudan Dzat Yang Maha Perkasa yang mentadbir alam semesta.Seseorang muslim belum tentu diterima amalannya seandai tidak disertakan dengan Iman.Kerana jelas tika seseorang itu begelar muslim lagi beriman,beliau akan melaksanakan segala tuntutan syara’ untuk dihadiahkan kepada Sang Pencipta.Iman merupakan syarat untuk disahkan setiap amalan diterima disisi Allah Taala atau sebaliknya.

Allah Taala berfirman;
Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepadamu (Muhammad),dan kepada nabi-nabi sebelummu:”Jika kamu mempersekutukan (Allah),nescayalah akan terhapuslah amalanmu dan sudah tentu kamu akan tergolong dikalangan orang-orang yang rugi“.
el Zumar(39:65)

Islam dan Hala tuju


Islam merupakan agama yang syumul yang menjana manusia amnya dan individu muslim khususnya ke arah kehidupan yang bersistem dan teratur dalam kerangka untuk mencapai konsep ubudiah dan tauhidiah yang di bawa oleh para Rasul yang mana ianya telah di ajar oleh Allah Taala melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s untuk diperjelaskan kepada manusia dari zaman ke zaman sejak daripada insan yang pertama Nabi Adam a.s sehinggalah nabi di akhir zaman Nabi Muhammad saw.Syumul berasal dari perkataan bahasa arab yang bermaksud yang menyeluruh atau mencakupi segala aspek kehidupan individu,keluarga,masyarakat mahupun negara dalam menjadikan Islam itu sebagai suatu wadah dan Islam itu sebagai suatu pegangan akidah.

Allah Taala berfirman;
Pada hari ini Aku telah sempurnakan agamamu untuk kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku redha Islam itu agama kamu
el Maidah (5:3)

Berhubung dengan ayat ini,Imam Ibn Kathir dalam tafsir beliau iaitu Tafsir Quran el Azim menjelaskan;

Ini merupakan nikmat paling agung yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada ummat ini.Apabila Allah Taala menyempurnakan agama ini,ummat Islam tidak memerlukan agama lain selain Islam dan mereka juga tidak memerlukan nabi lain selepas kedatangan Nabi Muhammad saw.”

as Syahid el Iman Hassan el Banna telah berkata;

Islam itu adalah suatu risalah yang jangkauan panjangnya meliputi semua abad,jangkauan bujurnya meliputi semua bangsa,manakala jangkauan dalamnya pula meliputi sekalian urusan dunia dan sekalian urusan akhirat
(Kitab ar Risalah)

Maka apa yang dijelaskan oleh el imam itu adalah suatu konsep yang cukup mudah untuk difahami oleh kita sebagai seorang muslim tentang pengertian Islam itu sendiri,yang melengkapi segenap dan segala aspek kehidupan manusia sejagat.Lihat sahajalah,Islam merupakan agama yang sangat cantik dan indah dan tidak ada apa jua perkara yang mana Islam tidak relevan untuk diamalkan dan ditegakkan.Semakin Islam dicaci dan ditindas,Islam semakin diminati,Islam semakin terselah,dan Islam semakin dicumburi.Oleh sebab itu,Islam sudah lengkap,komprohensif dan sempurna yang tidak berhajat kepada perkara lain dan tidak memerlukan serta menerima sebarang bentuk idealogi dan falsafah hidup yang lain.Maka jelaslah,Islam yang syumul ini ialah Islam yang boleh menyampaikan kepada kita apa sahaja yang kita perlukan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta.Apa sahaja persoalan yang timbul dan yang menghantui fikiran serta keterbatasan dalam bergerak,maka jawapan dan perjelasannya sudah tersedia ada di dalam sumber-sumber yang diterima pakai oleh syara’.

Allah Taala berfirman;
Janganlah kamu campuradukkan yang hak dan yang batil dan jangan kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahui
el Baqarah (1:42)

Berhubung dengan ayat ini,Ibn Qatadah menegaskan;

Janganlah kamu campuradukkan ajaran Islam dengan ajaran Yahudi dan Nasrani sedangkan kamu mengetahui agama yang di terima oleh Allah Taala adalah agama Islam
(Kitab el asas fil Tafsir)

Sumber ajaran Islam


Ajaran Islam yang sempurna ini memerlukan sumber yang autentik lagi jelas sebagai suatu pegangan dan panduan hidup.Para ulama’ el mutaqadimin semenjak zaman sahabat,para tabi’en dan tabi’ tabi’en telah bersetuju tanpa wujud perbedaan pendapat tentang dua sumber utama Syariat Islamiah iaitu el Quran dan as Sunnah an Nabawiah.

Nabi pernah bersabda;
Aku tinggalkan kamu dua perkara,jika kamu berpegang teguh pada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya Iaitu Kitabullah(el Quran) dan Sunnahku
Hadith riwayat el Hakim dan Ibn Abdul Barr yang diterbitkan oleh el Baihaqi daripada Abu Hurairah.

Kedua-dua sumber ini mencernakan peta Islam secara tersirat yang dipenuhi pelbagai jalan yang saling memerlukan dan lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain.Jalan-jalan inilah yang penulis maksudkan sebelum ini sebagai syariat atau undang-undang Islam.Jalan-jalan tersebut tiada pilihan dan ianya wajib dilalui oleh setiap individu tanpa pengecualian kerana di sana tiada wujud suatu kebimbangan yang mungkin merencatkan perancangan hidup manusia walaupun tamadun sering berubah dan bertukar corak.Dan Islam itu merupakan agama yang mudah yang mana ianya tidak membebankan manusia dengan apa yang mereka tidak terdaya memikulnya.

Apabila syariat ini dipatuhi,ummat Islam akan mencapai hasanah dan kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat kelak.Kerana orang-orang yang diberi nur hidayah adalah dikalangan mereka yang terpilih ,maka amat rugilah kita yang berstatus Muslim yang diwarisi dari turun temurun daripada datuk nenek moyang kita seandainya tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam el Quran dan yang di bawa oleh baginda Nabi Muhammad saw

melalui Sunnahnya.Tetapi ianya cukup malang dan mendukacita seandainya golongan yang mengaku dirinya sebagai Hamba Allah menentang agama Allah secara teranag-terangan mahupun secara tersembunyi dan mereka inilah yang dianggap sebagai golongan munafiq yang mana akan ditimpakan azab yang amat dahsyat dan pedih berbanding mereka yang tersedia berada di lembah kekufuran tanpa ada jalan hidayah dari awal lagi.Dan tidak mustahil golongan ini hanya akan memahatkan nama mereka di nota kaki pengenalan diri sahaja sebagai penganut agama yang syumul ini tanpa wujud suatu keprihatinan untuk melaksanakan tuntutan yang telah direkodkan di dalam el Quran dan Sunnah Rasul s.aw dan dua lagi sumber yang diperakui iaitu ijma’ ulama’ dan qias.

Allah Taala berfirman;
Jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku(Allah),barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku maka dia tidak akan sesat dan tidakakan celaka.Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunnya pada hari Qiamat dalam keadaan buta
Thoha (20:123-124)

Akidah berasal dari perkataan arab iaitu ‘aqdun yang membawa maksud suatu keterikatan di antara hamba dengan Allah Taala.

Sejarah dan peradaban


Cuba kita renung kembali sejarah perjalanan dakwah Nabi Muhammad saw setelah mana Nabi dilantik menjadi Rasul yang terakhir sebagai pembawa dan pendokong kepada risalah nabi-nabi yang terdahulu semenjak Nabi Adam a.s,maka Nabi Muhammad merupakan pembawa risalah yang cukup hebat sehingga tergolong di antara lima orang rasul yang menerima gelaran Ulul Azmi dan Nabi memberi jaminan keselamatan abadi dan inilah yang berlaku di saat Nabi Muhammad s.a.w memulakan dakwah baginda dan di saat baginda bangkit di kota Makkatul Mukarramah,antara lafaz yang paling awal yang disebut dan digarap oleh baginda saw dalam kerangka membina serta menyelamatkan masyarakat,membawa hala tuju yang betul dan benar berasaskan kepada nilai-nilai agama.Maka Nabi telah melafazkan ungkapan yang cukup penting yang bisa menderaikan hati-hati yang lama dahagakan petunjuk daripada Sang Pencipta untuk merenung sejenak kejadian asal usul mereka.

Nabi bersabda;
Sembahlah kamu akan Allah Taala dan janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu dan tinggalkan segala sistem selain yang ditaja oleh Islam
Hadith soheh.

Inilah kekuatan yang paling hebat,kekuatan yang dijana oleh baginda Nabi saw dalam kerangka membina akidah yang mantap,membina hubungan yang erat antara manusia dan Allah Taala kerana kekuatan akidah merupakan kekuatan yang menjamin segala kebahagian duniawi mahupun ukhrawi.Peradaban dan tamadun tanpa akidah adalah binasa,akhlak manusia tanpa akidah adalah kecundang,ekonomi manusia tanpa akidah adalah gawat dan segala apa bentuk yang dimiliki jika tidak disandarkan pada akidah bakal menempa kebinasaan.Inilah yang telah berlaku sepanjang zaman,sejarah telah membuktikan bahawa ajaran yang dibawa oleh para Rasul yang dipilih oleh Allah Taala adalah sebenar-benar ajaran dan bukannya rekaan semata-mata.

Kita lihat orang-orang Bani Israel,mereka mempunyai kekuatan,kebendaan yang canggih,kemodenan yang hebat tetapi apabila aqidah mereka runtuh,Allah Taala telah binasakan mereka dalam suatu saat.Sebab itu persoalan membina akidah adalah persoalan yang cukup penting dan mesti diberi keutamaan oleh pihak yang berwajib agar keharmonian dapat dibina setelah mana tapaknya telah berjaya dibuntuhkan.Tengok sahajalah tanggunjawab yang dipikul oleh Nabi saw adalah amat berat kerana perlu membawa masyarakat Jahiliah pada masa itu supaya mentauhidkan diri kepada Allah Taala,dan mengeluarkan mereka dari kegelapan Jahiliah kepada cahaya Islam.Namun akhirnya,dengan kekuatan aqidah,Nabi Muhammad saw berjaya memikul amanah tersebut dengan baik dan jayanya.

Justeru itu,perjuangan membela akidah seumpama perjuangan merentasai dan menongkah lautan yang luas,perjuangan menegakkan akidah seperti perjuangan merentasi siang dan malam,dan perjuangan mempertahankan akidah merupakan jihad yang paling penting supaya dapat mengajak manusia agar berperwatakan dengan sebenar-benarnya,yang bertepatan dengan fitrah manusia itu sendiri yang cintakan kedamaian,keharmonian dan kebahagian hakiki.

Harapan


Melihat dengan mata berkaca-kaca keresahan yang terpampar pada sekumpulan camar yang bertebangan pulang ketika senja bersedia melabuhkan tirainya.Sang anak-anak pula,mula berlari-lari kecil mencari pelukan erat ibu dalam kuyupan membasah dek deraian hujan tidak putus-putus.Penulis sedar,walaupun terpaksa menanggung risiko yang bakal muncul dalam dunia penulisan tetapi berbekalkan semangat dan dorongan daripada teman-teman seperjuangan,penulis akan cuba menggarap karya-karya yang segar dan beritipati,yang pasti bisa dikongsikan bersama para pembaca demi melihat Islam dihormati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.Terkadang tinta yang sering menemani di kala buntu mencari rentak dalam rencah perjalanan sebagai seorang yang berdiri segak di bawah panji-panji Islam,terkulai dan hanyut dalam arus lamunan yang tidak bererti kerana hati sering mencari alasan untuk memusnahkan sisa-sisa yang ditinggalkan para mujahid Islam di bumi gersang sehingga mereka berjaya melakar potrait yang indah sebagai monumen-monumen sejarah silam untuk tatapan generasi yang cintakan perjuangan sebenar.Namun harapan penulis,agar rakan-rakan bisa memberi sumbangan idea dan pandangan yang bernas lagi membina kerana secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mutu penulisan dari masa ke semasa.

Ameen,
Wallahu 'alam bis sowab.


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal