PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Mei 10

Kini Usia-ku 23.. Amal-ku?

Posing untuk kulit buku akan datang; Melakar Pelangi Cinta





MATA yang membirai makin asyik melihat gelagat anak-anak kecil berkejaran sesama mereka ketika air hujan masih gagah mencurah membasahi dada bumi. Saya sedikit muram merenung takdir dan masa depan sambil tangan menongkat dagu di jendela kayu yang masih utuh. Sesekali saya terdengar suara-suara katak riuh rendah di sana sini bagaikan berpesta meraikan suatu kemenangan besar.

Saya yakin setiap apa yang tertimpa merupakan suratan yang tertulis padanya hikmah yang tersirat, maka Dia berhak menguji saya sebagai seorang hamba. Makan saya adalah ujian, tidur saya adalah ujian, tutur kata saya ialah ujian... inilah antara ujian sering kita lupa, ujian ketika kesenangan.

“Abang termenung apa tu?” ibu menyapa dari belakang.

“Orang muda, kalau termenung pasti yang indah-indah sahaja. Tidakkah begitu?” tambah ibu, sambil tangan menuangkan teh panas. Petang ini kami tiga beranak berkumpul di tangga rumah.

“Entah... (?) betul kot” saya duduk bersila mengadap ibu berbaju kurung, serba hijau. Baju ibu sedikit basah, mungkin tertimpa hujan ketika pulang dari kenduri kahwin jiran tetangga sekejap tadi. Saya acuh tak acuh melihat di sisi ibu ada satu plastik hitam, disorok di belakang. Saya tidak peduli langsung apa perlakuan ibu seterusnya kerana masih asyik menikmati teh panas dan pisang goreng.

“ibu ada sesuatu nak hadiahkan kepada abang, anak ibu tersayang. Abang kena tutup mata” ibu bersuara lagi. Kali ini ibu betul-betul berada di sebelah saya, tangan saya ditarik dan berada dipelukan ibu.

“Buka mata” arah ibu kepada saya yang masih dipelukannya.

“Bekas pensel... cantiknya” saya teruja membuka plastik hitam itu tadi.

“Abang dah lupa, hari ni ulangtahun kelahiran abang? Itulah termenung lagi, tarikh lahir sendiri pun dah lupa. Ini juga hadiah ibu di atas kejayaan abang pada peperiksaan pertengahan tahun minggu lepas. Abang dah menginjak usia 11 tahun” ibu meredakan sedikit keanehan mimik muka saya yang sedikit terkejut, tak pernah ibu begitu meraikan kami adik-beradik pada tarikh keramat yang ditunggu oleh kebanyakan manusia.

“Terima kasih ibu... abang suka, cantik. Pandai ibu memilih” saya mengucup kasih pipi ibu. Angah pula perhati penuh suka, seolah-olah turut sama menumpang kegembiraan.

“Untuk angah, ibu ada juga hadiah tapi bila tiba masanya. Ibu juga mahu lihat kejayaan angah seperti abang” ibu cuba mengimbangi perasaan angah, mungkin ada sedikit rasa cemburu. Tapi angah dah biasa macam ni, dia pun tahu keadaan kami. Inilah tarbiyyah ibu dan abah kuat membumi di sanubari kami. Syukur dengan apa yang ada.

Saya teramat faham, ibu dan abah akan berusaha memberi penghidupan terbaik kepada kami hasil usaha gigih yang tidak kenal erti penat lelah. Musuh utama ini akan membunuh secara tiba-tiba apabila tiada perhatian khusus di celah-celah serba kekurangan ini. Keutuhan sifat ini adalah hasil didikan arwah atuk, arwah atuk terlebih dahulu mengecapi kekurangan ini. Di setiap episod akan diajar, diberi pengajaran berguna baik secara langsung atau sebaliknya.

Membangkitkan hati agar kembali kepada-Nya, cara hidup yang dicanang oleh baginda sebagai suri tauladan bukanlah perkara mudah. Menyembuhkan luka tentu membutuhkan proses yang panjang, juga memerlukan usaha yang tidak putus-putus di samping terus berdoa. Maka Allah Taala memerintahkan kepada kita untuk jangan pernah berputus asa dari rahmat-Nya. Menjaga sekeping hati lebih sukar dari menjaga sebuah kereta Mercedes. Perlu penjagaan rapi dan tiada bertepi.

Pilihan berada di tangan kalian. Baik buruk perjalanan kaki melangkah, dan tangan mencapai bergantung kepada pilihan kita tadi, sudah pasti hati akan memainkan peranan utama.

Cabaran bukan hanya sahaja lahir dalam bentuk memilih style atau fesyen pakaian terkini, mencari febrik yang sesuai dengan persekitaran rumah anda, memilih destinasi percutian kelas lima bintang, dan sebagainya. Ianya adalah salah satu atau dua bentuk sampingan sahaja, yang mana tidak memerlukan kasual kehadiran ramai orang untuk turut serta membantu menyelesaikannya, memadai mereka yang pernah pertama kali merasai penangan dan keasyikannya, sebab mudah sangat kita pelajari.


Detik manis selepas kejayaan melahirkan buku terbaru; Berteduh Di Kebun Cinta


Dunia moden yang kita kecapi sekarang ini tidak terjadi seketika, tapi melalui satu proses seleksi alam yang memakan masa berjuta-juta tahun. Menjadi kuat, saat ini tidak lagi dianalogikan dengan otot dan sasa badan seseorang semata-mata. Pencapaiannya sudah berubah, iaitu melalui penguasaan teknologi multimedia, media massa, dan hal-hal lain yang boleh merubah pasca pemikiran seseorang... iaitu penguasaan ilmu intelektual.

Saya masih merasakan ada kekurangan jika hanya pergantungan hanya pada cerdik sahaja, kerana kekuatan juga perlu. Ya... perlu diseimbangkan. Maka gabungan antara dua aspek ini, iaitu cerdik dan kuat juga penting bagi membentuk kemantapan dalam diri seseorang. Inilah corak dan cara saya cerapkan dalam proses pembelajaran erti hidup, dan sentiasa bersyukur dengan kurnian akal untuk menterbalikan dalam diari kehidupan saya.

Saya akan sentiasa ulangkaji pengajaran yang telah saya tuai hasil daripada tangan ibu dan abah. Walaupun berjauhan, saya tidak jemu bertanya ini dan itu kepada ibu dan abah. Saya sedar umur mereka makin hari makin bertambah dan hayatnya makin berkurangan. Oleh itu, saya tidak mahu air mata menemani mereka kerana penyesalan tidak sudah-sudah.

Kini usia saya sudah genap 23 tahun pada tarikh keramat, 10hb Mei. Selama 23 tahun juga saya diajak untuk membedah warna-warni isi perut dunia, ramai yang tersungkur sebelum sempat berjuang kerana tangan tidak lagi berfungsi baik hasil daripada petunjuk hati, kerana hati makin hari makin gelap gelita. Hanya nur hidayah Ilahi sahaja bisa menyuluh kegelapan tadi bertamu di jalan al-Haq.

Saya terfikir; “apakah cukup aku meraikan kehadiran tarikh keramat ini?”

Saya rasa bukan sekadar untuk meraikan dah berapa tahun saya hidup, tetapi lebih daripada itu. Sebenarnya saya juga perlu ‘meraikan’ baki umur yang masih tersisa di dunia ini. Di hari ini antara hari yang terbaik untuk saya bermuhasabah dan fikir kembali, apakah yang telah saya lakukan untuk diri sendiri khususnya kepada agama... amnya sepanjang saya lalui setahun yang lepas. Adakah sudah ada perancangan untuk menguruskan baki umur yang tinggal (yang tidak diketahui sebenarnya) sebelum kita meninggalkan dunia yang fana ini.

Semoga sisa umur kita menjadi syahadah terbaik dalam perjuangan menegakkan agama suci ini. Bertambahnya usia bererti mengurangi sisa hayat di dunia sebelum dipanggil oleh-Nya bertamu di antara dua jalan yang diperhitungkan, sama ada jalan ke Jannah atau ke Jahim seperti pesan ayat suci al-kareem di dalam surah ad-Dukhan; 4-5.

Pilihlah jalan kalian diperjudian usia yang masih dibekalkan...


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal