PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Mac 6

Hilang Cinta Ilahi

PERJALANAN saya pulang ke rumah dari Masjid al-Azhar menurahi tiupan angin mendinginkan. Pesanan dan bait baris ayat tercempul keluar daripada mulut Sheikh Jamal al-Farouq hafizullah masih terngiang-ngiang di liang gegendang telinga.

Proses melihat posisi hadapan sedikit kabur tatkala pertukaran musim dingin dua hari lepas, ditambah pula saya pulang pada waktu malam. Hujan pula menyentuh manja bumi barakah ini buat beberapa minit.

Biasanya saya akan pulang berjalan kaki, memandangkan jarak antara rumah saya dan pusat pengajian saya 15 minit perjalanan menggunakan kaki secara manual.

Mohon Inayah Rabb, agar selamat sampai meredah kesejukan dan keasingan bumi yang dipijak ini.

Saya sedar tanggungjawab sebagai seorang pelajar, da’ie dan hamba yang tiada pendinding jiwa ini, tidak akan kebal dari berbuat dosa. Iman, akal, dan hati menjadi tonggak pada penyelesain mehnah dan tribulasi di dunia, betul tindakan mendapat bonus ganjaran pahala dan bersedia untuk pertingkatkan dari semasa ke semasa, manakala buruk pula mengundang bahana dan menjauhinya adalah sebaik-baik keputusan yang diambil.

Jadikan pengalaman silam sebagai cermin harga diri untuk berubah dan mengubah. Sejarah sama mungkin sukar untuk diulang, namun ciri-ciri persamaan padanya menjadi keutamaan.

Kadang-kadang manusia begitu kaku dan janggal berhadapan sejarah silam. Cara berfikir tiba-tiba menjadi kaku, pemerhatian menjadi kaku, daya-saing terlebih kaku.

Begitulah hidup di dunia ini, kita merasakan cerita sejarah silam itu sesuatu kisah yang kuno, tapi sebenarnya kalau kita hayati, cermati satu persatu, hidup kita tidak ubah seperti mengulangi ‘skrip’ sejarah yang lama.

Beruntunglah orang yang sentiasa berfikir dan mahu mengambil pengajaran darinya.

Sejarah menjadi dominan bila ada sebuah kajian menyelusurinya. Sebab itu al-Quran memaparkan sejarah di dalamnya untuk kita kaji, dan mendapat ibrah dari peristiwa tersebut. Perwatakan dulu dan kini sama walaupun aktor dan aktres berubah-ubah mengikut zaman.

Sebagai hamba-Nya, Allah Taala sentiasa menguji keikhlasan dan kesabaran kita beribadat kepada-Nya. Payahnya mengejar ikhlas, namun hati yang boleh berbolak-balik ini milik Allah jua, kita sebagai hamba tidak harus putus berdoa dan membaiki kelemahan yang ada.

Dosa boleh mendarah-daging dalam diri andai sentiasa diulangsiar.

Ingatlah, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam.

Hakikatnya tidak ada siapa pun punya kekebalan daripada hasutan syaitan. Malah lebih tinggi iman seseorang, lebih hebat godaan syaitan. Hanya taubat, doa dan zikir selalu sebagai perisai.

Kadang-kadang rasa kecewa mencengkam hati kerana taubat sering dinodai.

Rasa berdosa pada ‘dosa’ itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang, perlahan demi perlahan. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan, tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi.

Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

Ketika saya menginjak usia belasan tahun, saya kurang pasti berapa kali saya mendengar beberapa istilah bahasa -paradigma- yang sering digunapakai oleh seorang tokoh politik berpengaruh ketika itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ketika itu masih lagi menteri penuh dalam kabinet kerajaan... abaikan.

Cuma saya begitu tertarik pada penggunaan istilah tersebut, hingga saya berusaha mencari ertinya dalam bahasa lebih mudah difahami. Rupa-rupanya berasal dari bahasa Inggeris, paradigm yang membawa maksud pola, model, dan contoh.

Akhirnya saya kerap kali memakai istilah tersebut dalam setiap percakapan, penulisan, dan muamalat lain.

Paradigma seharusnya mempunyai anjakan. Beranjak dari sesuatu yang baik kepada lebih baik akan mengubah konatasi kita terhadap cara hidup sebagai hamba, da’ie, dan rakyat kepada sesebuah negara.

Beranjakan dalam ibadah menjadi keutamaan. Ibadah itu pula luas pengertian, bukan hanya tertumpu pada rukun Islam dan iman sahaja, bahkan mengcakupi segala aspek nilai kehidupan. Bermula dari sesenang ibadah membuang air kecil hinggalah pemusatan kita pada perihal jihad, ini semua dianggap ibadah apabila perbuatan dan tindak tanduk kita kena dengan kehendak Islam.

Tugas khalifah teramat berat bebanan di bahu setiap muslim.

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

Allah Taala berfirman, bermaksud: “Tidaklah Aku ciptakan para jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepada-Ku” az-Dzariyat (51:56)

Ibadah hanya dikira di sisi Allah Taala apabila keikhlasan dan landasan syari-‘at dijaga dan dipatuhi. Inilah tugas utama khalifah. Tambahan pula manusia merupakan wakil Allah Taala di muka bumi ini.

Antara manfaat kita perolehi daripada ibadah adalah menjadikan kita peka pada masa dan ilmu. Kebaikan-kebaikan yang menghasilkan pahala dikira ibadah di sisi Allah Taala. Dalam ilmu sains pula, kebaikan-kebaikan ini diperincikan dengan penemuan-penemuan semasa, menjadi harapan utama agar dapat meningkatkan iman dan amal kepada Maha Pencipta.

Islam dan ajaran-ajarannya diturunkan dalam pelbagai pakej untuk dinikmati dan sebetulnya dikejar oleh setiap muslim bagi menjaga kebaikan manusia itu sendiri. Allah tidak turunkan syari-‘at hanya semata-mata ingin mendatangkan kesulitan kepada para penganut agama suci-Nya ini.

Maka raihlah cinta-Nya.

Kerinduan dan kecintaan yang sedia ada di alam roh itu tidak bersambung, bahkan tercemar. Cinta terputus di tengah jalan. Setiap manusia memiliki hanya satu hati, tidak dua, tidak tiga. Bila cinta Allah Taala dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul di dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta di dalam satu jiwa.

Bila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya. Hilang cinta Ilahi dalam diri.

Hati-hati memilih cinta kerana ianya dikira ibadat yang berpanjangan.

Manusia hakikatnya tidak punya apa-apa yang diingini oleh manusia lain. Mereka mungkin mahu memberi, tetapi tidak mampu. Ada pula yang mampu memberi tetapi tidak mahu melakukannya. Mungkin hartawan punya harta, tetapi dia tidak punya sifat pemurah. Mugkin ada si miskin punya hati yang pemurah, tetapi tidak memiliki harta yang dipinta oleh si miskin yang lain.

Tegasnya, manusia tidak sempurna. Hanya Tuhan yang mempunyai segala apa yang diinginkan oleh seluruh manusia.

Buatlah ibadah semampu dan sebaik mungkin. Ianya nilai kita di SANA nanti.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal