PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Februari 16

Belum Berhenti Berharap





Jauh di sudut hati saya dan anda semua, tertanya-tanya bagaimana ilmu itu bisa dimanfaatkan untuk membentuk delegasi besar bersama perkara-perkara lain yang dianggap penting seumpama perkahwinan. Dua hal penting ini, cuba untuk saya berkongsi bersama para pembaca budiman. Berlaku adil pada fitrah (jodoh) dan berlaku adil pada tuntutan syari-‘at (ilmu).

Kita perlu sedar dan bijak membuat perbandingan, kadang-kadang kita lihat ramai sahaja dikalangan golongan berpendidikan salah tanggap dalam membuat penilaian hidup yang sebenar, terutama dalam mengenal identiti serta peranan dua hal ini.

Ustaz tak kan tak tahu, perkahwinan ini kan untuk kekang nafsu

Saya dah tak tahan lagi ustaz, kalau hati dah suka, tiada siapa boleh halang

“Ana rasa tak kahwin pun tak apa, asalkan kita bahagia. Lagipun tak payah susah-susah serabut pasal lampin dan susu anak-anak”

Betul, memang mahu kekang hawa nafsu, mahu elak dari terjebak kancah penzinaan dan sebagainya, tapi bagi saya ianya salah satu cara bukan satu-satunya cara yang ada. Jadikanlah Ilmu sebagai ‘meransang’ dan jodoh sebagai ‘perangsang’.

Macam mana tu?

Pernah kita berfikir sejenak, masa di alam persekolahan dulu. Minggu terakhir persekolahan hujung tahun sebelum cuti panjang, cikgu-cikgu mesti sibuk menyediakan pelbagai bentuk hadiah sebagai penghargaan dari pihak sekolah kepada sesiapa yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun. Saya juga tidak terlepas merasai saat indah seperti ini. Bukan calang-calang orang yang boleh berada di atas pentas atau di hadapan perhimpunan, bukan kerana kena denda sebab buat bising dan sebagainya, tetapi untuk sebuah kenangan yang pasti bagi mereka yang mempunyai akal, sebagai ‘merangsang’ untuk diri saya dan rakan-rakan terus melakar kejayaan.

Tapi, sebenarnya untuk ilmu itu sendiri tidak perlu merangsang, tetapi ilmu yang merangsang untuk bergerak dan seterusnya berjaya. Merangsang dan perangsang, dua kata nama yang berbeza pada istilah penggunaannya walaupun berasal dari kalimah yang sama, iaitu ‘rangsang’. ‘Merangsang’ adalah wadah untuk menggerakkan sesuatu jentera, gerak kerja dan sebagainya, akan tetapi ‘perangsang’ adalah momentum penyebab pada berlakunya sesuatu gerakan. Kalau kita katakan ilmu sebagai ‘perangsang’, maka ramai sahaja kita melihat mereka yang mempunyai ilmu yang berjaya, sebab sesiapa sahaja yang menimba ilmu, ikhlas ataupun tidak, akan mengecapi kejayaan. Maka tidaklah pula akan kita melihat mereka yang gagal dalam setiap lapangan peperiksaan. Tetapi kenapa sebaliknya berlaku? Jadi cara berfikir kita perlu diubah, di samping kita betul-betul ikhlas, kita akan sedar setiap jerih perih kita selama mana menimba ilmu, sebenarnya balasan yang setimpal akan kita rasai dipenghujungnya, iaitu sebuah kejayaan.

Perkahwinan (jodoh) sebagai ‘perangsang’, bagaimana pula tu?

Saya tidak mengatakan, hanya perkahwinan sahaja satu-satunya jalan atau cara bisa menjadi ‘perangsang’ untuk bergerak dan berjaya. Cuma sengaja saya bawakan contoh ini, untuk cetus ‘fikir’ dikalangan rakan-rakan yang beriya-iya sangat untuk kahwin semasa masih bergelar student tetapi pudar semangat belajar selepas itu, atau mereka yang memandang serong berkahwin semasa masih belajar.

Waktu inilah banyaklah khidmat pesanan ringkas (sms), chatting dan panggilan liar mencari mangsa. Tidak kurang juga yang berkira-kira mencari dan mentaqdim bakal pasangan hidup. Ratio-nya sama sahaja antara dua jantina. Mungkin bagi yang sudah berpunya mula mengimpikan sebuah rumahtangga bahagia. Alangkah indahnya bila study ditemani suami di sisi. Seronoknya bila tekanan belajar diredakan oleh isteri tercinta. Angan-angan dan khayalan sebegini sering hadir menggangu kelompok mahasiswa, baik di dalam mahupun di luar negara. Semuanya hadir, ketika serabut menatap buku kuliah yang bertimbun-timbun.

Inilah antara clinical picture kepada dua penyakit yang saya utarakan di atas.

Bagaimana nak uruskan ni? Seorang kat Malaysia, dan seorang lagi kat luar negara

Macam mana pula ustaz kata dapat jadi perangsang tu? Ana bimbang akan menjadi bahana pula

Bukan niat saya untuk membantutkan idealisme para sahabat, para pembaca sekalian. Cuma sekadar nasihat atas pengalaman kebiasaannya yang berlaku, mereka ini akan mengalami sindrom mahu mencintai dan dicintai. Juga virus rasa nak kahwin awal.

Aetiology-nya setakat pemerhatian saya ialah tekanan belajar. Predisposing factor-nya pula ialah suasana hidup di Mesir, bahkan juga di mana-mana sahaja bilamana adanya insan bernama manusia, khusunya di kalangan kelompok mahasiswa. Kebanyakkan penyakit ini akan beransur sembuh apabila peperikasaan tamat, bahkan ada yang mengatakan tidak terfikir langsung bila bersama keluarga di Malaysia, macam-macam karenah la, dan sebagainya.

Apa salahnya jika ada yang sudah berkira-kira untuk ijab dan qabul, agar melihat kondisi anda ketika itu mengikut persepsi yang sihat, buang jauh-jauh rasa tidak yakin anda kerana risikonya tetap ada walaupun seseorang itu yakin dapat mengimpikan sebuah pelayaran yang menarik dan kelainan dari sebelumnya. Percayalah jodoh anda sudah sampai, dan sememangnya anda sudah layak memikul amanah yang dipertanggungjawab bersama pasangan masing-masing.

Jika ingin selamat, hindarilah awal-awal virus yang mungkin merencatkan serta membantutkan perancangan anda, mungkin terapinya ada, tapi belum tentu mujarab secara totalnya. Maka konsep paling mudah ialah mencegah lebih baik dari mengubati, merancang sebelum terancang.

Cuba kita berfikir, dengan mengjangkau masa kehadapan. Setiap daripada kita, golongan berpendidikan harus berwaspada bahawa bumi yang kita pijak bukanlah syurga selama-lamanya aman dan damai. Sedar atau tidak, dunia merupakan hamparan gelanggan hidup yang penuh dengan pergolakan dan percubaan. Justeru itu, persedian dengan suatu bimbingan dan juga ditanam dengan sikap yang tegas perlu di-runion dari masa ke semasa.Jadi ke arah mana perlu kita lorongkan hidup ini, jika mereka tidak punya perancangan yang tetap dalam menilai aspek hidup ini, maka kelak kebinasaan menjadi tetamu.

وَٱلَّذِينَ ڪَفَرُوٓاْ أَعۡمَـٰلُهُمۡ كَسَرَابِۭ بِقِيعَةٍ۬ يَحۡسَبُهُ ٱلظَّمۡـَٔانُ مَآءً حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَهُ ۥ لَمۡ يَجِدۡهُ شَيۡـًٔ۬ا وَوَجَدَ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥ فَوَفَّٮٰهُ حِسَابَهُ ۥ‌ۗ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Orang yang kafir di dalam usaha mereka (mencapai kesenangan dunia) adalah seperti fatamorgana di padang pasir. Dari jauh disangka air, setelah mereka sampai di tempat itu kiranya tidak ada satu apa pun juga. Mereka itu dihisab di sisi Allah dan Allah cepat sekali menghisab an-Nur (24:39)

Masa yang kita tempuh sering membuatkan manusia itu belajar dari kehidupan. Dengan bimbingan agama Islam, seseorang itu dapat memandang hidup ini dengan pandangan yang optimis. Dengan pedoman Islam, seseorang itu akan mendapat kedamaian dan ketenteraman dalam hidup ini.

Waktu yang begitu berharga janganlah digunakan ke jalan yang menyimpang daripada lunas-lunas Islam. Akibatnya seseorang itu akan hidup dalam kerugian yang berpanjangan dan penyesalan yang tiada berkesudahan. Menyesali nasib memang tidak ada gunanya jika sudah terlanjur jauh. Berfikirlah sebelum bertindak.

KATA HATI

“Betul ke ustaz terdapat hadith, yang menyatakan bilamana seseorang itu dilamar oleh seorang pria yang baik lagi soleh, maka seharusnya kita menerima lamarannya? Ana masih keliru, harap ustaz dapat bantu ana”

Saya juga ingin ulangi untuk kesekian kali, mungkin ada yang sudah mengamati artikel saya sebelum ini, namun sebagai peringatan yang membina saya cuba mencoretkannya kembali. Jangan risau, dan khuatir jodoh anda telah pun ditentukan, cuma dengan siapa, cepat atau lambat, baik atau hodoh hanya Allah Taala sahaja yang tahu. Maka kita sebagai hamba yang percaya pada Qadha’ dan Qadar-Nya menerima sahaja ketentuan-Nya dengan seadanya tanpa perlu mengeluh, tapi ingat kena sertakan juga usaha dan ikhtiar anda, baru bertawakkal sepenuhnya.

Jodoh bukannya datang bergolek malah kita perlu berusaha mencari dan berikhtiar. Sekiranya kita sudah menemui pilihan hati, namun yang terbaik perlu kita membuat istikharah bagi memastikan pilihan itu adalah pilihan yang tepat dan membawa keberkatan hingga ke akhir hayat.

Istikharah ialah memohon daripada Allah Taala sesuatu perkara yang baik dengan mendirikan solat sunat Istikharah, dua rakaat. Solat Istikharah merupakan suatu perkara sunat, wajar dilakukan bagi lelaki yang ingin menentukan jodoh dan juga bagi perempuan yang menerima lamaran oleh mana-mana lelaki. Anda lelaki, anda perlu buat pilihan tepat.

Nabi s.a.w ada bersabda, bermaksud: Rahsiakan niatmu hendak meminang. Ambillah air wudhu’ dengan cara yang sebaik-baiknya, kemudian solatlah sebagaimana yang diajarkan Allah Taala kepadamu. Pohonlah puji syukur kepada-Nya dan agungkanlah Dia, lalu ucapkankanlah: “Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui sedang aku tidak dan Engkau Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib. Jika Engkau memandang pada diri si fulanah –(sebutkan nama sebenarnya)– terdapat kebajikan bagiku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah dia bagiku. Jika ada wanita lain yang Engkau pandang lebih baik bagiku, takdirkanlah dia bagiku(al-Hadith)

Ikutlah syariat, hubungan pasti terjaga.

WASIAT BUAT NALURI

Daripada institusi perkahwinan akan terbentuklah masyarakat, bangsa dan negara. Melalui institusi ini generasi muda dibentuk dan dididik untuk mendukung aspirasi-aspirasi yang dikehendaki oleh Islam. Membina sebuah masyarakat yang suci dan bersih dari dinodai dari sebarang anasir kejahatan yang boleh merosakkan masyarakat merupakan hasrat Islam. Justeru itu, Islam mencegah sesuatu kejahatan atau kemungkaran dari bawah lagi, dengan menutup pintu-pintu maksiat. Maka Islam meletakkan prinsip-prinsip yang utuh untuk melindungi kesucian masyarakat ini, dengan memerintahkan supaya menahan pandangan, menetapkan batasan aurat, sistem hijab, batas pergaulan serta adab dan sebagainya. Bahkan di sana disediakan hukuman bagi sesiapa yang melanggari prinsip tersebut.

Di antara wanita dan masyarakat mempunyai pertalian yang kukuh untuk mengerakkan wadah pembangunan dan kesejahteraan manusia sejagat khususnya golongan muda-mudi. Ketandusan akhlak dan tatasusila wanita adalah asas kepada merebaknya maksiat dan keruntuhan akhlak masyarakat.

Nabi s.a.w pernah bersabda, bermaksud: Tiada fitnah yang paling memudharatkan (berbahaya) ke atas kaum lelaki daripada wanita yang ditinggalkan selepas aku(al-Hadith)

Baginda s.a.w memberi isyarat keras akan ancaman yang datang daripada kaum hawa, yang bisa mengundang kemusnahan dan bahaya. Lihat sahaja suasana yang dicetusan di Barat seperti pergaulan bebas, rumah-rumah pelacuran, petunjukan fesyen pakaian yang merasangkan nafsu, filem-filem lucah dan sebagainya. Hingga masyarakat Barat menganggap hubungan seks suka sama suka adalah perkara biasa seperti menghilangkan lapar dan dahaga. Amalan-amalan buruk yang sudah menjadi pakaian mereka itu, tidak lagi dipandang bimbang atau suatu keaiban, bahkan perasan malu di antara mereka telah pudar ditelan material dan mentaliti kolot.

Malahan amalan buas itu telah membawa kepada keadaan yang lebih buruk. Bilamana lahir anak-anak yang tidak diketahui nasab keturunan. Bagi kaum-kaum wanita yang tidak mahu melihat kandungannya hidup hasil perkongsian secara haram, janin pula digugurkan. Bahkan ada yang tergamak membuang bayi yang baru dilahirkan, peragai mereka ini tidak ubah seperti kaum jahiliah sebelum Nabi s.a.w menerima watikah sebagai Rasul, kurang senang melihat anak perempuan baru dilahirkan, ditanam hidup-hidup.

Pelbagai lagi penyakit yang dahsyat telah menular, kes bunuh menjadi perkara wajib sebagai bahan bacaan umum di dada-dada akhbar, anak-anak terbiar, perpecahan rumahtangga, dan sebagainya. Ianya adalah sebahagian dari bertimbung-timbung masalah gejala sosial tidak sihat, disebabkan kerakusan tangan-tangan yang busuk.

Pengaruh nafsu buas dan keruntuhan moral Barat ini merebak bagaikan virus di kalangan masyarakat umat Islam. Ini adalah kerana undang-undang Islam sepenuhnya tidak dilaksanakan, sebaliknya undang-undang jahiliah dijadikan asas pembinaan masyarakat dan negara. Paling menyedihkan pemerintah dan orang Islam itu sendiri memandang sepi, malah menentang pelaksanaan undang-undang Islam.

Prinsip-prinsip Islam dalam pembangunan masyarakat harus dipratikkan. Wanita yang menjadi tunggak pembentukkan keharmonian dan kesucian institusi keluarga, yang mana harus dididik dan dijaga agar ianya tidak menjadi ‘api dalam sekam’ yang akan membinasakan kesucian masyarakat. Wanita perlu diasuh dan ditarbiah dengan akhlak serta saksiah mulia, di samping menanam iman yang subur sedari kecil, dengan harapan mereka (golongan hawa) membesar dalam suasana Islam dan menjadi benteng penyelamat masyarakat dari kerosakan.

Maka jelaslah, wanita dan masyarakat ibarat kilauan mutiara pada mahkota raja, baik atau buruknya akhlak wanita akan menggambarkan kesucian pembangunan modal insan di kalangan masyarakat madani.

Muslimah adalah wanita yang lahir dari sebaik-baik umat, yang memelihara keIslamannya dengan menjaga nilai-nilai ajarannya, mengekalkan sakhsiah muslim dan adat-adat yang bertepatan dengan lunas-lunas Islam.


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal