Kira dari mula, siapa kuat lagi tabah dia berhak menang.
Cuaca tidak juga berubah dari sehari ke sehari, manusia yang hidupnya ditaklifkan masih menanggung keterikan panasnya siang. Membujur keletihan menompang tenaga yang dikeluarkan, bersetia dengan kesanggupan tinggi menghasilkan keutuhan cekal dalam benteng jurnal hamba.
Jarum jam berputar tanpa ada rasa penat, memberitahu pada yang tidak tahu, menyergah mereka yang belum terngandah, memuntahkan sisa hidup manusia yang mengira makin kurang pada hampirnya ajal, bersiaplah mereka sebelum lenyap dan ternyah dari pandangan.
Keterbukaan pada bunyian yang riuh rendah dan hiruk pikuk petang itu menghambat kepulangan mereka dari menggali sebunjut rezeki tadahan anak bini di teratak usang.
Sungguh pilu hati yang mengandang, tiada keupayaan yang terganti.
Beburung pula menghilangkan sayap tanda sunyi dari terbang ke kuala, hanya setia bersama yang hak padanya, makan telah dikumpulkan sebelum lapar terlebih dahulu mengundang datang hingga memudarkan cinta lama kasih ditinggalkan berpetang-petang itu.
Derapan kaki kemulian dan berkudis bercampur-campur kasta antaranya melangkah cepat menuju ke destinasi yang terancang. Bebola mata liar memerhati kuak-kuak tubuh yang memancu, sesekali terlepas pada niat dosa yang mengoda, semua itu diputarkan dan disimpan sesudahnya.
Kaku hati macam hendak mati, kelu mata petanda hendak buta, gugup kepala bukti kosongnya pahala. Tiada lagi keindahan di setiap sujud yang menunduk ke bumi melainkan panahan di setiap gelocakan mahu yang diimpi.
Puas rasa dia puas...
Tiada yang lagi memohon untuk bangun kecuali diam dan ingat pada tujuan datang petang itu. Saya masih menguatkan antibody yang berperang tubuh yang sedikit panas. Rasa mahu tewas pada minat ilmu, namun dibuang jauh-jauh tatkala kelas masih berbaki separuh masa.
Bab Manfaat Sosial Ilmu Akidah dalam syarah Hasyiah Sowi disepadukan dalam satu nada ke satu nada berikutnya, helaan menjadi mapan menusuk faham yang diterjah ke hati.
Fadilatul Sheikh al-Faqih al-Alim Jamal al-Farouq memusingkan badan dan kepala serentak ke kanan dan ke kiri, sambil mulut berpadu dengan suara yang sarat ilmu. Beliau dikerumuni ramai bukan terkenal dia dengan perjudian manusia, tetapi penuh di dadanya khazanah ilmu untuk diberi manfaat.
Saya teruja untuk habiskan bab ini, di samping saya pula Sheikh Ahmad menguji ilmunya dengan rakan seperguruannya itu, sambil tersenyum sempat lagi bertanya saya dalam bahasa mudah, tatkala mata-mata lain ligat menelaah pengajian.
“Bagaimana tadi, anta dapat dhabitd (tanda) semua isi-isi penting?” Tanya seorang teman bangsa Arab.
“Boleh tahan, cukup bagi kefahaman aku kelak” Balas pendek, tangan pula mencapai selipar di tiang masjid yang tersusun tinggi.
“Boleh aku pinjam kitab kamu?” Tanya lagi, sambil keluarkan kitab dan pen.
“Silakan, tapi cepat sikit dah nak maghrib ni” saya meneruskan langkah keluar dari anjung pintu masuk ke babul Ilmu, sambil menanti maghrib dikumandangkan.
Malam itu dibiarkan berlalu dengan seribu peristiwa membulu hari ini, bagi sebuah kesimpulan hidup pada hari keseterusnya. Perlu siapkan diri dengan kelangsung kepada-Nya, tanpa juga meninggalkan Al Ahzab buat ibrah seorang hamba.
Bahagian terakhir perlu dibereskan sebelum dihantar kepada pihak penerbit dan pencetakan. Nampaknya sedikit lega selepas tiga hari bersekang mata dalam penat demam panas, selsema, batuk basah dan hidung tersumbat, semua ini dibayar nanti pada suatu hari kelak.
Alhamdulillah, puas rasanya...
Tirai dilabuhkan, dan akan disingsing kemudian. Moga tidak terlompong dosa dari ketimbusan pahala yang dihasilkan dari saat ke saat.
ameen
0 komentar:
Catat Ulasan