PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, Oktober 9

Renungan : Berita Dari Sana



Penulis mencapai buku sambil duduk bersila di atas sejadah selepas usai bertahajud di keheningan malam itu. Helaian demi helain diperhalusi, halaman demi halaman dicermati.

Buku How Children Fail karangan seorang guru di sebuah pendalaman Amerika Syarikat, John Holt telah mengingatkan penulis kepada beberapa lembaran kisah ketika di tanah air.

Diri yang pernah melalui era kanak-kanak, kata orang tua budak hingusan cuba meratapi setiap yang dilalui mencerahkan jalan yang ditempuhi hingga kini. Belajar dari kehidupan sungguh menyelerakan untuk diingat.

Penulis sering bermonolog dalam diri: Apakah yang dicari di dunia sementara ini? Kuasakah, berseronokkah, beramalkah dan kekayaankah, semua ini berpusat pada satu pertanyaan ringkas.

Teramat malang, hidup hanya hidup tanpa ada panduan arah menuju ke destinasi utama. Kita pasti dipanggil untuk satu perhintungan yang teramat mendebarkan.

Rangkuman sebuah tauladan ‘berita dari sana’ sebagai perkongsian di laman ini. Bermula hikmah mempelajari dan bertadabbur dengan al-Quran, menyingkap hikmah peristiwa berdarah di bumi Palestin, dan menyuluh hikmah dakwah golongan ‘elit’.

Maka bermulalah…

BERITA PERTAMA

Hujah-hujah dari al-Quran, dapat menunjukkan mengenai keindahan serta keajaiban Islam itu sendiri.

Sudah tentulah, kaitan dengan al-Quran memerlukan beberapa hujah dan bukti yang menunjukkan al-Quran itu sendiri adalah soheh dari dulu sampai sekarang.

al-Quran itu mukjizat teragung, lebih hebat dari mukjizat Isa menghidupkan orang mati, lebih hebat dari mukjizat Muhammad membelah bulan. Tetapi di manakah letaknya mukjizat al-Quran itu, kita sendirilah yang menentukan.

Sama ada sekadar lembaran biasa yang dibiarkan berdebu atau dijadikan perhiasan mahupun mahar, atau kita hendak fahami dan teliti seribu satu macam keagungan yang terkandung di dalamnya. Tanpa usaha untuk memahami isinya, al-Quran itu tidak ubah seperti sekadar cetakan biasa di atas helaian kertas.

Benar al-Quran bagi orang sains adalah bukti penemuan sains moden yang selari dengan al-Quran.

Benar al-Quran bagi orang sastera adalah dengan ketinggian gaya bahasa al-Quran yang tiada tandingan serta perumpamaan-perumpaan yang tepat.

Benar al-Quran bagi orang matematik adalah dengan ketepatan nilai numerologi al-Quran.

Benar Al-Quran bagi ahli Fiqh ialah dengan relevannya hukum al-Quran sepanjang zaman

Pokok pangkalnya ialah bagaimana hendak merasai bahawa Allah Taala itu dekat dengan kita.

Kita tidak akan rasa kalau kita tidak yakin dan percaya.

Apabila sudah yakin, cakaplah apa sahaja tentang al-Quran pasti kita akan dapat lihat betapa banyak hikmah dan pengajaran di dalamnya. Ruh kita telah yakin dan percaya pada Allah Taala tetapi penyakit hati dan sombong sahaja yang menjadi hijab menyebabkan kita tidak dapat lihat kebenaran atau kebatilan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, sedang mereka (sebetulnya) bukanlah orang-orang yang beriman al-Baqarah (2:8)

Orang yang tidak berIman itu tidak dapat menipu orang yang benar-benar berIman dengan perbuatan dan kata-kata mereka.

Indah sungguh ajaran al-Quran.

BERITA KEDUA

Bagaikan bintang bersinar paling terang pada malam yang paling gelap, maka begitulah juga halnya dengan Islam.

Cahaya Islam itu memancar-mancar dengan terang apabila ayat-ayat Tuhan diperdengarkan kepada manusia dan manusia dapat berbicara tentangnya dengan jujur dan kritis untuk mencari kebenaran dan kebaikan.

Pada zaman ini, perdebatan, perbincangan, dialog, kajian ilmiah yang kritis dan persoalan-persoalan keTuhanan yang jujur dan berani adalah suasana malam yang sangat gelap yang sangat ditakuti oleh pemuka-pemuka agama dan kaum muslimin, padahal ia adalah suasana paling baik di mana Islam itu dapat bersinar cahanyanya, dapat dilihat dan (mudah-mudahan) meresap hangat ke dalam jiwa-jiwa manusia.

Umat Islam dahulu tidak pernah takutkan suasana malam yang gelap ini. Selain kisah Isabella, kisah Imam Ahmad Ibn Hanbal dan seorang Yahudi Atheist yang datang merosakkan taman-taman (Islam) yang indah dan memakan buah-buahan yang ranum (alim ulama’), mengajar kita bahawa cendekiawan dan pemerintah Islam tidak gusar membiarkan Islam dibedah dan diautopsi, dibincangkan dan dicabar, dibahas dan didebat.

Umat yang hebat ini tidak pernah ragu-ragu bahawa Islam itu cahaya kebenaran, dan kebenaran pasti menumpaskan kebatilan.

Manusia harus punya kebebasan untuk menyuarakan idea dan pendapat, berdebat dan berwacana, berselisih dan berkonfrontasi selagi mana hujah dibalas dengan hujah, dalil dengan dalil, pena dengan pena.

Tindakan memaksa manusia berfikir serupa dan seragam, mengharamkan kitab, dan membantai idea dan tafsiran yang jamak, adalah sama seperti menghalang cahaya Islam bersinar pada malam yang gelap. Akibatnya manusia kehilangan arah, meraba-raba dalam kegelapan dengan mata mereka ditutup.

Hanya mereka yang berani membuka mata untuk melihat, dan menghadapi malam yang gelap untuk menggapai cahaya yang bersinar paling terang, dan mengajak manusia-manusia lain bersama mereka layak digelar kaum muslim.

Di kala Manachen Begin membunuh 250 muslim di Dir Yasin(1948), pelampau Yahudi Australia membakar Masjidil Aqsa(1969) dan Sharon membunuh 3000 orang di Syabra dan Syatilla(1982), dunia kelu membisu. Tiada denda, tiada hukuman, tiada label

Tetapi apabila anak-anak muda melontar batu ke arah tentera Yahudi (1987) demi mempertahankan tanah air tercinta, mereka dilabel sebagai kumpulan pengganas, pelampau dan penentang demokrasi.

Teruskan wahai anak muda, teruskanlah melontar. Kalian bukan pengganas. Kalian bukanlah pelampau. Kalianlah pencinta keamanan. Kalianlah wira sejati. Lontarlah wahai anak muda. Batu itu bagai menjadikan kapal mereka karam di lautan dalam.

Semoga semangat anak-anak muda palestin tersemat dalam diri setiap pemuda-pemuda Islam untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap lapangan kerja kita. Islam kembali menjadi bintang yang akan menerangi kegelapan dan kesuraman malam.




BERITA KETIGA

Ustaz pernah berhadapan golongan elit dalam dunia dakwah?Tanya seorang peserta bengkel di sebuah sekolah swasta.

Pernah kot…Penulis balas pendek pertanyaan sambil meletakkan kertas modus pembentangan, selepas usai sesi dialog.

Bagaimana ustaz tangani karenah golongan ini Tambah beliau.

Kita tidak perlu mengambil pendekatan defensif dalam mempertimbangkan sesuatu.

Pertama, jika golongan elit ini memang sedikit, ia bukan alasan untuk kita anggap mereka boleh diabaikan. Ironinya, tidak perlu berstatus elit untuk berpemikiran sejenis dengan kaum elit ini. Cuba tanya pimpinan dakwah di kampus, siapakah golongan majoriti yang merintangi dakwah mereka hari ini?

Golongan elit itu mungkin menuduh pendakwah berpemikiran beku kerana bongkak dengan kemodenan mereka. Tetapi jika penulis beranggapan ada pendakwah yang beku pemikirannya, maka penulis beranggapan demikian hasil pengamatan sendiri, tanpa berkongsi motif yang sama dengan si elit itu tadi.

Ramai sekali anak-anak golongan elit ini yang merendah diri dan baik hati. Penulis tidak menafikannya. tetapi memang ramai yang berkelakuan mengada-ngada. Namun, kalau hendak komen sebab mereka mengada-mengada, mereka akan terus mengada-ngada sampai bila-bila. Apa yang boleh dibuat ialah salam, senyum, sembang dan pulas telinga (kiasan beri faham).

Sebagai pendakwah, menyembunyikan kemampuan atau personaliti fasih berbahasa Inggeris umpamanya, tidak mungkin sama sekali boleh dianggap sebagai tawadhu’ atau merendah diri. segala kemahiran yang ada, gunakan sebaiknya. ada tapi tersembunyi, sama sahaja dengan tiada.

Penulis juga berbangga dengan bahasa ibunda, sebab itu laman blog ini menolak penggunaan bahasa sms dan bahasa caca merba.

Harapnya penulis juga tidaklah defensif dalam memberikan tindak balas, cuma mahu mengemaskan sisi pandang kita bersama.

Namun sebagai pendakwah, sakit akibat menggauli manusia atas bukit dan manusia kaki bukit, semuanya harus ditelan demi menyampaikan mesej dakwah daripada Nabi s.a.w, walaupun sepotong ayat.

Mereka yang percaya ada sesuatu hikmah di sebalik kesulitan, tiada susah berhadapan kehidupan yang tiada ketentuan ini.

Carilah kebenaran…


1 komentar:

Nur on 10 Oktober 2009 pada 12:27 PG berkata...

Subhanallah, indahnya jika mentadabbur isi kandungan al-Quran dan diambil pengajaran, seandainya kita mengetahui

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal