PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Oktober 26

Politik : Bila Tuan Guru Bersuara



Semua pihak cuba memberi pandangan masing-masing, baik berbentuk pandangan peribadi, anggota kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), malah orang ramai juga tidak terlepas dari terkena tempias ini.

Bahananya masyarakat yang tidak pandai berfikir dan menerima bulat-bulat apa yang disuap. Terikut-ikut melodi yang dimainkan media massa khusus media elektronik pro-kerajaan.

Cepat sungguh membunuh sebuah ‘kepercayaan’ yang sudah terbina puluhan tahun lamanya.

Peliknya, akhbar-akhbar pro kerajaan begitu rakus memainkan peranannya memberapikan keadaan dengan andaian-andaian tidak sihat walaupun jauh dari sudut hati mereka adalah ingin melihat Parti Islam terbesar di tanah air kita ini musnah.

Lebih sudu dari kuah.

Isunya satu, cadangan mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) di peringkat pimpinan pusat, untuk membersihkan ‘dua tiga kerat’ pemimpin yang dikatakan pro kerajaan perpaduan.

Penulis hanya dapat tangkap masalah ini berhubung dengan masalah komunikasi.

Sejarah memang tidak menipu, tetapi fakta dan penulisannya bergantung pada siapa memerlukan. Begitu juga wahyu memberitahu, jika tidak cermat yang membaca atau yang menyampaikan akan terkeliru juga.

Maka proses kefahaman yang tinggi, akan membidik terus pada sasaran.

ketaatan yang mutlak kepada arahan, berbeza dengan ketaatan yang mutlak kepada pandangan.

Selagi mana pandangan itu masih suatu pandangan, semua harus bersegera memberikan buah fikiran untuk mencapai pandangan yang terbaik. tetapi setelah pandangan diputuskan sebagai suatu arahan, perlu ada disiplin untuk arahan itu berjaya dilaksanakan.

ketika arahan masih diperkatakan dalam bahasa pandangan, semua manusia terus membijak-bijakkan diri ketika hakikatnya mereka sedang dipijak-pijak.

Antara penyebab seseorang itu berulang kali memikirkan perkara yang negatif ialah kerana dia berada di dalam linkungan negatif.

Lingkungan negatif boleh jadi kita dikelilingi oleh orang-orang yang selalu memikirkan perkara yang negatif, atau boleh jadi juga terdedah kepada bahan-bahan media yang negatif. Selagi kita berada didalam lingkungan ini, selagi itu kita akan teransang untuk memikirkan perkara negatif, malah akhirnya kita akan menjadi kuat untuk melakukan perkara negatif.

Ini dipanggil BIAH.

Untuk membantu kita keluar daripada suasana negatif sedemikian, hendaklah kita sentiasa mencari biah hasanah. Mencari suasana yang boleh mendidik kita untuk berfikiran positif dan memikirkan tentang kebaikan. Cara paling mudah ialah mendekati orang-orang baik, hidup di kalangan mereka.

Hentikan berinteraksi dan percaya pada media tidak sihat. Gantikan dengan media yang lebih matang berfikir.

Alat komunikasi canggih dan terkini, talian internet dan pengangkutan moden ada perkhabarannya dalam al-Quran, namun yang silapnya manusia sering berhadapan dengan pemikiran jumud dan takut. Sebabnya banyak yang tidak faham, beza tafsir dan takwil.

Tahap keberkesanan kepimpinan PAS berkomunikasi dengan massa ketika timbulnya pelbagai isu yang sulit lagi rumit, amat menggusarkan. Tambahan pula dengan blog-blog pemimpin utama yang sudah wujud, beralamat, boleh diakses tetapi tiada maklumat terkini.

Masalah rohani dan santapan hariannya…

Akal, hati, roh dan nafsu adalah titik tumpuan tarbiah yang perlu diambil perhatian.

Kurang perhatian terhadap salah satu, maka terumbang-ambing individu tersebut dalam menilai dan bertindak balas terhadap pelbagai perkara di persekitaran.

Akal perlu diperkuatkan dengan fikrah Islam walaupun berbeza wadah perjuangan. Roh perlu dihiasi dengan makanan ruji rohani seperti zikir dan fikir. Pembacaan dan penghayatan al-Quran dan juga zikrullah.

Dalam soal ini, hati telah memainkan peranannya (sebahagiannya) cuma proses yang perlu ditambah baik. Siapa yang layak membuat kenyataan dan di mana boleh dapat maklumat serta bila boleh dapat.

Sebagai sebuah organisasi yang besar, maklumat perlu sampai ke peringkat bawah dengan berhemat, selamat dan cepat.

Hati perlu disematkan dengan niat ikhlas dan sidat-sifat yang terpuji serta dijauhkan dari sifat tercela dan buruk, manakala nafsu pula sentiasa perlu dikawal dan bermujahadah.

Andaikata hanya menumpukan salah satu titik tarbiah ini, maka macam-macam akan berlaku. Sekiranya tidak dapat melakukan semua ini, maka janganlah meninggalkan semuanya.

Tarbiah itu penting.

Maka tunggulah hasil mesyuarat yang akan diadakan malam Khamis ini. Berilah mereka peluang untuk memutuskan.

Jangan pandai membuat andaian sinis.

2 komentar:

Mohd Akhyar a.k.a Hanz on 26 Oktober 2009 pada 10:04 PTG berkata...

Walaupun saya pro-kerajaan. Sy tetap penyokong PAS. Apa yg sy bimbangkan ialah penguasaan Anwar terhadap PAS melalui golongan Edorgan(cth Husam Musa). Sy sokong PAS tp sy tak suka kan Pakatan Rakyat di mana terdapat DAP yang secara terang-terangan merupakan parti sosialis dan bencikan pemerintahan Islamik dan juga terdapat PKR yang ketuanya terang-terangan amat disayangi Yahudi (al-gore dll).

muharrikdaie on 27 Oktober 2009 pada 11:51 PTG berkata...

Saya ingin komen ttg Tok Guru.Bukan komen akhlak atau statusnya sebagai ulama' tapi ingin komen sikap yang diambilnya dalam menyatakan pandangannya di media massa.

Sekalipun ida tok guru dan ulama'. Beliau tetpa tidak maksum dan kita sebagai orang bawahan tidak boleh mensucikan beliau.

Memang beliau tersilap percaturan dan meresahkan semua pendokong Islam dan inilah yang selalu dibuat oleh tok guru.

Apakah salah dibuat mmesyuarat senyap senyap dari digembar gemburkan pekung yang ada didalam PAS sendiri.

Memang PAS bermasaalah dengan pemimpin muda yang rakus seperti kumpulan edrogen yang selalu menghasut tok guru sehingga TGHH pun di musuhi oleh kumpulan edrogen ini.

Saya adalah KPP cawangan dan saya tahu perkembangan ini melalui pemuda dan inilah penyakit tidak sabar kumpulan edrogen yang bersengkokol dengan Anwar ni.

Sebagai duat kita kena berfikiran waras dan melihat sesuatu isu dengan bijak dan bermaklumat bukan hanya taksub yang mengkhinzir butakan pemikiran. dan inilah yang banyak didlam PAS yang mengabaikna tarbiyah.

Wallahuaklam.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal