PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, Oktober 28

Pemilik Iman Tiada Pewaris



Ahmad bekas banduan diundang menyampaikan ceramah kesedaran.

Beliau cuba bertindak sebagai pemandu arah selepas merasai sendiri peritnya sebuah kehidupan, tersempit antara najis dadah dan menyabung nyawa bagaikan bangkai hidup. Usahanya itu dipandang dua golongan yang berlainan world view.

Ada yang menerima saranan dan nasihat tersebut sebagai satu asas pada realiti yang perlu dipegang, malah ada pihak berlawanan menolak saranan dan nasihat tersebut kerana lebih menilai peribadi dari budi.

Tetapi kita selalu lupa. Pemikiran songsang kita sering menghukum dengan cara yang berbeza. Kita tidak menilai kebaikan pada kebaikan itu sendiri dengan Iman, ilmu dan akal kurniaan Tuhan, sebaliknya kita suka melihat peribadi. Suka mengintai apa yang tidak berkenaan dan tiada keperluan.

Dengarlah apa yang dipekatakan, bukannya melihat siapa yang berkata. Bukannya menilai orang yang berkata secara peribadinya.

Bila seorang pencuri menasihati orang lain supaya jangan mencuri, apa yang diperkatakannya itu pada hakikatnya adalah benar meskipun dia adalah seorang pencuri. Hendaklah kita mengambil nasihatnya, bukannya sibuk menghujahkan peribadi si penasihat. Itulah tandanya orang yang menggunakan akal fikirannya dalam mencari kebaikan.

Teringat pada nasihat yang dinukilkan syaitan tentang fadhilat ayat Kursi.

Pada satu masa kita banyak bergaul, berkawan dan bersama dengan pelbagai jenis manusia termasuk yang bertudung dan tidak bertudung, sikap belas dan mahu membantu perubahan itu akan jadi lebih dominan.

Ngeri rasanya hendak bayangkan kalau seorang cikgu berstatus ibu berbuih-buih mulut bagi nasihat kepada anak murid, tetapi anak sendiri hancur. Hati si ibu tidak pernah tenang sebaik sahaja melihat anak-anaknya melangkah keluar menuju ke sekolah agar tiada terdengar berita sumbang, kerana pasti orang menilai sumbang penjaganya.

Warna-warni masyarakat kita pada hari ini berhadapan krisis nilai, begitu banyak budaya luar dan fahaman atau idealogi yang tidak sihat telah mempengaruhi cara kehidupan seperti percakapan, gaya berpakaian dan pergaulan, dan apa yang lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat yang mula terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal.

Anasir-anasir yang tidak sihat ini dengan mudah menyelinap masuk serta menjajah pemikiran, seterusnya mempengaruhi kehidupan kita, sekiranya benteng Iman kita tipis, cetek pengetahuan tentang agama, meremehkan nasihat para ulama mengabaikan suruhan agama dan tidak berpegang dengan tuntutan syari-‘at .

Iman bukan diwarisi daripada seorang ibu atau bapa tetapi sebuah pilihan Allah Taala kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dia berhak dan berkuasa untuk memuliakan manusia, dan Dia juga berhak dan berkuasa untuk menghina manusia.

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ‌ۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatuali-Imran (3:26)

Iman merupakan pegangan atau kepercayaan dan keyakinan di dalam hati yang tidak berbelah bagi terhadap Allah Taala serta tidak mengandungi sedikit pun perasaan syak dan ragu-ragu.

Ketakwaan dan keyakinan yang teguh akan memberi kesan yang positif bagi kehidupan manusia terutama dalam soal beribadat, mengawal tingkah laku, hubungan pergaulan sesama manusia dan sebagainya.

Bermula dengan Iman, muslim diharap tidak duduk di takuk lama. Dari Iman warisan atau Iman ikut, perlu ditingkatkan kepada Iman ilmu, yang kemudiannya ke iman yakin.

Persoalannya bagaimana Iman boleh meningkat kalau akal yang diberikan Allah Taala tidak memainkan perana utama dalam penimbaan ilmu mencari peningkatan Iman? Terlalu ramai muslim secara tidak sedar mengenepikan ilmu yang perlu diutamakan dengan menyibukkan diri pada ilmu (atau lebih tepat lagi pengetahuan) yang berkisar hal-hal kemanusiaan sahaja?

Antara ilmu dan pengetahuan ada perbezaan ketara. Tidak layak ilmu dirujuk untuk pekara-pekara yang melibatkan makhluk. Cara makhluk menjalankan kerja. Cara manusia menyibukkan diri melalui kehidupan di dunia setiap hari. Itu semua pengetahuan sahaja.

Ilmu sebenar adalah apabila kita mengkaji cara kerja Pencipta yang menciptakan.

Terimalah setiap ujian yang berlaku dengan pandangan dakwah, dan Iman.


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal