PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Oktober 12

Perjalanan Dunia Destinasi Akhirat



Kehidupan dunia adalah sementara. Antara persinggahan yang pasti dilalui.

Dunia ibarat lapangan peperiksaan kita selepas menempuh satu pengajian yang lama ketika berada di alam roh dan rahim. Peperiksaan ini harus ditempuhi sama ada kita bersedia atau sebaliknya.

Bagi mereka yang peka dan tahu apa yang harus dilakukan, semestinya telah membuat persedian rapi dari awalnya lagi, agar setiap jawapan yang dicoret akan menghasilkan nilai yang tinggi, dan seterusnya mendapat tempat di menara gading iaitu Syurga.

Aturlah kehidupan dari sekarang, jangan terlopong kekosongan antara liang-liang usia meninggalkan bekas kekotoran akibat perbuatan tangan sendiri. Degil kekotoran sukar dibasuh, apatah lagi menanggalkan jejaknya.

Kadang-kadang terasa lemah, dan rasa tidak bermakna untuk menyampai dan mengajak kepada kebaikan, kerana dirasakan kita tidak mampu mengubah apa-apa, sedangkan perubahan tersebut bukannya sekejap, tapi kadang-kadang memakan masa bertahun-tahun.

Manusia yang bertemu Allah Taala dengan membawa hati yang sejahtera adalah manusia yang mempersembahkan pita rakaman kepada segala ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah Taala semasa menunaikan kewajipan hidup di dunia.

Kejayaan di dunia hanya sebuah perjalanan, bukannya destinasi abadi kita.

Carilah Dia…

BAGAIMANA HENDAKNYA

Ilmu Tauhid adalah ilmu mengenal Allah Taala. Dengan memahami ilmu sains, kefahaman kita kepada Allah Taala akan menjadi lebih berkesan, sebagaimana contoh orang Purba pun pandai buat rumah, tetapi dengan sains dan teknologi, teknik membuat rumah menjadi lebih berkesan dan menghasilkan rumah yang jauh lebih baik.

Kalau pemikiran kita terbuka kepada manhaj ilmu sains (akal rational), insha-Allah, kewujudan Allah Taala akan menjadi lebih bermakna pada kita sebagai muslim dan mukmin.

Kesubjektifan sesuatu perkara diukur dari pengetahuan asal dan pengalaman yang telah dilalui oleh seseorang. Sebagaimana Allah Taala mengajar Nabi Nuh as supaya berdoa memohon daripada meminta sesuatu yang tidak diketahui kesan dan akibatnya, begitu juga kita perlu kembalikan pengharapan bagi proses mencerahkan pemahaman agama kita kepada Allah Taala.

Sudah terang lagi bersuluh, jika Allah Taala mahukan kebaikan ke atas seseorang itu, maka akan Allah Taala beri kefaqihan dan kesahihan dalam beragama.

Analoginya, kita melatih kanak-kanak secara perlahan (gradual proses) untuk memahami sesuatu. Berkembangnya pemikiran kanak-kanak bermakna dia mendapat penambah-baikan dari segi pemahaman pada kehidupan. Kiranya kita boleh berinteraksi dengan situasi itu, maka adalah sama situasinya dengan kemajuan untuk mengenal Allah Taala, bagi orang dewasa. Ia bekembang dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi, dengan syarat, ada keterbukaan orang yang beranggapan itu.

Kalau dilihat sebagai instruction manual, penulis kira kesemua sistem ini akan menerangkan bagaimana hendak mendapatkan manfaat terbaik dari sesuatu, iaitu dengan mengenalnya dan menggunakannya. Apabila telah mengenalnya barulah timbul rasa hormat dan kemahuan menjaga mengikut panduan yang diberikan. Oleh itu tujuan hidup lebih kepada mengenal-Nya dan kemudian mengabdikan diri kepada-Nya setelah mengenal.

Awal agama itu ialah mengenal Tuhan.




Islam adalah agama wahyu. Bukan berlandaskan rasional akal dan kajian saintifik semata-mata, namun Islam amat menggalakkan penganutnya menggunakan seluruh anugerah akal demi membangunkan tamadun manusia.

Ilmu dan pengetahuan menjadikan Adam terpilih untuk memimpin bumi ciptaan Allah. Faqih dalam agama adalah asas dan tunjang, juga bertindak sebagai pengawal kepada gelojohnya nafsu dan pemikiran yang tersasar.

Pengalaman berdepan dengan kerenah masyarakat bukan hanya mengajak kita untuk faqih dalam semua cabang ilmu tetapi juga perlu meraikan suasana masyarat. Masyarakat memerlukan da’ie yang faqih dalam masa yang sama da’ie yang faqih memerlukan masyarakat.

Jurang perlu dirapatkan. Masyarakat perlu dididik dan bukan dijadikan skrin untuk disemak, dihukum kesalahan dari segenap segi. Mereka memerlukan bimbingan. Dekatkan diri dengan Tuhan, masyarakat akan terdidik untuk dekatkan dengan da’ie.

MUHASABAH

Kalaulah ada cara yang efektif untuk menyedarkan semua umat Islam untuk sentiasa berfikiran faqih tentu aman masyarakat kita ini. Ramai yang berkata-kata mengikut emosi dan sering terlanjur perkataan yang agak keras tanpa cuba memahami dalam bab memberi nasihat.

Penulis andaikan bahawa semua yang bergelar umat Islam adalah seorang da’ie bezanya cuma berdasarkan tahap penglibatan dalam seharian. Maka sesuaikan diri dengan kemampuan yang ada, gunakan kesempatan yang diberikan.

Seek first to Understand, then to be Understood

Bidalan ini harus di amati sedalam-dalam maknanya kerana inilah yang kurang pada da’ie islam sekarang.

Sibukkanlah diri dengan amal yang member saham kepada kita, usah dikira habuannya di dunia, lebih penting menjadi baucer kita bertemu Tuhan di destinasi terakhir kelak, yaumul akhi-rah.

Tiada pelaburan yang lebih baik berbanding pelaburan akhirat.

Allah Taala berfirman yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui as-Saf (61:10-11)

ameen



1 komentar:

everjihad on 12 Oktober 2009 pada 9:42 PTG berkata...

mengajak teman-teman untuk mengenal TUHAN. itulah hasrat dan matlamat diri.

tapi terfikir, bagaimana caranya untuk mendekati mad'u yang kadangkala asyik dengan keduniaan?

diri sendiri pun tidaklah begitu fakih tapi punya sedikit kesedaran dan berharap dapat berkongsi bersama teman-teman dengan pemahaman

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal