PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, September 17

Ramadhan Melabuh Menjelmakan Syawwal




Pujian buat Allah Taala yang telah membolehkan kita tersenyum walaupun pahit menyampaikan kebenaran. Sesungguhnya dunia ini penjara bagi mereka yang memilih kebenaran dari yang lain, kerana terpenjaranya kita di dalam kenderaan nafsu kita. Tetapi yakinlah, bagi Allah Taala menukar polariti, sangsara dunia jadi nikmat akhirat, nikamat dunia jadi sangsara akhirat sangat mudah, semudah menyebut kalimah:

كن فيكـون

(Jadilah, maka terjadi)

Inilah yang penulis belajar daripada peristiwa Malam Qadr. Allah Taala membiarkan ia datang pada suatu malam yang tidak dapat dikenal pasti tarikhnya melainkan dengan sedikit sebanyak panduan agar Umat Islam dapat mengejarnya. Malam yang dikurniakan limpahan rahmat-Nya yang banyak, lebih baik dari seribu bulan.

اِنَّا أَنْزَلْنَه فِى لَيْلَةِ الْقَدْرِ(‍‍)وما أدرىك ما ليلة القدر() لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرِ()

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Quran) pada Malam Qadr. Dan tahukah kamu apa Malam Qadr itu?. Malam Qadr yang lebih baik dari seribu bulanal-Qadr (97:1-2)

Sesuatu yang tidak pasti, jika diambil secara positif akan menjadikan kita cemerlang. Kita tidak pasti bila kita akan mati, bila akan kiamat, bila kemenangan Islam akan berlaku, bilakah Malam Qadr dan sebagainya. Semuanya ini, jika diambil secara positif, akan menjadikan kita bersungguh-sungguh meningkatkan usaha.

Malah mungkin kerana itu jugalah kita dianjurkan Islam supaya berniaga. Perniagaan tidak seperti kerja makan gaji. Kerja makan gaji menjadikan kita selesa di zon selamat. Produktif atau tidak, gaji tetap sama.

Kesedaran pada berniaga itu tidak seperti makan gaji, juga amatlah penting kerana kita sedang berniaga dengan Allah Taala, di mana menjaga buku simpan kira-kira amatlah perlu. Laporan untung dan rugi perlu dikemaskini setiap masa, dikhuatiri tidak sempat melihatnya kerana kebarangkalian perpindahan hanya pada Qadar-Nya.

Kesedaran juga patut difokuskan kepada kiamat kecil yang akan berlaku kepada kita lebih hampir dari kiamat besar. Tibanya hari perpindahan, kita keluar dari kenderaan yang memenjara kita, dan sudah tidak perlu merisaukan kiamat besar lagi. Tanggungjawab kita terpikul memastikan kebenaran apa yang telah kita sampaikan sebelum perpindahan?.

Apa ada pada Aidilfitri, sekiranya kita tidak dapat memastikan diri kembali kepada fitrah, kerana ketidakpastian kita melayakan diri ujian Malam Qadr. Kita hanya boleh mengukir senyuman bagi mengikut formality dan ritual yang diharapkan oleh semua muslim pada hari itu, sedangkan jiwa mungkin mengatakan sebaliknya.

Kehidupan sebenarnya kadang-kadang dipandang sebagai satu lakonan, kerana yang pengarang skrip dan pengarah berhak mengeluarkan kita dari senarai pelakon, sekiranya kita tidak layak dan tidak boleh berlakon. Yang berjaya adalah mereka yang paling pandai memainkan watak mengikut skrip Pengarah sekalian alam.

Kalau dilihat sebagai satu permainan pun, kita tak boleh main-main menjalankan permainan itu. Masalah muslim selalunya bermain bila disuruh belajar, tetapi bermain-main bila di suruh bermain. Jadi dari semua sudut, tidak dapat kemenangan.

Sudah pasti apa yang kita lakonkan, mainkan, niagakan sekarang ini hasilnya tidak mungkin terlihat serta merta. Zuriat kita menjadi penyambung kepada apa yang kita perjuangkan. Yang diharapkan nature (gen) dan nuture (ajaran) yang dilakonkan sekarang memberikan hasil yang baik untuk zuriat akan datang.

Oleh itu marilah kita sama-sama berlakon, bermain, berniaga dan sebagainya dengan besungguh-sungguh agar keberadaan kita di muka bumi ini, akan menjadikan kita hamba yang layak menerima keredhaan-Nya di hari kemudian. Tiada lain yang kita kita perlukan melainkan keredhaan-Nya.

Sama-samalah kita menempuh Aidilfitri dan menunggu Ramadhan akan datang. Tawaran keuntungan pernaigaan bersama-Nya, bertabur di sepanjang masa dan tempat, hanya memerlukan kita melihat dengan tepat.

Istiqamah dalam mendegilkan diri itu pasti akan mendatang hasil lumayan. Sudah pasti tidak nampak di penilaian harta jasmani, kerana komputer pusat currency exchange di masyarakat kita tercemar akibat kecendrungan melihat harta jasmani sebagai mengatasi harta rohani (ilmu).

Malangnya kedegilan, kalau diwarisi (oleh masyarakat) bahagian negatifnya, akan menjadikan mata gergaji cepat tumpul disebabkan dua kesungguhan, iaitu kedegilan pemberi melawan kedegilan penerima.




Sesungguhnya bulan ini adalah bulan menyubur cinta kepada-Nya dengan mendampingi kalam-Nya al-Quran. Bukan kerana mengharapkan ganjaran pahala tetapi kerana mengingati petunjuk-Nya yang banyak terkandung di dalamnya. Sedih juga terdapt situasi, kemerduan bacaan terus bergema tanpa berjaya menyentuh minda dan rasa.

من صــام رمضان ثم أتبعه ســتا من شـــوال كان كصــيام الدهر

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun (Hadith Riwayat Muslim)

Moga Puasa kita pada tahun 1430H ini diterima sebagai amal yang memberi manfaat kepada kita di akhirat kelak.

ameen





0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal