PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, September 23

Mencari Kekuatan Selepas Ramadhan




Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Jibril datang kepadaku dan berkata: “Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati dia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Ramadhan sudah empat hari meninggalkan kita. Tiada jaminan hayat ini akan kesampaian bertemu kembali bulan Ramadhan akan datang, hanya doa jua yang menjadi wasilah dan talian hayat agar kukuh pengabdian diri di sebelas bulan berikutnya, dengan harapan dapat bersua bulan yang menawarkan pelbagai ganjaran.

Di saat kita merayakan kemenangan ini, perjuangan kita masih belum selesai. Kemenangan pelaksanaan hukum Allah Taala seperti ibadat puasa itu sewajarnya memberi inspirasi dan celik akal kepada umat Islam bahawa hukum Allah Taala boleh dilaksanakan sepenuhnya jika kita bertakwa dan mempunyai keinginan yang bersungguh-sungguh untuk mematuhi perintah-Nya.

Berjihad menewaskan nafsu yang menjadi penghalang pelaksanaan hukum Allah. Kita sangat bersyukur kepada Allah Taala kerana diciptakan dalam keadaan yang cukup sempurna. Sehingga disebabkan kesempurnaan ini, martabat kita diangkat. Ingatlah, kesempurnaan ini tidak membawa apa-apa erti jika kita gagal menggunakan akal dan hati dalam mematuhi segala hukum Allah Taala.

Pandai menguruskan masa, manfaat tenaga dan usia semata-mata untuk meraih redha-Nya. Carilah susah kerana kelak akan menyenangkan perjalananmu, dari mencari susah bila berhadapan kehidupan selepas mati. Ramai yang takut mati, tetapi tidak pernah berhati-hati, kerana diri tidak reti untuk mengerti lantas akhirnya mengurangkan Iman di hati.

Orang kaya tidak pernah tidur lena kerana mereka tidur beralaskan hutang dan penyakit. Hanya asyik terfikir perompak yang hendak masuk rumah, kaya sahaja lebih tapi hidup rasa gelisah.

Orang beriman keadaannya sama juga, tidak lena tidur kerana asyik terfikir macam mana hendak selamatkan Iman dari dirompak oleh syaitan yang durjana. Bila Imannya lemah mula terasa gelisah untuk mencari makanan rohaninya (majlis ilmu, bahan ilmiah dan sebagainya)

Iman sebesar zarah yang kita bawa balik berjumpa Allah Taala akan dijanjikan ganjaran sepuluh kali ganda luasnya dunia ni. Tawaran terhebat ini sering kali dipandang sebelah mata, tiada motivasi bergerak bersama visi untuk mengisi kekosongan kantung pahala.

Keupayaan menggunakan ciri-ciri hati (emosi) ketahap maksimum bukan sesuatu yang bolah dibuat oleh semua manusia tanpa manusia lain meluat melihatnya. Tidak bermakna orang yang tidak pernah marah itu, ialah orang yang paling baik di dunia.

Kebolehan menjangkau sesuatu yang jauh dan tidak terlekat dengan kedudukan itu memberikan contoh kepada kita yang tidak dapat melakukan sedemikian, bahawa kita perlu belajar melakukannya. Memang risikonya tinggi kerana ada yang tidak dapat pulang ke tahap datar, selepas selalu sangat mendongak ke langit.

Oleh itu kita perlu melihat proses menjangkau ini sebagai mewarnai lagi kehidupan dan menjalankan ujian keupayaan diri. Kita khuatir dunia yang tidak diwarnai muslim akan diwarnai oleh orang-orang bukan muslim.

Dalam hal pembinaan buah fikiran, yang penting bukan ilmu yang diketahui oleh seseorang, tetapi bagaimanakah cara dia berfikir untuk menghasilkan buah fikiran itu. Apakah bentuk persekitaran yang ada di sekelilingnya sehingga dia berfikir sebegitu. Adakah semata-mata tanggapan atau ada penemuan secara fizikal yang memberi jawapan muktamad atau menghasilkan tanggapan-tanggapan lain.

Dalam al-Quran tiada cerita tentang komputer dan telefon bimbit tetapi kedua-dua kemajuan itu dicapai oleh akal. Tetapi siapakah yang mencipta akal itu sehingga mampu sampai ke tahap itu. Siapakan pula yang mencipta bahan mentah agar fikiran yang dijenterakan itu dapat direalisasikan.

Berhati-hatilah bila kita terasa bagus dan tiba-tiba rasa cukup tidak senang bila ada orang yang lebih bagus. Itulah permainan syaitan yang cukup halus. Selama kini terasa bagus tetapi tercabar dengan makhluk yang bernama Adam. Itulah penyakit yang puas kita cari ubatnya, hanya istighfar dan baca Quran buat penjinak hati kita yang buas dan masih buas lagi.

Kita bersyukur kepada Allah Taala kerana menjadikan kita hamba Allah yang memilih masjid sebagai tempat pertama untuk dikunjungi pada hari raya. Selain menunaikan solat raya dan mendengar khutbah, kita juga bermaaf-maafan antara satu sama lain. Sesungguhnya sikap sedemikian dapat menjernihkan hati dan merapatkan tali persaudaraan.

Namun dalam kegembiraan hari raya ini, jangan kita leka bahawa dalam bulan Syawwal ini kita disunatkan melakukan satu lagi ibadah puasa iaitu puasa sunat enam hari di bulan Syawwal.

مَنْ صَــامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أتْبَعهُ ســِتَّا مِن شَـــوَّال كَانَ كَصِــيَامِ الدَّهْر

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun (Hadith Riwayat Muslim)

Marilah kita mensyukuri nikmat Iman dan Islam yang tersemat di dada kita sebagai pengenalan diri yang abadi. Sesungguhnya hanya kematian di dalam Iman dan Islam sahajalah yang diredhai oleh Allah Taala.

يَأيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقّ تُقَاتِه وَلَا تَمُوتُنَّ وَأَنْتُم مُسْـــلِمُونَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islamali Imran (3:102)

ameen


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal