PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Ogos 11

Dakwah : Manusia Terkesan Dengan Cerita



Penulis merasakan berdasarkan pemerhatian yang cukup mendalam, sebenarnya orang kita suka dengan hikayat, maka tidak rugi jika kita betul-betul bijak, dapat menguasai golongan bawahan dan pertengahan ini dengan membawa mesej dakwah yang diselitkan kisah pujangga, atau paling kurang cerita orang-orang lama yang mempunyai unsur nilai-nilai murni dan moral yang bisa memberi pengajaran.

Cuba anda ubah cara dekati para mad’u dengan pukauan cerita-cerita seperti ini. Anda pasti diingat sebagai da’ie yang mempunyai versatile.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: (Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa:"Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini) el Kahfi (18:10)

Pernah suatu ketika dahulu, penulis bertemu seorang korporat yang bersungguh dalam kerjayanya, sempat diberi penulis dan orang ramai di situ business card .Penulis lihat terdapat semacam nota kaki di bawahnya, ‘Story Teller’ sambil petah berkata-kata kepada kami yang mengeliling melihat gelagatnya:

I need to tell potential customers about my company, my product. This is my story

Itu sahaja yang sempat penulis tangkap kemas. Kreatif dalam dunia korporat.

Ianya amat perlu dalam dakwah Penulis bermonolog sendirian.

Terbaca dalam satu artikel penghujung tahun lepas, bagaimana Obama dalam strategi kempen calon Presiden Demokrat di United State (US) merekrut barber dan saloon workers. Siap diberi kursus lagi. Tugasan mereka cukup senang, membawa ‘cerita’ tentang perihal kehebatan Obama pada pelanggan yang melanggani kedai gunting rambut mereka. Yang menarik dan mencuit hati penulis pada artikel tersebut, channel klasik juga tak ketinggalan, berbulan-bulan lamanya kumpulan Obama ini, merekrut dan memberi latihan kepada ratusan (kalau tak ribuan) tukang gunting rambut yang akan bertindak sebagai story tellers. Kata seorang sahabat, apa pernah kita terfikir kenapa terdapat parti politik tertentu sanggup membuang duit semata-mata untuk menguasai golongan seperti pekerja teksi, bas dan sebagainya untuk membantu meraih undi mereka daripada ahli miskin jiwa, kalau anda perasan.

Bercerita adalah salah satu method penyampaian yang wujud di dalam el Quran untuk menarik minat golongan kafir Quraisy supaya menyembah Allah Taala. Lihatlah sahaja kisah Ashabul Kahfi, kisah firaun, kisah para ‘anbia, kisah binatang-bintang tertentu dan sebagainya. Kalau mahu disenaraikan cerita-cerita yang wujud di dalam el Quran terlalu banyak.

Sememangnya teknik bercerita adalah salah satu dari method untuk berdakwah. Jadi, mengapa kita mahu tinggalkannya? Tambahan pula, dalam konsep dakwah fardhiah sekalipun, kita mestilah mengenali mad'u kita serapat mungkin supaya mudah untuk kita membentuknya menjadi seorang yang faham dan ingin bekerja sepenuh masa untuk Islam. Apabila kita bercerita tentang diri kita, mesti dia juga ingin bercerita tentang diri dia. Jadi tahap ukhuwwah pun semakin meningkat, bahkan menjadi rapat, dan lagi dekat.

MODUS OPERANDI CERITA DALAM QURAN

Berdasarkan modus oprendi penceritaan di dalam Quran, penulis mengkategorikan pembukaan kunci-kunci ghaib di Kitab Alam merupakan siri cerita yang terpanjang dan paling kompleks untuk difahami dan dikaji suatu ketika dahulu. Tetapi dengan adanya sokongan daripada Hadith baginda saw, ianya menjadi semakin mudah untuk difahami dan seterusnya mengembleng akal supaya terus matang dalam berfikir.

Tidak dinafikan model penceritaan adalah terbaik mentarbiah minda, tetapi hendaklah di sana ada kawalan dan bertapis agar substance cerita tidak mempengaruhi keterbukaan halwa pendengar, khususnya golongan kanak-kanak. Hal ini menjadikan pendengar terlatih dengan cerita yang sedap di hati berbanding cerita yang membenak akal kritikal. Hasilnya adalah Muslim hari ini yang minat mendengar cerita untuk dipercayai dan bukan cerita untuk difahami dan fikir. Hati-hati!

Kalau masa tuntut ilmu pun, penulis rasa ramai pelajar yang suka bila pensyarah dan guru mereka bercerita berbanding menyampaikan ilmu secara terus seperti dalam buku, sebab lebih mudah masuk dalam kepala berbanding fakta bulat-bulat, yang mana sering buat pelajar mengantuk. Tapi kalau ‘relate’kan ilmu tu dengan cerita, ianya mampu diingat sampai bila-bila even dalam peperiksaan pun boleh diingat semula dan mudah jawab soalan-soalan yang diberikan.

Dalam Quran banyak cerita-cerita teladan dan daripada cerita-cerita seumpama itu kita boleh merenung jauh-jauh apa yang tersirat disebaliknya. Masa zaman sekolah rendah dulu, penulis belajar memahami konsep beriman dengan Allah Taala dan akhlak mulia melalui kisah-kisah dari Quran yang telah diterjemahkan melalui buku cerita yang berwarna-warni. Daripada buku ke lisan, penulis pula yang akan berceloteh dalam kelas tentang apa yang penulis baca sehinggakan ustaz memberi jolokan kepada penulis sebagai ‘Penglipur Lara’.

Ada sesekali bila ustaz kata di zaman silam, pakar bius minta khidmat si tukang cerita untuk lalikan pesakit, penulis boleh bayangkan. Ketika itu ibu saudara, melalui saat pembedahan cesaerean section untuk anak pertama dan keduanya, kedua-dua doktor pakar dan doktor bedah tidak henti-henti berceloteh. Katanya, pasal memancing, minta cuti tidak lulus dan macam-macam lagi, hingga beliau tidak perasan pisau telah membelah perutnya.

Paradigma kita lebih mudah dibentuk melalui wasilah penceritaan berbanding interaksi akademik. Di Kaherah, tempat pengajian penulis dan mungkin seluruh negara, iklan (terutamanya makanan ringan dan barang elektronik) dirangkaikan selama beberapa hari dalam bentuk cerita pendek, dan ramai penonton tidak sabar-sabar menanti iklan susulannya, walaupun iklan itu sebenarnya mengganggu perjalanan movie yang sedang disiarkan.

Dalam proses penceritaan, bahan-bahan kompleks ilmu yang hendak disampaikan hendaklah dihidangkan dalam bentuk yang mudah dicerna oleh akal, emosi dan hati. Golongan pendakyah telah lama mengeksploitasikan wasilah ini secara intensif dan proaktif. Kita (pendakwah) bila lagi?

Moga peluang merebut dalam keperluan meninggalkan kesan kepada mad'u dalam dakwah secara simplistik lagi sistematik.

ameen




1 komentar:

nasuha berkata...

salam 'alaik.mabruk, tulisan dan buah fikiran yg baik, membuka mata kebanyakan da'ie yg masih selesa dgn cara 'klasik' dlm berdakwah.

tidak dinafikan, para da'ie perlu lebih kreatif dan lebih peramah drpd biasa utk menawan hati mad'ue. cuma jgn pula si da'ie yg hanyut dan larut dalam dunia penceritaannya sendiri,sehingga lupa pada tujuan dan matlamatnya yg asal.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal