PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, Julai 8

Tazkirah: Ilmu



Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Segala pujian dipanjatkan kepada Allah Taala Dzat tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan mulia Muhammad S.A.W dan kepada ahli keluarga baginda serta para sahabat yang diredhai oleh Allah Taala semuanya.


Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana dengan segala nikmat dan rahmat daripada-Nya kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk mengecapi nikmat hidup sebagai seorang muslim dan beriman kepada-Nya. Di antara perkara yang utama diajar oleh baginda S.A.W setelah Islam mula bertapak di Madinatul Munawwarah adalah supaya senantiasa bersyukur kepada Allah Taala dengan nikmat pemberian-Nya terutama nikmat persaudaraan yang mana pada masa itu baginda saw berjaya menyatukan antara golongan Muhajirin dengan Ansar kerana ia merupakan asas pada pembetukkan sebuah negara Islam yang pertama.


Ilmu merupakan asas yang cukup penting dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang taat akan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana dengan ilmu seseorang dapat mengenali Sang Pencipta dengan lebih dekat dan yakin serta seterusnya dapat meningkatkan keImanan dan ketakwaan kepada Allah Taala.


Dengan ilmu seseorang itu dianggap kuat dan gagah untuk mentadbir sesebuah negara mahupun mana-mana organisasi baik berbentuk individu atau berkumpulan, cuma pembawakannya sahaja yang berbeza berdasarkan kreativiti dan tahap penguasaan ilmu tersebut. Tapi jelas, tanpa ilmu hidup seseorang itu mungkin terumbang-ambing tanpa arah tuju yang mantap, apatah lagi dengan cabaran dunia globalisasi yang amat dahsyat sekarang dan ilmulah merupakan benteng yang terakhir untuk menilai baik buruk tindakan kita berdasarkan pengetahuan dan akal yang sihat.


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Az Zumar (39:9)

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat” el Mujadalah (58:11)


Kita perlu sedar bahawa penting seseorang itu berilmu apatah lagi bergelar sebagai ad da'ie untuk membisakan kita menyampaikan mesej-mesej dakwah secara berkesan dengan utaian dan ungkapan yang menarik lagi berhikmah supaya dapat mengumpan manusia untuk mengenali Islam dan mentauhidkan diri kepada Allah Taala. Di sana tidak perlu timbul rasa deskriminasi seseorang untuk menyampaikan ilmu mereka yang dianugerahkan oleh Allah Taala walaupun terdapat di sana perbezaan acuan dan tahap pengetahuan seseorang kerana tugas mereka adalah sama iaitu menyampai dengan menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Ilahi seterusnya akan timbul rasa takut kepada Ilahi.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dikalangan hamba-hamba-Nya adalah Ulama'...” Fathir (35:28)


Baik,cuba kita imbau kembali sirah dan sejarah kejadian datuk moyang kita Nabi Adam as supaya kita nampak kenapa ilmu cukup penting dalam kerangka untuk membina umat. Selepas Allah Taala mencipta Nabi Adam as perkara utama yang diperintah adalah supaya mengenali kebesaran Allah Taala dengan melihat kejadian ciptaan-Nya dan ianya berkaitan dengan ilmu walaupun pada pemulaannya terdapat keraguan daripada para Malaikat tentang keupayaan manusia (Adam as) menjadi khalifah tetapi setelah Nabi Adam as menonjolkan ilmu-ilmu yang diajar oleh Allah Taala barulah mereka sedar ilmu dan pengetahuan Nabi Adam as itu telah mematahkan keraguan mereka tadi.


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan Dia-lah yang mengajar kepada Adam nama-nama (bintang-bintang) seluruhnya,kemudian mengemukakan kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang beriman


Mereka menjawab: “Maha suci Engkau tidak kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami;sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana


Allah berfirman: “Wahai Adam beritahulah kepada mereka nama benda-benda ini”. Maka setelah diberitahu kepada mereka nama benda-benda itu,Allah berfirman: “Bukankah sudah Ku katakan kepadamu bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan
el Baqarah (2:31-33)


Begitu juga yang terjadi kepada baginda S.A.W sebelum Nabi menerima watikah perlantikan sebagai seorang rasul untuk membawa risalah-risalah para rasul yang terdahulu untuk menyeru golongan kafir Quraisy jahiliah pada masa itu supaya mentauhidkan diri kepada Allah Taala serta mengeluarkan mereka dari kegelapan jahiliah kepada cahaya nur Islam. Nabi telah diajar oleh Malaikat Jibril as dengan ilmu supaya membaca beberapan potongan ayat-ayat el Quran dari surah el 'Alaq.


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia yang mengajar kepada manusia apa yang tidak di ketahuinya” el 'Alaq (96:1-5)


Maka jelaslah ilmu memainkan peranan penting dalam menyampaikan seruan dakwah secara berkesan dan kolektif kepada manusia. Belajar merupakan salah satu konsep dalam proses untuk mendapatkan ilmu pengetahuan selain dari mendengar, melihat, membaca dan ilham daripada Allah Taala baik melalui mimpi mahupun terjaga. Belajar merupakan wadah paling rasional untuk menyampaikan dakwah apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan yang menuntut individu bergerak seiring dengan kemajuan dan ketemadunan manusia sejagat.


Namun terpulang kepada kita untuk mencorak strategi yang lebih ampuh bagi menghadapi onak cabaran dan dugaan sebagai seorang pelajar dan pecinta ilmu Allah Taala untuk membawa Islam supaya dikenali dan dihormati oleh dunia luar kerana orang yang menuntut ilmu merupakan salah satu jihad yang paling besar dan mendapat ganjaran pahala berdasarkan niat seseorang.


Jelaslah di sini seseorang individu wajib melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum betul-betul untuk berjinak untuk menyampaikan dakwah (ilmu tersebut) dan ianya perlu selari dan seiring antara ilmu dan dakwah seperti mana yang telah berlaku kepada baginda S.A.W yang mana terus-menerus menerima wahyu (ilmu) semasa baginda berhempas pulas menyampaikan mesej dakwah.

Kita harus sedar kerana ilmu yang kita perolehi adalah pemberian daripada-Nya sama seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Adam as dan baginda Nabi Muhammad S.A.W maka wajiblah kepada kita menyampaikannya dan sentiasa mensyukurinya kerana jikalau Allah Taala mahu sebentar sahaja Dia boleh menarik ilmu pemberian-Nya.


Nabi bersabda yang bermaksud: “Azab yang paling pedih yang ditimpakan kepada ummatku adalah mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak memanfaatkannya” (Hadith daripada Muaz bin Jabbar)


Semoga Allah menerima amalan kita di bulan Rejab ini. Bulan penuh barakah, yang merupakan Bulan Allah Taala.


ameen

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal