“Ustaz ada apa-apa petua atau nasihat untuk kami…?”
“Kami kadang-kadang mudah rasa fed up dengan bidang kami sekarang, pelajar perubatan. Kami seolah-olah telah terdedah dengan bermacam ragam belum sempat kami memegang titled doktor” Keluh seorang teman, yang juga seorang pelajar perubatan University of Cairo ketika santai menikmati juadah terhidang.
“Maksud doktor (panggilan biasa kepada pelajar perubatan) apa dia? Beri satu contoh kepada saya” Penulis membetulkan baju supaya sedikit pengudaran pada petang yang masih mencecah 42 darjah celcius.
“Yela ustaz, bagaimana kami boleh bergerak seiringan antara ilmu kedoktoran yang hanya spesifik pada perubatan, di samping kami bijak menguasainya dalam membentuk diri menjadi lebih tunduk pada kekuasaan-Nya” Teman penulis begitu bersemangat ingin menambah fungsi hidup yang bakal bergelar doktor dua tahun lagi.
“Begini…” Penulis memulakan sesi perbincangan santai sambil bersila sopan, mungkin kerana beliau terkesan dan berminat dengan isi kandungan kuliah penulis sampaikan sebentar tadi.
Bagi penulis kita dilahirkan kedunia untuk mengenali-Nya dan untuk mengenali-Nya kenalah kerja keras, salah satunya, jauhkan diri dari semua sifat mazmumah dan amalkan sifat-sifat mahmudah. Sekiranya kita pegang pada amalan ini, penulis rasa tiada masalah dalam menjalankan tugasan harian sebagai pegawai perubatan dan sebagainya.
Dari sejarah, semenjak doktor dari Greek lagi adalah golongan berilmu dan orang yang paling dekat dengan ketuhanan Greek. Mereka bukan sahaja menyelesaikan masalah kesihatan, malah juga keagamaan.
Begitu juga dengan perkembangan perubatan semasa zaman Rasulullah S.A.W, penerapan nilai-nilai murni dalam sistem nilai kehidupan insan dan mengajak manusia mentauhidkan Allah melahirkan banyak insan yang dekat dirinya dengan-Nya. Atas inilah mengalir barakah dalam mengubati insan, bukan sahaja berubat rohani bahkan jasmani. Tetapi kita? Di mana agaknya tahapnya di sisi Allah.
Cuba kita kembali semula pada asal kejadian manusia, di angkat dari tanah dan diberikan Roh, datangnya dari Tuhan yang Esa (Allah Taala). Kita semua adalah Adam dan Hawa tidak kira bangsa dan agama. Sekiranya seorang insan datang meminta tolong kerana kesakitan megapa perlu kita sombong? Kerana yang meminta tolong itu dibukakan hati oleh Allah kepada kita. Ilmu dan skill yang ada pada kita datangnya dari Allah. Oleh demikian, berilah pertolongan dengan penuh kasih dan ihsan kerana Allah, ianya datang daripada Allah dan kepada Allah jua kita kembalikan.
Tingkatkan Tahap Kualiti Di samping Kuantiti
Kalau kita hendak cerita pasal sistem perubatan di Malaysia, kita masih di peringkat awal dan mula bertatih, banyak perlu dilakukan. Manusia berakal dan mahukan terbaik dalam kehidupan hakikatnya, namun kita masih ketinggalan dari banyak sudut. Kalau nak dapat stable treatment seperti terdapat di Hospital United Kingdom, Ireland dan Jerman, mungkin makan masa 50 hingga 100 tahun lagi.
Sistem pentadbiran dan kualiti perubatan tidak lagi bertapak kukuh di Malaysia berbanding di Eropah. Quality of Health di Kementerian Kesihatan sekadar kualiti di dalam pentadbiran dan penulisan tidak dapat dipraktikkan secara menyeluruh. Namun penulis tidak mengurangi apa yang kita telah ada, bersyukurlah pada yang ada setakat ini. Kualiti berubah dengan zaman.
Hakikatnya azab, musibah atau kecelakaan yang menimpa kita sebenarnya kifarah kepada kita. Jenguk balik ke kebelakang apa yang kita terkurang, yang sepatutnya diberikan kepada-Nya.
Penulis teringat pengalaman semasa berkongsi ilmu dengan seorang suami selepas usai menyampaikan kuliah maghrib ketika di tanah air dahulu, katanya:
“Cerita ustaz tadi hampir sama dengan pengalaman saya. Isteri saya melahirkan anak sulong dan kedua kami di salah sebuah hospital di Jepun. Suami kalau boleh digalakkan bersama menemani isteri dari awal sakit sehingga selesai bersalin sepenuhnya. Sebaik sahaja bayi keluar dan selesai dilapkan sedikit bendalir dan darah di badannya, terus diletakkan di dada ibunya dan disuruh menyusukannya dengan susu ibu. Selepas itu baru di timbang dan kami diberi masa untuk mengazankannya dan saya menyuapkan sedikit cebisan isi kurma ke mulutnya.
Mereka di sini pun tak ada masalah menyerahkan placenta (uri) kepada saya. Bila tiba masa memandikan bayi, kami akan sama-sama diajar cara yang betul daripada langkan memandikan sehinggalah menukarkan lampin. Itu pada saya masa yang paling seronok bahkan dapat jugak meringankan tekanan dan kesakitan isteri yang baru sahaja bersalin”
Membangun Sistem Nilai Pada Iman
“Tadi dalam kuliah, ustaz ada menyebutkan pada Iman dan dakwah. Bagaimana kami dapat jernihkan dan fungsikan antara dua elemen penting ini?” Tambah teman lagi.
Nilai terbit dari Iman. Ia umpama pokok yang keluar dari benih. Tanpa benih, pokok hanya pokok plastik.
Untuk menerapkan nilai Islam, penerimaan dasarnya berupa akidah, mesti didahulukan. Jika nilai Islam diambil tanpa mengambil Islam, ia akan menyerlahkan kerapuhannya dalam jangka masa pendek.
Belief System menghasilkan Paradigm atau Mindset dan Worldview (menentukan nilai), nilai menentukan tindak tanduk dan perbuatan, perbuatan yang berulang-ulang menjadi tabiat dan akhlak, dan begitulah turutannya.
Jangan pandai cari alasan daripada mengesan. Mengesan di mana silap dan salahnya kita. Kita cepat sahaja menghukum pada sesuatu perkara yang kita benci, tapi tidak pernah mengambil TAHU dan seterusnya mencetus MAHU. Mahu membaiki diri dan mereka yang butuhkan dakwah yang proaktif dan di hujung pula mendapat pulangan kompetitif.
Sebagai contoh mudah penulis bawakan:
Penulis sebenarnya tidak berapa selesa dengan keluhan kebanyakan remaja yang kata terpaksa kahwin sebab dah berada di tahap merbahaya, kalau kanser tu dah berada di peringkat 4, bimbang terjebak dalam sosial tidak elok dan yang seumpama dengannya.
Dalam hidup ini, even lepas kahwin, ada banyak masalah yang bakal menuntut kita untuk mempunyai self control yang tinggi, lebih tinggi dari setakat menahan diri dari melakukan zina sebelum kahwin. Kena kuat self control menahan diri, bahkan talak juga jangan dianggap perkata kecil. Maka, kalau berkahwin kerana keadaan sudah terdesak, ia dapat dimanifestasikan betapa lemahnya emosi dan Iman kita sehingga sesuatu yang besar, sebesar perkahwinan pun, kita buat kerana kita dah lost guide of force.
Let’s we shown them about the signal of Islam real standing.
Barack Obama ketika ucaptama di hadapan komuniti orang Islam di Amerika selepas terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat berkata:
“Jika kamu boleh bercakap tentang Islam dalam bentuk yang boleh difahami oleh Kongres dan Senat Amerika Syarikat, oleh orang Barat, maka saya dan orang seperti John Esposito boleh berundur dan tidak lagi diperlukan”
Subhannallah!
Rasa macam terkena penampar. Penulis tergamam seketika…
Memperkenalkan Islam supaya difahami oleh audience yang pelbagai ragam, dari beberapa segi saya merasakan keadaannya menjadi seperti ayam bercakap dengan itik. Walaupun menggunakan bahasa yang sama, namun tidak banyak yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Diakhir diskusi mungkin yang tinggal hanyalah:
“You are so infidel”- vs -“You are so extrimist”
Ini membawa penulis kepada beberapa persoalan. Apakah komponen minimum dalam dakwah? Mungkinkah kadar minimum itu bergantung kepada target audience? In order, untuk menyampaikan risalah Islam, penyampaian kita perlu berdasarkan pengetahuan terhadap target audience tersebut. Untuk tahu hasilnya, research atau home work tentang audience tersebut perlu dilakukan.
Ini menjadikan dakwah kepada Kristien berbeza dengan dakwah kepada athiest. Mungkin juga berbeza dakwah kepada orang Jepun dan dakwah kepada orang Hong Kong. Namun, apakah dakwah itu mudah?
Memang benar orang Islam itu sendiri gagal untuk menunjukkan kemuliaan Islam. Adanya, non-muslim yang bertungkus lumus dan berhempas pulas mempelajari Islam sedangkan kita dah asal muslim tidak suka kepada ilmu-ilmu agama. Moga bingkisan (posting) ringkas ini dapat menyedarkan diri penulis dan kita, bahawa lemahnya kita sebgai orang Islam yang sekarang hanya pandai mengutuk dan berbangga pada nama tetapi menepis hikmah dan kebaikan di kesampingnya.
Sheikh Muhammad Abduh berkata: “Aku pergi ke barat lalu aku dapati ISLAM tanpa umat Islam, sekembalinya aku ke negeriku aku mendapati UMAT ISLAM tanpa Islam”
Berubahlah wahai teman. Jadilah Ulul Albab terpimpin dan mampu memimpin. Tidak kira siap anda doktor, pensyarah, peguam, petani atau Iman masjid. Kuasi berubah dan mengubah ditangan anda. Berubahlah demi Gagasan Islam keseluruhannya.
Jangan jadi seperti katak di dalam tempurung. Tarik kain ke atas, di bawah nampak.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “..…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka…..”
ar Ra’d (13:11)
ameen
2 komentar:
Barack Obama ketika ucaptama di hadapan komuniti orang Islam di Amerika selepas terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat berkata:
“Jika kamu boleh bercakap tentang Islam dalam bentuk yang boleh difahami oleh Kongres dan Senat Amerika Syarikat, oleh orang Barat, maka saya dan orang seperti John Esposito boleh berundur dan tidak lagi diperlukan”
Afwan, ustaz tapi saya rasa ini bukan barack obama yang cakap tapi Karen Armstrong, seorang speaker christian yang pernah menjadi nun dahulu yang sering bercakap tentang 3 agama samawi dan kebenarang yang sebenar tentang agama2 tersebut.
Terima kasih kerana tinggalkan bekas, kata2 tersebut asal dpd Karen Armstrong yang banyak menulis tentang Islam, dan umat Islam terhutang budi dengan kepakaran beliau mengajak manusia mengenali Islam.
Dan kata2 tersebut telah diulangsiar oleh Barack Obama, kerana Quote tersebut seolah2 mempunyai maksud tersirat yang dibuat2...
wallahu 'alam.
Catat Ulasan