Penulis merasakan senyuman pertama kali yang diukirkan pensyarah Ushul Fiqh, Dr Akram Badwy semalam, cukup membuat kami turut tersenyum jua. Tidak ada jenaka, secuma cerita sahaja. Kami terikut reaksi spontan Dr Akram. Hati penulis merasakan, mungkin hari ini hati beliau cukup baik, atau lebih senang dari hari-hari yang sudah. Riak wajah, intonasi, dan body language beliau memafamkan kami pada setiap bait baris ilmu yang diajar. Cuma ada satu kata-kata beliau yang tersuling terus ke otak penulis;
"Kita ini umpama Bahtera di lautan Hidup yang luas"
Begitu dalam maksud yang ingin disampaikan oleh beliau.
Kadang-kadang penulis terasa gagal mencari peranan dalam kehidupan ini. Adakala penulis seringkali terlengah di satu-satu daratan persinggahan. Baru penulis realize dan perasan, setiap daratan yang dilalui perlu meletakkan momentum yang sepatutnya. Kena start engine balik dan memaksimakan kapasiti yang ada.
Optimumkan potensi diri seoptimum mungkin, melebihi dari tekanan yang ada. Mengenal dan melaksanakan fungsi diri kerana Islam adalah semua yang terbaik;
"Dunia ni alat untuk mencapai matlamat iaitu akhirat"
Penulis seringkali terasa cukup kagum dan cemburu (bertempat) terhadap mereka yang sudah menemui apa yang patut diberi dalam hidup ini. Sudah pasti hidup mereka tenang dan gembira kerana mampu melaksanakan tanggungjawab dan mengoptimumkan hayat yang Allah Taala telah beri di muka bumi ini. Moga Allah Taala memberikan petunjuk buat penulis dan anda pembaca budiman, yang masih mencari rentak perjalanan hidup sebenar.
Tidak hanya menunggu sehingga menghabiskan usia. Perlu pada matlamat dan perancangan yang jelas, vision dan mission. Melaksanakan peranan sebagai hamba Allah Taala, dan juga sebagai Khalifah-Nya di bumi ini. Sungguh besar peranan seorang insan, sebab itu gunung menolak untuk menerima tawaran, memegang amanah.
Dalam pelayaran hidup, adakalanya kapal yang sedang dibina terpaksa diubahsuai semula kerana tidak menepati specs yang telah ditetapkan, adakalanya pula kapal yang serba lengkap dengan peralatan moden juga akan tenggelam dek lebihan muatan atau bencana alam semulajadi.
Dalam mencari erti hidup untuk apa? Jadikan segala yang dilakukan dan diusahakan semuanya sebagai ibadah kerana bila beribadah semestinya kita mahu lakukan yang terbaik buat Yang Maha Pencipta.
Usah digusar apa yang dilakukan. Benar kata seorang pujangga arab, yang penting bila buat sesuatu, dikerjakan dengan penuh dedikasi.
Then only you’ll always feel at ease and can truly understand the path that you take is also the path that will lead you to the betterment of your life here and in the hereafter, Insha-Allah.
Pelayaran di lautan yang luas mengingatkan kepada 'dunia ini ibarat sebuah lautan yang dalam'. Binalah bahtera kalian dengan Iman, isi muatannya dengan Takwa dan amal soleh. Binalah layarnya dengan Tawakkal. Sebuah pelayaran cukup hebat.
Bila usia semakin meningkat ke alam dewasa. Permandangan itu nampak meluas sikit. Era pelajar sekolah rendah dan menengah dulu, banyak restricted pada proses pembelajaran dan kerja rumah saja. Sekarang ni bila dah masuk dunia 'mahasiswa', hala tuju tu menjadi lebih terang dan fokus. Memang penting untuk buat sehabis baik, tapi lebih terasa nikmatnya bila kita suka apa yang kita buat tu 'love what you do'. Tanpa kita sedar, kita memang akan buat yang terbaik bila kita suka apa yang kita buat. Tanpa paksaan, tanpa rasa penat lelah, walaupun mungkin pada mata dan pandangan orang lain, macam mustahil sahaja apa yang kita buat tu.
Apakah anda anda telah rasa sudah lama belayar? Sudah ketemu daratan yang paling disenangi?
Walaupun kadang kadang dah nampak daratan yang terbaik yang kita rasa ‘mewah’ atau 'secocok' hasilnya, tetapi adakalanya kesibukan menghalang kita menikmati keindahan daratan itu. Akhirnya ditolak badai hanyut merempat di tempat yang kita tidak suka. Tapi peliknya kita memerlukan sangat hidup di pulau itu. Maka, gunakanlah kesempatan yang terhidang sebaiknya. Pantang melihat peluang terhidang. Kekadang perlu juga bertindak 'tomok' untuk miliki sesuatu, bukan pada material, tapi spiritual.
Terkadang semasa dalam pelayaran, kita terjumpa dua jenis daratan, dan perlu buat pilihan. Satu, daratan yang jika diterokai, menjanjikan pulangan yang hebat untuk kesejahteraan manusia sejagat. Satu lagi, daratan yang mungkin membantu pembaikan manusia (menerusi kita) tetapi kepastian itu masih samar. Namun, pelayar cenderung untuk bertandang ke daratan yang kedua oleh sebab minatnya dan keserasiannya. Pada pendapat anda, ke arah mana kapal patut dikemudikan? Adakah pelayar perlu mengorbankan minatnya (dan mungkin kegembiraannya) untuk ke daratan yang pertama? Anda boleh buat pilihan tepat.
Maknanya, setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan, lakukan yang terbaik. baru dapat dikenalpasti potensi sebenar kita. Jika semuanya buat ala kadar dan sambil lewa, maka tidak jelaslah kelebihan kita itu di mana. Kata kuncinya; buat habis baik, dalam setiap amal.
Ingatlah, indah dan bermaknanya pelayaran bila banyak daratan disinggahi. Di situ kita mengutip pengalaman, menganalisis potensi dan kecenderungan diri di daratan mana yang kita rasa paling serasi dan sesuai dengan jiwa kita. Nampak macam seronok pula, berpeluang mencuba daratan yang pelbagai, namun disana tetap ada risiko yang perlu dihadapi. Cuma kadang bila kita telah berada di zon selesa ada yang tidak lagi berani meneruskan pelayaran walaupun sebenarnya jiwanya tiada di situ. Bidang itu bukan pilihan dan minatnya, tapi kerana takut risiko karam ditimpa badai, dan dipukul ombak maka pelayaran terhenti. Fungsi diri yang sebenar tidak ditemui. Maka berkampunglah didaratan itu tanpa sebarang anjakan, tiada anjakan paradigma. Segalanya, bukan mudah untuk digapai. Mudahnya cuma sekadar manis di bibir. Jangan jadikan masa dan ruang dianugerahkan Allah Taala ini sebagai sia-sia;
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya” (el Hadith)
Mencari diri sendiri bukan totally, bergantung kepada penilaian sendiri kepada diri sendiri. Reflection from the others is also crucial to evaluate ourselves through the other people eyes.
Manusia adalah manusia, kalau tidak diingatkan, akan sentiasa merasa diri lebih hebat dari segala-galanya. Sedangkan dirinya hanyalah titik kecil di dalam karangan terhebat ciptaan Allah Taala. Membentuk huruf dan seterusnya membentuk ayat-ayat. Hilangnya titik kecil ini, tidak mengapa, kerana Allah Taala Maha Berkuasa, tapi jika hilang 'pena' untuk menghasilkan titik itu, maka buruk padahnya. Titik kecil ibarat satu atom yang besarnya tidak mampu dilihat mata kasar.
Ayuh ! jadilah sebuah Bahtera yang mempunyai radar, untuk bergerak dan menuju terus ke destinasi, tidak ada keraguan lagi tentangnya. Bergerak mengikut perancangan, matlamat harus digapai.
ameen
0 komentar:
Catat Ulasan