PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Julai 27

Raseel Barr: Kenangan Hari Terakhir


Semua mata memandang beg masing-masing.

Hari ini adalah hari terakhir kami di Raseel Barr. Hari minggu, akan meninggalkan kami dengan seribu kenangan sepanjang berada di sini. Menggetis setiap hati-hati yang memerhati.

“Pejam celik, pejam celik dah hari terakhir kita di sini” Bang Dedi bersuara memecah sunyi di bening pagi tu.

“Iya la bang, rasa tak puas tiga hari di sini” Balas penulis sambil mengisi barang-barang yang di bawa ke dalam beg galas.

Tempoh yang diberi tuan villa supaya dikosongkan rumah ialah sebelum tengah hari kerana rumah yang sama akan disewa oleh sepasang suami isteri satu keluarga.

Kami semua mengisi perut dengan bersarapan pagi, buat alas perut yang bakal menempuh perjalanan jauh selama 5 jam dari stesen kereta api Dumyat menuju ke Kaherah. Bukan sekadar berperang dengan perjalanan jauh tetapi terpaksa bertarung dengan hawa panas yang memincit keras setiap jasad di dalam train tu.

Penulis teringat kata-kata seorang mak cik ketika menjemput kami satu keluarga dari Bandar Kangar untuk ke rumahnya, mungkin mengubat keletihan kami yang baru pertama kali sampai ke Bandar tersebut. Beliau dengan muka manis berkata:

Pengajaran di sebalik peristiwa Isra’ dan Me’-raj selain daripada apa yang biasa-biasa kita dengar ialah Merawat duka di hati dengan berjalan, melihat, dan mentafsir kekuasaan dan kebesaran Allah Taala”

“Sepertimana Rasulullah S.A.W dikurniakan mu’-jizat ini ketika baginda bersedih dengan kewafatan isteri tersayang dan bapa saudara baginda, insan paling rapat dengan baginda dalam perjuangan” Tambah mak cik yang dikenali dengan nama Ruqayah.

Bila terkenang kata-kata ini, penulis tidak jadi mengeluh dan rasa cepat bosan. Kalau boleh dalam train nanti dapat duduk sit tepi tingkap, boleh tengok-tangkap pemandangan luar. Maka sudah tentu ada kaitan dengan ilmu spiritual, ilmu dalaman yang berinteraksi terus dengan akal fikiran manusia.

ILMU SPIRITUAL YANG ASLI

Penulis ada satu cerita oleh seorang teman sekuliah dari Jawa Timur, dan rasanya pernah diselitkan dalam artikel penulis terdahulu, mungkin ini sebagai sambungan ringkas sahaja, paling penting niat penulis untuk mencetus fikir bagaimana hendak mengenali ilmu dalaman ini.

Beliau memulakan cerita dalam bahasa surat Indonesia bagi memudahkan penulis sedikit faham:

Ketika saya masih berada di bangku sekolah rendah dahulu, saya pernah jatuh cinta kepada seorang perempuan teman sekelas. Perempuan itu suka membaca buku. Siang malam saya selalu rindu untuk bertemu. Dan kalau sudah bertemu, apalagi kalau disapa, hati saya pasti berbunga-bunga. Sepanjang hari itu saya akan rasa bermotivasi untuk belajar dengan baik di dalam kelas.

Dan kalau saya tidak bisa bertemu dengan perempuan itu, maka saya akan berusaha mencari tanda-tanda lain sebagai ganti dirinya, yang boleh mengubati kerinduan saya kepadanya. Kadang-kadang saya pandang buku catatannya yang sengaja saya pinjam.

Kadang-kadang, melihat rumahnya sahaja pun hati saya sudah berdebar-debar. Kalau sudah berjaya lihat wajah sudah tidak terurus lagi perasaan saya. Maka hanya setelah melihat tanda-tanda lain sebagai ganti dirinya pun sudah cukup membuat saya menjadi tenang dan berlaku baik untuk beberapa saat”

Dalam hal ini dapatlah kita faham, sebagai contoh seseorang yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang halal dikahwini, maka pengalaman jatuh cinta itu boleh penulis gambarkan secara fakta dan boleh pula penulis gambarkan secara fiksi.

Kalau secara fakta, maka penulis tentu akan melaporkan berapa tekanan darah, berapa denyutan nadi per minit dan bagaimana komposisi hormon serta enzim yang ada di dalam tubuh penulis bergerak sepersis tumbuhnya rasa kasih dan cinta itu, seperti catatan di kaki tempat tidur seorang pesakit di hospital, yang setiap pagi dibaca oleh oleh para doktor dengan raut wajah tanpa emosi.

Adapun kalau secara fiksi,maka penulis akan menggambarkannya begini;

“Terimalah lamaran sang kekasih untuk beradu di kamar hati”

“Jemput abang di Lembah Nil yang setia”

Akan aku utuskan dewa-dewa kasih ke sangkar hatimu”

Gambaran yang lebih berbentuk suatu ungkapan puitis untuk dihamburkan ke liang telinga terus menerjah ke hati yang dalam untuk menghantar impuls perasaan suci ditafsirkan semulus tindakan yang terzahir di mata.

Kalau seseorang ingin mengetahui atau mengalami bagaimana rasanya jatuh cinta, manakah gambaran yang lebih relevan baginya? Penulis merasakan, orang itu tentu akan memilih penggambaran secara fiksi diletakkan di hadapan manakala fakta adalah penguat pada hati untuk terus teguh pada pendirian yang lahir dari fiksi.

Spiritual atau jatuh cinta kepada Tuhan Maha Agung adalah fakta yang lebih abstrak daripada jatuh cinta kepada seorang perempuan. Oleh itu, menurut hemat penulis, agar orang lain boleh mengetahui dan merasakan pengalaman tersebut, maka perasaan itu akan lebih efektif bila digambarkan secara fiksi.

Memang benar, pengalaman itu boleh juga digambarkan secara fakta dalam bentuk teologi atau psikologi. Namun penulis merasakan gambaran seperti itu tidak akan secara normal boleh melahirkan rasa cinta berputik dan menggetarkan hati-hati yang merasainya. Walau bagaimanapun, ianya tidak mustahil kerana sejarah telah membuktikan pada zaman para sahabat, bagaimana mereka merasakan cinta yang tumbuh mekar di hati hanyalah layak untuk Tuhan yang Esa sahaja.

Kesimpulan pendek dapat penulis jernihkan:

Iman bermuara kepada teologia (akal). Teologi pula bermuara kepada spiritual (perasaan). Dan spiritual seseorang pula bermuara kepada perbuatan.

Inilah interaksi sesama yang membuat seseorang itu cenderung untuk memilih jalannya sendiri, sama ada ke arah kebaikan mahupun sebaliknya.

Wallahu ‘a-lam.

MEMULAKAN PERJALANAN JAUH

Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi, masih terlalu awal untuk ke stesen kereta api, kami difahamkan jadual kereta api bertolak ke Kaherah adalah pada jam 1330pm, jadi kami masih ada kira-kira 4 jam 15 minit lagi.

Dari Raseel Barr ke stesen kereta api Dumyatt hanya 15 minit perjalanan menaiki tramco, sejenis pengakutan awam.

“Kita akan ke Lisaan dahulu sebelum bertolak ke stesen kereta api. Kita ambil angin di sana” Samuel, ketua rombongan mengarahkan kami bersiap membawa barang-barang sendiri menuju ke stesen tramco.

“Apa yang ada di lisaan ni bang?” Suara Putra mencelah.

“Tunggu la, nanti kita lihat sama-sama” Balas Samuel.

Ketika di dalam tramco, penulis melihat ramai sahaja warga tempatan yang menghabiskan masa di tepi tebing tembok yang dibina sepanjang pantai, temboknya agak tinggi sedikit dari paras laut.

Lisaan yang berada di utara Raseel Barr telah siap dibina pada tahun 2005. Kawasan tanah tinggi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini. Hiasan setiap jalanan menggamit sukma.




Setiap penjuru padang yang dibahagikan itu akan dipancakkan label bagi memudahkan pengunjung sejarah atau tarikh berlakunya sesuatu peristiwa. Di sini juga boleh penulis katakan tempat para nelayan berkumpul tapi agak jauh dari pandangan mata kalau diperhatikan dari Lisaan, rumah api juga dibina di sini, berada di hujung menghala ke laut seperti tanjung.

Pengunjung semakin ramai dari semasa ke semasa. Sambil menunggu hampir jam 1230pm, kami habiskan masa dengan mengambil gambar kenangan. Pelbagai aksi dan bermacam-macam posing yang diperagakan, maklumlah jarang-jarang sampai, dah ada pakai redah sahaja.




Penulis lebih suka melihat kapal nelayan keluar masuk ke pelabuhan sambil duduk di atas tambak yang setia menyokong tembok, mereka jelas nampak begitu suka dan teruja dengan hasil tangkapan pada kali ini, mungkin sudah dua tiga hari berkelana di tengah samudera.

“Boleh bergambar bersama-sama?” Dua warga tempatan menyapa kami, mereka seperti nelayan kerana sedikit faham pada cara pemakaian yang dikenakan.

“Mahu bergambar semua atau sebahagian?” Penulis bertanya kembali.

“Terserah, cuma kami mahu pemuda itu turut sama” Tangannya menunding ke arah Putra, baginya mungkin nampak aneh sedikit kerana lihat pada rambut si Putra yang tidak terurus.

“Silakan...” Penulis mempelawa untuk bertindak sebagai juru foto.

Semua nampak gembira dalam kepenatan di bawah kesetian matahari memancar terik sinar.

Benarlah begitu ramai manusia yang baik hati, yang membantu serba-serbi, yang bersungguh-sungguh mahu berukhuwwah dalam keterbatasan bahasa.

Sudah tiba masa untuk kami berangkat pulang, pilihan terbaik ada pada setiap tindakan yang berpaksikan ilmu masing-masing, maka pilihlah yang terbaik atau kurang baik tapi mampu mendidik menjadi lebih baik.

Raseel Barr dalam diari kenangan.

Sehingga berjumpa lagi...

ameen


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal