PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, Julai 24

Muhasabah: Melateral Ilmu Biar Sesekali




BELAJAR TANPA BERFIKIR SALAH, BERFIKIR TIDAK BELAJAR SUSAH!

Hati kena mahu bersih, kena mahu putih, baru ilmu yang dicurah dapat ditadah, ibarat air dari gunung mengalir ke lembah, membekas bukan saja di telaga minda tetapi di tasik hati jiwa juga.

Perhatikan ini, ada orang miskin tidurnya nyaman sekali meskipun beratapkan rumbia atau langit Tuhan. Ada pula orang kaya tidurnya resah sekali meski beratapkan syiling buatan moden dan baik sekali.

Perhatikan ini lagi, ada orang miskin makan kenyang sekali meskipun ikan kering. Ada pula orang kaya makan lauknya banyak sekali tetapi tidak pernah puas hati.

Tiada penafian pada sebujur nafsu yang tidak terasuh molek akan membunuh cara fikir yang lateral.

Kalau kita membaca sejarah, maka kita akan melihat bahawa agama, seni, ilmu pengetahuan dan teknologi itu saling berkaitan dan saling mendukung dalam perkembangan sebuah peradaban manusia. Teknologi tidak tumbuh di ruang hampa, ia tumbuh dalam interaksinya dengan ilmu pengetahuan, seni dan agama. Demikian juga halnya dengan ilmu pengetahuan, seni atau agama itu sendiri masing-masing tumbuh dalam interaksinya satu sama lain.

Moral, etika, delusi dan kreativiti manusia juga saling berkaitan dan saling dukung-mendukung dalam perkembangan sebuah peradaban. Kreativiti tidak tumbuh di ruang hampa, ia tumbuh dalam interaksinya dengan moral, etika dan delusi. Demikian juga halnya dengan moral, etika atau delusi masing-masing tumbuh dalam interaksinya satu sama lain.

Intelektual adalah seseorang yang menaruh dan memberi perhatian yang tulus, mendalam dan luas terhadap masalah-masalah sosial budaya masyarakat di mana dia berada. Para sarjana dan ilmuwan belum tentu dinobatkan sebagai ahli intelek andai kepakaran dan ilmunya itu tidak boleh digunapakai atau at least dirasai oleh manusia lain.

Setiap cabang ilmu sememangnya ada pintu dan tertib yang harus dilalui untuk sampai ke peringkat tertinggi. Untuk memahami ilmu Islam itu sememangnya memerlukan pendekatan yang betul. Baru pandai merangkak, jangan pula terus berangan mahu berlari. Pandai untuk bertatih dari bawah, jangan pula memandulkan cita-cita untuk terus maju, cuma perhatikan kelayakan yang ada sebelum terjun masuk.

Apabila penulis menyebut kenalah batas dan belajarlah membataskan diri. Penulis tidak bermaksud yang ilmu syariah atau apa-apa ilmu di dunia ni hanya layak untuk orang tertentu sahaja. Tetapi ia adalah seperti papan tanda di jalanraya, agar kita memandu mengikut kesesuaian sekitar kita dan jenis kereta yang kita pandu. Jalan memang jalan Islam, tetapi bukan semua lencongan boleh speed sampai 100km/h. Bukan semua naik ferrari. Ramai yang hanya memandu kelisa, maka berusahalah wahai pemandu kelisa agar sampai ke tahap boleh memandu ferrari. Caranya bekerja keras di kelas pengajian, bukan memandu kelisa seperti ferrari lalu berangan-angan mencari mati.

Isu sunni dan syiah bukan isu baru. Perbezaan salaf khalaf bukan isu baru. Semuanya dah establish zaman berzaman. Semuanya sudah ada platform sendiri. Maka isu-isu ini tak boleh dipersalahkan sebagai punca kita jadi keliru.

Tapi isu-isu ni dulu isu orang mengaji, isu orang nak belajar memasak ilmu. Tapi ia telah diturun taraf menjadi isu orang ramai. Macam isu tol dan rasuah pemimpin negara. Produk sistem pendidikan pula semakin melahirkan golongan yang hanya mampu cemerlang dalam silibus sekolah, bukan kepada isu ummah.

MATI DALAM LAMBAKAN ILMU

Ada antara kita yang bercakap tentang kerisauan terhadap sikap siswa-siswi Pengajian Islam sedia ada terhadap ilmu. Tentang sikap belajar hanya untuk peperiksaan, malas, ponteng, meniru, dan tidak thiqah. Namun terdapat satu faktor yang mungkin nampak remeh tetapi agak menggusarkan, iaitu sikap tidak yakin terhadap kemampuan diri untuk meletakkan diri sebaris dengan ulama’ tersohor.

Keutamaan kita pada ilmu agama yang Allah Taala turunkan dah semakin susut. kita telah tidak merasai miracle quran sebab banyak sungguh ilmu-ilmu agama yang ditulis oleh pelbagai latarbelakang manusia. Kita makin jauh dari Quran dan kitab-kitab yang muktabar.

Kita tidak meletakkan prioriti pada pendidikan agama, terutamanya dalam membentuk tauhid dalam diri, tiada penekanan dalam fasa pendidikan sekolah rendah, pembelajaran asas Fardhu ‘Ain hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Apa yang terlintas di fikiran lebih pada mengutamakan ilmu untuk mendapat pekerjaan, hilang nilai-nilai moral dan value ilmu. Pelajar-pelajar di universiti pun kebanyakannya belajar untuk lulus peperiksaan, tanpa menguji kualiti ilmu dan menghisab diri, namun terlebih malang gagal untuk memperbaiki kemampuan berfikir.

Penulis rasa, memang masanya kita bermuhasabah, berbincang, mengusahakan, dan memohon pihak yang ada authority untuk kembalikan nilai-nilai ini. eloklah kita balik kepada ajaran Quran dan kitab-kitab dasar agar miracle dan rahsia (roh) Quran itu dapat kita rasai semula.

Semut mati di balang gula, suatu metafora yang amat tepat dalam merumuskan situasi ini, bahawa umat binasa bukan sahaja kerana kekurangan ilmu, bahkan mati dalam lambakan ilmu. Sungguh menggerunkan.

MUHASABAH PADA JURNAL ILMU

Banyak isu yang mencelarukan minda dengan masalah ummah masa kini. Tenggelam punca, dan tidak dapat pastikan di manakah kedudukan kita sekarang. Penulis sedikit tertekan kerana tidak tahu bagaimana hendak menyumbang buah fikiran dan tenaga untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

Mungkin atas semangat dan dasar untuk melihat Islam itu kembali ke persada kegemilangan juga menjadikan Islam bukannya untuk orang agama sahaja. Mereka mempelajari Islam dan memberi pandangan berdasarkan hadith dan Quran tanpa terlebih dahulu mengetahui disiplin-disiplin dan metadologi di sebalik miracle Quran dan terbitnya hadith tersebut. Maka bila kita fahami betul-betul, di sinilah kita akan merasakan kekurangan dan kelemahan yang ada berbanding ilmu-ilmu yang diciptakan oleh Allah Taala. Allah Taala tidak pernah gagal memandang kita, melainkan apa yang kita telah sia-sia daripada memandang-Nya.

Pengajian Islam juga perlu direlevankan dengan kehendak semasa. Selain mempunyai asas yang kukuh, pelajar pengajian Islam perlu kemahiran nilai tambah (value added skills) untuk memastikan ilmu yang dipelajari relevan dengan tuntutan massa. Mungkin juga perlu kajian semula (re-evaluation) terhadap isi kandungan (content) dan cara (approach) pengajian Islam.

Penulis juga memerhatikan bahawa terdapat penuntut ilmu (talib el ‘ilm) yang kadangkala tergesa-gesa dan over-reactive berbanding para guru mereka yang seterusnya menyumbang kepada caca-merba, dan syok sendiri.

Jikalau mahu mendalami ilmu tentang setiap organ manusia (anatomi) untuk seterusnya jadi surgeon perlu kepada satu disiplin yang khusus dan panjang serta tak mungkin boleh dikuasai dengan hanya melayari internet, takkan lah mahu mendalami segala kata-kata Allah dan Rasul-Nya yang begitu luas maksudnya (jawami’ el kalim) tidak perlu kepada disiplin yang khusus dan tersusun, dan boleh terus jadi pakar bedah Quran dan Hadith dengan hanya melayari internet dan membaca artikel atau belajar secara sambil-sambil.

Usaha dan tumpuan kita hanya untuk mencari kemenangan di pihak kita tetapi sepatutnya usaha kita untuk mencari keredhaan Allah Taala. Malanglah kita usia yang sedikit apatah lagi di akhir zaman ini masa yang ada berlalu dengan pantas sekali, kita sibuk dengan perkara yang bukan matlamat kita. Biarkan si luncai dengan labu-labunya, kita tetap berjalan menuju keredhaan-Nya. Barulah ekspresi menang-menang akan bersama kita.

ameen.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal