Penulis semasa di peringkat sekolah rendah lagi telah didedahkan dengan pelbagai ragam kehidupan. Penulis bersedia membaca setiap aksi yang dipertontonkan untuk diadaptasi pada lakonan layar diri. Terdedah bukan bererti kita tidak mengendahkan, letakkan prioriti yang sesuai dengan kematangan ketika itu.
Pelajar sekolah rendah ada tahap bersesuaian dengan mereka, begitu juga pelajar sekolah menengah, di sini mereka mula untuk berjinak-jinak dan mengenal dunia, dan seterusnya peringkat golongan dewasa dan tua.
Kita tidak boleh sama sekali menyangah kanak-kanak kerana perlakuan mereka kerana terlalu nakal, kita jangan terlalu ekstrim untuk mengubah corak keadaan remaja secara drastik hanya kerana mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Maka di sini pentingnya kita bermain dengan persekitaran, membuta-tuli pun tidak, mempeduli tanpa berhikmah pun tidak, sebab tu penulis ingatkan tadi perlu letakkan prioriti.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaan-Nya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwa itu" as Syams (91:7-9)
Membius Minda Dengan Senergi Ilmu
Memang selalu jadi resam, agenda nak meneutralkan sikap eksklusif kelompok aliran agama disampaikan dengan cara yang sangat buruk, hodoh dan tidak sepatutnya hingga menjustifikasikan mereka dalam keadaan bimbang, hingga ada jurang piawai pelajar aliran agama dengan bukan dari aliran agama.
Tidak dapat dinafikan dan juga telah dijanjikan kepada kita bahawa jalan kebenaran itu akan sentiasa dipenuhi dengan ujian dan dugaan. Bukan untuk menghalang kita, tetapi untuk meningkatkan semangat kita.
Menampakkan betapa kritikal minda yang selalu diasuh untuk berfikir dapat memberi penyelesaian terhadap setiap masalah melanda umat. Masalah umat Islam pada hari ini adalah pada malasnya untuk berfikir lebih dari kebiasaan. Semoga diri ini dan rakan-rakan lain tidak akan mudah putus asa untuk berjuang demi Islam.
Kalau kita perhatikan, kejayaan ibu bapa boleh dilihat dan dirasakan bila berjaya menanamkan sesuatu yang penting pada diri anak-anak mereka dengan kaedah yang sesuai dengan tahap penerimaan dan pemikiran, yang mungkin memerlukan kreativiti dan kesabaran yang amat tinggi. Anak-anak tidak pernah gagal meniru sikap berbanding mendengar cakap. Hebatnya cara Allah Taala mendidik manusia.
Kadang-kadang terfikir, anak-anak lebih banyak berperanan mendidik ibu bapa berbanding sebaliknya. Tidak mengapa, asalkan masing-masing antara anak dan ibu bapa dapat mengembleng tenaga sepersis perintah Allah Taala supaya menjaga diri dan ahli keluarga dari bahana api neraka. Semoga lebih ramai ibu bapa yang meluangkan masa untuk mendidik anak-anak mereka sebegini.
They act as our mirror. We see our weaknesses from their behaviour and we tend to change ourselves to become a better person.
Baik, dari sudut lain pula. Kalau kita bicara tentang dunia, aduhai pandai sekali. Tapi kalau bicara tentang agama, mereka jadi alergi. Terlalu banyak bentuk fitnah yang berlaku di dalam Islam, sehinggakan arus perdana Muslim mendefinasikan semula Islam berasaskan sesuatu yang lebih cabang (Furu’) dari yang lebih asas (Usul), itu pandangan yang kolot dan perlu dibetulkan. Kalaulah perkara usul yang menjadi keutamaan Muslim sudah tentu, situasi menang-menang akan bersama Ummah.
Malangnya lebih ramai yang suka berdendang dengan irama bukan RAP dan seumpamanya, keranan ransangan akal bukan perasaan. Isu bukan hanya merujuk kembali kepada el Quran, kerana semuanya fasih dengan apa yang tersurat, tetapi yang tersirat memerlukan pemahaman yang mendalam pada apa yang tidak tertulis secara berhuruf. Renungkan!
Alasan mudah, cuba kita ingat balik sejarah silang agung karya Islam, bagaimana orang dulu betul-betul memperjuangkan Islam dan mengangkat Islam ser ’gah’ namanya. Antaranya pada ketika Sultan Muhammad el Fateh ingin menawan Konstantinople, tentera-tentera kurang bersugi. Maka, baginda mengerahkan mereka bersugi. Tentera salib meneropong mereka dan melihat orang-orang Islam ni, kayu pun mereka makan setelah melihat tentera-tentera Islam memasukkan kayu sugi ke dalam mulut. Ini telah menimbulkan gerun di dalam hati mereka kepada tentera-tentera Islam. Kita bagaimana pula?
Kuasai Minda Kelas Pertama
"Ustaz, nak tanya ni? Saya nampak ustaz begitu confident aje masa sampaikan ceramah tadi. Tak nampak ustaz begitu kaku berhadapan audience pelbagai peringkat, walhal usia ustaz baru muda tapi dah macam ahli politik"
"Macam mana kita nak kuasai dewan dengan intonasi dan body language kita supaya mereka yakin dengan penyampaian kita. Saya dah cuba, mula-mula nampak aje mudah, tapi bila dah di atas pentas, semua hilang" Tanya seorang peserta seminar sebaik sahaja usai memberi ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul di sebuah sekolah menengah.
"Awak kena yakin semasa berkomunikasi" Balas pendek penulis.
Gaya komunikasi kita dipengaruhi oleh emosi. Bila sahaja kita suka kepada seseorang, komunikasi kita bersifat sangat positif. Kita banyak memuji orang itu, dan kita seronok dengan kehadirannya. Orang-orang tertarik kepada kita adalah orang-orang yang memenuhi keperluan jiwa kita. Mereka menaikkan estim-diri kita. Mengikut kajian orang yang pandai berkomunikasi dipandang sebagai orang yang mempunyai daya tarikan. Ini tidak menghairankan kerana dengan menggunakan teknik komunikasi yang betul, setiap kali kita bercakap, kita membuat orang lain rasa terhibur, akhirnya mereka suka dan tertarik kepada kita.
Dalam konteks am, kita mendengar untuk memahami orang lain, memahami diri sendiri, memahami alam dan untuk belajar daripada orang lain yang mengetahui perkara-perkara yang kita tidak ketahui ataupun yang tidak pernah kita alami. Apabila kita pandai mendengar, lebih mudah kita mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang itu.
Untuk komunikasi secara efektif, kita perlu mengingat apa yang kita dengar. Adakalanya kita boleh membuat catatan, tetapi dalam perbualan harian, kita tidak membuat catatan kerana mengangap situasi tersebut adalah remeh. Kenal pasti perkara-perkara yang diucapkan, ringkaskan apa yang diucapkan. Kalau boleh cara mengingat ini adalah relevan dengan kita menyebut semula nama-nama penting dan fakta-fakta tertentu yang sudah tersedia ada dalam kepala kita.
Daya pengaruh ialah keupayaan seseorang mendorong orang lain supaya menukar sikap, fikiran, perasaan dan tingkah lakunya sesuai dengan apa dikehendaki olehnya. Oleh itu, daya pengaruh adalah unsur yang wajib dimiliki oleh seseorang yang hendak mempengaruhi orang lain.
Kuasa adalah sumber pengaruh yang paling besar. Kuasa yang ada pada seseorang tu menentukan status orang tersebut. Makin banyak kuasa dimiliki, makin tinggi statusnya. Baik kuasa mahupun status, kedua-dua sangat penting dan berpengaruh.
Inilah kaedah yang telah diterapkan oleh baginda S.A.W bersama-sama para sahabat yang berjaya menakluki 2/3 dunia pada zaman kegemilangan Islam sebelum kejatuhan Khilafah Othmaniah di Turki pada tahun 1924. Apakah ada yang peduli? Apakah kita sudah membuta-tulikan? Jentik hati Tanya Iman masing-masing.
Kejayaan dalam dakwah ialah apabila kita mampu membentuk diri dan kemudiannya mampu membentuk orang-orang yang terdekat menjadi hamba Allah yang bertakwa. Itulah contoh dakwah para Nabi yang sentiasa menjadikan kaumnya orang yang mula-mula menerima seruannya. Namun ianya tidak semudah seperti yang disangkakan.
Kejayaan manusia adalah dalam agama sejauh mana manusia dapat mentaati perintah Allah Taala dengan cara hidup Nabi Muhammad S.A.W yang penuh simple, mantap dan padat. Jika manusia berterusan konsisten dalam mentaati perintah Allah Taala, dan ikut cara hidup Nabi S.A.W selagi itulah Allah Taala akan terus beri kejayaan dalam semua lapangan, dan semua bidang insha-Allah.
Inilah impian kita, impian semua orang, dan tidak kesampingan penulis mengatakan ianya juga adalah impian seluruh umat Islam yang mendokongnya.
Ayuh ! para teman pembaca budiman, marilah kita mantapkan perjuangan, bukakan sayap yang sudah dipinjamkan oleh-Nya, lebarkan selebar-lebarnya, terbanglah bersama Impian murni ini hingga menggapai puncak Izzah kepada-Nya.
ameen
0 komentar:
Catat Ulasan