PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, Jun 11

Ilmu Bertamadun Merubah Dunia

Kelebihan bidang akademik sunnatullah adalah ianya dapat menghasilkan produk atau perkhidmatan yang amat diperlukan pada masa ini. Contohnya bidang jurutera menghasilkan produk baru manakala bidang perubatan menghasilkan doktor.

Manakala bidang akademik kemasyarakatan (social science) pula menjurus kepada penghasilan yang berbentuk pemikiran (idea and concept) kepada individu lain. Contohnya bidang perniagaan sepatutnya menghasilkan individu-individu yang berani meneroka bidang keusahawanan tetapi ini tidak semestinya berlaku. Bidang sejarah menghasilkan sejarahwan (pakar sejarah?)

Kebiasaan pekerjaan yang bakal dimiliki oleh kedua-dua bidang akademik di atas mempunyai jurang yang besar. Masih ingatkah kita kepada skrip Mak Dara dalam ibu mertuaku?

“Majistret, lawyer, doktor…?”

“Apa! pemuzik. Tidak ada keturunanku yang jadi pemuzik?”

Walaupum pemuzik itu bukan contoh yang tepat, tetapi ianya sedikit sebanyak melambangkan bidang pekerjaan yang tidak tentu pendapatannya, apatah lagi moral kepada seseorang individu yang menceburinya.

Tiada ada yang lebih kuat mengawal manusia daripada kekuatan spiritual yang ada dan berkembang dalam dirinya. Dan ketika kekuatan spiritual ini lemah, maka rational stage akan melahirkan tahapan baru iaitu instinctive stage. Semua digerakkan oleh nafsu, dan semakin besar sebuah nafsu berkuasa, maka semakin cepat peradaban manusia musnah.

Betapa sedihnya kita. Tahap pertama pun belum kita lalui, tetapi kehidupan kita sudah dibelenggu oleh nafsu dan syahwat yang menggelora. Kita belum lagi menjadi makhluk yang berspiritual tinggi. Kita belum mampu mengolah kehidupan dengan teknologi canggih, seperti halnya negara-negara maju. Tetapi kita sudah terjebak oleh kehidupan naluri yang tidak terkendali.

Sejarah Tamadun Dunia

Kemajuan dalam teknologi moden dan kekayaan kebendaan tidak akan menjamin kelangsungan sebuah peradaban. Lihat sahaja Mesir yang telah hidup dengan peradabannya yang sangat tinggi pada tahun 2300 sebelum Masehi. Pada zamannya, Mesir telah mampu menentukan waktu musim tanam dan meramalkan kemarau panjang. Para intelektual Firaun telah mampu merancang sistem pengairan dengan memanfaatkan Sungai Nil jauh sebelum Colombus, penemu Amerika itu lahir. Mereka menyusun piramid dengan sistem struktur presisi dan seni yang tinggi. Malah sehingga kini, susah di cari teknologi untuk menandinginya.

Namun kehancuran tidak boleh dihindarkan. Kecanggihan teknologi, kekayaan ekonomi dan kekuatan pemikiran tidak mampu membendung kebinasaan yang memang telah menjadi takdir ketika sebuah peradaban telah dijajah oleh hasrat syahwat. Ketika Firaun berkata;

“Akulah Tuhan yang Maha Mulia.”

Maka peradaban Mesir memasuki gerbang kehancuran.

Begitu juga Petra yang hingga kini masih dapat ditonton bekas pahatannya di lembah Rom, Jordan. Sisa kejayaan kaum Nabatean itu masih kukuh berdiri, menunjukkan betapa canggihnya teknologi kejuruteraan yang mereka kuasai. Petra diambil dari bahasa Yunani yang bermaksud batu. Dan ini adalah simbol pertahanan yang paling kuat yang pernah ada di muka bumi. Mereka membangun sistem pengairan yang canggih sekali gus sangat kompleks dalam kota yang memahat gunung-gunung batu dan mengalirkan air bersih bahkan sampai ke bilik. Mereka membangun sistem hidrolik untuk mengangkat air dan mencegah banjir. Mereka juga membangun sebuah teater yang mampu menampung 4000 orang pada zaman itu, zaman ketika manusia belum banyak jumlahnya.

Mereka bukan sahaja mengingkari, malah mereka membunuh unta Nabi Salleh yang seharusnya mereka jaga. Maka tiada balasan lain kecuali kebinasaan. Padahal mereka telah dikurniakan kemampuan yang tinggi oleh Allah Taala. Tetapi justeru kerosakanlah yang mereka bangunkan. Mereka menternak dosa dan kezaliman. Lalu Allah menghancurkannya dengan gempa, juga sambaran petir yang mematikan. Dan tidak ada yang ditinggalkan dalam keadaan hidup.

Belajar Dari Mereka

Pemimpin, penggubal dasar dan agen pelaksana termasuk guru dan ibu bapa perlu melakukan anjakan paradigma, memahami dan menghayati tentang apa yang dimaksudkan dengan kecemerlangan hakiki. Seterusnya diterjemah dalam bentuk tindakan. Pemikiran materialistik dan robotik hanya menghasilkan tindakan menambah bilangan pelajar mendapat ‘A’ pada kulitnya sahaja, tetapi hakikatnya, amat mengecewakan.

Hanya keupayaan untuk berubah, anjakan tersebut boleh dipacu walaupun dengan usaha yang sedikit, namun dengan kesungguhan tersebut akan membuahkan hasil dipenghujungnya.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal