PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, Jun 12

Bila Mata Dipejam Selamanya


Penulis sedikit terkejut tatkala mendengar pengumuman yang dibuat oleh seorang sahabat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) tentang pemergian seorang penuntut di pengajian perubatan tahun tiga, Allahyarham Mohd Amar Dzulkifli. Beliau berasal dari Pulau Mutiara telah menghembus nafas terakhir malam kelmarin selepas mengalami koma beberapa jam akibat kemalangan di jalan raya.

“Mungkin ajal arwah sudah ditentukan meninggal di sini” Bisik hati penulis penuh sayu memerhatikan rauk wajah sunggul rakan-rakan perubatan yang berpanasan menunggu jenazah arwah untuk disolatkan.

Orang ramai setia memenuhi dataran menanti bagaikan sang pewira. Cuaca begitu panas hari ini, namun tidak sedikit pun mematahkan semangat juang anak muda. Menghadiahkan si mati doa, agar bersemadi jasad pulang bersama sekalung harapan.

Kehilangan insan tersayang sudah cukup kuat untuk menguji pundak Iman manusia, tiada yang tertahan menghalang rasa kecamukan pedih menyerang setiap cerucuk hati. Apatah lagi kehilangan mutiara Iman di takhta hati, mungkin tidak menguji sehebat kehilangan sesuatu yang disayangi, namun bila kesedaran timbul untuk pulang ke denai yang diredhai-Nya, sudah cukup perit untuk mengenangkan kembali.



Namun, kematian tetap menjadi suatu yang pasti dan menggusarkan jiwa. Kerana seorang pun tidak mengetahui bagaimanakah keadaan mereka ketika menghadapi saat kematian. Apakah Husnul Khatimah (kesudahan baik)? Atau Suu’ul Khatimah (kesudahan buruk)? Rabi`ah el `Adawiyyah sering menangis setiap hari sambil beristighfar. Beliau berkata:

“Bagaimana aku tidak beristighfar, sedang aku tidak tahu bagaimana Sayyidina Izrail akan mengambil nyawaku, dengan seksaan atau kebaikan?”

Jika kita tahu, maka semuanya lancar, tapi tiada seorang pun yang berani mendabik dada bahawa dia, adalah di kalangan mereka yang diberi jaminan berkesudahan baik. Padahal akal dan Iman sudah cukup matang menilainya sendiri.

Apa yang bisa kita bayangkan ketika suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah. Jangankan hak istimewa, pakaian pun tak ada. Yang jelas dalam benak manusia saat itu cuma pada dua pilihan: Syurga atau Neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang anak manusia.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Pada hari ketika mana manusia lari dari saudaranya. Dari ibu dan bapanya. Dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya ‘Abasa (80:34-37)

Dikurniakan akal dan perasaan bukan untuk disia-siakan, semua ini dipergunakan setiap masa, samada anda, kita perasan atau sebaliknya.

Dokumentasi kita pada setiap apa yang terjadi adalah satu proses kematangan minda dalam menilai baik buruk sesuatu yang berlaku di persekitaran sebelum sebuah pilihanraya ditentukan melalui tindakan spontan atau terjaga. Perlu memilih antara dua atau lebih, walaupun anda, kita tidak ingin memilih. Pilihan yang dibuat, baik anda, atau orang lain yang pilihkan, akan menentukan hala tuju berikut. Maka jadilah di sana, samada jalan benar yang diperolehi atau sebaliknya.

Jangan salahkan takdir dengan pilihan dibuat, sedangkan jalanya sudah difahamkan akan akibat yang bakal melanda, risikonya anda sendiri yang menjamin. Tiada jalan pulang kecuali keinginan diri sendiri untuk berubah, dan bertaubat. Bersusah-susah mencari, dan membelek semak-semak membulu sebelum bertemu jalan hidayah.

Semua manusia inginkan kehidupan senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal sahaja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.Mungkin kita tidak sedar, di sebalik kesengan yang dikecapai, apakah kita tidak pernah sirna dari melakukan dosa?

Lalu, pernahkah kita menghitung-hitung dosa yang telah kita lakukan. Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu. Jangan-jangan, hitungannya tidak berbeza dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi.

Masihkah kita merasa aman dengan mutu diri seperti itu? Belumkah tersedar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahawa esok kita belum berpisah dengan dunia? Belumkah tersedar kalau tak seorang pun bisa yakin bahawa esok dia masih sempat beramal? Belumkah tersedar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita perjudikan semasa hayat di dunia. Kebenaran pada jawapan perlu dicari.

Anda, kita kena jujur…

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan tidaklah seorang (hamba) membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan” el An’am (6:164)

Syaitan selalu membisikkan hati kita tentang amal ibadat yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan ria’ yang memusnahkan pahala.

Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria’, ujub, bongkak, sombong, dengki kerana kesemuanya merosakkan amalan. Maka di sini peranan Ilmu Tasawwuf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Justeru dengan imtihan yang around the coner ini, marilah bersama kita menghisab diri, merenung sejenak mengapa kita berada di sini? Mengapa bidang pengajian ini yang kita pilih? Sekiranya di sana ada yang masih bercampur niat mereka dengan qasad keduniaan, masih ada ruang dan peluang untuk kita kembali ke jalan yang sebenarnya.

Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik dipandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Teruslah bermuhasabah…

Marilah kita istiqamah dan ikhlas dengan ibadat yang telah difardukan Allah kepada kita dengan menambah amalan sunat sebagai bekal di akhirat sana. Mana-mana ilmu tidak akan menyelamatkan kita daripada azab Allah tanpa diamalkan, dan amalan kita tidak akan diterima tanpa niat yang ikhlas, sebelum:

“Mata Dipejam Selamanya”

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal