PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Ahad, Jun 28

Hukum: Pegang Mushaf Tika Solat



Nombor siri soalan 58/913:


Apakah hukum memegang el Quran (Mushaf) ketika solat dan keadah memegang el Quran dalam solat?

(Wan Nuhadhirah Wan Sulaiman- Medical Student of Cairo University)


Jawapan/ Pandangan:


Masalah yang berkaitan memegang Mushaf (Quran) merupakan isu yang terpencil dan ianya mula menjadi perbahasan ulama' pada zaman muta'akhir ini sebab ianya tidak timbul pada zaman baginda S.A.W. Pada zaman tersebut para sahabat digalakkan supaya menghafal dari huruf ke huruf, di samping mereka dianugerahkan oleh Allah Taala daya kekuatan untuk mengingat dan pada itu tiada lagi pembukuan Mushaf dilakukan kerana bimbang akan berlaku pencampuran Kalamullah dan kalam Baginda S.A.W.


Hukum memegang Mushaf (Quran) ketika solat mengikut pendapat Mazhab Maliki (para ulama' Malikiah) serta dipersetujui oleh sebahagian besar para ulama' Syafi'iah dan Hanabilah, hukumnya adalah harus dan tidak membatalkan solat. Tetapi fatwa ini hanya terhad ketika mengerjakan solat sunat sahaja, seperti solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, terawih, tahajud dan sebagainya.


Tetapi hukumnya menjadi makruh sekiranya dilakukan dalam solat fardu. Itupun dengan syarat tidak melakukan pergerakan melebihi tiga kali pergerakan anggota badan yang besar secara berturut-turut. Pergerakan tersebut sudah semestinya akan membatalkan solat, dan hukum tersebut telah disepakati oleh semua mazhab.


Ada pendapat menyatakan pergerakan jari tidak termasuk seperti yang dimaksudkan sebagai pergerakan angota badan, tetapi ia adalah sebahagian kecil dari satu angota badan. Malahan mazhab Hanbali menuntut supaya menggerak jari telunjuk ketika tasyahhud akhir.


Namun kita yang sentiasa mengambil perhatian dengan masalah-masalah furu' (masalah rating/terpecil) hendaklah menilainya dari sudut akal yang sihat sebab di sana kita semua inginkan kemanisan (khusyu') semasa mengerjakan ibadat solat dan pahala penuh dengan menjaga adab-adab dan rukun solat bermula dari takbir sehingga akhiri (salam). Mereka inilah yang berhak memegang title orang yang mendapat kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat.


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Maka telah berjaya orang-orang mukmin. Mereka (berjaya) ialah yang khusyu' dalam solat” el Mukminun (23:1-2)


Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud; “Dilantik Imam untuk diikuti, jika dia bertakbir, takbirlah. Bila dia membaca, diamlah” (Hadith riwayat Ibn Majah)




Nombor siri soalan 59/913:



Apakah hukum seseorang perempuan yang membaca el Quran dengan rambut dan kulit (aurat) terdedah?


Jawapan/ Pandangan:


Hukum mendedahkan aurat semasa membaca el Quran adalah haram kerana ianya merupakan mukjizat paling agung dan Kalamullah ini berhak diletakkan setinggi-tinggi martabat sesuai dengan kedudukan dan kesucian Dzat Allah Taala yang Maha Segala-galanya.


Ketika membaca el Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat (bersih dari) hadas kecil dan besar dengan cara berwudu' dan mandi wajib, apatah lagi membacanya dengan membuka aurat. Quran dibawa oleh para Malaikat yang suci daripada Allah Taala dari lapisan langit yang pertama dan membaca el Quran adalah ibadat, maka ibadat itu mestilah dilakukan dalam keadaan menutup aurat dan bersih.


Ini kerana kebanyakan ibadat dalam Islam menuntut kita supaya menutup aurat, termasuklah amalan yang wajib dan sunat. Jika seseorang itu ingin menunaikan solat fardhu, maka wajib dia menutup aurat. Ini bermakna solat sunat juga diwajibkan menutup aurat. Membaca el Quran, sebenarnya pembaca itu sedang berinteraksi dengan kalam Allah Taala dengan meneliti serta memahami isi kandungan yang sarat dengan perintah-perintah serta larangan-larangan daripada-Nya. Justeru kita mestilah memelihara kesopanan ketika menatap dan membaca Kalam Allah Taala ini.


Boleh dikira semua ibadat yang khusus dalam Islam dituntut supaya ketika melakukannya dalam keadaan menutup aurat. Di sini ada beberapa perkara yang perlu dipelihara ketika membaca el Quran supaya maksud tarbiah melalui bacaan dapat dicapai oleh pembaca.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal