PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Jun 22

Hukum: Lupa Hafalan Ayat Quran


No. siri soalan 31/911:



Apakah hukumnya apabila ayat-ayat el Quran yang dihafal semasa zaman kanak-kanak, terlupa apabila dewasa? Adakah kita berdosa kerana tidak mengulang bacaan ayat-ayat tersebut sehingga menyebabkan kita lupa?


Muqaddimah:



Menghafal el Quran merupakan keutamaan rabbani yang datang dari Allah Taala. Al Quran merupakan mukjizat paling agung dan berprofil tinggi. Bahkan nikmat mampu menghafal el Quran sama dengan nikmat kenabian, yang membezakannya tidak mendapat wahyu. Rasulullah S.A.W menjelaskan dalam sabda baginda:



Nabi bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca(hafal) Quran, maka sungguh dirinya telah memiliki darjat kenabian hanya saja tidak diwahyukan kepadanya. Tidak harus bagi hafiz Quran melakukan kebodohan (memilih dalam bersahabat) sementara dalam dirinya terdapat firman Allah” Hadith riwayat hakim.


Seorang hafiz el Quran adalah seorang yang mendapat penghargaan khusus dari Nabi S.A.W. Di antara penghargaan yang pernah diberikan oleh Nabi S.A.W kepada para sahabat yang menghafal el Quran antaranya memberi perhatian khusus kepada para syuhada di Peperangan Uhud dengan mendahulukan mereka dalam segenap ruang dan peluang baik memakam jasad mereka, dan pengiriman sebagai delegasi atau duta kepada Baginda S.A.W. Menghafal el Quran merupakan ciri-ciri orang yang diberikan ilmu dan mereka yang hafiz el Quran merupakan keluarga Allah di muka bumi. Menghormati golongan hafiz el Quran bererti mengagungkan Allah Taala. Mereka akan mendapat keutamaan di akhirat kelak dan el Quran sendiri merupakan syafaat kepada mereka seperti sabdaan Baginda S.A.W dari Abi Umamah r.a:



Beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Bacalah Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari Kiamat bagi para pembaca (hafiz)” Hadith riwayat Muslim.


Abdillah bin Amr bin ‘Ash dari Nabi S.A.W dan bersabda; “Akan dikatakan kepada syahib Quran,: “Bacalah dan naiklah serta tertilkan sebagaimana engkau menertilkan Quran di dunia, sesungguhnya kedudukanmu di akhir ayat yang kau baca” Hadith riwayat Abu Daud dan at Tirmidzi.


Para ulama menjelaskan erti Syahib Quran adalah orang yang hafal semuanya atau sebahagian, senantiasa membaca dan bertadabur serta mengamalkan isi kandungan, dan berakhlak sepertimana kandungannya.


Jawapan:


Hukum melupakan hafalan (cuai dari menjaga hafalan) el Quran sesudah dihafal adalah berdosa besar mengikut pendapat kebanyakan ulama'. Mereka bersepakat dengan menyatakan sedemikian kerana bersandarkan pada hadith yang diterbitkan oleh Abu Daud bahawa Baginda S.A.W pernah bersabda:


Nabi bersabda yang bermaksud: “Aku nampak dosa-dosa umatku, namun tidak melihat satu dosa yang lebih besar daripada satu surah el Quran atau satu ayat yang dihafal oleh seseorang kemudian dilupakan” Hadith riwayat Tirmidzi


Imam Ibnu Katsir, dalam kitab beliau (Tafsir el Quran el Azim) menyatakan dalam mentafsirkan beberapa ayat dalam surah Thoha iaitu bermula pada ayat 124 hingga 126 (sila rujuk maknanya):


“Melupakan (hafalan) el Quran tetapi faham maknanya dan perlaksanaan tujuan dan isi kandungannya, tidaklah mereka itu termasuk di antara orang yang mendapat ancaman khusus dalam ayat berkenaan itu sekali pun terancam dari sudut lain. Sekiranya lupa disebabkan sakit tenat, tidak boleh duduk dan sebagainya (yang memudharatkan diri), maka orang itu tidak berdosa bilamana lupa hafalan el Quran selagimana mereka melaksanakan tujuan dan isi kandungan el Quran”


Ibnu Hajar dan ulama' yang seangkatan dengan beliau telah menganjurkan berdasarkan hadith untuk menghindari serta mengelak dari penyakit lupa dengan cara berhati-hati, menjaga (membaca el Quran terus menerus, mempelajarinya dan mengulang-ulang membacanya) dan wanita yang berhadas besar boleh melihat mushaf (tanpa menyentuhnya) dan membaca di dalam hati.


Nabi pernah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafalnya lalu menghalalkan apa yang halal dan mengharamkan apa yang haram, Allah memasukkannya ke dalam syurga dan mensyafaati sepuluh orang dari kalangan ahli keluarganya dan kesemua mereka wajib syurga bagi mereka” Hadith riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi (*hadith gharib).


Daripada Sa'ad bin Ubadah bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Sesiapa membaca al-Quran kemudian melupakannya,dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat dalam keaadaan kudung” Hadith riwayat Abu Daud dan Darimi


Manakala hukum makruh kepada mereka yang mengatakan secara jelas (didengar oleh orang lain):


“Aku lupa ayat ini”


Ini berdasarkan hadith baginda S.A.W yang bermaksud:


Nabi bersabda yang bermaksud: “Janganlah seseorang daripada kamu berkata, aku lupa ayat begini dan begini, tetapi ia adalah sesuatu yang dilupakan” Hadith riawayat el Bukhari dan Muslim.


Dalam riwayat berasingan tapi masih lagi berkenaan dengan hadith di atas:


"aku dibuat lupa terhadapnya"


Namun jika ianya berlaku (menghafal el Quran) semasa pada usia kanak-kanak (belum baligh), dan lupa hafalannya tika diri mencapai usia matang disebabkan tiada tiandakan susulan yang ampuh untuk mengekalkan ingatan hafalan tesebut dan tidak disengajakan maka ianya dimaafkan (pendapat sesetengah ulama') kerana ini berdasarkan hadith baginda S.A.W kerana kanak-kanak termasuk di antara tiga golongan yang mendapat pengecualian dari dosa noda walaupun mereka melakukan maksiat (perkara dosa) kepada Allah Taala:


Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Diangkat (diampun dosa-dosa) tanggungjawab (taklif) tiga golongan: (iaitu) Orang yang tidur sehingga dia berjaga: Kanak-kanak sehingga mereka baligh: Orang gila sehingga mereka sembuh” Hadith riwayat Ahmad dan diterbitkan oleh at Tirmidzi dan Hakim


Tapi jika sebaliknya berlaku (menghafal semasa usia baligh) dengan tidak memberi perhatian khusus sebagai hamba Allah yang perihatin dalam hal-hal seperti ini disebabkan kecuaian diri maka jelaslah hukumnya dosa besar kerana mereka telah meletakkan Kalamullah pada martabat yang rendah (dengan mementingkan hal-hal kedunian sahaja)


Wallahu alam.


Yang Fakir,

Ustaz Rezza,

Kuliah Syariah dan Perundangan,

Universiti el azhar,

Kaherah,

Mesir.

1 komentar:

rezza khanafiah on 22 Jun 2009 pada 10:02 PTG berkata...

Penulis akan berkongsi ilmu pada setiap pertanyaan para pembaca budiman di dalam peti masuk e-mail penulis, dengan menyiarkan di laman blog ini.

harap bermanfaat.

jazakumullah.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal