PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, April 27

Sebuah Episod Perjuangan

"Alhamdulillah…"

Itulah kalimah terakhir yang terkeluar dari mulut selepas usai melihat jadual imtihan. Kuliah kami dari Fakulti Syariah dan Undang-undang telah pun berakhir minggu lepas. Rata-rata para pensyarah begitu berpuas hati dengan komitmen mahasiswa yang datang untuk menceduk ilmu. Kata-kata peransang kami perolehi setiap kali pensyarah menamatkan silibus pengajian.

"Anda adalah khalifah yang diberi tanggunjawab di atas dunia untuk mengoreksi segala bentuk ilmu, agar dapat dikongsi bersama masyarakat yang jahil ilmu di luar sana. Ilmu ini tidak cukup di sini sahaja, melainkan kalian pandai membawa diri dan merubah keadaan disekeliling"

Hari ini penulis, begitu teruja seperti hari-hari yang sudah, setiap kali bebola mata melihat jadual imtihan. Inilah lapangan perjuangan yang perlu penulis lunaskan untuk semester terakhir, pada tahun ini. Segala ilmu yang dicurahkan, akan disemadikan dalam bentuk jawapan pada helaian kertas. Bertimbun-timbun ilmu, hanya bakal teruji dengan hanya satu helaian kertas soalan yang disiapkan oleh pensyarah beberapa jam sebelum kami menduduki peperiksaan pada hari tersebut.

Begitu asli. Tiada soalan bocor. Mungkin inilah dikatakan el Azhar, kualitinya sememangnya dijaga. Tiada siapa sangka, soalan tersebut perlu di'imtiminasi' mengikut pengolahan ilmu masing-masing. Penulis bersyukur sebab dengan cara begini, kita dapat menilai sendiri tahap ilmu yang ada. Setiap soalan diberi tidaklah begitu susah, tapi cara kita manfaatkan ilmu yang diberi itu yang susah. Jika anda seorang yang bijak, iaitu bijak mentadbir ilmu di dada, pasti dengan mudah dan penuh yakin anda dapat melarikan tinta pada lakaran kertas dengan baik, lagi cermat.

Penulis lebih suka melihat semua ini, bagaimana kita membentuk idea, sebelum kebijaksanaan kita tadi dapat dilabuhkan dalam bentuk jawapan pada helaian kertas.

Kita perhatikan, di peringkat awal, orang yang tidak mengaji agama, dipandang serong jika membuat sebarang andaian tentang hukum, ikut 'sedap' mulut. Mungkin itu normal untuk kita perkatakan. Namun lain pula di peringkat idea-idea segar ini meningkat subur, bilamana orang yang mengaji agama pula dipandang serong kerana ‘idea lapuk’nya.

Usaha perubahan tidak mungkin dapat berlaku, andaikata kita saling tiada kepercayaan antara satu sama lain. golongan agama, cabarannya ialah meletakkan kepercayaan bahawa apa yang disebutkan oleh golongan pengkaji idea segar ini, bukannya nonsense dan mesti diberi perhatian. Manakala golongan pembawa idea segar ini juga, mesti ada kepercayaan bahawa golongan agama mesti dimanfaatkan dan tidak boleh dipinggirkan.

Membahaskan hal-hal seperti ini, memerlukan kepada analisa terhadap idea-idea yang dimaksudkan sebagai idea barat, dalam masa yang sama proses menganalisa hadith-hadith Nabi saw, umpamanya. Usaha memahami latar belakang pengucapan idea ulama’ tradisional perlu belaka. penulis tidak mahu kehilangan mana-mana daripada dua tebing ini. Antara Idea dan pembawa idea tersebut. Idea kita dari kemantangan ilmu yang diperolehi daripada pembawa idea, iaitu para cikgu, pensyarah, ulama' dan sesiapa sahaja dalam member kefahaman. Cabaran seterusnya ialah, bagaimana memindah kefahaman ini dalam bentuk yang boleh digarap oleh manpower di peringkat grassroot?

Sudah lumrah kehidupan, di kalangan yang intelek juga ada yang cemerlang, ada yang mediocre, dan ada yang get by. Satu perkara yang penulis kagumi dengan budaya di kuliah, ialah falsafah berkongsi ilmu untuk mendapatkan lebih ilmu dan kefahaman. Kami akan berjumpa untuk discuss dan memahami satu-satu masalah terutama bila stuck dalam membuat kajian tentang sesuatu permasalahan hukum, terutama hukum baru dan terkini. Kalau kita nak rezeki bertambah kita sedekah harta benda, kalau nak ilmu bertambah kita share ilmu kita dengan orang lain. Penulis suka cara tersebut, kawan-kawan dari setiap pelusuk dunia, yang berkampung di Kaherah ini, tahu membawa diri, dan keperluan perlu dikongsikan bersama. Semua orang ingin berjaya, tetapi bila kita berpegang pada sesuatu prinsip yang jelas, anda jangan risau kejayaan yang dicari pasti berbuah dipenghujungnya. Insha-Allah.

Banyak yang boleh kita kongsi dengan berbincang dan banyak yang kusut boleh diurai kalau berbincang. Semoga berjaya buat research yang boleh menambah ilmu Islam dan memberi manafaat pada Ummah Islam. Penulis teringat bila baca satu buku "wholeness and holiness in education" by Zahra el Zeera untuk faham research paradigm from Islamic perpective. Di sini, penulis banyak perolehi potensi untuk kembangan bakat idea yang ada,untuk dikongsi bersama para pembaca di laman blog Puteraazhari.

By the way, macam dah meleret-leret entah ke mana. So doakan kejayaan penulis, dan semestinya kejayaan untuk seluruh ummah, apabila kejayaan kita dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi. Hidup perlu sentiasa memberi, bukan hanya banyak menagih simpati dan belas kasihan.

Mata pelajaran yang bakal diuji pada semester ini;

1.Quran el Karim (syafawi dan tahriri)- 13hb dan 17hb Mei 2009

2.Ushul Fiqh- 20hb Mei 2009

3.Fiqh Muqarin- 24hb Mei 2009

4.Qo'at Bahath Fil Fiqh wal Fiqh Muqarin- 27hb Mei 2009

5.Fiqh Syafiee- 31hb Mei 2009

6.Ahwalul Syaksiah Lilmuslimin- 3hb Jun 2009

7.Ahadith el Ahkam- 7hb Jun 2009

8.Bahasa Asing (Inggeris)- 10hb Jun 2009

"Ya Allah, Hamba-Mu ini memohon segala pertolongan dari-Mu, permudahkanlah langkahku menuju redha-Mu"

5 komentar:

Tanpa Nama berkata...

salam...moga dipermudahkan segala urusan ustaz..

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah...

doakan kejayaan semua yang akan bertempur di medan kefahaman ilmu ini...

bittaufiq wannajah

drA

Tanpa Nama berkata...

"Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."(47:7)
yakinlah Allah sentiasa bersamamu... kejayaan pasti menjadi milikmu..ameen2..

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah permudahkan perjuangan Anta. Semoga berjaya dengan cemerlang dan semoga ilmu yg Anta dpt itu dpt dimanfaatkan utk Umat Islam.

(lily_mawar)

As on 29 April 2009 pada 11:16 PG berkata...

maan najah

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal