PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, April 29

Mencipta Pengaruh Ideal Dalam Dakwah

"Ana tengok ustaz ada potensi untuk menjadi orang berpengaruh. Ana lihat cara penulisan ustaz, bagaimana ustaz menarik minat pembaca untuk mengikut rentak dakwah kotemporari. Mereka lebih suka cara ini, berbanding terlalu straight pada fakta, dan skema" Tiba-tiba suara seorang teman mencelah.

"Pengaruh?"

"Anta bercakap seperti dah kenal ana lebih dari usia janggut ana. Nampaknya anta bijak melihat, dan membaca keadaan seseorang. Ana tidak fikir diri ana berpengaruh, tapi kalau anta cakap mata pena ana yang mencipta pengaruh, itu ana setuju" Penulis cuba menjelaskan situasi sebenar kepadanya, semasa rancak bersembang dengan teman yang lain.

"So, apa yang anta faham tentang 'Pengaruh'?" Penulis menambah dengan bertanya soalan cepu emas.

"Eermm… Apa ya?" Teman menunjukkan reaksi spontan dengan gerak badan, yang membuatkan penulis tersimpul senyum.

Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Ia datang sendiri apabila kita tingkatkan kualiti diri. Penulis mahu mengenepikan persepsi 'negatif'' terhadap apa yang kita faham tentang pengaruh. Mahu penulis enhance ialah kepentingan pengaruh bagi orang yang memimpin dan mengubah masyarakat. Khususnya ibu bapa terhadap anak-anak, guru terhadap murid, dan da'ie terhadap maudu'e.

Penulis cuba analisa dan perhati, kenapa pelajar di universiti 'lesu'? Antaranya sindrom letih mengejar pilihanraya. Kalau satu pilihanraya okay lagi. Kalau macam-macam pilihanraya, dan ada pihak yang berhasrat nak menang semua, dengan sangkaan kemenangan dan perolehan kuasa tu dapat melicinkan dakwah di kampus, akhirnya kecundang. Kecundang tu, macam-macam faktorlah, termasuklah pilihanraya yang tak telus. Tetapi jika kalah dalam pertandingan, apakah 'mati' ruang dakwah?

Jika pemimpin-pemimpin pelajar ini mempunyai kualiti diri yang tinggi, mereka tidak akan hilang signifikasi, walaupun tiada jawatan. Sebab mereka ada pengaruh.

Dari mana datangnya pengaruh tu? Dari kualiti diri. Maka mahasiswa kena letak keutamaan pada meningkatkan kualiti diri, termasuklah pencapaian akademik, kematangan pemikiran dan lain-lain. Sebabnya, dengan cara ini mereka akan dapat banyak undi. Kalau pilihanraya tak telus dan mereka kalah sekali pun, mereka tetap the real leader dan berpengaruh, sebab menggunakan formula yang betul dalam kepimpinan, iaitu memimpin dengan kualiti, walaupu kuantiti tidak seberapa.

Memang tidak dinafikan pengaruh tingkah laku dan peribadi ini penting dalam kepimpinan . Namun , tanpa kekuasaan penulis rasa ianya tidak dapat berkembang dan meluas, tapi bukan pada skala yang membimbangkan . Apapun, syaksiah dan perilaku mesti diberi prioriti bagi sesiapa saja yang inginkan kepimpinan yang berkesan, lebih-lebih lagilah mereka yang mewakili kepimpinan ke arah menunjukkan cara-cara mengikut kehendak Islam.

Penulis tertarik dengan kata-kata Michael H. Hart tentang Rasulullah saw;

"unparalleled combination of secular and religios influnence which i feel entitles Muhammad saw to be considered the most influential single figure in human history"

Bagi penulis artis lebih popular sebagai contoh, bila kebajikan mereka senantiasa dilakukan, serta diwar-warkan media. Maka mereka dilihat lebih kehadapan dalam hal-hal kebajikan, walaupun tidak dinafikan mungkin timbul perasaan ria' atau sebaliknya. Namun, penulis ingin nyatakan di sini, jika sekiranya syaksiah dan kuasa digabungkan dalam satu wadah, maka barulah akan menampakkan pengaruh yang sebenar dan lebih powerful, dalam menyampaikan sesuatu pandangan dan aliran pemikiran.

Mencipta Pengaruh Dalam Dakwah

Kelangsungan dakwah hanya boleh berlaku jika orang yang berpengaruh berjaya mendidik mutarabbinya menjadi orang yang berpengaruh jua.
Jika hanya seorang sahaja berpengaruh, sedangkan yang lain hanya bertindak menjadi pendengar semata-mata tanpa berbuat apa-apa, maka lama-kelamaan dakwah hanya berlegar di tempat yang sama, dan ada kemungkinan pupus pada suatu masa kelak.

Tidak ada gunanya kita datang meyampaikan ceramah berbuih-buih, yang kehadiran pendengarnya cukup ramai tiap-tiap minggu, namun yang mendengar ceramah itu hanya kagum semata-mata dengan kebolehan penceramah, namun tidak mampu mendidik pendengar menjadi orang yang berpengaruh.

Tarbiah Rasulullah saw mendidik Abu Bakar as Siddiq menjadi orang berpengaruh. Bukan setakat Rasulullah saw sahaja berpengaruh, malah baginda berjaya mendidik Abu Bakar dan para sahabat yang lain menjadi orang berpengaruh. Tarbiah ini bukan sehari dua, ia memakan masa bertahun-tahun, sebelum sampai pada satu tahap berpengaruh, dan berkuasa.

Jangan setakat datang dengar ceramah, malah dia sendiri perlu berazam memberi ceramah, bukan setakat datang usrah semata-mata, dia sendiri pandai membentuk maudu'e pada kelompok usrah yang lain, bukan setakat datang rehlah, tapi diri sendiri handle program rehlah, lebih menonjol dia berusaha mentarbiah pula maudu'e di bawahnya membuat perkara yang sama, dan begitulah seterusnya.

Itu juga yang terjadi kepada pejuang Hamas. Bila mana dua orang pemimpin berpengaruh Hamas syahid, Hamas tidak lumpuh. Dakwah mereka tidak terhenti, kerana prinsip mereka bukan sahaja bergerak berdasarkan pengaruh pemimpin, bahkan bergerak untuk menghasilkan sepuluh orang lagi para syuhada' seperti Ahmad Yasin, dan mungkin sepuluh orang lagi para syuhada' seperti Rantisi. Hamas semakin disegani, dan mempunyai pengaruh dari kalangan golongan popular dalam kerajaan.

Dakwah di Malaysia kurang efektif. Usaha untuk mendekati maudu'e itu ada, tapi hanya cukup pada silibus, tidak pada satu tahap senantiasa bergerak seiring pola mood maudu'e. Kita lihat ramai orang yang hanya suka mendengar ceramah semata-mata, yang hanya menonjolkan figure. Ceramah semata-mata tanpa ada usaha follow up terhadap orang yang mendengar ceramah mungkin hanya memberi kekuatan yang minimum kepada dakwah. Dakwah yang kuat memerlukan lebih dari itu, maudu'e perlu ditarbiah secara spesifik dan proaktif, bukannya lagi secara umum. Memang perlukan kesabaran, hasil kita tidak akan nampak sekarang. Tidak pula sedikit harta, masa yang perlu kita korbankan.

Mungkin juga kita orang berpengaruh, namun itu tiada guna jika kita tiada usaha secara serius untuk mendidik orang lain menjadi orang yang boleh mempengaruhi orang lain juga. Pentingnya pengaruh adalah sebagai satu advantage untuk menarik maudu'e kepada usaha dakwah. Menggunakan pengaruh untuk tujuan selain mencari redha Allah Taala, tidak akan membawa apa-apa perkembangan pada dakwah, malah mungkin melemahkan lagi dakwah.

Pengaruh bukan untuk tujuan peribadi. Gunakanlah pengaruh untuk tarik insan lain pada jalan Allah Taala. Gunakanlah nikmat dan anugerah Allah Taala ini pada jalan-Nya semata-mata, bukan mencari dunia dan popularity. Ambillah iktibar kisah Khalid el Walid ditarik daripada jawatan panglima perang oleh khlaifah umar el Khattab ra. Namun tetap sahaja Khalid ra. berperang sebagai tentera biasa sebab dia berperang kerana Allah Taala, bukan kerana Umar ra yang menjadi khalifah ketika itu.

Mampukah kita berbuat sedemikian? Apakah dengan berjawatan sahaja kita berdakwah? Tanpa jawatan kita sudah tidak lagi berdakwah, kerana sibuk pada tugas, dan lebih malang dikongkong oleh pihak atasan. sekadar menjadi pak dan mak turut.

Apakah di kampus sahaja kita berdakwah sebab kita ada platform untuk bekerja, dan kita ada lebih banyak masa terluang? Namun apabila keluar dari kampus, ke manakah kita? Kenapa kita berhenti, atau semakin slow berdakwah. Tidak secerdas dan aktif dulu semasa di kampus? Hanya orang yang benar-benar ikhlas sahaja yang Allah Taala, benarkan untuk terus konsisten di dalam jalan dakwah.

Pengetahuan Yang Berpengaruh dan Mempengaruhi

Penulis berpandangan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti diri ialah dengan membaca, menghadiri kelas pengajian. dan sebagainya.

Good Leader is a Good Reader.

Penulis fikir mahasiswa lemah dan lesu kerana malas membaca, menghadiri kelas pengajian, menambah pengetahuan semasa. Berapa ramai dan kerat mahasiswa yang mempunyai 'perpustakaan mini' di bilik? Bilik pemimpin pelajar pun penuh dengan CD game. Mata bersengkang sampai tiga pagi kerana counter strike, red alert, dan lain-lain lagi.

Sungguh berbeza dengan Tun Mahathir yang tidur hanya lima jam sehari dan setiap buku baru yang diterbitkan di Amerika akan sampai ke rumahnya. Sungguh berbeza dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, ucapan yang terkeluar dari mulutnya sewaktu di awal-awal pembebasannya dahulu;

"Buku itu saya tidak baca lagi, Oh, buku yang ini saya belum tengok lagi"

Tidak hairanlah segmen 'Bicara Siswa' menjadi bahan gelak tawa pelajar sekolah. Bercakap tidak punya asas panduan, kalau ada pun teks yang telah pun disiapkan, cuma baca sahaja skrip di dalamnya, soalan pun dah bocor. Macam mana nak berkembang idea-idea lestari yang kita bincangkan dalam artikel yang lepas.

Manusia menjadi lesu kerana pengaruh wang, media dan entertainment melampaui, dan sedikit sebanyak dijadikan pengaruh kepimpinan manusia yang tidak bermoral. Musuh sudah sedia maklum, maka inilah yang dieksploitkan. Idealisme Barat dan Yahudi tidak perlu ada pemimpin berpengaruh untuk menguasai dunia, mereka cuma mencipta tools yang boleh mempengaruhi manusia setiap hari dan setiap ketika. Tools mereka ialah media cetak, internet, dan skrin televisyen.

Penulis tertarik bila membaca sedikit synopsis buku John C.Maxwell bertajuk '360 Degree of Leadership'. Katanya;

"Kita tidak perlu menjadi seorang manager atau top leader dalam sesuatu organisasi untuk menjadi seseorang yang berpengaruh"

Kemudian penulis cuba relate dengan Nabi Muhammad saw, sebelum baginda dilantik menjadi Rasul saw. Baginda bukanlah orang terpenting dalam masyarakat Arab pada ketika itu, tapi kerana sikap, perwatakan dan penampilan baginda, Nabi Muhammad saw mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat Arab pada ketika dia masih muda lagi, bukan senang membentuk pengaruh ketika itu, jika bukan kerana kesabaran dan akhlak yang luhur ditonjolkan baginda. Tak akan senang-senang, ketua-ketua kabilah Arab meminta baginda menjadi hakim pada peristiwa perletakan Hajarul Aswad.

Begitu juga dengan Mahatma Ghandi, beliau bukanlah seorang pemerintah India tetapi hanyalah seorang rakyat biasa. Tetapi kesan pengaruh beliau luar biasa, menjadikan beliau disegani oleh kawan mahupun kawan.

Kepimpinan model ada pengaruh yang besar. Seorang pemimpin negeri yang mengetuai setiap solat subuh dan turut serta dalam amal-amal kemasyarakatan seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sukar untuk dicari. Lagi sukar untuk mencari seorang yang begitu berpengaruh dengan jumlah pengunjung dan pendengar kuliah pagi jumaatnya yang tidak pernah berkurang. Jika sesiapa datang ke Kelantan atau mengikuti perkembangan negeri tersebut, kita akan dapat lihat prinsip asas kepimpinan Islam, 'experiences', serta 'outcomes' kepada masyarakat berlangsung dengan serentak.

Jadi, apa tunggu lagi. Fikirkan cara terbaik untuk mengoreksi potensi diri berada sebaris, dengan tokoh-tokoh yang disebutkan di atas, especially pengaruh kepimpinan yang ditonjolkan oleh baginda Nabi Muhammad saw dalam usaha dakwah baginda kepada kelompok jahiliah yang dangkal dan degil.

Semoga dipermudahkan segala usaha kita berikan untuk meninggikan agama-Nya.

ameen

3 komentar:

Tanpa Nama berkata...

tidak dinafikan memang perlu membaca untuk bersikap dan bergerak ke hadapan...

read everything but choose which to believe

drA

halawatuliman on 3 Mei 2009 3:04 PTG berkata...

very inspiring..

jzkk

Nur on 22 Julai 2009 6:25 PTG berkata...

Alhamdulillah, sangat terkesan...
Dalam kampus aktif, tapi bila kat luar kecundang apabila berhadapan dgn 1001 karenah manusia yang berbeza...
Kuatkan tekad di hati demi merebut 'mardhatillah'
Ilmu + Kepimpinan + Pengorbanan = Pengaruh...Wallahu'alam...
InshaALLAH...
Moga kita semua istiqamah dalam medan da'wah..Ameen..

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal