Hari ini seakan-akan telah mengajar penulis untuk meng‘update’ sifat sabar, yang mungkin sahaja belum pernah merasa tekanan semacam ini. Tekanan menyiapkan artikel sebagai sumbangan rohani untuk teman-teman di pengajian perubatan, tekanan kerja rumah yang tidak pernah lekang, tekanan menyiapkan nota mengikut period masa yang ditetapkan, dan tekanan berkejaran mencari ilmu bagi mengisi kantung di dada yang masih lagi kurang. Pernah teman serumah berseloroh;
“Anta ni, mengalahkan wakil rakyat sahaja”
Terima sahaja apa mereka mahu katakan, asalkan kita bahagia dan mereka tidak pernah terasa dengan kita.
Jalan-jalan yang biasa penulis derak melangkah, dan berlari-lari anak tidak lagi seperti dulu. Sejak berlakunya kejadian pengeboman berdarah, dua minggu lepas, setiap inci jalan ditempatkan pegawai keselamatan untuk mengawal keadaan. Kata teman dari Indonesia, bahkan dinding-dinding kat Mesir ni pun, adalah mata-mata. Cukup terkawal dan perlu berhati-hati. Jadi mungkin kadang-kadang bila jarang-jarang tercetus kejadian seumpama ini, kelam kabut semua jadinya. Kebiasaan warga asing yang merantau ke sini, khususnya pelajar menjadi luar biasa dan tidak senang duduk, bimbang berlaku tangkapan tanpa ada motif yang sebenarnya, dan akhirnya membawa pada tekanan.
Perjalanan sebuah perancangan hari ini, agak perlahan lantaran masalah-masalah kecil timbul. Kaki terasa kurang bermaya untuk bergerak, tangan pula kaku untuk mengukir utaian ilmu pada helaian kertas, dan gerak jari jemari menjadi lemah. Hilang idea untuk menulis. Bergerak bersama tekanan, terasa bahang seperti bom jangka yang tidak lagi punya jarak waktu panjang. Tumpuan pada kerja kering-kontang. Tekanan ini, kurang baik maksud yang ingin penulis sampaikan, bukan tekanan yang menghidupkan momentum, ada bedanya. Anda juga mungkin sering ketemu kecamukan situasi seperti ini, bahkan lebih lagi.
Dari satu sudut pandangan lain, tekanan boleh diibaratkan seperti drugs, yang mana pada therapeutic dose akan merawat penyakit. Namun, pada dose berlebihan yang melebihi therapeutic level, akan menjadi toxic kepada badan dan merosakkan badan sendiri
At least apabila penulis dah tulis perkara ni, lega sikit rasanya. Maybe proses untuk kata NO tu tidak perlu berlaku melalui sebutan NO, tetapi dengan perubahan kehidupan kita. Penulis masih terkial-kial melakukan survey untuk mencari tempat dan posisi yang sesuai untuk menyambung sebuah minat pada menulis semula.
Konflik dalam diri dan karenah mood yang pelbagai, kadang-kadang kalau dibiar mengikut jalan yang salah sering juga membentuk kombinasi mantap dalam menyumbang pada kekecelaruan dalam jiwa seseorang, terlebih utama lagi bagi anak muda, yang jiwanya seringkali terumbang-ambing lantaran emosi yang tidak stabil. Penulis melihat pendekatan yang diambil oleh golongan ‘professional leader of mood’ dalam menangani masalah ini ibarat sharpening the saw; iaitu berehat seketika sambil menajamkan mata gergaji, agar di penghujung hari lebih banyak kayu yang dapat dibelah. Gerak kerja lebih mantap dengan jiwa yang lebih damai.
Teringat pesan sahabat penulis;
“Ustaz, kita kena ingat. Kita selalu minta apa yang kita mahu, tapi Allah Taala selalu beri apa yang kita ‘perlu’ walaupun bukan apa yang kita ‘mahu’”
Mudah-mudahan semua berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah Taala.
Kawal Tekanan Dalam Sedar
As Syahid el Imam Hassan el banna ada kata;
“kerja yang kita ada lebih banyak dari masa yang ada”.
Orang yang ada masa hanyalah orang yang sibuk. Lebih optimum masa sekiranya bekerja dalam tekanan, tiada tekanan tiada ilham dan lebih banyak mengelamun. Moga Allah Taala beri kita kekuatan untuk mengisi masa dengan kerja-kerja yang berfaedah (amen). Sekali fikir tekanan yang wujud ni, elok untuk menyedarkan kita tentang masa. Tapi ni tak bermakna buat kerja dalam tekanan ni bagus, terutama dari segi kualiti. Budaya yang patut di muhasabah. Sibukkan diri dengan kerja-kerja yang berfaedah atau kalau tak banyak kerja, lakukan kerja extra terhadap tugasan. Penulis rasa, anda sudah faham dan boleh mengawal tekanan mengikut cita rasa dan kemampuan diri sendiri.
Pujangga Barat pernah berkata;
“I think stress is painful pleasure. Believe it or not, I can perform job better when I’m in stress. When I’m in stress, I want to complete job as perfect as I can, and the pressure will drive me to achieve it. I love jobs which have dua date, but I know, not everyone can work under stress. Everyone has their own style”
“lagi kamu under pressure, lagi tinggi produktiviti kamu dan lagi semangat kamu buat kerja”
Ini kata-kata yang pernah guru kaunselor penulis semasa di bangku sekolah menengah. Sebagai salah seorang badan pemimpin pelajar, dengan banyak aktiviti ko-kurikulum di samping menghadapi exam lagi, penulis selalu sangat berada dalam stress, tapi bentuk tekanan yang masih lagi terkawal. Beliau kata, ini sebenarnya bagus kepada diri penulis, sebab penulis tend to be a perfectionist. Jadi itu pun dah menjadi asas pada stress yang ada. Dari sudut yang lain, penulis boleh maintain study atau kerja dalam keadaan yang genting.
Malah tanpa tekanan, mungkin penulis hanyut. Tapi itu nasihat beliau, anda kena berhati-hati. Perlu tahu tahap kemampuan diri, sama ada dari perspektif kemampuan menanggung tekanan, mahupun limit dari segi kebolehan study atau kerja itu sendiri. Kerana kadang-kadang, benda ini boleh memakan diri sendiri.
‘Bersahabat dengan tekanan’, itulah quote yang sangat menarik. Penulis bersetuju dengan ayat ini. Kalau kita tidak pandai mengawal dan menguruskan tekanan, akhirnya kita akan hanyut dengan masalah. Penulis antara individu yang sudah berjinak-jinak dengan tekanan. Penulis tidak mencari tekanan, tetapi penulis cuba menghadapinya. Alam kerjaya adalah alam penuh tekanan, disamping itu ada juga kegembiraan bagi mereka yang pandang positif, sangat jauh berbeza berbanding alam kampus. Jihad, adalah konsep kerja yang mengandungi unsur tekanan pada tahap maksima. Anda bagaimana?
Menarik Evolusi Hati Pada Erti Sabar
Sekarang bukan IQ dan EQ je kena tinggi, AQ (Adversity Quotient) pun mesti tinggi. Stress bukan berkaitan kerja sahaja. Permasalahan persekitaran dan macam-macam lagi juga mendatangkan tekanan. Tapi, cara kita menghadapi pun penting. Cuma, sebagai manusia biasa, kadang-kadang terlalai. Lupa Allah Taala sentiasa membantu umat-Nya yang meminta.
Allah Taala berfirman; “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” el Baqarah (2:186)
Seumpama kita mengawal tekanan dalam Usrah. Kerencaman kelompok sasar sebenarnya bukanlah pilihan kita. Kadangkala kita memilih duduk dan berkongsi pandangan dengan kelompok yang dianggap ‘musuh ketat’ kepada kelompok lain yang juga cuba kita santuni. Dalam konteks yang berbeza, kita mendapati bahawa tiap-tiap kelompok ada kelebihan dan kekurangannya.
Penulis faham dengan realiti ‘kenakalan mahasiswa’. Sayang idealisme yang dikendong tidak menjadi resmi ‘padi’, malah sering jadi resmi ‘kiambang’.
Pemikir, dalam meluaskan upaya menanggapi sesuatu idea atau pandangan biasanya akan mencabar pandangan rasmi atau pandangan yang telah difikir kukuh. Inilah kejutan pertama bila penulis, mula mengenali saudara Astora Jabat (maaf jika ada yang terasa), yang akhirnya dalam tingkat lain penulis tidak fikir peribadinya yang sering dicemuh itu benar-benar difahami oleh mereka yang copy paste pandangan orang lain atau hentam kromo, tanpa sedar nafsu mengatasi akal.
Jamak kelompok memang sentiasa akan memanggil kita aktif di lapangan mereka sama ada sebagai individu atau menyertai lambang-lambang dinamakan persatuan, badan dan sebagainya. Bagi penulis, itu bukanlah masalahnya. Yang sering jadi masalah untuk penulis ialah persekitaran ‘yang diwajibkan’ bila kita menyertainya, itu sangat bermasalah.
Penulis fikir, ramai yang diam-diam tertekan dengan realiti yang berbeza dengan kepercayaannya. Maka mahu lekas membaiki, atau istilah quick fix menurut Stephen Covey. Di situlah idealisme yang tekal diluahkan dalam bentuk yangg akhirnya tidak diterima. Kadang-kadang dalam berbeza pendapat, mereka lekas mengasak ke jalur hitam putih. Inilah satu bentuk tekanan bebal, yang mungkin ada dikalangan kita kurang menekuninya.
“Memberi dan berperanan, jika diselami dengan jiwa hamba, bukanlah suatu pilihan tetapi tanggunjawab dan kewajipan”
0 komentar:
Catat Ulasan