“Boleh tak sayang picit-picit belakang abang?” Tanya si isteri kepada suaminya.
“Issh.. Sayang ni sudah buang tebiat ke?” Suami semacam malu-malu kucing, sambil mengganguk kepala membenarkan permintaan si isteri tadi.
“Bukannya selalu. Kalau bukan dengan abang, dengan siapa lagi. Abang suka ke sayang picit belakang lelaki lain?” Tanya lagi si isteri bernada lembut dan memujuk.
“Bukan macam tu. Cuma sebelum ni pun sayang liat sangat nak buat macam ni” Jawab si suami, sambil tangan memeluk erat isterinya.
Mungkin jarang-jarang benar berlaku. Kalau bukan kerana ada sesuatu yang diinginkan isteri, mungkin tidak ada intonasi-intonasi romantik seperti babak di atas. Suami yang teransang bila mendengar suara mengoda si isteri, sambil tangan membelai lembut dan mengusap seluruh tubuh tanpa dipinta. Bak seperti sebuah ladang yang dihampar luas, menunggu penuh mengharap tangan-tangan sang petani bermain di atasnya. Sudahkah anda bersedia menjadi sebuah ladang yang setia menunggu, dan sang petani ghairah pergi dan pulang setia hari? Jika anda mampu, anda berhak memperolehi satu bonus kerana bijak menghasilkan pahala dari salah satu cabang ibadat yang sungguh senang. Ianya praktikal, bukan lakaran teori semata-mata. Pendek kata kena cuba, baru tahu penangannya.
Penulis merasakan, entry kali ini mungkin terlalu over dan sedikit pedas untuk diri penulis sendiri yang belum lagi mengecapi hidup berumahtangga dan anda semua para pembaca yang masih teruna mahupun dara. Namun sebagai renungan bersama, walaupun dengan keterbatasan ilmu yang ada, agar anda yang sudah berkira-kira untuk menamatkan zaman bujang, selepas hujung semester ni, atau sekadar ingin mengutip mutiara ilmu untuk mengisi kantung di dada, apa salahnya. Erti hidup pada memberi, yang baik diambil dan ditauladani, manakala sebaliknya disempadani, dan dibuang jauh-jauh!
Selama tempoh dua tahun penulis menjejak kaki di bumi anbia’ ini, hamdalah penulis masih mampu memelihara diri dari terjebak dengan mainan hati remaja ini meskipun terdapat juga beberapa hajat yang ingin mengganggu gugat rasa minat penulis pada ilmu. Tapi hati ini tetap bimbang kerana perjalanan seorang hamba yang mencari jalan pulang menuju reda-Nya masih jauh. Mungkin apa-apa sahaja halangan di hadapan yang sedia menanti. Jalan yang pernah memesongkan ramai manusia. Adakah penulis masih kuat lagi ketika itu? Sejujurnya, penulis masih lemah dari sudut antibody penjagaan sebuah sumur bernama hati. Hati mana yang tidak mahu dicintai dan mencintai? Penulis tidak rela, tuntutan hati itu dicemari oleh jiwa remaja yang amat rapuh dalam mengenal erti sebenar cinta ini.
Kepada remaja-remaja di luar sana, khususnya mereka yang masih dibangku sekolah dan masih menuntut di menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa-apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani menderhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas nama cinta, tetapi juga pada sikap saling mempercayai. Jika Allah Taala sudah diingkari di awal-awal lagi, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dan tidak mustahil perkara yang sama dilakukan selepas melayari bahtera kehidupan sebagai suami isteri. Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.
Kalau dakwah tidak meninggalkan keperluan, maka tanggungjawab tidak meninggalkan cinta, dan cinta tidak pernah sesekali mengabaikan tanggunjawab. Kalau merancang perkahwinan, jangan rancang hanya ke pelamin, tetapi rancanglah hingga ke lampin, agar diberkati hidup sebelum ditalkin. Sebuah pencarian Cinta Sesuci Mariam, mungkin berada di sebelah anda. Cubalah fahami secara mendalam!
Allah Taala berfirman; “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mu'jizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu)” ar Ra’d (13:38)
Dalam soal rumahtangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna, anda mungkin silap langkah. Kenapa penulis berkata sedemikian? Jika rumahtangga dibina atas dasar fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumahtangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang dengan seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai. Anda pasti mengagumi antara satu sama lain.
Nabi bersabda; “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara ini; kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya kerana kelak, akan beruntunglah kedua-dua tanganmu”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mulakan Dengan Haruman Kata Puitis
Kefahaman tentang ilmu rumahtangga, tidak dapat tidak perlu dilengkapi. Walaupun tidak secara full-time pun, part-time jadilah. Asalkan proses pembelajaran diteruskan dari masa ke semasa tanpa jemu. Perkahwinan merupakan suatu tanggunjawab besar yang wajib dipikul oleh bakal-bakal suami. Bukan sekadar untuk memenuhi keperluan batin sahaja, tetapi jauh mengjangkau hidup untuk selama-lamanya, dengan jambangan kebahagian. Isteri bahagia bila duduk disamping suami. Suami merasa syahdu dan tenang tatkala memeluk manja si isteri.
“Ustaz kata mudahlah, rencana di atas kertas tidak sama dengan realitinya. Berat sangat”
Apakah kata-kata yang sering membisik hati anda seumpama ini, akan terus membusutkan niat anda untuk menyempurnakan separuh dari agama? Anda tidak boleh terlalu pesis, dan tidak pula penulis mengharapkan anda terlalu optimis. Suri tauladan rumahtangga, telah pun terpapar di hadapan anda. Bagaimana kebahagian mereka berpanjangan hingga ke hari tua mereka. Perjalanan kebahagian mereka itu, tidaklah selalunya lancar tanpa ada sebarang duri-duri. Namun di sana mesti ada rahsia, konsisten mereka mengekalkan sebuah kebahagian. Kita mesti belajar daripada mereka.
Jangan jadikan suatu alasan, walaupun anda mengatakan, mungkin sahaja kesan apabila soft science dipelajari seperti hard science. Penuh dengan method, silibus yang rigid, dan peringkat-peringkat pelajaran yang membosankan. Mungkin semasa dalam tarbiah, ada bahagian-bahagian hati yang dimatikan kerana dianggap salah secara total. Seolah-olah ditarbiah ketika itu seperti robot yang tiada perasaan. Anda silap.
Apa yang penulis nampak dalam perkahwinan ini, kadang-kadang suami dan isteri tu terlupa hendak bawa cinta seiring dengan tanggunjawab dalam rumahtangga apatah lagi bila usia rumahtangga bertambah. Bila sampai satu peringkat, bebanan tanggungjawab dalam rumhtangga sudah bertambah, bilangan anak bertambah, masalah kewangan bertambah sehingga menyebabkan masing-masing lupa bahawa mereka ada tanggunjawab lagi satu, iaitu mengekalkan rasa cinta pada pasangan seperti seawal perkahwinan dahulu.
Itu yang berlaku kes suami isteri bercakap bila perlu. Lupa nak bergurau senda, yang peliknya boleh pula bergurau senda dengan rakan-rakan di tempat kerja. Hal di bilik tidur pula, hanya terlaksana sebab nak lepaskan keinginan batin. Pejam dan buka mata aje, selesai. Bukan lagi atas dasar penuh kasih sayang dan penuh kecintaan. Menakutkan, tapi itulah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.Renungkan!
Kenapa dah sampai satu peringkat tu, cinta seolah-olah sudah tidak penting, yang penting nak laksanakan tanggunjawab asas semacam soal nafkah, khususnya nafkah zahir, besarkan anak-anak, dan kerja keras untuk stabil kewangan. Betul, itu juga penting. Pada penulis, cinta itu umpama salah satu enjin penting untuk menghidupkan kebahagiaan rumahtangga. Tanpa cinta, ’sejuk’ rumahtangga tu. Tidak ada kehangatan. Tu yang nak balik rumah rasa malas, lebih suka duduk kat luar sebab mungkin lebih hangat barangkali.
Penulis pernah mendengar satu ‘kisah benar’, seorang isteri yang menunjukkan cintanya kepada suami dengan memasak lauk-pauk yang sedap-sedap setiap hari, tetapi si suami hanya berasa dicintai apabila sering mendapat pengiktirafan daripada isteri. Jadi timbul perasaan isteri tidak sayang suami. Si isteri pula, hanya rasa dicintai apabila mendapat hadiah ulangtahun kelahiran, atau perkahwinan. Manakala si suami pula, menunjukkan kasih sayang dengan bekerja kuat supaya dapat memenuhi keperluan keluarga. Tiada luahan dari kata-kata. Boleh dilakukan, jika si isteri ataupun si suami faham. Tapi tidak salahkan, jika sesekali kita susun kata-kata yang berbunga-bunga. Bukan untuk oang lain pun, untuk pasangan sendiri.
Allah Taala berfirman; “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah ?" an Nahl (16:72)
Cinta dalam rumahtangga perlu dinyatakan. Ya, diluahkan. Suami ambillah masa sesaat dua untuk menyatakan cinta dan sayang kepada isteri, begitu juga isteri. Cinta perlu diluahkan. Inilah yang mesti dipraktikkan dalam rumahtangga. Begitu juga halnya dengan anak-anak. Luahkan rasa kasih dan sayang kepada mereka. Ada di antara anak-anak yang rasa tidak disayangi. Ya la, mama dan papa tidak pernah pun cakap, membisu sahaja. Kadang-kadang inilah yang ada dalam fikiran mereka. Jadi, to make it clear, say you love them. Biar mereka rasa dihargai, dan bukankah kata-kata itu doa? Jika kita selalu menutunkan kasih dan sayang kepada mereka yang sepatutnya, inshaAllah akan dikekalkan rasa kasih dan sayang itu sampai bila-bila.
Manakala untuk ustazah-ustazah pun perlu pandai bergaya depan suami. Kalau kat luar tutup litup hatta pakai purdah, tidak salah di dalam rumah pakai jeans atau pakai seksi-seksi sebab hanya untuk suami. At least, bila suami keluar rumah, dia tidak rasa hairan dan naik darah tengok perempuan-perempuan yang pakai seksi. Suami perlu berbangga ada isteri, biarpun bertutup litup di luar tapi seksi dalam rumah dan yang pasti hanya dia seorang aje lihat keseksian isterinya tanpa perlu berkongsi dengan lelaki lain. Pesanan untuk si suami, bila keluar berjalan dengan isteri, belajar-belajarlah ada rasa risau di hati. Walau sehelai rambut isteri anda terlihat oleh lelaki ajnabi, kerana bimbang teruk bersoal jawab di akhirat kelak.
Mencari Peluang Dalam Keperluan
Zaman ini sungguh banyak cabarannya, pelbagai dugaan timbul dari persekitaran yang boleh mengganggu fikiran dan emosi hati. Jadi, mencari kekuatan itu menjadi suatu yang perlu selain memperkukuh benteng Iman dan takwa.
Peranan takwa dan Iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya. Banyak versi dan variasi. Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para ‘pejuang agama’ sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang. Kena pandai mencari peluang dan bertindak.
Sebagai orang yang masih bujang, persediaan perlu dilakukan sebaiknya. Melihat intipati yang terkandung dalam ‘Men are from mars, women are from venus’ contohnya dan banyak lagi (tapi tidak semua) seumpama dengannya, sedikit sebanyak memberi cambahan inisiatif dan motivasi untuk halatuju komunikasi yang lebih baik.
Dulu lain, sekarang dah lain, dahulu bujang sekarang dah kahwin. Dulu lain sekarang lagi la lain,walaupun bujang, sediakan diri macam sudah kahwin. Disebabkan perkahwinan itu adalah praktikal, seharusnya segala ‘teori-teori’ perkahwinan dikutip sebelum menempuhnya. Cuba kita bandingkan dengan dakwah dan belajar. Kita sanggup menghabiskan bertahun-tahun untuk menjadi seorang yang berkelayakan. Apa salahnya untuk sebuah rumahtangga yang berpanjangan.
Cinta yang tidak suci akan dihukum oleh Sunnatullah. Perkahwinan yang tidak ikhlas akan menentukan hasil ke arah kehancuran. Penyatuan yang berdasarkan nafsu bukan sahaja berlaku di peringkat keluarga, malah kepimpinan Negara. Kepura-puraan dua pihak yang bersatu hanya kerana nafsu untuk menjatukkan orang lain dengan merosakkan bangsa sendiri, dan lebih teruk maruah agama sendiri digadai.
Cinta itu tidak bersalah. Hanya apabila cinta nafsu dipergunakan mengatasi cinta akal, di bidang apa sekalipun ia akan membawa kehancuran. Cinta sejati memerlukan ilmu. Cinta sejati memerlukan akal. Akal yang berkeupayaan mengjangkau jauh ke hadapan dengan merujuk dan melihat jauh ke belakang. Tetapi kalau awal-awal lagi akal itu diletakkan ke tepi, maka cinta sejati tidak akan dan tidak dapat diwujudkan. Tenggelam di arus nafsu hasil perbuatan tangan sendiri.
Masa memang diperlukan untuk menambah stabiliti dan abiliti sikap kita. Take your time, cuma pastikan kita tidak jemu membuat penambahbaikan dan belajar dan terus belajar. Semoga penulis dan anda dipertemukan jalan menuju-Nya.
ameen.
5 komentar:
mabruk!
men from mars, women from venus
komunikasi 2 hala antara adam dan hawa yang perlu dipelajari, bukan diambil enteng.
salam...saya tertarik melawat blog ustaz apabila ternampak nickname putrazhari.saya juga seorang isteri kepada graduan alazhar.memandangkan kami berasal dr aliran akademik yg amat berbeza,kami sering berbincang ttg hal2 yg merangkumi segala ttg kehidupan.cumanya,saya selalu mencelah,azhari&ah mmg cenderung ttg cinta,poligami & sewaktu dgnnya...walaupun suami membantah dan menyatakan siswa/i lain pon sama.apapon,bg sy,jatidiri seorang azhari/ah itu perlulah dikekalkan dr mula masuk hingga ke ahir hayat..dan termasukla dalam bab cinta2,rumahntangga!ps:dik,menerajui rumahtangga bukan semudah yg dilihat.setelah alami,baru faham maksud tersirat..wallahualam
Terima kasih kunjungan cikgu nurul ke laman blog saya.
saya bersetuju dengan pandangan peribadi cikgu, melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan amat penting walaupun bukan dari bidang kita.
Sebab itulah manusia dikurniakan pancaindera agar mereka mendalami, memahami dan menggali khazanah ilmu yang ada.
Allah Taala memberi dua telinga satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap. Dua kaki satu mulut supaya lebih banyak berjalan dari makan. Dua tangan satu mulut supaya lebih banyak menolong dari mengkritik. Dua mata satu mulut supaya lebih banyak perhatikan kebesaran Allah Taala, bukan ‘cakap tidak supe bikin’.
Jazakillah.
salam...syukran share ilmu...;)
Catat Ulasan