PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Februari 24

Public Speaking: Anda Ada Potensi



“Tahniah Ja (singkatan nama penulis), penyampaian yang baik”Puji seorang teman sebaik sahaja penulis selesai menyampaikan ceramah pada sebuah program jemputan.

“Ana terpesona dengan body language, dan cara penyampain anta dalam menarik minat para pendengar tadi.Boleh belajar ni?hehe…”Tambah teman lagi, seolah-olah ingin menbodek penulis yang sedang kepenatan untuk bersuara.

“Kalau nak puji pun, tak payah lebih-lebih, mengalahkan Sang Romeo saja”

“Anta apa kurangnya, kat asrama, bukankah anta orang pertama yang memegang mic, berjeler-jeler cakap”Penulis cuba, memotong kata-kata teman itu dari terus menghambur kata-kata pujian melangit, yang entah apa-apa.

“Tu lain, ana nampak anta jarang sekali pegang mic di asrama, tapi bila sekali bercakap pasti meninggalkan kesan, sekilas pandang cara anta tak tumpah macam ahli politik atau penceramah bebas, ala macam dalam tv3 tuu…”Ujar teman, yang sama-sama mengikuti program tersebut, anjuran sebuah sekolah menengah negeri, di Kota Bharu.

“Nanti karang (selepas ni), tidak pasal-pasal pula, ada yang kena belanja makan ni”Penulis cepat-cepat mencelah gurau sambil mengukir senyuman kambing kepada teman, yang sudah terpingga-pingga panas punggun dari tadi.

Rasanya kali kelima, penulis menerima jemputan ceramah di luar kawasan sekolah pada masa tu.Ceramah yang lebih berbentuk motivasi, kesedaran dan ala-ala remaja ini, cuba diketengahkan semasa penulis dibangku sekolah rendah duhulu lagi, tapi hanya tertumpu pada kelompok usrah atau kepimpinan pelajar di sekolah, dan kadang-kadang juga di dataran perhimpunan sekolah menjadi tempat penulis melepaskan gian.Seingat penulis pada masa tu, Cikgu Jailani Shukor yang memberi tiket kepada penulis untuk bercakap mewakili murid darjah enam.

“Nak tunjuk pandai la tu”

“Bukan sedap sangat pun cakap, berbelit-belit dengar”

Biarkan sahaja apa orang nak cakap pasal tabiat kita tu, asalkan kita mencapai kepuasan diri sudah la, kerana kesannya cukup besar untuk prospek masa depan.

Cari Potensi dan Bina Kekuatan Dalama

Hari ini sisipan beritan harian, dalam satu artikel beritanya cukup menarik untuk diperkatakan dan dimuatkan dalam laman blog ini sebagai pembuka minda, supaya kita berfikir sejenak satu isu yang cukup penting dan perlu dipertimbangkan;

“Doktor, jururawat 'berat mulut’

Kalau nak diimbaukan kembali, sejak keci lagi penulis tidak suka pergi ke klinik, apatah lagi ke hospital walaupun ibu selalu menjadi orang pertama pujuk dengan pelbagai helah.Kalau penulis ringan tulang untuk pergi ke sana pun, adalah dengan hati berat atas alasan paksaan atau ugutan daripada ibu, bukan apa tak mahu derhaka kepada ibu tercinta.Nak tahu kenapa?

Alasannya sangat mudah, bila sahaja penulis ke klinik, maka penulislah doktornya.Pelikkan bunyinya.Kenapa tidak?Penulis sahaja yang panjang bercakap, berderet-deret pula tu, tapi doktor atau jururawat yang bertugas, hanya catat apa sakit, dan apa ubatnya, selepas tu beredar.kalau ya pun, senyumlah sekurang-kurangnya.Ini tidak, bukan sahaja loket (marah) pada raut wajah, bahkan jauh sekali mahu senyum.Penulis tidak menunding jari kepada semua doktor, mungkin ramai sahaja dikalangan kita (pelajar perubatan) tahu bila berhadapan dengan situasi kritikal ini, tapi ramai lagi yang tidak tahu.

“Saya demam, kalau boleh nak sekali ubat cacing (ubat umum yang selalu diminta orang kampung seperti penulis)”Ujar penulis pada masa tu kepada seorang doktor.

Jarang sekali kita dapati perkhidmatan perubatan, baik di kampung mahupun di pusat bandar memuaskan hati kita.Paling kurang menyatakan penyakit, dan diminta mengambil ubat di kaunter farmasi.penulis selalu merunggut;

“Kalau macam ni, dah tahu penyakit yang sama baik terus ke farmasi sahaja”

Rungutan sikap segelintir (bukan semua) pengamal perubatan yang pada penulis gagal sama sekali dalam memberi servis atau perkhidmatan kelas pertama, paling kurang kelas pertama dalam berkomunikasi dengan pesakit.Kita kena sedar pesakit yang datang kepada kita, maka sebagai tuan punya rumah layanan baik perlu ditonjolkan.Ini juga bukan cerita atau perkara baru yang berlaku, rungutan demi rungutan, sehinggakan ada yang sanggup melalui perjalanan yang jauh walaupun ada klinik berdekatan dengan rumah, semata-mata ingin mendapat perkhidmatan terbaik.Kita juga perlu sedar kemungkinan 20% dari layanan anda (para doktor) memberi kesan pada cepat atau lambat pulihnya penyakit mereka kerana peranan dalam memainkan emosi pesakit adalah tidak kurang pentingnya.

Teknik komunikasi baik ini bukan sahaja penting semasa di medan kerjaya, bahkan aplikasinya secara menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan seharian manusia.Antara punca utama kerengganan hubungan antara senior dan junior di tempat penulis belajar, peratusan besarnya ialah kerana kurangnya penguasaan dalam berkomunikasi, bukan tidak boleh bercakap, tapi kaedah percakapan yang betul lagi tepat bilamana berhadapan mereka yang lebih tuan ataupun muda.Cara memulakan perbualan, penggunaan kata ganti nama yang sesuai, berat mulut atau cakap-cakap merapu tidak tentu hala, antara masalah kecil, tetapi kesannya cukup besar yang perlu dititikberatkan di dalam kehidupan bermasyarakat ini.




Penulis merasakan potensi bercakap melalui pencerahan commen sense dalam public speaking yang tersedia ada dalam diri kita, perlu diasah sedari rebungnya lagi, bukan menunggu sehingga kucing tumbuh tanduk.Sedar atau tidak setiap daripada kita khususnya golongan terpelajar mempunyai bakat yang sudah ditanam secara tidak sengaja dalam diri.Masih tidak nampak?anda perasan kita boleh sahaja bersembang, berborak kosong bersama teman-teman di dalam kelas, di restoran, di perhentian bas dan sebagainya tanpa kita sedari, isu yang dibincangkan atau disembangkan itu menjangkau sub-topik mula-mula kita bercakap, bahkan mungkin kita tidak perasan sudah mengambil masa yang terlalu panjang kerana asyik sahaja bercakap.

“Ustaz cakap mudah, berceramah di hadapan orang ramai dan cakap kosong bersama teman-teman bukannya sama”

“Ana dah cuba, bukan senang menuntun kata-kata bila dah berada di atas mimbar”

Buang jauh-jauh prasangka dangkal anda itu, kata-kata sia-sia itu bukan sahaja meruntuhkan semangat anda bahkan memberi impak pada potensi dalam diri anda, cuba dahulu baru tahu di mana kedudukan bakat anda sebenarnya.Orang yang bijak bukan sahaja petah pada percakapannya tapi susunan kata-kata yang sarat dan digarap bersama ilmu untuk menarik minat para pendengar untuk mendengar ceramah atau kata cakap anda.Kemungkinan anda boleh berbangga walaupun tidak sehebat dan sepetah Dato’ Dr Fadzilah Khamsah dalam bercakap, namun anda masih punyai cakap-cakap ilmu yang bisa diambil input.

Ramai individu yang educated tapi gagal cemerlang dalam medan kerjaya, kerana kemahiran komunikasi yang teruk.Bukan sahaja dalam sector perubatan, bahkan dalam semua lapangan pekerjaan yang memerlukan potensi bercakap dipamerkan.Fikirlah wahai teman!

Kendalikan Perasaan Anda

“Ustaz, ana rasa emosi semasa berada dihadapan auditorium juga penting”

“Ana rasa boleh, tapi perasaan ana selalu menggagalkan tindakan ana”

Bila kita bercakap tentang perasaan dan emosi, di sana kita kena kaji kenapa sering berlaku pergolakan?apa puncanya?Dari sudut pertimbanagan Islam, pergolakan tersebut berlaku kerana dua perkara;

Økegembiraan yang memuncak.

Ømusibah yang berat.

Nabi bersabda;“Sesungguhnya aku melarang dua suara, yang dunggu dan buruk, iaitu suara ketika mendapat nikmat (suka ria) dan suara ketika ditimpa musibah(meratap)”

Allah Taala berfirman:“(Kami jelaskan yang demikian) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”el Hadid (57:23)

Justeru itu, dalam konteks ini, sesiapa sahaja yang boleh menguasai emosi dan perasaannya dalam setiap lapangan peristiwa, baik yang memilukan atau juga yang menggembirakan, amak dia berhak mendapat penghargaan berupa hati yang teguh dan tenang.Allah Taala menyebut bahawa manusia adalah makhluk yang senang merasa gembira dan bangga diri.Namun menurut allah Taala juga, manusia mudah berkeluh resah bilamana ditimpa musibah, dan ketika manusia mendapat kebaikan, cepat pula mereka menjadi kikir kecuali mereka yang mengerti erti syukur dihamburkan kepada Dzat yang Maha Esa.Nah, akhirnya mereka inilah yang akan senantiasa bersyukur bilamana mendapat kenikmatan apa sahaja, dan sabar serta tidak mudah melatah bilamana ditimpa musibah.

Ketahuilah, bahawa emosi yang tidak terurus dan tidak dikendalikan dengan baik hanya akan meletihkan diri dan minda anda.Sebab itu kita lihat, orang yang marah misalnya, maka kita selalu dapati kemarahan mereka meluap-luap dan sukar dikendalikan.Oleh itu, menyebabkan mereka cepat sahaja menggeletar, mudah memaki hamun orang lain tanpa sebab, seluruh isi hati tertumpah ruah, dan akan cenderung melakukan sesuatu mengikut hawa nafsunya yang jelek.Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan pada penguasaan dan pencarian pada bakat seni suara, dan sebagainya, kerana diri merasakan lambat lagi, dan membiarkan emosi tidak sihat itu menguasai tanpa ada kawalan terurus.

Teringat dulu penulis semasa ujian oral Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tingkatan lima dahulu, maka tidak dapat tidak setiap pelajar wajib menyampaikan sesuatu dalam bentuk komunikasi baik secara individu mahupun berkumpulan dalam ujian tersebut.Namun cikgu telah berpesan diawal-awal lagi, kalau dah rasa diri tak biasa bercakap, carilah partner untuk memudahkan.Kalau seorang rasa kaget, seorang lagi terus back up, dan seterusnya sehinggalah mencapai tempoh masa yang telah ditetapkan.Membuat penulis termenung seketika, mesti ada saja teman-teman yang ‘bersahaja’ dalam persedian, dan mengambil mudah pada ujian tersebut.Tidak kurangnya mereka yang tidak biasa, berkali-kali mengulangi perenggan ayat yang sama, kadang-kadang lucu juga melihat gelagat spontan teman-teman di sekolah.

Maka tidak dapat tidak, keyakinan perlu dipasakkan dalam diri anda, orang beruntung ternyata memang lebih terbuka terhadap peluang.Mereka lebih peka terhadap adanya peluang, pandai menciptakan peluang, dan bertindak ketika peluang datang. Bagaimana hal ini dimungkinkan?

Ternyata orang-orang yang beruntung memiliki sikap yang lebih rileks dan terbuka terhadap pengalaman-pengalam an baru. Mereka lebih terbuka terhadap interaksi dengan orang-orang yang baru dikenal, dan menciptakan jaringan-jaringan sosial baru.Orang yang sial lebih tegang dan tidak akan ke mana sehingga tertutup terhadap kemungkinan- kemungkinan baru.

Isyarat dari perasaan.Tiba-tiba saja anda merasakan sesuatu yang lain ketika sedang melihat atau melakukan sesuatu.Ini yang pernah penulis dan segelintir daripada anda alami.Contohnya, waktu penulis di kuliah, penulis merasa tiba-tiba excited setiap kali melintasi kelas-kelas pengajian kerana mungkin ilmu dan cara penyampaian para pensyarah begitu mantap.Jadi bilaman penulis berada diluar menjadi pemangkin untuk penulis menjadi seperti pensyarah tersebut, kerana orang yang mendengar ceramah atau kata-kata penulis juga turut berasa kagum untuk menjadi seperti apa yang dilihat dan didengar.

Nah segala-galanya terserah di tangan anda untuk memilih jalan yang betul-betul ideal dengan potensi anda.Bila lagi, kalau bukan sekarang!!!

“SELAMAT MENCARI POTENSI ANDA YANG SEBENARNYA”

1 komentar:

Tanpa Nama berkata...

satu ulasan yang baik. sememangnya keperluan untuk manusia bersedia dan mampu "menyampaikan" sangat mendesak sekarang lebih-lebih lagi di zaman yang mana banyak kepincangan negara dan agama berlaku. menjadi kewajipan bagi mereka yang tahu dan mahu inilah untuk menyampaikan dan membetulkan salah tanggap ini.

fenomena pekerja-pekerja di sektor perubatan yang "berat mulut" itu memang menjadi satu isu yang berat di kalangan pelajar-pelajar yang bakal mengisi tempat-tempat itu di masa akan datang. boleh juga dikatakan

1. kaedah pendidikan dan silibus yang diamalkan di tanahair rata-rata tidak menggalakkan atau mengajar cara komunikasi berkesan kepada pesakit-pesakit, penekanan lebih kepada teori dan praktikal perubatan sahaja jika dibandingkan di negara-negara luar yang mengadakan subjek khas berkenaan komunikasi dan penyampaian kepada pesakit.

2. sifat manusia itu sendiri yang enggan meletakkan diri dalam situasi pesakit yang datang dalam keadaan "kekurangan", semestinya emosi juga memainkan peranan di situ.

3. situasi masa bekerja yang lama kadang-kadang menyebabkan mereka berasa penat dan ini menghalang ekspresi diri yang ceria - sebenarnya ini tidak boleh dijadikan alasan pun, cuma inilah yang seringkali terjadi

sekadar pandangan

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal