PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, Januari 28

Perkosaan Bumi Palestin-siri terakhir

Kerakusan Manusia Berjiwa Iblis

Gambaran tentang dunia Islam sudah terlalu jauh dari konsep keamanan dan keselamatan yang di taja oleh pihak barat terutama media massa.Gambaran paling besar dari kaca mata penglihatan umat Islam hari ini ialah penjajahan dan pergolakan bumi Palestin yang tiada kesudahan episode,dan seluruh dunia yang mencengkam dunia Islam sejagat.

Menyorot kembali kelantangan bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Muhammad mengutarakan pandangan bahawa Yahadi sebagai Proksi Dunia di Sidang Kemuncak OIC di Putrajaya,menggemparkan dan mendapat sambutan hangat seperti ‘pisang goreng’.Pelbagai pihak telah member tindak balas yang baik.Yahudi sebagai proksi dunia bukanlah suatu yang dianggap kasar berbanding,perkosaan yang telah mereka bantalkan setiap penduduk Palestin kononnya untuk menghapus golongan radikel seperti pejuang Hamas,namun terang lagi bersuluh,kita dapat lihat siapa yang lebih radikel sekarang,Hamas atau Israel?Ini bukan sesuatu yang baru dalam perkembangan isu-isu panas dunia yang melibatkan nyawa orang awam.Menyusur sejarah Yahudi yang terkenal dengan kecerdikan, kepandaian, kelicikan, kejahatan,dan sebagainya yang mana sudah sebati dan sinonim dengan bangsa Yahudi.Bangsa yang mempunyai populasi paling kecil berbanding bangsa-bangsa lain di dunia.Realitinya mereka telah menguasai ekonomi dan politik antarabangsa.

Angkara bangsa Yahudi inilah,bumi el Quds telah rosak teruk dan dibinasakan.Rakyat Palestin hanya mampu membaling batu tetapi serangan tersebut telah dihakis oleh kereta kebal dan senjata-senjata canggih Israel.Begitu juga yang berlaku di bumi Iraq dan Afghanistan,merasai penangan Yahudi yang berselindung di sebalik bendera Amerika dan Britain.Di era pemerintahan Saddam Hussain yang dikatakan layanan ‘tidak mesra’ yang diterima tidaklah sekejam yang diterima penduduk mereka lima tahun dahulu.

Bumi para Nabi dan wali Allah kini melalui era kemusnahan yang amat dahsyat dan teruk.Rakyatnya dihujani peluru yang menembusi seluruh badan,manakala mortar,dan senjata canggih lain memayungi ruang udara,rumah dirobohkan,wanita-wanita muda dan kanak-kanak pula maruah mereka dicerobohi dan dinodai dengan cara paling kejam,dan banduan pula diberi layanan kelas kebinatangan.Mereka didera dan dibogelkan,diseksa dengan pelbagai bentuk seksaan yang pasti memeritkan fizikal dan mental mereka.Tangisan dan jeritan suara rakyat Iraq dan Palestin sering didengari,namun kebanyakan dari pemimpin Negara Islam atau mereka yang mempunyai hati perut lebih suka ‘memengkak tulikan telinga’.Kenapa ini semua terjadi?

Deretan peristiwa sedih, ngeri, dan menyayat hati menyelubungi dan membelenggu jiwa raga umat islam dan dunia amnya.Kisah sedih yang penuh emosi ini sepatutnya member ruang kepada umat Islam mencari kelemahan dan membina semula kekuatan umat Islam.Segenap jiwa umat islam telah dihantui dengan tangisan dan darah perjuang yang bangun bertindak mempertahankan diri.Tetapi yang utama, mereka memperjuangkan nasib bangsa demi mengembalikan kedaulatan Negara yang telah dijajah.Kisah Palestin bukanlah cerita berepisod sensasi untuk ditonton dan didengari.Namun saban hari, kita tidak sunyi mendengar kisah dan peristiwa yang mencengkam jiwa, emosi malah fizikal umat Islam.Rata-rata kita memandang hina di atas kezaliman dan kekejaman Amerika dan sekutu rapatnya di Tebing Barat.

Dunia telah menyaksikan betapa murah nyawa umat Islam, mudah dibunuh bagaikan menyembelih binatang dan digayang secukupnya.Tidak perlu menyatakan fakta berapa ramai yang telah menjadi mangsa korban Israel laknatullah!!!.Ada jua dikalangan mereka yang sanggup menjadikan batang tubuh sebagai galang ganti dengan meletakkan deretan bom sebagai pejuang berani mati.Bumi limpahan minyak seperti Iraq hakikat telahnya telah dibanjiri dengan ribuan darah rakyatnya.Tidak mustahil kronologi pertumpahan darah dan drama bersiri ini berterusan hingga tiada penghujung dan mungkin sehinggalah Nabi Isa turun dari langit memusnahkan fitnah dajjal bertopeng manusia ini.

Rasa menyampah terhadap Amerika dan Israel telah membuak-buak dan semakin menjadi,sudah pasti darah amarah pasti menyirap dalam tubuh setiap manusia yang menghadapi situasi ini.Itulah yang sering dan kerap kali didengari oleh pejuang berani mati.Mereka bertindak meletupkan diri dengan tujuan ingin membunuh seramai mungkin golongan manusia yang bergelar penceroboh,dan inilah cara balas dendam yang digeruni oleh askar-askar Yahudi.Mereka telah bertekad dan nekad melakukan segalanya yang terdaya dan termampu,tidak cukup dengan menggunakan biji batu,bom pula dililitkan keseluruh badan.Intifadha ini,lebih berkesan dalam mengecutperutkan dajjal alaf baru ini.Pada mereka ‘tiada jalan penyelesaian lain selain perang!.Letupkan diri’.Mungkin inilah kata-kata yang mungkin asing bagi kita rakyat Malaysia.Namun tidak hairanlah budak-budak hingusan,sudah pandai memegang batu dan lastik untuk memancung kepala setiap penceroboh yang rakus menggondol tanah mereka,terutama tapak kesucian umat Islam,Masjid el Aqsa.Malah ada pula sudah pandai mengendali M-16, pelancar roket dan senjata canggih lain.Bagi kanak-kanak dan remaja di disana, bunyi dentuman bom, meriam sudah menjadi runtin kehidupan mereka.Jumlah kematian rakyat Palestin sehingga kini mencecah puluhan ribu orang saban hari semenjak tertubuhnya Negara Israel secara haram, menafikan hak pribumi rakyat Palestin.

Sejarah Berdarah Jadi Ingatan

Usai peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan AS, pihak tentera zionis telah menceroboh masuk ke dalam masjid al-Aqsa dan menawannya. Bayangkan, masjid suci el Aqsa dikotori dan dicabuli mereka dengan trak-trak tentera rejim, bukan itu sahaja, malah mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid el Aqsa sambil menyanyikan lagu :

Letakkan apricot ke atas epal”

“agama Muhammad telah hancur dan musnah”

“Muhammad telah mati”

“Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah.”

Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang kononnya dianggap mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam, dan kegagalan umat Islam mempertahankan masjid el Aqsa sendiri menunujukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan masjid mereka! Tidakkah anda semua rasa tercabar?

Bermula dari tarikh itu jugalah pihak rejim telah mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjidil Aqsa sebagai milik mereka.Tembok sebelah barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai ‘Tembok Buraq’ ( kerana dikatakan Rasulullah saw. telah mengikat Buraq di tembok tersebut sewaktu peristiwa Isra’ dan Mikraj) telah ditukar namanya kepada ‘Tembok Meratap’.Ia telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga Yahudi untuk menunaikan ibadat ‘meratap’ atas kehilangan ‘Haykal’ yang pernah dibina oleh nabi Sulaiman di atas tapak tersebut.Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman zionis dari serata dunia akan menunaikan ‘haji’ mereka di sana. Bagi para tentera meraka yang akan menjawat jawatan tertinggi dalam angkatan tentera rejim juga akan menunaikan ‘angkat sumpah’ di tembok tersebut untuk mempertahankan negara Israel (Erez Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka.Perlu diingat oleh kita semua, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah satu tindakan yang terakhir terhadap Masjidil Aqsa, tetapi merupakan permulaan bagi mereka untuk merobohkan Masjidil Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai ‘The Mount Temple’ ataupun ‘Haykal Sulaiman’.

Semua ciptaan benda di dunia ini tidak bermula daripada kosong tetapi dengan mengemas kini ciptaan orang-orang terdahulu.Inilah sejarah.Sesuatu kejayaan bukan kebetulan tetapi lahir dengan perancangan yang betul. Faktor penting dalam perancangan ialah mengambil kira pengalaman lalu. Pengalaman lalu adalah sejarah.Sejarah kejayaan akan berulang jika kita ulangi faktor-faktor yang menjadikannya sesuatu generasi itu berjaya.Hatta pembukaan baitul Maqdis di zaman Salahuddin al-Ayubi adalah dengan mengulangi strategi kejayaan tentera Islam zaman Umar el Khattab.

Kalau ada di kalangan saintis hari ini ingin mencipta cip komputer tetapi tidak mengetahui dengan terperinci sejarah cip itu diciptakan mungkin beliau perlu memulakannya sebagaimana mesin itu diciptakan buat pertama kalinya yang bentuknya sebesar rumah. Hari ini cip hanya diciptakan daripada pasir dan `gate’nya dibuka dan ditutup menggunakan teori cas positif dan negatif yang memberi kelajuan tinggi melebihi teori digit algebra.

Adakah Yahudi mendedahkan sejarah ciptaan ini? Yahudi mengawal ciptaan mereka dengan pelbagai akta yang dipaksakan kepada dunia melalui undang-undang antarabangsa, tetapi mereka juga tidak bermula dengan kosong tanpa mempelajari sejarah penemuan ilmuan Islam.Zionis mengisytiharkan perang ke atas Islam sejak sebelum lahirnya nabi Muhammad saw lagi.Peperangan berterusan di setiap zaman dengan strategi yang dipertingkatkan hasil daripada pengalaman menghadapi kekalahan demi kekalahan. Oleh kerana mereka mempunyai wawasan yang jelas dengan sifat bebal dan degil yang diwarisi daripada Iblis, mereka tidak akan mengaku kalah sehingga semua umat manusia dapat dibawa bersama mereka ke dalam neraka Allah.Peperangan zaman ini adalah peperangan maklumat. Bangsa yang menerima maklumat yang disogokkan oleh musuh tanpa rasa prejudis terhadap musuh adalah bangsa yang sudah tertawan.



Ustaz Salman dan Ustaz Muaz;sahabat penulis

Penulis (berjubah) bersama Ust. Muaz di Masjid el Hakim

Pupuklah Kesedaran Sedari Rebung

Lihatlah pada umat Islam hari ini apakah mereka memahami sejarah Adam, Hawa dan Iblis dengan betul?Apakah mereka memahami sejarah pertembungan yang begitu lama ini?Adakah mereka memahami kenapa Allah mengulang-ulang kisah sejarah ini dalam el Quran?Adakah mereka mengetahui secara terperinci apakah yang dilakukan oleh Rasulullah saw selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah?Apakah sejarah 13 tahun Nabi di Mekah pada zaman Nabi berada di bawah sistem pemerintahan kuasa Jahiliyah sedangkan banyak fakta sejarah itu dimuatkan Allah Taala dalam el Quran.

Umum mengetahui saudara seagama yang sama-sama mengucapkan kalimah syahadah baik dibumi palestin, Iraq dan seumpama dengannya mempunyai nasib yang kurang baik.Apatah lagi kalau hendak dibandingkan dengan masyarakat Islam di Malaysia.Jadi tidak dapat tidak kita perlu bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan baik dan sempurna dari nodaan keperikemanusian yang dicalar.Walaupun begitu, sebagai umat Islam kita harus juga bersedia dari segenap segi untuk berhadapan dengan zaman mendatang penuh cabaran.Anak-anak bangsa perlu diberi peluang pendidikan yang sempurna dan cukup,keutamaan hendaklah pada pembetukan akhlak yang luhur.Mereka juga perlu didedahkan dengan pelbagai lapangan dan bidang keilmuan yang terbaik dan bermanfaat untuk masa depan mereka.

Umat Islam perlu lahir sebagai pemimpin untuk memimpin umat islam yang lain untuk menjadi perkasa dan terhermat.Untuk melahirkan pemimpin yang dihormati lawan mahupun kawan, suatu persedian perlu dirangka dan dipersiapkan dengan segala keperkasaan dan kekuatan sama ada dari aspek politik, sosial, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya.el Quran telah menjelaskan dengan memberi pengajaran yang cukup berguna kepada umat Islam sebagai panduan untuk menjadi umat yang kuat dan disanjung di kaca mata dunia.

Allah Taala berfirman;“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan ,dengan persedian itu musuh Allah dan musuh kamu serta yang lain dari mereka yang kamu tidak ketahui.Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,dan kamu tidak teraniaya”el anfal (8:60)



0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal